nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, December 25, 2014

Review iPhone 6 plus

gambar: iPhone 6 plus dalam genggaman gua.

Salam dan selamat pagi kengkawan semua.
Hari ni entah kenapa aku tetibe terajin nak menaip. OK. Kali ni aku nak cerita pasal iPhone 6 plus. Tajuk je gempak. Nak review padahal aku bukan pandai sangat bab gajet-gajet ni. iPhone 6 plus ni pun bukan aku punya. Kawan aku yang punya so aku takleh nak berlagak sangat. haha

Banjir, ujian dariNya.

Salam dan selamat pagi kengkawan semua.
Sekarang ni musim hujan dan negeri-negeri di pantai timur semakin kritikal keadaannya.
Tersebarlah di media2 sosial keadaan banjir di sana. Ada yang betul dan ada yang tidak.
Si tukang share lebih banyak berbanding kaji dulu baru share.
Apa-apa pun kita sesama manusia, sama-samalah berdoa untuk keselamatan kawan-kawan kita kat sana.
Mungkin di tempat kita tidak banjir. Tetapi cuba bayangkan kita berada di tempat mereka. Kadang aku terfikir, betapa beruntungnya aku. Tidak menerima ujian sedemikian. Tetapi bila difikir balik, Dia sayangkan hambaNya, sebab tu Dia datangkan ujian. Dia nak tengok sejauh mana hambaNya mengingatiNya.
Wallahualam. semua ini urusanNya.
Aku harap mereka yang menerima musibah sedemikian, bersabarlah. Kami di sini mendoakan kalian. Ada hikmah di sebalik ujian tersebut.
Percayalah.
Berdoa dan bersabarlah.

Thursday, November 27, 2014

ibu menyusukan 4 anak serentak

Kasih si ibu menyusukan Anak anaknya walaupun anaknya sudah besar.

Pergi kebun pakai kapcai je tau

Menyahut seruan PM kita. Pakai kapcai sahaja ke kebun.

Siapa nak pegang anjing?

Salam ...selamat pagi kengkawan semua...agak lama gua tak update blog. 
Maklumlah, agak banyak perkara perlu diselesaikan akhir-akhir ni hingga blog ni pun bersawang.
Bila dah kurang sikit bebanan kat kepala hotak gua ni, barulah gua sempat berkebun, itu akan gua update kemudian. 
Hari ni gua nak update mengenai program i wanna touch a dog. 
HAHA...
Update la sangat padahal benda ni dah lama kan? Malas la aku nak update. 
Aku ni agak kureng sikit bab-bab agama ni. 
Tapi apa yang boleh aku cakap, aku sendiri pun ada membela anjing. Jay namanya. Untuk pengetahuan korang, aku membela anjing untuk menghalau babi dan monyet yang membuat kacau di kebun tebu bapak aku. Mak aku tersangat rajin akan memasak nasi dan sardin untuk si Jay ni dan ia teramatlah bijak. Jay juga sangat setia dengan tuannya. Kami la tu.
Jay ni kekadang bila tiba masa dia nak bermanja, dia akan dok dekat dengan gua. Bila gua suruh berhenti, dia akan berhenti. Gua bukan tak suka tapi agak geli dengan lidah dia yang dok terjelir jelir tu huk3.
Apa-apa pun terpulang pada korang nak bela anjing ni untuk apa. Mereka juga ciptaan dari DIA. Setiap ciptaanNYA bersebab. 
Itu jer yang gua nak update. Tata...


Saturday, July 19, 2014

Bank mudah buat personal loan (pinjaman peribadi) - Part 3

Selamat petang kengkawan...
Maaf atas kelewatan, hari ni aku ingin menyambung kembali kisah pengembaraanku memohon pinjaman daripada pihak bank. Walaupun ramai yang mengatakan bank ni seperti ahlong berlesen, interest semakin tinggi, aku tetap ingin memohon kerana bukan untuk suka-suka. Aku memohon untuk dijadikan modal perniagaan.

OK, pada petang 11 Julai, aku berfikir hendak ke mana. Lalu aku mengambil keputusna untuk ke Maybank Batu Pahat. Setibanya di sana, pegawai bahagian pinjaman tiada. Aku berjumpa dengan pegawai yang lain dan beliau meminta aku serahkan dokumen dahulu dan dokumen itu akan diserahkan kepada pegawai yang menguruskan bahagian pinjaman. Aku berasa lega kerana salah dokumen aku diterima untuk diteliti. 

Selepas itu aku ke Public Bank. Di Public Bank aku lihat ramai orang. Aku beranggapan bank ini mudah untuk memberi pinjaman sebab tu mempunyai pelanggan yang ramai. Aku terus ke

Monday, July 14, 2014

Bank mudah buat personal loan (pinjaman peribadi) - Part 2

Selamat pagi...
Maaf atas kelewatan mengupdate blog ni. 
Ok, aku akan sambung bercerita mengenai pengalaman aku membuat permohonan pinjaman peribadi. Untuk pengetahuan kawan-kawan, aku bukan suka-suka membuat pinjaman ini. Bukan untuk membeli iphone, bukan untuk membeli kereta mewah, bukan untuk melancong. Tujuan aku adalah untuk menggunakan duit tersebut untuk rolling perniagaan aku. Insyaallah jika aku berjaya mendapat pinjaman ini aku akan gunakan dengan sebaik baiknya.

OK. Aku ingin ceritakan pegalaman aku membuat pinjaman dengan CIMB Bank. Aku agak berkecil hati dengan CIMB Bank walaupun mereka telah meluluskan pinjaman aku pada minggu lepas. Apa yang buat aku kecil hati adalah walaupun nama aku dah clear dan tidak lagi CCRISS, CIMB meluluskan pinjaman aku sama dengan jumlah yang Easy RHB beri aku semasa nama aku masih CCRISS. Interest yang dikenakan kedua-dua bank tersebut adalah lebih kurang sama iaitu sekitar 13%. YA, kami bekerja sendiri terpaksa menerima hakikat yang interest kami 2 3 kali ganda berbanding mereka yang bekerja kerajaan. Aku nak kecil hati dengan pihak CIMB lama-lama pun tak boleh kerana setiap bank ada syaratnya yang tersendiri.

Memandangkan jumlah yang aku inginkan masih belum cukup, aku bercadang untuk pergi ke

Thursday, July 10, 2014

Sumbangan ke Palestin melalui SMS

Selamat pagi kawan-kawan...
Sejujurnya aku amat sebak dengan apa yang berlaku di Palestin. Mereka di bom setiap masa. Kita pula bersuka ria sehingga membazir makanan di sini. Aku tak tau keadaan di sana kerana belum pernah ke sana. Tapi apa  lah salahnya kita meringankan beban mereka di sana. Sumbangan serendah RM1 pun tidak mengapa. Boleh melalui SMS.

Palestin10/5/1 hantar ke 39111

aku baru je buat dan ia akan ditolak dari akaun kita. Bukan niat nak menunjuk.
Spread the news bro!
sumber : aman palestin


Bank mudah buat personal loan (pinjaman peribadi) - Part 1

Selamat pagi kengkawan semua...
Aku rasa ramai yang tertanya-tanya bank manakah yang mudah memberi pinjaman tanpa syarat-syarat yang ketat. Sesungguhnya tiada yang mudah. Sedangkan nak pinjam dengan sedara mara pun banyak benda akan ditanya kan?

Beruntung untuk mereka yang merupakan goverment servant ataupun kakitangan kerajaan kerana golongan ini mudah untuk membuat personal loan. Ini adalah kenyataannya. Dan kenyataan ini amat perit bagi kami yang bekerja sendiri (swasta). Tapi kenyataannya juga, golongan pekerja kerajaan inilah yang paling ramai blacklist, sumber ini aku dapat daripada kakitangan easy RHB Batu Pahat ketika aku berurusan dengan mereka.

OK, lupakan tentang iri hati dan kejelesan ini. Apa yang aku ceritakan ini adalah pengalaman aku berurusan dengan bank, memohon pinjaman peribadi untuk rolling perniagaan aku.

Tuesday, June 24, 2014

Test ride Kawasaki 150 Dtracker

Selamat tengahari kengkawan semua,
Semalam gua berkesempatan untuk test ride Kawasaki 150 Dtracker yang pakcik gua baru beli kelmarin. Dia beli pun bukan suka-suka. Dulu dia pakai motor Yamaha 135 LC. Tetapi memandangkan kerjanya di kebun dan di kawasan bukit-bukau, agak tak sesuai kalau menaiki motor kapcai ini jadi dia mengambil keputusan untuk men trade in moto LC tu ke motor Kawasaki ni.

gambar: gua dan kawasaki 150 dtracker

Gua pulak tengok motor ni beso kecik beso kecik je. Gua pun geram r kan. Gua pun tak pernah test ride motor offroad ni. Jadi semalam lepas balik kerja, gua pun cakap kat pakcik gua yang gua nak pinjam motornya. Gua dengan penuh bersemangat pakai glove dan helmet fullface yang dah lama terperap dalam kotak, 3 tahun ade kot. Sebab gua memang dah lama tak ride jauh2. Gua ingat nak try lalu jalan ke Air Hitam Kluang. Gua nak lalu bandar Batu Pahat yang jam tu. Pastu lalu jalan depan UTHM yang sesuai untuk gua test berapa boleh pergi motor ni. 

Dengan lafaz bismillah, gua pun mulakan perjalanan.

Mula-mula memang ok. Pickup memang mantap. Tapi senyum gua tak sampai 10 minit. Sebab gua rasa motor ni macam tak pergi. Dari kampung gua nak sampaikan pekan Parit Yusof, gua rasakan agak lama. Gua dah pulas habis, tapi

Thursday, June 19, 2014

Pisang panjang pisang pendek pisang besar pisang kecik


Ramainye yang dah jadi peniaga di fb. Bagusla. Tapi kadang rasa pelik. Macam bermusim pula. Dulu produk tuuu, sekarang produk niii. Tapi takpela sebab masing2 jual produk kesihatan. Jadi bersaingla secara sihat. 

PSSSTTT...gua paling takleh blah dengan produk yang gunakan ayat, "makin panjang, makin besar, makin tahan lama." Siap letak gambar pisang untuk pencerahan. Gua tak suka diorang letak gambar tu sebab gua suka makan pisang untuk senang berak. 


Wednesday, June 18, 2014

Ahmad Albab dan sambal belacan

Apa khabar pembaca setia blog gua yang baik hati semua.

gambar: lauk kegemaran gua, masak lemak pucuk ubi, sambal belacan dan ayam goreng.

Kadang kalau gua post gambar makanan macam kat atas ni, tanpa sambal belacan, mesti ramai yang menegur mana sambal belacannya. Ya! kalau gua pun, takda sambal belacan macam tak best. Tapi mak gua kadang dah buat kuah sayur tu pedas, sebab tu mak gua tak buat sambal belacan hehe.

Untuk pengetahuan korang, gua memang hantu sambal belacan walaupun ada di antara kawan gua yang kata bau belacan ni tak best. Hehe, itu masing-masing punya citarasa la kan. Bagi kami orang jawa ni, bau belacan tu ibarat bau bunga yang sedang mengembang mekar. Harum semerbak. hehehe.

Kenapa tajuk post gua ni ada letak nama Ahmad Albab? Yela, lebih kurang sama ceritanya gua dengan sambal belacan. Ahmad Albab berhenti menangis bila pintu diketuk. Gua pulak akan hilang stress kerja bila dapat makan sambal belacan ni hehe. Lebih kurang la kan. hehe. 

Tata...

aunty nursery suruh gua sembahyang

Selamat pagi kengkawan

gambar: anak pokok limau kasturi yang gua beli dengan aunty tu

Kisah ni dah lama sebenarnya. Masa tu aku tengah mencari anak pokok limau kasturi untuk aku tanam kat kebun sekangkang kera aku tu. Aku ke nursery milik pasangan cina di Semerah. Macam biasa la aku akan tanya anak pokok ni elok ke tak ape semua. Aunty tu dengan penuh yakin berkata, "Aiyaaa, U jangan risau la, lepas tanam ini pokok U sembayang banyak-banyak, U doa banyak-banyak. Nanti pokok manyak sihat ooo." Terkedu seketika aku. Yela, aku ni pun kerap lupakan Dia. Dahla kadang solat dah nak habis waktu. Doa pulak pendek-pendek. Masa aku belajar dulu, cikgu aku selalu pesan, doa banyak-banyak sebab tuhan lagi suka kita berdoa. Itu tanda kita ingat kat DIA. Terima kasih aunty kerana mengingatkan aku yang sering terlupa...

Tuesday, June 17, 2014

makan-makan: mihun hongkong Parit Sulong

Selamat pagi kengkawan. Korang suka makan mihun hongkong? Kalau tak tau, cuba rasa. Kalau kat Parit Sulong ni, kedai yang buat mihun hong kong yang sedap sebelah CIMB Parit Sulong. Kalau korang dari Muar ke Yong Peng, kedainya sebelum CIMB tu. Kat situ memang sedap. Aku dah cuba beli kat tempat lain kurang sedap. Kadang termasin lah, terkurang telur lah. Macam-macam. Tapi sejak kekantolan kilang bihun yang tak bersih tu, aku dah tak beli lagi. Aku memang akan makan gak, tapi bukan mihun hongkong, aku nak try kue teow hong kong plak hehe.


Monday, June 16, 2014

Biar kita nampak miskin dimata mereka...


makan-makan: pucuk paku, sambal ikan, kopi O

gambar: lauk makanan yang murah tapi sedap.

Ini gambar beberapa minggu yang lepas tatkala mak gua suruh gua beli barang basah untuk makan tengahari. Gua ni dah la buta kayu bab-bab jenis sayurn dan ikan ni. Kalau tolong makan gua memang terer. Gua pun main beli je pucuk paku, kelapa yang dah siap parut, dengan ikan kembung. Jumlah semua RM15. Gua hantar rumah dan terus pergi kerja. Balik je dari kerja, harga barangan RM15 tadi telah siap terhidang dan cukup untuk semua ahli keluarga gua makan. Cukup untuk 5 orang. Jadi, sememangnya memasak sendiri lebih jimat. dan tak semestinya makanan yang murah ni tak sedap? 

Jujur dengan gua, kalau gua letak Kepsi dan makanan di atas kat depan korang, makanan yang mana yang korang akan pilih???

Friday, June 13, 2014

Tarikh iPhone 6 berada di pasaran Malaysia dan harganya

Selamat pagi semua..
Hari ni gua saja nak bercakap pasal iPhone sebab sebelom ni pun gua ada pakai iPhone 3gs. Lepas gua kena rompak tahun lepas (kisah hitam itu gua tulis di sini) gua pakai henpon Nokia lampu picit je. Lepas dua bulan gua tergerak ingin membeli sebiji telefon pintar. Gua ingat nak beli iPhone 5 masa tu tapi setelah sebulan gua survey2..gua pun ambil HTC one tapi gua guna kontrak Maxis sebab gua memang dah bertahun pakai bil Maxis.  

OKlah. Apa yang gua melalut ni kan. Bukan apa. Gua tahu ramai yang tertunggu tarikh iPhone 6 berada di pasaran dan harganya. sekarang ni pun harga iPhone 5s di pasaran masih RM2100 ke atas. Gua rasa iPhone 6 nanti mungkin mencecah RM2500 bila tiba di Malaysia nanti. Gua dengar iPhone 6 dijangka sampai kat Malaysia bulan September nanti. Tak tahulah. 

Gua cuma nak bagitau kat adik-adik yang masih belum ada kerja yang stabil, yang masih berbelanja guna duit poket mak bapak, jangan sekali-kali mintak mak bapak korang belikan iPhone 6 ni melainkan mereka memang mempunyai duit yang

Monday, June 2, 2014

makan-makan: jom makan begedel

DITULIS PADA: 13 APRIL 2014

Selamat petang kawan-kawan semua...
Kelmarin isteri aku ada gorengkan begedel...
Memang ni antara feveret aku la kan. Ada yang suka maan dengan sup. Tapi aku suka makan camtu je, kadang belum sempat goreng lagi aku dah ngap ngap ngap...
Aku ingat nak makanan begedel ni untuk kawal pembesaran perut aku ni tapi kalau dah sekali makan tu 10 ketul nak kurus macamane la kan huhu...

Ni la rupa begedel yang isteri aku buat.

Teringat plak aku, kawan aku ada ke KFC, tengah dia order makanan tu, dia terpandang menu baru, bila dia tanya ape ni, cashier tu jawab, "alaa, macam begedel.". Tapi harganya agak mahal kot. Ala, korang buat la sendiri. Tanya mak korang ye. Jimat sikit. Takpun ada masa nanti aku try buat. Siap tunjukkan cara-caranya kat korang lagi tau hehehe...

Tata...

Membersihkan kebun untuk menanam limau kasturi dan serai

DITULIS PADA: 13 APRIL 2014


Selamat pagi kengkawan semua...
Harap semuanya sihat..
Semalam memang tak dapat mengupdate blog sebab membersihkan kebun sekangkang kera aku ni.
Aku mohon cuti satu hari daripada majikan aku semalam. Nasib baik dapat cuti.


Tugasan awal adalah mencabut rumput yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Taubat aku, lepas ni aku nak meracun jer. Boleh krem mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar ni. Menyesal jugak aku tak kawal dari awal. Nasib baik

Fertigasi cili: Perkongsian hasil tanaman cili bulan November 2013

Selamat pagi kawan-kawan semua...
Hari ini aku ingin berkongsi hasil tanaman cili centil yang aku mula tanam pada bulan Novermber 2013. 
Aku mula melibatkan diri dalam fertigasi cili ini secara sampingan dan menjadikan ia hobi aku selepas pulang kerja.
Musim kali ini aku menanam 300 pokok tapi masa peringkat anak pokok, banyak juga yang aku buang kerana rosak dan kerinting. Banyak juga yang aku buang kerana takut penyakitnya merebak ke pokok yang sihat. Yang tinggal hanya 
Musim kali ini aku agak bernasib baik kerana walaupun hampir setiap hari hujan, penyakit pokok dan juga serangga dapat dikawal. Ini semua berkat kuasaNya yang memberikan aku kekuatan untuk meracun dan menjaga pokok-pokok ini. Kadang aku turut menyembur racun serangga di waktu malam.
Mungkin kerana musim hujan, bekalan cili di pasar berkurang, jadi aku dapat menjual purata cili aku dengan harga RM15 sekilogram.
Jadi, apa yang aku boleh simpulkan di sini,

akhirnya boleh menulis kembali

Salam sejahtera kengkawan semua,
Akhirnya blog ini boleh dibuka semula...
Sebab pada awal tahun, blog aku tak dapat dilihat oleh pengunjung disebabkan terdapat malware..
aku pun taktau macamana boleh kena..
Insyaallah aku akan update sekerap mungkin blog ni untuk tatapan kawan2...

Yang benar,
IrwanMiswan

Sunday, January 12, 2014

hidup sederhana, antara ketenangan dan kekolotan

Selamat pagi kengkawan semua..
Beberapa hari lepas aku ada menonton kisah sebuah keluarga yang memilih kesederhanaan dalam hidup walaupun tinggal di bandar. Aku akan sertakan video tersebut di akhir post aku pada hari ini. Terlebih dahulu, aku ingin katakan bahawa aku bukan mewakili mana-mana parti, aku juga agak sedih bila kerajaan menghapuskan subsidi. Minyak naik, tol naik, dan barang keperluan asas juga naik.

Selepas sahaja pengumuman itu, maka ramailah yang marah, menulis perkataan kesat di facebook, ikut sama berdemo dan bermacam-macam lagi. OK. Aku tahu semua marah, aku juga agak beremosi semasa diumumkan harga barang naik. 

Tapi bila kita selok poket, tengok telefon bimbit, bagaimana kita boleh membeli sebuah telefon pintar berharga ribuan ringgit yang kita gunakan hanya untuk membalas mesej, membuat panggilan, bermain game, dan melayari facebook? Bukankah sudah memadai memiliki sebuah telefon bimbit biasa berharga RM90 berbanding membeli sebuah iphone 5s berharga rm2000 lebih? Kenapa? Adakah kita takut dianggap kolot? 

Bagaimana kita boleh membeli kereta yang kita jarang gunakan? Kan lebih baik menaiki basikal atau motosikal? Adakah kita takut diejek kawan-kawan yang sudah berkereta?

Bagaimana kita boleh membeli motosikal berkuasa tinggi sedangkan kita tak mampu dan memilikinya dengan membuat pinjaman 9 tahun? Adakah kita sekadar suka-suka mengikut trend?

Aku bukan perancang kewangan mahupun ahli mana-mana parti. Aku cuma insan biasa yang ingin mengubah diri. Mulai tahun ini aku ingin membuang sebarang keinginan yang aku tak mampu miliki. Aku kena bezakan antara keperluan dan keinginan. 

Aku suka tengok keluarga dalam video yang aku selitkan ini. Mereka tidak mempunyai tanah yang luas. Si bapa dan anak-anak tidak bekerja di mana-mana. Mereka hanya bekerja di kawasan rumah mereka. Dengan menanam sayur-sayuran yang mereka boleh makan. Membela itik, kambing. Bila sayur yang dipetik melebihi keperluan makanan mereka, mereka akan jual. Begitulah kerja mereka seharian. Mereka juga kosong dalam bab fesyen. Mereka hanya membeli baju di kedai bundle.

Aku berazam ingin menjadi seperti mereka. Insyaallah berubah sedikit demi sedikit. Jom sama-sama memilih kesederhanaan dalam kehidupan kerana aku tahu, korang juga setuju, Kesederhanaan memberi ketenangan, kan?

Maaf andai ada tersalah kata.

Friday, January 10, 2014

makan-makan: masak lemak pucuk ubi dengan ayam goreng memang terliur

Selamat pagi kengkawan semua.
Beberapa hari lepas ada kengkawan yang menegur aku, kata mereka aku dah nampak kurus sikit. Makan hati ke ape? Kata mereka. Aku terus tunjukkan perot aku yang ke depan ni. Membuktikan bahawa aku masih buncit, tak kurus seinci pun. Tapi aku memang tak mau kurus. Biar aku maintain macam ni je, asalkan tak sakit.

Untuk mengekalkan tubuh badan yang ideal (ideal la sangat), aku hanya akan mengambil satu senduk nasi sahaja. Aku akan cuba elakkan pengambilan nasi yang berlebihan. Takut terlalu ke depan nanti susah nak jalan. Nak tengok kaki sendiri pun tak nampak nanti. hehe. 

TETAPI....

Aku memang marah sangat kat mak aku (gurau jer hehe)

gambar: masak lemak pucuk ubi, ayam goreng dan kopi O ais.

Beberapa hari lepas boleh dia masak masakkan paling aku gemari iaitu masak lemak pucuk ubi. Perghhh.. Siap ada lauk tambahan, ayam goreng. Apa lagi, aku ambil nasi satu senduk, sayu pucuk ubi tu 2 senduk, ayam goreng pulak 2 ketul, tapi ayam nya dipotong kecik la hehe. Tengah aku makan sambil tengok TV, sayurnya habis pulak. Nasi ada la lagi sikit. Jadi round ke 2 aku tambah sayur 2 senduk, nasi setengah senduk. HAHAHA. Nampak kan  selera makan aku macamane? Jadi korang tak boleh kata aku ni kurus haha. Mak aku tak buat sambal belacan masa tu sebab sayur tu mak aku buat pedas sikit. Itu kalau ada sambal belacan, memang aku tambah 3 kali laaa...haha.

Makan jangan sebarang makan, kawal nafsu makan. Ingatan untuk diri sendiri dan mak aku yang suka masak masakkan kegemaran anaknya hehe.

Sunday, January 5, 2014

fertigasi cili: isi sabut kelapa ke dalam polibeg

Selamat pagi kengkawan semua...
Ramai juga yang bertanya kepada ku, adakah aku gunakan media lain selain sabut kelapa dalam tanaman fertigasi cili ku. Kalau dulunya memang aku ada gunakan campuran sabut, sekam padi  dan apa lagi satu aku lupa. Tapi setelah itu, aku gunakan sabut kelapa sahaja dalam projek fertigasi cili ku. 

Baru-baru ini, aku dapat tahu, sistem fertigasi menggunakan sabut kerana cuaca di Malaysia tidak menentu. Kadang panas terik sehingga air mencapai suhu 50 darjah celcius. Agak kurang elok untuk pokok. Dengan menggunakan media sabut ini, suhu air yang panas ini dapat direndahkan. Aku pun tahu ilmu ni daripada seorang abang yang pernah bereksperimen dengan sistem fertigasi ni. Andaikata ada salah silap, tolong betulkan.

Apa-apa pun, pengalaman aku, walaupun aku hanya menggunakan media sabut sahaja, pokok tetap sihat. Buah tetap lebat. Aku gunakan polibeg 16 x 16. Aku lipat sikit atasnya supaya mudah pegang dan aku isi sabut mampat mampat. Biasanya 1 guni sabut kelapa boleh dapat 4 polibeg. Tapi selepas ini aku akan cuba bereksperimen dengan polibeg bersaiz 18 x 15 sebab ade seorang teman berkata polibeg yang lebar akan menghasilkan buah yang lebih banyak. Apa-apa pun penjagaan pokok jangan lupa pula YA. 

 gambar: berlumba isi sabut sebab nak dapat hadiah

gambar: kecik-kecik dah buat muka menggoda haha

Saturday, January 4, 2014

fertigasi cili: bermulanya...projek cili di Tapak A

Selamat Tengahari kengkawan semua...
Hari ni aku tergerak nak update mengenai projek cili di tapak A yang telah agak lama aku tinggalkan. Untuk pengetahuan semua, aku telah memulakan kembali projek cili di tapak A ini pada 26 Oktober 2013. Korang mesti ingat mengenai kebun cili di rumah tunang aku kan? Memandangkan majlis kitorang semakin hampir, maka aku pindahkan semua barang-barang dari tapak rumah tunang ku ke kebun ini. Aku gunakan kembali paip-paip, besi-besi dan barang-barang lain. 

Aku tahu ramai yang kata projek fertigasi ni memerlukan modal yang besar, ia, memang benar. Sebab tu aku sarankan pada sesiapa yang nak mulakan projek cili ni atau ape jua tanaman, tanya kepada mereka yang pernah buat. Terutamanya tanya kepada mereka yang gagal. Aku pun korek duit simpanan aku untuk projek fertigasi ni. Aku rasa lagi elok kalau mereka yang sebaya denganku buat projek ni daripada duit dihabiskan membuat perkara tak berfaedah. Aku tahu aku pun banyak buat perkara tak berfaedah satu waktu dahulu sebab tu aku jadikan pertanian ni hobi aku. Pengalaman dapat, hasil dapat, duit pun dapat, kan?

Okey, kat bawah ni ada beberapa gambar untuk tatapan korang. Sejujurnya apa yang aku coret di blog ni sekadar pengalaman aku. Aku pun masih belajar jadi mungkin korang akan nampak kebun aku tak tersusun, cara aku tak berapa nak sistematik.



popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan