nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, August 21, 2011

kerana telefon bimbit, gadis maut dipanah petir

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh,
sedih aku membaca berita di bawah, takziah kepada keluarga allahyarhamah.

TANAH MERAH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin. Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan. Ibu tunggal terbabit akhirnya mendapati anaknya meninggal dunia dalam keadaan terlentang di sebuah bangsal 50 meter dari rumah dengan telefon bimbit masih di sisinya.

Menceritakan kejadian itu, Rosnah berkata, sebelum kejadian, dia menegur anaknya kerana bergayut dengan telefon sepanjang hari. “Saya tegur dia (arwah anak), dengan siapa dia bergayut kerana sepanjang hari dilihat tidak renggang dengan telefon bimbit. “Mungkin bosan dengan teguran saya, dia kemudian keluar rumah dan sangkaan saya ketika itu mungkin dia ke rumah rakan. berita penuh di sini

semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita,
Jangan menggunakan telefon rumah mahupun telefon bimbit sewaktu hujan lebat dan petir berdentum.
Jangan pandang remeh teguran mak ayah. mereka lebih faham dan lebih tahu mengenai kehidupan. mungkin mereka tak sekolah setinggi menara gading, tetapi pengalaman mereka lebih hebat berbanding kita anak-anak yang masih mentah.

semoga tuhan menjauhkan kita dari bencana/dugaan yang tak tertampung oleh diri kita

1 comment:

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip penjagaan rantai motorsikal

uihhhhh aku pun takut nak guna handphone waktu hujan .... iiisshhh rentung karang

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan