nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, August 9, 2011

kisah stim di bulan puasa

SALAM ramadhan kepada mereka yang berpuasa mahupun tak berpuasa. semoge ramadhan kali ni diisi dengan perkara yang berfaedah dan dipenuhi dengan amalan yang baik. hari ni, dah 9 hari kita berpuasa kan? jadi macamane hari-hari korang sebelom ni?aku pon tengah check hari-hari puasa aku sebelum ni dan amat mendukacitakan. aku kena pertingkatkan lagi amalan aku. haihhh. inilah aku..insan yang mudah lupa.


korang perasan tak,walaupun kita dah berusaha sedaya upaya menjaga adab-adab puasa seperti elakkan diri dari melihat perkara-perkara yang lagho, kita masih lagi 'dihidangkan' dengan mereka yang berpakaian menjolok-jolok mata kita. huh? korang tak caya? korang pergi la pasar mahupun bazaar ramadhan. 

"eh Y,ko nampak perempuan tu? ko tengok cara dia pakai,boleh buat aku stim woooo". 

aku berkata,"hysh ko ni ah, puasa-puasa pon nak stim ke,sabar,tahan nafsu tu." 

kawan aku balas,"mane aku tau Y,bukan salah aku,dah perempuan tu dok pakai baju nampak lurah dok terjojol buah dada,seluar pendek nampak betis putih melepak sape tak stim dowhh". 

aku sambung,"alaaaa tu cina la kot,biarlah dia. udah2. toksah tengok. lagi setengah jam nak buka nih. kang kurang pahala ko". 

kawan aku pelik,"eh Y,tu bukan cina la,tu kan melayu. ko tengok la perempuan cina sebelah sana, elok je kot pakai baju kurung. diorang pun tau hormat orang puasa". 

aku terdiam......"dah-dah,biarlah,agaknya dia panas kot tu yang pakai camtu,biarlah,tu antara dia dan yang maha kuasa."

kisah aku dan kawan aku ni bukan nak memalukan kaum wanita mahupon kaum melayu. tidak sama sekali. please,dont think negative. ape yang aku cuba nak sampaikan ialah:

tak kira siapa pun kita,lelaki mahupun perempuan, sila la jaga adab berpakaian di bulan puasa. aku tak pasti, kalau kita pakai seksi-seksa nampak buah segala,agak-agak orang yang tengok kita tu dapat saham dosa tak? pi tanye ustaz sane.

kedua,tak kira siapa pun kita,melayu, cina, india, kadazan, bajau, murut, jawa ke tak jawa ke, bugis ke...kita semua duduk dalam sebuah negara yang bernama Malaysia. kita patot berbangga kita hidup berbilang kaum dalam keadaan yang aman. jadi kita hendaklah sama-sama menghormati antara satu sama lain.

penutup: pada kaum lelaki yang ke bazar ramadhan pakai kain pelikat macam aku,sila pakai boxer mahupon sepender. sekian.

nak tahu kisah member kita si ujang yang juga stim di bulan puasa? jom ke sini. jangan risau,bukan 18sx.

1 comment:

iyan shazlind said...

morale of the story..waktu biasa2 pun takleh pakai seksi2, bulan ramdhan lagi la takleh seksi2...sian orang lain penat2 puasa...:P

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan