Pages

Friday, June 3, 2011

tragedi jumaat: aku tau kereta kamu besor

salam semua pembaca setia blog budak kampung.kalau tak setia pun takpe,seminggu sekali seinggah pun aku dah syukur. kalau setiap jam singgah lagiiii la aku syukur hehhee. kejap je dah hari jumaat kan.pejam celik pejam celik,dah hari jumaat.naseb baik kita celik,kalau terus pejam tak celik2,hyshh,amalan belom cukop lagi der. hari ni aku nak story ngan kengkawan tragedi yang memang wajib aku hadapi setiap hari jumaat. tak kira kat mane masjid pun aku pergi.dan aku rasa bukan aku sahaja yang menghadapinya. korang pun pernah. nak tau ape tragedinya? 

tatkala jumaaat itu,korang memang dah bersiap sedia menaiki motor untuk ke masjid.sampai saje di masjid,korang carilah tempat parking yang ade bumbung atau orang kampung aku panggil 'balai',memandang kan cuaca kelihatan mendung. bile korang sampai jer kat balai tu,korang terkejut kerana balai tu telah dipenuhi dengan kereta2 mewah dan ade juge kereta yang konon mewah. maka terpaksalah korang yang menaiki kenderaan tidak berbumbung ni parking berbumbungkan langit yang mendung. tatkala sedang mendengar khutbah,hujan pun turun dengan lebat,maka basahlah motor dan basikal yang di tunggang oleh korang,manakala kereta kereta mewah dan konon mewah ini kering dan selesa di bawah balai tu. selesai sahaja solat jumaat,mereka yang menaiki kereta ini pulang dengan senyuman kerana kereta mereka tak basah sikit pon.

bila cuaca panas,ingatkan mereka ini parking di luar balai,tapi tetap parking kat dalam balai tu. konon biar kereta tu sejuk tak kena panas. maka korang yang naik basikal dan motor ni pulang dari masjid dengan bontot yang panas. 

mungkin situasi ini,pada sesetengah orang ia adalah biasa.takpelah,same je kan,naik motor ke kereta ker. panas,hujan. perkara biasa. tapi,cuba pandang pada sudut lain. di mana letaknya sikap tolak ansur? takde ke rasa kasihan pada mereka yang menaiki motor. ade sesetengah mereka yang bila motornya kena hujan,dah tak boleh hidup.paham2la,bukan semua orang senang macam kamu yang berkereta..aku tak mau membebel panjang,maaf salah silap


4 comments:

  1. betul tu.dh naik kereta,masuk2 pasang ekon sejuk2.apa lah salah nya kasih can kat yg bwk moto ni.hmm ntah lah.

    ReplyDelete
  2. salam budak kampung..saya pun budak kampung juak..kita member!!hehe
    tinggal jejak sini k..
    jemput ke blog baru saya..

    ReplyDelete
  3. mentang kereta dia mewah dan bear,sume duk bawah bunbung,kita yg bwk motor ni redha je lah kalau hujan nanti

    ReplyDelete
  4. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??

    jumlah claim insuran kereta kemalangan

    selalu ade orang kaya miskin akal cetek ilmu... harap kaya pada harta kereta besor.... tapi ..... isshhh buat dosa ajer aku kutuk org

    ReplyDelete