nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, January 10, 2014

makan-makan: masak lemak pucuk ubi dengan ayam goreng memang terliur

Selamat pagi kengkawan semua.
Beberapa hari lepas ada kengkawan yang menegur aku, kata mereka aku dah nampak kurus sikit. Makan hati ke ape? Kata mereka. Aku terus tunjukkan perot aku yang ke depan ni. Membuktikan bahawa aku masih buncit, tak kurus seinci pun. Tapi aku memang tak mau kurus. Biar aku maintain macam ni je, asalkan tak sakit.

Untuk mengekalkan tubuh badan yang ideal (ideal la sangat), aku hanya akan mengambil satu senduk nasi sahaja. Aku akan cuba elakkan pengambilan nasi yang berlebihan. Takut terlalu ke depan nanti susah nak jalan. Nak tengok kaki sendiri pun tak nampak nanti. hehe. 

TETAPI....

Aku memang marah sangat kat mak aku (gurau jer hehe)

gambar: masak lemak pucuk ubi, ayam goreng dan kopi O ais.

Beberapa hari lepas boleh dia masak masakkan paling aku gemari iaitu masak lemak pucuk ubi. Perghhh.. Siap ada lauk tambahan, ayam goreng. Apa lagi, aku ambil nasi satu senduk, sayu pucuk ubi tu 2 senduk, ayam goreng pulak 2 ketul, tapi ayam nya dipotong kecik la hehe. Tengah aku makan sambil tengok TV, sayurnya habis pulak. Nasi ada la lagi sikit. Jadi round ke 2 aku tambah sayur 2 senduk, nasi setengah senduk. HAHAHA. Nampak kan  selera makan aku macamane? Jadi korang tak boleh kata aku ni kurus haha. Mak aku tak buat sambal belacan masa tu sebab sayur tu mak aku buat pedas sikit. Itu kalau ada sambal belacan, memang aku tambah 3 kali laaa...haha.

Makan jangan sebarang makan, kawal nafsu makan. Ingatan untuk diri sendiri dan mak aku yang suka masak masakkan kegemaran anaknya hehe.

Sunday, January 5, 2014

fertigasi cili: isi sabut kelapa ke dalam polibeg

Selamat pagi kengkawan semua...
Ramai juga yang bertanya kepada ku, adakah aku gunakan media lain selain sabut kelapa dalam tanaman fertigasi cili ku. Kalau dulunya memang aku ada gunakan campuran sabut, sekam padi  dan apa lagi satu aku lupa. Tapi setelah itu, aku gunakan sabut kelapa sahaja dalam projek fertigasi cili ku. 

Baru-baru ini, aku dapat tahu, sistem fertigasi menggunakan sabut kerana cuaca di Malaysia tidak menentu. Kadang panas terik sehingga air mencapai suhu 50 darjah celcius. Agak kurang elok untuk pokok. Dengan menggunakan media sabut ini, suhu air yang panas ini dapat direndahkan. Aku pun tahu ilmu ni daripada seorang abang yang pernah bereksperimen dengan sistem fertigasi ni. Andaikata ada salah silap, tolong betulkan.

Apa-apa pun, pengalaman aku, walaupun aku hanya menggunakan media sabut sahaja, pokok tetap sihat. Buah tetap lebat. Aku gunakan polibeg 16 x 16. Aku lipat sikit atasnya supaya mudah pegang dan aku isi sabut mampat mampat. Biasanya 1 guni sabut kelapa boleh dapat 4 polibeg. Tapi selepas ini aku akan cuba bereksperimen dengan polibeg bersaiz 18 x 15 sebab ade seorang teman berkata polibeg yang lebar akan menghasilkan buah yang lebih banyak. Apa-apa pun penjagaan pokok jangan lupa pula YA. 

 gambar: berlumba isi sabut sebab nak dapat hadiah

gambar: kecik-kecik dah buat muka menggoda haha

Saturday, January 4, 2014

fertigasi cili: bermulanya...projek cili di Tapak A

Selamat Tengahari kengkawan semua...
Hari ni aku tergerak nak update mengenai projek cili di tapak A yang telah agak lama aku tinggalkan. Untuk pengetahuan semua, aku telah memulakan kembali projek cili di tapak A ini pada 26 Oktober 2013. Korang mesti ingat mengenai kebun cili di rumah tunang aku kan? Memandangkan majlis kitorang semakin hampir, maka aku pindahkan semua barang-barang dari tapak rumah tunang ku ke kebun ini. Aku gunakan kembali paip-paip, besi-besi dan barang-barang lain. 

Aku tahu ramai yang kata projek fertigasi ni memerlukan modal yang besar, ia, memang benar. Sebab tu aku sarankan pada sesiapa yang nak mulakan projek cili ni atau ape jua tanaman, tanya kepada mereka yang pernah buat. Terutamanya tanya kepada mereka yang gagal. Aku pun korek duit simpanan aku untuk projek fertigasi ni. Aku rasa lagi elok kalau mereka yang sebaya denganku buat projek ni daripada duit dihabiskan membuat perkara tak berfaedah. Aku tahu aku pun banyak buat perkara tak berfaedah satu waktu dahulu sebab tu aku jadikan pertanian ni hobi aku. Pengalaman dapat, hasil dapat, duit pun dapat, kan?

Okey, kat bawah ni ada beberapa gambar untuk tatapan korang. Sejujurnya apa yang aku coret di blog ni sekadar pengalaman aku. Aku pun masih belajar jadi mungkin korang akan nampak kebun aku tak tersusun, cara aku tak berapa nak sistematik.



Friday, December 27, 2013

Dugaan si bapa dan 4 orang anak comel (kisah benar)

Selamat pagi kengkawan semua..
Maaflah sebab lama tak update blog ni. Kawan-kawan semua dah sarapan? Hari ni aku makan lempeng cecah sambal tapi aku makan separuh je. Dah beberapa hari ni memang aku agak kurang berselera untuk makan. Macam-macam masalah yang timbul dalam perniagaanku. Sampai seminggu aku terperap dalam bilik. Balik kerja je aku terus terperap kat dalam bilik. Aku rasa macam tak mampu nak hadapi dugaan ni semua. Belom bersedia nak hadapi dugaan yang berat-berat. Otak aku macam dah buntu nak fikir jalan penyelesaian. 

Hari selasa yang lepas aku mengambil kesempatan melawat bakal abang ipar aku kat hospital. Aku pergi ke bilik rehat/bilik pelawat untuk berjumpa tunang aku dan bakal mak mertua aku. Masa tu aku terlihat 4 kanak-kanak kecil. Tak kelihatan pula ibu bapanya. Oh, bapanya mandi, ibunya? Masuk dalam wad kerana penyakit strok dan buah pinggang bernanah. Astaghfirullah....

Aku tersentak. Tersedar. Terkesima. Terkejut.

gambar: Cik Pija bersama 3 daripada 4 anak yang comel, tabah, dan memahami...

Aku tengok bapa kepada kanak-kanak berumur 6 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan 1 tahun (masih merangkak) ini masih muda. Umur di awal 30-an barangkali. Bekerja sebagai bomba. Ambil cuti tanpa gaji menjaga isteri di hospital. Yang aku kagum, anak-anaknya seolah-olah memahami dugaan yang dihadapi ibu bapa mereka. Langsung tidak merengek. Tak menangis. Bila bapa muda ini suruh mereka tidur, mereka baring di sekeliling bapanya. 

Bertambah terkejut lagi aku apabila mengetahui ibu mereka yang sedang sakit itu sedang mengandung. Doktor pun takut untuk memberi ubat kerana takut memberi kesan negatif pada anak di dalam kandungan. 

Bila aku fikir semula, walaupun aku hampir buntu dan pening memikirkan masalah perniagaanku, aku masih ada keluarga. Aku juga masih dikurniakan kesihatan. Pada aku, dugaan keluarga ini amat berat. Lebih berat dari dugaan yang aku hadapi. Aku cepat-cepat bangkit walaupun belum pulih sepenuhnya. 

Aku harap tuhan permudahkan urusan keluarga itu. Kuatkan hati mereka semua. Semoga anak-anaknya menjadi anak yang baik. 

Untuk aku, aku kena usaha, ikhtiar, dan berdoa...jadi lebih kuat.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan