nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, June 21, 2011

kalau sayang,kenapa pukul?tikam?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. ape khabar keng kawan hari ni?dah sarapan? aku belom lagi. lambat sikit aku sarapan hari ni. baru lepas membaca akhbar sambil minum air kopi. sedap woo gua buat. hehe. hari ni terdetik aku nak bertanya kat korang. kalau korang sayang seseorang tu,sanggupkah korang pukul dia?terajang dia?tikam dia?

kenapa aku tanya?aku agak musykil. sekarang ni macam2. isteri tak mau rujuk kembali kena tikam. si perempuan nak putuskan hubungan kena belasah dengan teman lelaki. kalau betul la kan si lelaki ni sayang kat perempuan,nak rujuk balik ke,nak tunang ke,kenapa perlu belasah? kita sepatutnya melindungi orang yang kita sayang kan? kalau betul la ada perselisihan faham,ape la salahnya bawak berbincang? ape yang kita dapat kalau kita pukul,kita bunuh?kita tikam? rugi,kan?

kita manusia,kadang2 alpa,terlalu ikutkan perasaan sampai melakukan perkara di luar batasan. 

aku takmau cakap banyak sebab aku takde pengalaman dan aku juga insan lemah. maaf salah silap

Monday, June 20, 2011

qayyum (editor majalah ujang) meninggal dunia

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kawan-kawan semoga hidup kita dirahmati Allah dan segala amalan baik kita diterimaNya. semalam kita telah digemparkan dengan berita zami ismail atau lebih dikenali sebagai pak uda,telah meninggal dunia kerana serangan jantung. pada hari yang sama sebelah malamnya pula,kita kehilangan seorang lagi insan yang berbakat,yang telah mewarnai zaman kanak-kanak kita dengan kartun-kartun nya iaitu saudara qayyuum. beliau meninggal kerana stroke.

allahyarham qayyum (kiri sekali) | sumber|

semoga roh allahyarham qayyum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

klik untuk ke laman blog majalah ujan:



kereta tempatan dan luar negara paling laris di Malaysia (best selling car in Malaysia)

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kengkawan pembaca blog budakkampung yang semakin hari alhamdulillah,semakin ramai pembaca. mungkin kerana ramai antara kamu dan kamu yang otaknya sama macam aku maka korang datang sini untuk membaca kisah-kisah mereng aku.hehhe. entry hari ni bukan kisah mereng tapi mengenai info kereta paling laris di Malaysia.

memandangkan kita berada di bulan 6 dan lagi beberapa bulan je nak raya,pastinya ramai yang akan tercari-cari kenderaan baru,terutamanya mereka yang sudah berkeluarga. yang belum berkeluarga tak payah sibuk fikir pasal kenderaan. naik motor sudah hehe. 


penting ke info ni? pada aku info ni penting sebab memudahkan kita untuk memilih kenderaan yang biasa orang guna. sebab? bila orang ramai biasa guna,sudah tentu 'spare part' kenderaan tersebut mudah untuk di cari dan tak mmustahil harga alat ganti kenderaan tersebut lebih murah berbanding kenderaan yang jarang orang guna.

kedua,info ini juga penting untuk mereka yang sukakan kelainan. mereka akan memilih kenderaan yang lain daripada senarai kenderaan popular dan pengguna macam ni biasanya tak kisah pasal harga alat ganti kereta  yang mahal ya amat.tujuan?mungkin untuk menarik perhatian dan kelihatan 'rare'. 

setiap orang punya cita rasa berbeza. korang pulak macamana? apakah kenderaan pilihan korang selepas melihat senarai kenderaan paling laris ini?

penutup: ukur baju badan sendiri sebelom membeli kenderaan. jangan nak buat baju sendiri ikut ukuran badan orang,kelak tercabut butang-butang di baju itu.

penutup kedua: aku inginkan volkswagen combi/kombi tapi hargenye aduh pening.

Sunday, June 19, 2011

gadget: Casio exilim ex-z800 untuk pencinta DORAEMON

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat petang kepada kengkawan sekalian. korang suka doraemon tak? kalau korang suka bermakna kamera casio ini sesuai untuk korang. walaupun bentuknye pada aku agak kurang menarik,ia didatangkan dengan kamera 14.1 megapixel dan korang boleh mengambil video high definition dengan kamera ini. selain daripada tu,korang boleh edit gambar yang korang ambik dengan meletakkan "kipas terbang" doraemon dan juga gambar makhluk yang takot tikus tu. kamera ini dijangka berada di pasaran pada Ogos 2011. sumber

penutup: agak-agak poket doraemon ade jual tak? untung woo kalau ade itu poket. banyak barang ade. nak masak tinggal selok poket ajaib je ambik bawang putih hehe.


popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan