nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, February 3, 2009

walk the talk

salam to all frenz..
kali ni saya ingin membawa diri kita semua termasuk saya yang kerdil dan tidak mempunyai ilmu yang begitu banyak ini untuk same2 kenang dan ingat kembali. Ada tak antara kita yang pernah mengatakan sesuatu tetapi tidak lakukan seperti yang diperkatakan.??? Secara jujurnya, saya pernah.

Jika anda masih tidak faham, saya beri anda contoh paling mudah, kita beritahu pada mak ayah yang kita akan belajar bersungguh2 tetapi sebenarnya kita tidak, bila tiba di tempat pengajian, kita hanya tahu bermain, duit yang diberi mak ayah dibazirkan begitu sahaja. Contoh yang lain pula, kita beritahu pada diri kita, "esok pagi aku nak solat tahajud,solat hajat, aku akan bangun pagi!!"...tetapi..bila jam loceng berbunyi, kita matikan jam itu dan tidur kembali. Contoh ke 3, ibu berkata,"along, tolong siramkan pokok bunga kat luar rumah kita tu", si anak pula berkata,"kejap ye mak, ade cerita best kat tv ni".....akhirnya sampai ke petang pokok tidak disiram. Haa, ada lagi contoh, kita beriya2 membuat jadual waktu belajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, wahhh...siap di highlight lagi tu, pastu tampal kat depan meja belajar, jeng..jeng...jeng....bila tiba waktunya, "aduh, waktu ni subjek matematik ke yang kena belajar??...alaa...dahla aku penat nih...hurm...takpelah..tangguh lain hari je la...tido lagi best.."

huhu...contoh2 yang saya berikan di atas ada di antaranya dari pengalaman saya sendiri, bukan semua ye..hehehe..

Ayah saya berpesan kepada saya, kalau nak jadi orang yang berjaya, jangan bercakap saja. Nak berjaya kene cakap lepas tu buat. Kebanyakan orang yang gagal, mereka gagal kerana hanya tahu bercakap tapi taktau nak buat kerja. Hmm...btul juga kata2 ayah saya.

Lebih2 lagi pemimpin, tidak kiralah pemimpin apa, waktu pilihanraya menabur janji itu ini untuk menarik perhatian pengundi, tetapi apabila telah dipilih, satu janji puin tidak tertunai.

Pemimpin pada diri sendiri pun kena begitu, bila kita cakap pada diri kita yang kita nak jadi orang yang berjaya, takkanlah kita nak duduk rumah goyang kaki, tido, makan, tido, lepak2 di warung??? Sampai ke tua pun takkan berjaya... Nak berjaya, kena ada usaha. Tetapi kawan2, bila kita nak nak capai kejayaan itu, mmg bukanya mudah, saya pun sedang berusaha memperbaiki diri.

Apa-apa pun, sama-samalah kita termasuk diri saya ni ubah diri. Kalau dulunya kita hanya bercakap tanpa berbuat apa2, sekarang ini kita bercakap, dan kita buat. I mean kalau kita berazam nak jadi orang yang berjaya, perlakuan kita hendaklah seiring dengan azam kita.

tiada yang boleh mengubah diri kita selain diri kita sendiri yang mengubahnya. :-)

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan