nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, July 7, 2011

dah masuk tapi tak boleh keluar...

assalamualaikum wa roh matullohi wa barokaatuh. selamat pagi kengkawan semua. aku harap takde la yang merindui blog aku yang menyepi hampir seminggu tanpa entry dan idea segar. maaflah yer. bukan tak mahu update. otak ini kusut dengan bermacam-macam masalah..ahhh mungkin aku ini bukan blogger tegar sebab tu macam-macam alasan aku berikan.

orang sekarang dan mungkin juga termasuk dengan aku. bila dah masuk,tak mahu keluar. bila dah masuk itu sedap,nikmat,sampai lupa tuhan. sebab tu kita susah nak keluarkan. bile dah masuk,kita lupa dunia ini milik siapa. kita sangka dunia ini milik kita. maka kita mahu masuk lagi mengecapi nikmat yang tak terhingga. itulah kita. manusia yang alpa. bila dapat keuntungan. duit dan rezeki melimpah ruah. kita lupa DIA. yang memberi oksigen. yang memberi rezeki.

****berehat mengambil nafas sambil melihat muke ku yang semakin tak terurus...ahhh biarkan,,tiada siapa yang nak tengok muke aku...yang penting aku buat kerja dengan betul*****

ingatan untuk diri dan yang lain. bile dapat rezeki tu,kongsilah dengan yang lain. dengan mereka yang susah. ingat! mereka yang betul-betul susah. memang nampak susah. dan terbukti susah. faham? tak faham takpe. nanti pergi jumpe mak korang. korang tanye. ok

Diriwayatkan dari Ibn Umar ra. : Rasulullah Saw mewajibkan membayar satu sha’ kurma atau sha’ gandum sebagai zakat fitrah kepada semua muslim, baik budak maupun yang telah dimerdekakan, laki-laki maupun perempuan, anak maupun orang tua. Dan Nabi Muhammad Saw memerintahkan bahwa zakat fitrah harus dibayarkan sebelum orang-orang pergi mengerjakan shalat Id’. (satu sha’ kurang lebih sama dengan 3 kg).

sumber:google

Wednesday, July 6, 2011

hadis sahih mengenai bulan syaaban

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. di bawah ini adalah hadis sahih yang dikongsi oleh cekgu hakim fanani untuk tatapan kita semua.

Bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa.” [HR al-Nasai]

Aisyah r.a. menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa).” [HR Bukhari dan Muslim]

Nabi s.a.w menyebut:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)."[Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135]
 

hadis palsu mengenai bulan Syaaban

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. sunyi sepi blog ni tanpa cerita baru. maaflah. banyak bende kene buat. mungkin aku tak pandai membahagikan masa sampai terabai blog ni. jangan salah kan masa. tuhan dah bagi 24 jam sehari. diri kita ni yang kena pandai bahagikan masa tu sendiri. hari ni aku nak kongsi dengan kawan-kawan mengenai hadis palsu mengenai bulan syaaban. terima kasih kepada cikgu hakim.
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab
(lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98 

Saturday, July 2, 2011

lori treler terbalik kerana durian

assalamualaikum. hari ini 2 julai aku tak dapat nak update blog kerana dalam mood sedih dan dukacita. lori treler JTM Enterprise yang membawa muatan sawit ditimpa kemalangan. aku diberitahu Lori treler ini ingin mengelak kereta yang berada di tengah jalan kerana sibuk memilih durian. syukur tiada nyawa yang melayang. syukur juga kerana pemandu,azizi tidak mengalami kecederaan yang serius cume keadaan lori treler agak teruk. buah sawit bertaburan.





aku harap semua pemandu bertimbang rasa. tolonglah. nasib baik tiada nyawa melayang. apa salah nya memandu dengan cermat. ingat pemandu yang lain. jangan pentingkan diri sendiri.kalau nak pilih duriAn, ape salahnye berhenti di tepi terlebih dahulu?




terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi membantu. terima kasih juga kepada pekerja - pekerja JTM Enterprise kerana bekerjasama memulihkan keadaan. mengalihkan buah sawet yang berterabur. terima kasih.

lepas satu, satu dugaan datang. semoge tuhan memberikan kekuatan kepada kami di sini. aku yakin disebalik kejadian ini. ada hikmah.harap kejadian ini jadi pengajaran untuk kita semua.

update:





- Posted using BlogPress from my iPhone

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan