nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Monday, July 11, 2011

pengeluaran Proton Savvy dihentikan?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. ape kabo semua? dah makan? ohhh makan kat luar ye. naik kereta? kereta apa? proton savvy? ape pendapat korang mengenai kereta tu? aku pun tak pernah merasa naik kereta tu. jadi tak boleh la aku nak kata macam-macam mengenai kereta ni. apa yang aku tau,kereta ini akan dihentikan pengeluaranya. mengapa yer?
sumber gambar: google

menurut arenakereta.com, "Jika benar Proton Savvy akan dihentikan pengeluarannya, saya menyokong penuh berita tersebut. Jika anda mengikuti perkembangan Arena Kereta sejak mula, saya telah membuat kritikan agak kritikal terhadap model Savvy sebelum ini kerana tahap kualiti dan reka bentuk yang kurang memuaskan (sekadar pandangan peribadi semata-mata). Selepas 7 tahun pengeluaran, memang tidak ada salahnya pengeluaran Savvy dihentikan." 

aku tak tahu nak cakap apa sebab aku ni tak pernah naik kereta ni. jadi pada mereka yang memiliki proton savvy dan mereka yang ingin mengetahui kisah selanjutnya, boleh singgah ke sini

penutup: aku tak fikir sangat pasal kereta. 3 tahun aku kerja tapi masih belum beli kereta. belum berkemampuan. dalam hati ingat nak beli nissan sunny je huhuhu

Sunday, July 10, 2011

can't smile without you...my reader

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat petang kengkawan semua. moge sehat senantiasa. aku baru je balik kenduri kawen kat rumah member sekampung. alahai..ape korang ingat gua pakai semart2 ala2 nak pergi shopping complex ke. gua datang pakai baju pagoda,jeans lusuh dan selipor jepon jer tau. aku harap tuan rumah tadi tak mara sebab orang kampung kat sini dah tau itu style aku. aku keje 7 hari seminggu. mane ade cuti,ape yang aku pakai ni itu lah aku. dari tempat kerje teros ke kenduri kawen.

masok je dalam kawasan rumah,aku akan mencari tuan rumah. macam biase la. salam kaut. kadang orang bagi sampul. nampak tebal. tapi dalam kosong. aku tidak. aku ni jujur. ape yang aku bagi,tak maen sampul2. lagipun bukan hari raya,nak sampul2. tengah aku menikmati ayam goreng sesedap ayam KFC,aku terdengar kompang dipalu2. perghhh,berseri2 muke kawan aku tu. macam baru lepas ambik air sembahyang. dalam hati aku tak semena-mena terlintas," perghhh besh nye kawen kan..aku teringin pulak nak kawen". aku tersedar. aku berkhayal rupenye. entah mengapa sejak akhir-akhir ni aku banyak mengelamun pasal kawen. mungkin umur semakin meningkat agaknye. ah. biarlah. aku belom mampu lagi. 

panjang sangat ayat aku hari ni. aku sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada pembaca pembaca blog aku ni, aku tahu aku makin jarang meng update. bukan salah masa. memang salah aku. mungkin aku tak pandai membahagikan masa. untuk mengubati rindu korang pada penulisan aku,bukan aku tau. aku tujukan lagu ini untuk korang. anggaplah yang menyanyi itu aku. pejam mata. dengar. menari bersamaku.

Friday, July 8, 2011

kisah aku, Petronas dan anak yatim itu

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. apa khabar rakan2 sekalian. tadi aku baru terbaca blog abang ben ashaari pasal blogger menipu untuk mendapatkan trafik yang tinggi. (link entry di sini) macam-macam sekarang. nak naikkan trafik pun main tipu ka? aku? aku tak kesah trafik tinggi ke rendah (cehhh padahal kalau takde orang datang tau ko menangis). ok lah, terus pada cerita aku......


malam tu angin sepoi2 bahasa dan aku pun takde nak buat apa. aku rancang nak pergi Batu Pahat. masa tu nak pergi bank kot. oleh kerana aku ni belum ada kereta walaupun dah kerja 3 tahun,aku menebalkan muka untuk meminjam kereta mak aku. terima kasih mak. aku tengok meter minyak lagi 1 jarum nak ke huruf E. maka aku carilah Petronas. untuk pengetahuan korang aku memang suka pergi pam minyak Petronas. sebab? tandas nya selesa. ceh,alasan tak munasabah.


tengah aku syok isi minyak,datang seorang budak perempuan yang aku tengok gayanya macam 18 tahun. ahhh aku memang pakar melihat paras wanita (ayat ko memang hampeh). dengan senyuman yang agak indah dia berkata,"bang,saya dari rumah anak yatim,kat sini ade sebotol madu dan dah dibacekan surah yasin dan bacaan 30 juzuk al-quran,sebotol RM50 je bang,nanti abang beli,saye bagi resit sekali". aku dengan senyuman paling ikhlas berkata,"ambik RM10 ni,adik buat tambang balik rumah ye",budak tu senyum lalu berlalu dari situ. 

biarlah,kalau betul dia anak yatim,aku anggap itu sedekah ikhlas aku. kalau dia tipu. hanya tuhan yang tahu. setelah aku selesai mengisi minyak. aku parking kereta dan bergerak ke tandas. menjalankan rutin kegemaranku.

 

Thursday, July 7, 2011

kesan seminggu tak update blog,nuffnang benci aku huhu

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. aku rase nuffnang dah mule benci aku la. sebab? aku dah lama tak dapat buffered earning. aku rasa salah satu sebabnye adelah traffic blog aku yang kurang memuaskan dan ku jarang menupdate blog sejak akhir-akhir ini. takpelah. takkan aku nak mengeluh. salah aku juga. tak kerap update blog. traffic pun slow jer huhu. hampir seminggu aku tak update blog ni. nak wat camne. kate pon berblog sebab suka2. padan muka aku sendiri.

akibat tak mengupdate blog selama seminggu,traffic aku pun suram dan muram.alahai

 terime kaseh kepada google. aku pun tak tau macamane pembaca aku boleh sampai sini. anyway thanx sudi singgah

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan