nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, April 11, 2012

lupekan Ombak Rindu, Ombak Tsunami bakal tiba

SALAM...
petang tadi lepas gua balik kerja, gua dengan sepenuh kerajinan yang ada, ajak adik gua berjoging keliling rumah. ya! joging keliling rumah je. nak beli alat senam mahal2 malas, takde tempat nak letak. baik duit tu gua beli emas keh3. 

lepas setengah jam gua joging, gua pergi warong mat jegup, saje jumpe member, borak2. tengah borak2 diorang saling berpesan, malam ni jangan buat maksiat. tsunami nak datang. gua punyelah terkejut. rupe2 nye amaran tsunami dah keluar. gua ni tak tau pape. terime kasih keng kawan semua.

gua harap kampung, pekan, bandar dan negeri tempat gua tinggal ni dijauhkan dari bencana yang amat dahsyat. gua masih lemah, belom cukup amalan kebaikan yang gua buat. pada yang dok fanatik berparti, tinggalkan seketika. tak kira siapa kita, UMNO, PAS, PKR, MIC, MCA, DAP, BEBAS, dan sewaktu denganya, kita takkan dapat lari bila yang maha kuasa dah menetapkan sesuatu itu akan berlaku. 

gua tetibe teringat filem 2012, ya tuhan....gua betul2 takot......ampunkan dosa2 ku dan seluruh umat manusia di muka bumi ini. kami sentiasa leka dengan perintahmu...gua kadang pelik dengan diri gua, mase senang, kerap lupe DIA, mase susahlah baru beriye berdoa mintak selamat.....

berikut adalah status facebook  Peminat Setia Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak

"Jangkaan Masa Tsunami 
Bersedia atas ujian Allah seterusnya, SEKIRANYA tsunami dijangka tiba, ia akan melanda georgetown pada jam 9.11pm dan port dickson 2.10am.. Sekiranya berlaku, jauhkan diri dari pantai.. pergi ke tempat kawasan tinggi dan.... jangan lupa delete semua gambar2 xtutup aurat di facebook tak kira lelaki mahupun perempuan!wallahua'lam..."

Monday, April 9, 2012

gua berlari di tepi kubur

SALAM...
pergh..memang hampeh betul gua ni.dulu beriye2 menaip blog. sekarang sebulan sekali baru update. bulan empat ni gua belum update ape2 pon. perghh masak2. okeylah. tanpe melengahkan masa korang nak membace, gua nak bagitau buat julung2 kalinya, gua JOGING hari ni...YEAYYYY!!!...

kalau selama ni gua cycling je, hari ni gua joging plak. perghhh disebabkan dah lama gua tak berjoging, gua tarik nafas macam tak cukup oksigen. peha gua yang gebu ni pon jadi kebas. takpe. hari ni gua joging setengah jam, esok mane la tau sejam kan?

jangan salah paham, gua berjoging bukan sebab nak kurus, gua memang dah kurus pon (perasan nak mam#$@#$@#$@$, ehhh blogger mane boleh cakap bahase kesat, kena saman nanti). niat gua joging ni pon sebab nak bagi peloh2 jantan gua ni keluar. bagi jantung gua pam darah. bagi oksigen sampai ke otak. baru gua dapat berfikir dengan cerdas. keh3. perghh ayat dari seorang yang tak berapa pakar.

ehhh alamak, adik aku dah keluar bilik air, turn gua pulak nak mandi. gua siap bawak pisau cukur buat cukur ape yang patot. kalau ade bini kan senang sikit, suruh bini cukurkan bulu2 yang ade.....bulu misai daaaaa....

PSSSTTT...tak payah gune produk bebukan pon kite boleh jadi sehat. cume kite je malas nak senam. kan kan kan. ehhh pasal tajuk tu, memang betul la...gua lagi lalu depan kubur sebab rumah gua dekat dengan kubur.

Wednesday, March 28, 2012

masalah ibarat taik hidung keras

SALAM...
makin lama makin malas gua nak mengupdate blog. gua pon tak tau kenape. agaknye gua bukan dilahirkan untuk menaip mahupon menulis. mungkin jugak gua makin takot nak menaip sebab takot tersebarkan cerita2 palsu. bahaye woo, kalau salah info boleh porak peranda hidop orang. yerla, sekarang pon dah macam2 masalah berlaku kat masyarakat kita kan. bukan je masyarakat kite, kat diri kita pon same. nape tak caye?

sebab tu gua kata masalah ni ibarat taik hidong keras, kenape? sebab taik hidung ni sentiase ade kan? dah namenye taik hidung. lagi2 kalau keras, memang payah nak korek. sakit. nak kena basahkan jari ka, putik kapas ke, slow2, bersihkan taik hidung tu. haaa, paham? memang la nampak gua ni pengotor, tapi tu la hakikat, kalau ade masalah, kite kene tenang, senyum, rehat kejap. dah tenang, baru boleh cuba fikir langkah nak setelkan masalah tu, baru tak kelam kabut.

jangan sesekali ambik jalan mudah bila kite ditimpa masalah. amek pisau mak nak potong sayur tu buat ape? nak kelar tangan? yang hang dok rembat kain pelekat bapak hang tu kenape? nak gantong diri? bawak mengucap, kita ni dah le banyak dosa, makin nak buat dosa besor pulak nak buat ape. nak bunoh diri sebab putos cinta? lagi la gua takleh terime, lu bunoh diri pon bukan dapat ape, awek/pakwe lu leh cari pengganti lain. lu? dapat ape? ulat dalam tanah?

sebelom gua taip panjang lebar, baik gua akhirkan dengan ayat bawah ni, paham ke tak paham lantak korang,

"anggaplah masalah yang menimpe kite sekarang ni satu pengajaran hidup, yang mematangkan kite, bukan satu bebanan"

sekian dari budak botak dari kampung

Wednesday, March 21, 2012

result SPM gua yang teruk.

SALAM. selamat pagi kengkawan seangkatan mahupon sekapalan gua. hari ni keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar kan?? makin lama makin maju, kita dah tak payah susah2 nak g sekolah nak tengok result. agak2 segan nak tengok kat sekolah, cek dulu gune SMS, kalau keputusan OK, baru pegi sekolah. hehe. (korang boleh tengok kat bahagian akhir entry ni kalau nak tahu camne nak semak gune SMS, takpon online)

gua teringat dulu mase nak ambik result SPM. macam ni la suasana pagi nya. penuh syahdu. angin sepoi2 bahase. memandangkan gua duduk kat muar dan gua sekolah kat mersing, gua agak lambat sampai ke sekolah. mase dalam perjalanan tu la kengkawan gua mesej, ade yang dapat 12A, 11A, 10A..perghhh tangan dengan kepala gua yang botak ni dah berpeluh macam tunggu bini beranak. rase nak bukak baju je sebab kepanasan. 

sampai je gua kat sekolah, gua dah cuak. yerla, gua tau gua ni bukan pelajar bijaksana, bijaksini ape tah lagi. gua cari nama gua, gua nak tengok keputusan gua. 6A 6B. gua dah buat muke murung. bukan sengaja buat. memang otomatik. gua tau gua dah hancurkan harapan bapak gua yang nakkan gua dapat straight A. bila gua bagitau bapak gua, terpancar sinar kekecewaan kat muke die. maap mak, ayah. gua tau gua dah kecewakan mak  ayah. ayah gua terus jumpe pihak sekolah, nak tahu ape jurusan yang terbaik untuk gua. masok ke IPTA ke IPTS.

nak dipendekkan cerita, lepas SPM, gua lanjutkan pelajaran kat Matrikulasi Tangkak, Johor. lepas setahun kat situ, gua terus ke UiTM Segamat, Johor, ambik kos ijazah dalam bisnes marketing. baru setahun gua kat sane, ayah gua suruh gua berhenti, tolong dia kat kampung. gua tak berenti, gua tangguhkan pelajaran gua. lepas setahun gua tangguh, gua sambung Pengajian Jarak Jauh kat UiTM Shah Alam. dua minggu sekali gua ulang alik. lagi setahun gua nak abes ijazah gua, ayah gua suruh gua berhenti belajar. mungkin die tak sampai hati tengok gua keje sambil pegang buku. gua pon berhenti belajar.


sekarang, gua ade kat sini, kat kampung. tolong bapak gua buat kerje kampung. walaupon gua ade SPM je, gua tetap gembira sebab dapat berbakti pada mak bapak gua. pada korang yang berjaya dalam SPM, ingat, kat depan korang ade banyak lagi cabaran. pada yang kurang berjaya, sabar. banyak lagi peluang depan mata korang. rebut peluang yang ada. jangan berkira.


semak keputusan SPM 2011 guna SMS (gua rembat kat yanmieonline.com/)
Taip  SPM No Kad Pengenakan No. Angka giliran dan hantar ke 15888

kalau mak bapak yang nak tengok result anak gune online pon boleh (gua rembat kat yanmieonline.com/)
1) Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan