nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, July 29, 2012

seminggu tak puase?

SALAM...
agak lama gua tak update blog ni. dah bersawang di sana sini. sudah seminggu kita menempuh bulan Ramadhan. gua rasa belum terlambat untuk gua mengucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat berbuka dan selamat bertrawikh kepada semua umat Islam di seluruh dunia. (macam ramai je kan yang baca blog gua ni huhu..perasan.) 

ape pengalaman yang korang hadapi sepanjang seminggu berpuase ni? gua agak letih dan kepenatan di bulan puase ni sebab kekadang kena turun padang gak ikot angkat sawit. lepas tu gua kena cari buluh nak buat pancang pokok lada gua yang tumbang sebab angin kuat. untuk pengetahuan korang, gua ade tanam pokok lada, tu gua akan cerite kemudian.

waktu siang (terutamanya waktu tengahari) di bulan puase ni mesti kite teringin nak beli juadah berbuka macam2 kan? tapi aku sejak awal Ramadhan sampai la sekarang ni, gua cume nak minum air jarang/air kosong je mase berbuka. ntah kenapa, gua dah kurang minum air manis. bila berbuka dapat kurma 3 biji dengan sky juice 2 cawan pon gua dah lega. 

gua harap bulan puasa tahun ni membawa makna kepada kita semua. kalau sebelum ni kita masokkan seringgit kat tabung mesjid, ape kate bulan puase ni kita masokkan dua ringgit pulak. nak lagi bagus, kita pergi cari mereka yang susah dan bantu mereka. sekadar cadangan.....SALAM

Tuesday, June 5, 2012

kata dia, gua muflis kat akhirat nanti

SALAM...
agak lama gua tak mengupdate blog gua ni. maafkan gua kalau gua lama menyepi tapi apedehal, bukan ada orang yang baca blog berlatarkan warna putih dan plain macam blog gua ni. pembaca kan suka blog yang dihias indah dengan bunga-bunga dan lagu-lagu awan nano...

cakap pasal putih. orang selalu kaitkan warna putih itu dengan kebersihan dan kesucian. begitu juga dengan sifat seseorang manusia. bila kita lihat mereka itu putih dan cantik maka terlintas lah dalam hati kita yang mereka itu baik. bila lihat mereka ber@#@^ besar, mula menjeling miang padahal span je tebal. bila lihat penampilan mereka bertudung berkopiah, menambahkan lagi keyakinan dalam hati kita yang mereka itu orang baik-baik. gua tak nafikan ini semua. memang ada di antara mereka ini berpenampilan 'baik' kerana mereka ikhlas dan terbit dari dalam hati mereka sendiri tanpa dipaksa.

TETAPI, gua juga tak nafikan

Thursday, May 10, 2012

gua memajak kijang emas di ar-rahnu bank rakyat

SALAM...
selamat petang kengkawan semua. perghh cuaca agak terik hari ni. korang jangan lupe minom air banyak-banyak. kang kurang air dalam badan tu. pada tengahari yang terik ni gua nak berkongsi sikit pengalaman gua merahnukan kijang emas gua di Bank Rakyat. yup. pada yang pelik dok tanya arrahnu tu ape, korang boleh tapi kat google hehe. gurau je..yerla..gua bagitau serba sedikit pasal pajak gadai ni ye.

sebelum tu, gua nak bagitau dulu tujuan gua memajak kijang emas/barang kemas gua ni. gua takde amalkan kaedah manipulasi ka atau apa2. tujuan utama gua (dan merupakan satu-satunye tujuan gua) merahnukan kijang emas/barang kemas gua adalah untuk digunakan bila sesak sahaja. bila ade duit, terus bayar balik ape yang kita pinjam. senang, mudah. bila tak sesak, jangan rahnukan. bile sesak, rahnukan. bila ade duit je, tak kire sebulan ka dua bulan ka lepas tu, terus tebus.

kat Malaysia ni ade dua jenis pajak gadai. pajak gadai konvensional yang gua panggil pajak gadai swasta (mungkin terma ni salah tapi ni bahase gua, jangan ikot) dan pajak gadai Islam yang biase orang panggil ar-rahnu.

pajak gadai konvensional yang biase kita nampak kat bandar, kat kedai-kedai emas tu kan. gua memang tak pernah tergerak nak pajak gadai kat situ sebab interestnye teramat lah tinggi. kalau tuan-tuan puan-puan pernah memajak gadai barang kemas kat pajak gadai konvensional, boleh kongsi dengan gua. gua ade kawan yang tercekik sebab memajakkan barang kemas kat pajak gadai konvensional. akan gua kongsikan kemudian hari.

gua lebih suka dengan sistem pajak gadai Islam iaitu rahnu kerana tiada interest dan kadar upah simpan tidak terlalu tinggi. kalau nak tahu berapa upah yang dikenakan, korang boleh la ke http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu untuk lebih lanjut. kalau gua terangkan nanti takot korang tak paham.

kat bawah ni gua ceritakan serba sedikit pengalaman gua ber arrahnu Kijang Emas gua Bank Rakyat. perlu diingatkan, Bank Rakyat hanye menerima barang kemas dan Kijang Emas sahaja untuk di rahnukan. jongkong emas tidak diterima. dulu memang la diterime tapi sekarang tidak dan mungkin lepas ni ade pape perubahan itu gua tak tau la. 


haaa dah tengok? gua pajak Kijang Emas ni mase harge emas tinggi dari hari sekarang. sekarang 10 Mei 2012 harge emas jatuh teruk. sesuai pada korang yang nak beli emas. tapi gua tak ambek kesah harge emas naik ke turun. sebab

Thursday, May 3, 2012

kisah sebalik duit becek, salam kaut, dan salam keruk

SALAM..
pekabo kengkawan semua? sehat? gua baru lepas setelkan kerja yang dok berlambak ni. ni pon belom berape nak siap lagi. gua pon curik mase update blog. harap-harap jangan la bos gua nampak. hehe kerje sendiri mane ade bos. diri sendiri la kena kawal masa. kalau tak pandai bahagikan masa, alamatnye bertimbunlah kerja nak buat huhu.

korang mesti pernah pergi ke rumah kengkawan korang mahupon sedara mara yang buat kerja kawen kan? mase korang jumpe tuan rumah, ape yang korang buat? macam biase, mesti la bagi duit becek kan? tu bahase orang sini. kalau kat tempat lain, ade yang panggil duit sumbangan, salam keruk, salam kaut dan sewaktu dengannya. 

ade yang bagi seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit. kalau yang buat kerja kawen tu sedare mara, maka tinggilah nilai duit tu. kadang2 seratus dua. tak lupe jugak ade yang kadang2 tu bagi sampul kosong je kan? mesti korang pernah buat hehe. pihak tuan rumah pulak, kalau orang tu salam kosong jer, mule la mengata bebukan. kalau bagi seringgit dua pon dikata. ade yang kadang2 ungkit dulu pergi rumah sipulan die bagi RM50 tapi bila sipulan tu ke rumah dia cuma di bagi RM10. mana adil. 

aku berhadapan dengan macam-macam pelanggan. ade yang mengeluh sebab banyak sangat jemputan yang terpakse dia pergi. kalau satu tempat RM10, kebetulan hari tu ade 10 tempat kena pergi. ape tak RM100 jadinya? bila datang ke kerja kawen bukannya makan. minum je. tak berbaloi katenye...

amacam, tu baru sikit gua cerita. sebenarnya banyak lagi ragam yang kita boleh nampak bila cerita bab-bab salam kaut ni. gua belum cari kat internet lagi mengenai hal-hal ni. adakah ia menjadi satu kewajipan ataupaun adat?

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan