nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, January 17, 2012

jom berkenalan dengan jejaka hensem dan gadis cute SURVIVOR!!!

SALAM.
lame siot gua tak update blog. sorry la. aku berblog memang ikot mood. kalau takde mood memang la malas nak menaip. kalau tetibe ade idea, aku biarkan ia terbang. rugi betol huhu. Okla, kat sini aku nak bagitau korang yang aku dah berjaye masok rancangan survivor!!! yeay!!! hehe. tapi ni bukan cerita survivor yang kita tengok mase kecik tu. perghhh gua mase tu suke tengok sebab banyak buah-buahan kat pulau tu.


gua telah terpilih oleh bro awie omar untuk join next top blogger. rase dihargai lor. mestila, blog gua ni macam ape je, tetibe dapat masok next top blogger. kat bawah ni merupakan saingan aku, perghhh menggigil wa cakap lu. semua hebat2. jom terjah blog diorang dan jangan lupe klik button follow kat blog diorang. 

EHEM2...terime kaseh pade awie omar. gua salute same lu bro! (bukan ayat membodek nak menang)

sebelom gua cerita pasal pesaing2 gua, meh gua introduce kat korang tuan pengurus survivor ni,


blog nye simple, gua suke. takde binatang mahupon bintang yang terbang sane sini, takde lagu auto play yang boleh buat gua saket jantung. banyak info menarek yang boleh dapat dalam blog ni. sesuai untuk budak sekolah yang nak cari bahan rujukan.tak susah, tinggal copy paste je lepas tu tunjuk kat cikgu. jangan lupe rujukan kat muke surat terakhir tau. tapi gua paling touching bace entry terbaru dia. kenangan bersama arwah ibu, perghhh. ni entry nye, Sentuhan Kecundang. singgah dan jangan lupe follow ya.

pesaing pertama, affendi shofie dari blog http://guaqbest.blogspot.com/
perghhhh mantap, brader ni pandai berphotoshop, jengukla blog dia. entry terbaru dia mengenai layakkah kita,lelaki untuk mendapat bidadari di syurga nanti. sama2 lah kita berusaha untuk menjadi insan yang berguna, thanx atas nasehat bro. singgah dan jangan lupe follow ya.


   Belum terlambat untuk membuat kebaikkan, lakukan sedikit demi sedikit, jangan terlalu banyak kerana kita manusia lazimnya akan rasa terbeban, akan cepat jemu dan terus meninggalkan. kalau boleh, buat sesuatu dan tetapkan dalam hati, jadikan amalan seharian. buat checklist dan tampalkan di mana-mana tempat yang kita nampak. Jika ada kekurangan, perbaiki dan jangan lupa, jaga hubungan dengan ibu bapa dan kawan-kawan. cakapkan perkataan yang baik dan jangan bongkak. sesungguhnya, kita akan kembali ke tempat yang sama.
baca selanjutnya di sini.

pesaing ke dua, aracahayacinta dari blog http://deliarayushe.blogspot.com/
pergh pon mantap, entry terbaru beliau mengenai orang pertikaikan pompuan yang bersaiz badan S. 

rilex la sis, gua pon saiz S ape hehe, cisss ok2, gua tipu, gua saiz XL hehe. gemokkan? gua tengok sis takde la kecik sangat, ok la tu. biarkan je diorang, diorang jeles sis maintain slim. perempuan kan kalau da kawen mesti jadi beso kan hehe. bace enrtry pasal saiz badan die ni kat sini, gua tak dapat nak copy paste la huhu.
singgah dan jangan lupe follow ya.



pesaing ke 3, aziema zaimi dari blog http://aziemazaimi.blogspot.com/
perghhh comel tuan blog ni, hysh, gua nak komen tuan punye blog ke blog die? huhu. blog akak (akak ke adik? aku hentam je la) ni sesuai untuk gadis kerane memang comel blognye. entry terbaru beliau mengenai filem terbaru yang wajib tengok. haaaaa ape die?? kalau nak tau, singgahlah dan follow.....

"Aku rase cerita nie korang wajib tengok! WAJIB! Itupun kalau cerita nie masih berada di panggung. Aku tak berapa nak sure, sebab tak silap aku,aku tengok cerita nie tahun lepas. Bulan 12 hari tu. Hehe.Sumpah awesome. Watak yang Tom Cruise bawak memang sumpah MENJADI. Walaupun kadang-kadang ade orang cakap Tom Cruise kalau berlakon mesti ade scene yang tak berapa nak logik. Tapi ade aku heran? Hehe." bace selanjutnya di sini.



pesaing ke 4, farah azura dari blog http://farahazurah.blogspot.com/

pon mantap dan berseri-seri blog beliau. korang jangan sekali-kali nak ngurat akak ni, die sudah berpunya dan diorang ade minat yang same, melukis. perghhh gua ni tangan dah le keras, nak melukis? memang gua takmau. hahah. entry terbaru yang aku bace kat blog akak ni mengenai dia berusaha untuk melukis buah-buahan. nak tengok? datang la ke blog die ye. jangan malu jangan segan, dan jangan ngurat hehehe.singgah dan jangan lupe follow ya.



 

pesaing ke 5, hafeesz amran dari blog http://afeeszamran.blogspot.com/
blog brader ni pon mantap dan kemas, gua suke. bahase die pon simple dan yang paling besh die boleh berblog dalam bahase melayu dan inggeris. aku pernah terniat nak berblog dalam bahase inggeris tapi aku lupekan niat tu sebab memang hancor jadinye. mungkin kalau korang nak belajar bahasa inggeris, boleh la belajar dengan brader hafeesz ni ye. pada awek2 kat luar sane, boleh la berkenalan dengan brader hensem ni :-). singgah blog beliau dan follow key!


pesaing ke 6, iemah dari blog http://mutiarahati88.blogspot.com/
bertepatan dengan nama blog yang mantap ni. mutiara hati, banyak nasehat yang diberikan dalam blog saudari iemah. entry terbaru beliau juga mengenai sebuah buku yang beliau telah baca. kalau aku suke buku mengenai pengurusan kewangan, beliau pula suka membaca buku mengenai agama. boleh singgah ke blog beliau, untuk mengubat hati jika kesedihan. singgah dan jangan lupe follow ya.

"Al Quran sbg kitab suci umt Islam menjadi magnet luar biasa bagi umat agama lain. ia menyimpan pengetahuan dan keistimewaan yang melebihi kitab lainnya. namun ternyata kaum muslimin belum sepenuhnya mencintai kitabnya dengan memperlakukannya sesuai haknya." baca selanjutnya di sini

pesaing ke 7, iz dari blog http://cintailmu89.blogspot.com/
blog mantap yang kemas. bertepatan dengan nama blog brader ni. cinta ilmu, ya, dalam blog beliau banyak ilmu yang berguna dan entry terbaru beliau, mengenai ustaz yang berjaya mendekati remaja. bukan mudah untuk mengajak remaja membuat kebaikan kan? termasoklah aku. kalau diajak belajar agama secare terlalu formal, memanglah susah. kalau secara santai, insyaallah, senang ilmu nak masuk otak aku yang beku ni. singgah dan jangan lupe follow ya.

"sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =)" baca selanjutnya di sini

pesaing ke 8, khairiz dari blog http://khairiz85.blogspot.com/

blog yang simple tapi padat dengan kisah hidupnya.blog beliau dimantapkan lagi dengan ilmu2 yang bergua, yang memberi manfaat kepada para pembaca. seperti contoh, entry terbaru beliau. memang menarek minat gua. mengenai doa, bacaan yasin dan tahlil untuk mereka yang telah meninggal dunia. adakah sampai bacaan tersebut untuk si mati? nak tahu? boleh ke blog beliau di sini.  singgah dan jangan lupe follow ya.



pesaing ke 9, mas saari dari blog http://www.massaari.com/
blog akak cantik yang sudah berumahtangga dan dikurniakan anak yang comel macam maknye juge hehe. seingat aku, dulu akak ni gune blogspot kot huhu. sekarang sudah ber dot com. blog nye simple tapi dimantapkan dengan entry yang berguna. akak ni lebih suka memberi pandangan mengenai apa yang berlaku di sekeliling kita. seperti contoh entry terbaru beliau, mengenai politik. seperti akak ini, gua juga tak reti nak berpolitik, sekadar mengambil tau je, kalau nak aktif atau fanatik sangat tu takde lah. kalau nak tau, arwah ayah akak ni ade bagi nasehat yang berguna untuk akak ni mengenai politik, nak tahu? "" kamu kakitangan Kerajaan, jadi janganlah ikut parti abah... nanti tak pasal-pasal kamu dapat masalah dengan kerja...." ikuti sambunganya di sini. singgah dan jangan lupe follow ya.

pesaing ke 10, muhammad yunus dari blog http://mohdyunus89.blogspot.com/
blog brader ni pon mantap, ramai follower. gua tengok brader ni rajen join segmen yang dibuat oleh blogger lain, baguslah, dapat memeriahkan dunia blog kan? beliau juga suka membuat entry menggunakan bahasa sendiri dan memberi pandangan atas kaca mata sendiri. haaaa, kat blog die ade satu rahsie yang aku baru tau. mengenai wanita. nak tau? jom ke sini. singgah dan jangan lupe follow ya.

pesaing ke 11, nikiza izas dari blog http://asyikmaiburogu.blogspot.com/
blog gadis yang comel ini juga tidak terlepas dari menceritakan kisah hidupnya seharian. ape yang gua nampak, akak cun ni rajen mengambil gambar wah2. bleh jadi model ni. hehe. dalam blog ni juga diselitkan info dan juga ilmu yang berguna untuk pembaca. entry terbaru beliau, biar gambar bercerita, sambil bace novel bahase inggeris, sambil minum ice blended perghhhh. meleleh air liur gua. singgah dan jangan lupe follow ya!!







pesaing ke 12, noorniey azman dari blog http://noorniey.blogspot.com/
blog yang cute macam tuanya. hehe mestilah cute, asal dari kelantan kan? hehe. blog ini juga banyak mengisahkan perihal peribadi gadis ini. daripada kaki buli mase form 5 sampai la sekarang, dapat voucher beli buku percuma. huhu. untung2. tak caye die ni suke buli budak? hehe singgah la dan follow blog die yer.







pesaing ke 13, riena dari blog http://rienatomato.blogspot.com/
blogger ini juga comey dan jangan main2 kerana dia ni seorang nurse, silap sikit kang tak pasal2 korang kena cocok ngan jarum tajam, haaaa padan muke. entry terbaru beliau mengisahkan tanggungjawab seorang nurse. baru hari ni aku tau yang nurse ni secare tak langsung seorang polis, clener, cikgu, dan macam2 lagi. tak caye? singgahla ke blog awek cun ni. jangan lupe follow ya!



pesaing ke 14, sheypull dari blog http://sheypull.blogspot.com/
hahahahahaha hohoho aku tak bleh blah bace 1 entry dari blog brader ni. perghhh menangis aku gelak korang tau. die ade buat 1 entry pasal kisah kita mase zaman budak2 sekolah dulu. hihihi. aku sebuah jam, aku sebatang pensel hehehe. ades. ending cerita tu mesti menyedihkan. keh3. blogger ini juga banyak gunekan bahase sendiri dalam berblog. maksud aku die tulis dan bukan copy2 semate2. kalau nak tengok info lain, boleh ke blog die. singgah dan jangan lupe follow ya!

pesaing ke 15, wan zulqhairi dari blog http://wamozuwaha.blogspot.com/
blog brader ni memang mantap dan padat dengan isu2 semase. entry dalam blog beliau semua hasil dari penulisan sendiri dan entry terbaru beliau mengenai isu panas melibatkan imam muda asyraf. nak tahu lebih lanjut? boleh ke blog brader ni sekarang jugak dan follow. tak lupe, gua jeles bile imam muda asyraf ajak brader wan zulqhairi ni lepak. perghhhh mantap...

perghhhh naseb baik 15 blogger je yang masok, kalau 30? mau lagi panjang entry blog aku ni hehe. terime kaseh pada bro awie omar sebab ajak gua join survivor ni. gua rase gua akan tersingkir awal sebab blogger lain memang mantap. aduhhh. ape2 pon aku tetap berblog untuk menyampaikan ape yang aku tahu. pada pembaca, jangan hanya tahu mengutuk blogger, kami hanya insan biase, kalau mahu komen, bagilah komen yang membina ye. pada pesaing....jom kita bersaing dengan cara yang sehat....hehe...

18 comments:

Unknown said...

untonglah terpilih.ada jugaklah suka 2-3 blog kat atas ni

Unknown said...

thanks a lot saya ucapkan pada, usaha yg bagus...btw good luck ya....

safurara said...

untung laaaaa.knp rara tak masuk eh?hehehe

QERY HASAN said...

Mantap ke blog gua.. biasa je bro.. hahaa.. thankss

cintailmu89 said...

uisy...
ak doakan ko yang berjaya dalam saingan survivor ni..
dahla rajin...bagus usaha tuh =)
satu2 ko belek yer...
insyaallah.. boleh nya la pegi jauh blog ko nih..

Ckin Kembaq said...

tahniah2.. ^_^

Unknown said...

errr~bro..tengs coz sudi describe.haha.suke aje blog neh..simple jep..errr~mana ada suka buli budak ! @_@#kantoi

Asyik Izas said...

terima kasih diatas review anda..
blog kamu pun sgt bermanfaat utk org lain..keep it up..

*boleh jd model ek?mcm x jea..haha..

iemah said...

thanks...rajinnya belek2 blog...

iemah said...

thanks...rajinnya belek2 blog...

mas saari said...

mekasih irwan! blog akak biasa2 je, sekadar bagi pendapat berdasarkan pengalaman dan apa yang akak rasa dan percaya! moga kita bersaing secara sihat ye...heheheee

Hafeesz Amran said...

hehe...thanks bro...biasa2 jer pon...kalau berblog dlm 1 bahasa jer nnt org melayu jer yg akan paham kan? hehehe (aku bajet mcm ade mat saleh lak baca kan) hahaha

btw thanks a lot.. :)

Anonymous said...

Ohoho...rungkaian yg menarik..nice.

Farah Azurah said...

opocot muke aku di situ..hehhehehe..belog ni semakin mebangun..yeah ! BANGUN ..hehhe :) sesama kita bersaing secara sihat.yeah !! :D

Awie Omar said...

Terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Jangan lupa esok. NTB1 minggu kedua - siapa yang terbaik minggu ni. dan siapa pula yang terpaksa disingkirkan.

Anonymous said...

Kalau ikot aku (aku dh walking semua blog diatas)- ikut turutan best ke biasa2

1. Wan Zulqhairi
2. Nikiza Izas
3. Hafeesz Amran
4. Aziema Zaimi
5. Irwan Miswan - Budak Kampung
6. Sheypull
7. Iz
8. Khairiz
9. Mas Saari
10. Affendi Shofie
11. AraCahayaCinta
12. Noorniey Azman
13. Mohd Yunus
14. Farah Azura
15. Iemah
16. Riena Tomato

pandangan aku jer nie..haha

SheyPull said...

Wah...ade org review terus blog gua..:)
Thax beb sebab sudi review blog gua... :)

LIKe2


JOM singgah blog saya nak? Ade cite best...Kalau nak pinjam duit...

AZIE said...

CONGRATULATION!!! Haha. ENtry nie jadi entry minnguan yang paling menarek. Anyway jgan la cakap sye comel! Malu la orang bace! Hehehe. Thanks ea? Memang patut pown menang! Suke entry nie SANGAT!

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan