assalamualaikum wa rohmatullohi wa  barokaatuh. selamat pagi semua. aku rasa ramai antara kita yang masih  belom mempunyai impian memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi. tak  salah untuk aku katakan lepas ni korang boleh mengimpikan untuk memiliki  motor yamaha XJ6 600cc berharga RM39,000.00 . aku rasa motor ni akan  menjadi pencabar hebat kepada motor kawasaki er6n yang telah lama berada  di pasaran. aku rasa rakyat Malaysia yang minat dengan jentera berkuasa  tinggi mampu untuk memiliki motosikal ini kerana harganya pada pendapat  aku berpatutan (padahal aku pun tak mampu beli motor yang berharga  sebiji kereta ni). apa-apa pun,sebelum beli,ukur baju kat badan dulu  yer. 
penutup: harap-harap ade lah member aku yang beli. aku nak pinjam. lesen b full aku ada,tapi naik honda petak je huhuhu
HONG Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha) melancarkan  motosikal terbarunya iaitu XJ6 Diversion di Port Dickson, Negeri  Sembilan baru-baru ini. Jentera dalam segmen middle sports itu merupakan  produk yang dipasang tempatan di kilang Yamaha di Sungai Buloh,  Selangor.
 
Aktiviti pemasangan tempatan itu menjadikan Malaysia sebagai negara  kedua selepas Brazil untuk menjalankan aktiviti pengeluaran model XJ6 di  luar Jepun. Tujuannya adalah untuk membuatkan jentera bersesaran 600cc  itu lebih mampu dimiliki.
 
Yamaha XJ6 Diversion dilengkapi enjin empat silinder sebaris dengan  sistem penyejukkan cecair dan pancitan terus bahan api yang sama seperti  model YZF-R6. Ia berupaya menjana kuasa maksimum 57Kw@10,000rpm dan  tork sehingga 59.7Nm@8,500rpm. 
 
Pengarah Urusan Hong Leng Yamaha, C.H. Ng berkata, model berkapasiti  600cc pertama keluaran Hong Leong Yamaha itu akan menawarkan pengalaman  tunggangan mengujakan yang sesuai untuk gaya hidup berbeza, sama ada  bagi  kegunaan dalam bandar atau pengembaraan santai.
 
“Unjuran jualan XJ6 Diversion adalah sebanyak 600 unit setahun. Kami  juga  mahu mencapai penguasaan pasaran lebih besar daripada jumlah  keseluruhan industri motosikal bersesaran 250cc ke atas,” katanya pada  majlis pelancaran model tersebut.
 
Hadir sama ialah Pengurus Projek XJ6 Diversion Yamaha Motor Co. Ltd.,  Shin Yokomizo dan Pengurus Kanan Pemasaran Hong Leong Yamaha, G.S. Tan. 
 
Yokomizo merupakan individu penting di sebalik pembangunan model R1  dan R6. Berhubung model terbaru itu, beliau memberitahu, konsep XJ6  Diversion adalah casual sports iaitu mudah dikendalikan, badan jentera  lebih kompak dan sesuai untuk semua orang.
 
  
 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Hong Leong Yamaha dilihat  komited dalam  mengetengahkan rangkaian model motosikal dengan ciri  inovatif dan berdaya saing. Lihat sahaja model-model street bike seperti   FZ150i, 135LC enjin Diasil, Nouvo LC dan Ego LC yang dilengkapi dengan  sistem penyejukan cecair. 
 
Yamaha XJ6 Diversion ditawarkan pada harga RM39,000 seunit yang tidak  meliputi cukai jalan, insurans dan nombor plat. Ia didatangkan dengan  pilihan warna metalik biru atau hitam. Jentera itu boleh diperoleh  menerusi 100 pengedar sah Hong Leong Yamaha di seluruh negara.