assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
ape jua yang kita inginkan, akan dipenuhi ibu bapa......bila ibu bapa punya permintaan kecik, adakah kita akan tunaikan?
terima kasih blogserius kerana mata aku masuk habuk di petang Ramadhan ini...
Pages
▼
Friday, August 26, 2011
kasihan mak tak merasa kasih sayang anak yang konon berjaya
Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh...
adakah korang lebih sayangkan awek/pakwe korang daripada mak ayah sendiri?
adakah korang lebih sayangkan bini daripada mak ayah sendiri?
kita tahu tak sekarang di mana mak ayah kita berada??
siapa insan yang paling gembira bila kita berjaya?
adakah kita telah menunaikan impian mak ayah?
baca kisah di bawah,semoga kita sama-sama mendapat manfaat.
aku ambil dari facebook wawa naim!. terime kaseh
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
sumber gambar: google
Dua puluh tahun kemudian,
makan-makan: mitos dan fakta mengenai air kelapa
Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kawan-kawan semua. semalam aku ada post entry mengenai kelebihan air kelapa kan? kalau belum baca, korang boleh ke sini. pagi tadi kawan aku si aizudin bagitau yang atlet sukan tidak boleh minum air kelapa. dia pun mintak aku carikan maklumat pasal ni. OK! kawan punya pasal kan, lagipun tengah ada masa sikit ni. aku pun google la ke sane sini. susah jugak sebab semua maklumat yang aku dapat berkaitan kelebihan air kelapa. akhirnya aku jumpa maklumat kat bawah ni. jadi korang boleh bace lah yer. petang jom berbuka air kelapa.hehehehe
air kelapa, sumber : google
Merupakan minuman untuk ahli sukan? benarkah?
fakta: Untuk anda yang mempunyai tahap aktiviti yang biasa, minum air kelapa untuk memulihkan tenaga boleh jadi pilihan, tetapi tidak untuk seorang atlet. ini kerana, ketika anda bersenam, anda mengeluarkan banyak sodium dan beberapa potasium melalui peluh. Anda perlu menggantikan dua mineral tersebut setelah program latihan yang berat (lebih dari satu jam sehari).
Kandungan potasium dalam secawan air kelapa adalah 600 mg atau 175 mg lebih banyak daripada sesisir pisang, atau 13 kali lebih banyak daripada yang terdapat pada kebanyakan 'sport drinks'. "Masalahnya, secangkir air kelapa hanya mengandung sekitar 30 mg sodium, sementara kita kehilangan jauh lebih banyak selama latihan berdurasi panjang," ungkap Applegate.
Mempercepatkan metabolisme? benarkah?
fakta: Menurut Liz Applegate, PhD, pengarah nutrisi sukan di University of California, Davis, tidak ada kajian yang boleh membuktikan hal tersebut. Begitu pula bila ada yang mengatakan bahawa air kelapa boleh membuat kita gemuk. Kemungkinan mitos ini muncul kerana orang mencampurkan air kelapa dan santan. Secangkir santan memang mengandungi 445 kalori, dan kebanyakan merupakan lemak tepu. Sementara air kelapa hanya mengandungi 46 kalori dalam satu cawan. Jika anda memang berniat menguruskan badan, pilihannya adalah minuman tanpa kalori, seperti air putih, serta kopi atau teh tanpa gula.
Membuat Anda terlihat lebih muda. betul ke??
Fakta: Menurut kajian di Molecules, air kelapa mengandung cytokinins. Cytokinins adalah hormon tanaman yang terbukti memperlambat proses penuaan pada lalat tanaman dan buah. Tetapi, apakah manfaat ini juga berlaku pada manusia? Belum terbukti lagi
Fakta: Menurut kajian di Molecules, air kelapa mengandung cytokinins. Cytokinins adalah hormon tanaman yang terbukti memperlambat proses penuaan pada lalat tanaman dan buah. Tetapi, apakah manfaat ini juga berlaku pada manusia? Belum terbukti lagi
Melindungi jantung??
Fakta: kandungan potasium memang mampu membantu menurunkan tekanan darah dan menyehatkan jantung, kata Andrea Giancoli, RD, juru bicara American Dietetic Association. Namun, bila Anda ingin memelihara jantung yang sehat, sebaiknya mendapatkan potasium ini dari sayuran seperti bayam, ubi, dan susu rendah lemak. Dari bahan makanan ini, Anda juga boleh mendapat manfaat serat dan vitamin D
Fakta: kandungan potasium memang mampu membantu menurunkan tekanan darah dan menyehatkan jantung, kata Andrea Giancoli, RD, juru bicara American Dietetic Association. Namun, bila Anda ingin memelihara jantung yang sehat, sebaiknya mendapatkan potasium ini dari sayuran seperti bayam, ubi, dan susu rendah lemak. Dari bahan makanan ini, Anda juga boleh mendapat manfaat serat dan vitamin D
sumber maklumat: tribunnews.com/
Thursday, August 25, 2011
bila blogger buat fitnah dan berita palsu...
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
apakhabar kengkawan semua? sehat? tengah buat ape sekarang ni? kalau korang ni blogger, mesti tengah cari idea nak tulis blog kan? biasalah, bukan senang nak jadi seorang blogger, kena sentiasa ada idea dan entry mesti lah mantap, takpon panas!. kalau tak panas orang tak nak komen pulak kan? kalau nak cara senang, pergi kat blog otai, copy bulat-bulat entry diorang, paste je kat blog. sumber? tak nak letak? terpulang. itu tanggungjawab korang.
kadang-kadang kerana terlalu taksub nak update blog, kita terlupa satu lagi perkara yang penting iaitu kesahihan sesuatu berita ataupun fakta. kadang-kadang bila aku keliru tentang sesuatu berita ataupun fakta, aku takkan buat entry mengenai berita/fakta tersebut. contoh, keluar berita gempar kisah seorang kaya Malaysia membeli kereta berharga jutaan ringgit untuk kekasihnya. maka ramai lah blogger mengopy dan mengepaste artikel tersebut. dengan harapan traffic melimpah ruah. tapi sebulan selepas itu keluar kisah yang berita itu tidak benar. ini merupakan sekadar contoh dan rekaan yang aku dapat bagi. bila dah jadi macam ni, ape reaksi kita yang mengopy paste sesedap rasa? (rase tertembak di dada sendiri huhu)
ingatan ini untuk diri sendiri, aku takut aku tersebarkan bende yang tidak benar dan bila aku takde kat dunia ni nanti berita fitnah tu tetap tersebar. semoge diri ini dapat berblog dengan lebih berhati-hati.....
"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan." sumber
makan-makan: khasiat dan kelebihan air kelapa
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
macamane puasa hari ni?
apa minuman yang biasa korang minum semasa berbuka? kalau keluarga aku biasanya air kelapa dan tembikai. korang pon mesti pernah minum air kelapa kan? kalau orang yang biase pergi kebun, terlupa nak bawak air, air kelapa la menjadi pilihan, bukan air parit ok!. sanggup ke ko nak minum air parit tu huhu.
sumber gambar: google
amacam??terliur tak?petang ni boleh la pergi bazar cari air kelapa hehe
dari kecik aku dah dibagitau yang air kelapa ni banyak kelebihan, kire boleh buat ubat la. selain menghilangkan dahaga, aku akan minum air kelapa bila nak demam. korang ingat tak aku pernah cerita yang aku kena demam campak a.k.a chicken pox? haaaa...kalau nak senang, minum air kelapa.
muke aku mase kena chicken pox dulu,kisahnye di sini
korang pulak biasanya minum air kelapa masa bila??ke mase haus jer hehehe....
kat bawah ni ada beberapa info kelebihan mengenai air kelapa yang aku ambil dari blog BOM321. kesahihan atau kebenarannya aku tak pasti. apa yang penting, setiap kejadian tuhan tu ada kelebihan dan kekurangannya. :-)
1. Air kelapa ternyata lebih berkhasiat dari susu kerana tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak.
2. Air kelapa dapat memperbaiki saluran darah dan dikenalpasti mampu membersihkan saluran pencernaan.
3. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.
4. Jika anda menghidap penyakit batu karang, biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu karang dan memudahkan mereka keluar dari tubuh.
5. Air kelapa juga dikenalpasti sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing ? Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.
6. Jika anda masih merasa pening, tak ada yang boleh memulihkannya dengan cepat selain meminum air kelapa.
7. Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit & potassium. Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung.
8. Air kelapa dapat menurunkan demam.
Proton Exora dalam siri animasi Upin & Ipin Ramadan 2011
assalamualaikum wa roh matullohi wa barokaatuh
macam2 cara orang letak iklan. ada yang tampal kat dinding dan ada jugak yang dok tampal iklan kat papan tanda jalan hingga menyusahkan orang nak mencari jalan terutamanya encik posmen yang nak hantar kad raya kan? hehehe. lain pula dengan Proton. mereka memilih kartun animasi Upin dan Ipin dalam memasarkan produk mereka, Proton Exora. cara ini boleh dikatakan bijak kerana ramai orang tak kira peringkat umur dan juga bangsa, suka menonton siri animasi Upin dan Ipin ini. dalam video ini korang boleh tengok promosi Proton Exora Abang Salleh bermula dari minit ke 6:41.
terima kasih arena kereta!
kerusi raya yang sangat cun!!cepat dapatkannya!!
tadi aku pergi ke blogserius! untuk tengok info-info menarik kat situ dan aku terjumpa sebuah entry mengenai sebuah kerusi yang pada aku sesuai untuk korang miliki pada hari raya ini. kerusi dari maximo riera berbentuk badak sumbu. hehe.
terime kaseh blog serius!!
mencontohi solat rasulullah
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
Bilakah kali terakhir anda mempelajari cara bersolat dengan betul? Saya pasti kebanyakan kita akan menjawab semasa tadika atau sekolah rendah. Ketika itu, mungkin kita hanya mengikut bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh ustaz ustazah tanpa melihat dalil-dalil secara terperinci. Dan sesudah berapa lama kita meninggalkan zaman itu, maka mungkin solat kita mulai tersasar daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya kita menyemak semula solat kita dan mulai mempelajari solat berdasarkan dalil-dalil itu sendiri secara terperinci. Marilah kita memastikan solat kita benar-benar menyamai baginda sebagaimana sabdanya: "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat"
Bilakah kali terakhir anda mempelajari cara bersolat dengan betul? Saya pasti kebanyakan kita akan menjawab semasa tadika atau sekolah rendah. Ketika itu, mungkin kita hanya mengikut bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh ustaz ustazah tanpa melihat dalil-dalil secara terperinci. Dan sesudah berapa lama kita meninggalkan zaman itu, maka mungkin solat kita mulai tersasar daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya kita menyemak semula solat kita dan mulai mempelajari solat berdasarkan dalil-dalil itu sendiri secara terperinci. Marilah kita memastikan solat kita benar-benar menyamai baginda sebagaimana sabdanya: "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat"
1. Menghadap Sutrah (Pembatas)
Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan solat, hendaklah ia letakkan sesuatu dihadapannya. Jika ia tidak menemukan sesuatu hendaklah ia menancapkan tongkat. Jika ia tidak membaca tongkat hendaklah ia menarik garis kemudian apapun yang lewat dihadapannya tidak akan merosakkan solatnya". (HR Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan Ibnul Madini)
2. Merapatkan saf
Dari Nu'man bin Basyir, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Rapatkanlah saf-saf kalian, atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian saling berselisih (berpecah belah)." (HR Muslim)
3. Angkat takbir setentang dengan bahu atau telinga
Dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW mengangkat kedua tangan beliau setentang bahu apabila membuka solat. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Malik bin Al-Huwairits bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)
4. Sedekap di dada
Dari Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi, ia berkata: "Kaum muslimin diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan mereka di atas tulang hasta sebelah kiri mereka dalam solat"
Dari Waails, berkata: "Aku melihat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam apabila berdiri dalam solat meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri beliau" (Hr Abu Daud dan An-Nasa'i)
Dari Waail bin Hujr, ia berkata: "Aku mengerjakan solat bersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada" (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)
5. Rukuk dengan sempurna
a. Meratakan tulang belakang ketika rukuk
Dari Wabishah, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat. Apabila rukuk, beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah". (HR Ibnu Majah dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)
b. Tangan diletakkan di lutut, jari jemari direnggangkan
Dari Abu Humeid, ia bercerita tentang sifat solat Rasulullah SAW: "Apabila beliau rukuk, beliau meletakkan kedua telapak tangan dengan kukuh pada kedua lutut beliau dengan merenggangkan jari jemari beliau". (HR Abu Daud)c. tidak mendoangakkan atau menundukkan kepala
"Rasulullah SAW tidak mendongakkan kepalanya dan tidak pula menundukkannya."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)
6.Sujud dengan sempurna
a. Posisi sujud dengan tujuh anggota iaitu dahi (termasuk hidung, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki
Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)
b. Hidung di cecahkan ke tempat sujud
Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)
c. Telapak tangan di ratakan ke lantai dengan membentangkan kedua telapak tanganya, tidak menggenggam jari jemarinya dan tidak pula merenggangkannya.
At tirmidzi berkata: 'Cara seperti inilah yang dipilih oleh para ahli ilmu" - Kitab Al-Mumti', Nailul Authar dan lain2 (sila rujuk buku Sifatus Solah bil dalil wa ta'lil oleh Syaikh Muhammad bin Salih bin Sulaiman Al-Khazim)
d. Siku dinaikkan
"Baginda mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkan dari rusuknya sampai warna putih kedua ketiak baginda terlihat orang di belakangnya" (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya)."(Hadis diriwayatkan oleh jama'ah kecuali An-Nasa’i)
e. Kedudukan kaki semasa sujud hendaklah dirapatkan, diteggakkan dan jari jemari di hadap ke arah kiblat
Syaikh Muhammad Bin Utsaimin berkata: "Adapun kedua telapak kaki keduanya harus dirapatkan, dasarnya adalah hadis 'Aisyah, ia berkata: "Ketika aku kehilangan Rasulullah, tanganku meraih kedua telapak kaki beliau sewaktu beliau sedang sujud" Kemudian Syaikh Muhammad Bin Utsaimin menjelaskan: "Satu tangan tentu tidak boleh meraih kedua telapak kaki kecuali bila keduanya dirapatkan." (Al-Mumti')
Di riwayatkan oleh Abu Humeid radiallahuan tentang sifat solat Nabi,: "Apabila sujud beliau idak membentangkannya dan tidak pula menggenggamnya, dan beliau menghadapkan hujung-hujung jari kaki beliau ke arah kiblat". (HR Bukhari)
7. Duduk antara dua sujud
a. Menegakkan kaki
Dari Abdullah bin Umar, ia berkata: "Termasuk sunnah dalam solat ialah menegakkan kaki kanan dan menghadapkan jari jemarinya ke arah kiblah lalu duduk di atas kaki kiri". (HR An-Nasa'i dan Abu Dawud dan disahihkan oleh Al-Albaani)
b. Meletakkan kedua tangan di atas paha dan hujung-hujung jari tepat di atas lutut.
Hendaklah ia meletakkan tangannya di atas paha dengan hujung-hujung jari tangan pada lututnya. Atau meletakkan tangan kanan di atas lutut kanannya seta tangan kiri di atas lutut kirinya, seolah-olah menggenggamnya. (Lihat Sisat Solat Nabi. Hlm. 40)
8. Duduk tasyahhud
a. Isyarat tasyahud dengan ibu jari dan jari tengah membentuk bulatan. Jari telunjuk di naikkan dan dibengkokkan sedikit
"Nabi SAW meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang, tetapi baginda menggenggam semua jari tangan kanannya dengan mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya" (HR Muslim)
9. salam dlm solat sabda nabi "Dihalalkan setelah mengakhirinya (solat) dengan mengucapkan salam." [riwayat al-Hakim & az-Zahabi]
sumber:
buku Sifat Solat Nabi, http://www.docstoc.com/docs/3856248/Sifat-Solat-(Sembahyang)-Nabi
http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/mencontohi-solat-rasulullah.html
buku Sifat Solat Nabi, http://www.docstoc.com/docs/3856248/Sifat-Solat-(Sembahyang)-Nabi
http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/mencontohi-solat-rasulullah.html
terima kasih Aizudin!!!
Wednesday, August 24, 2011
makan-makan: ubi goreng cecah sambal kicap. nyum3!!!
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
ape kabo korang semua. dah nak buke ni kan? hehe. sementara menunggu waktu berbuka puasa, aku nak post entry mengenai juadah berbuka puasa aku semalam. hehe. nak tau ape die? ni haaaa.... ubi goreng cecah sambal kicap.
nampak simple je kan? tapi inilah makanan kami sekeluarga yang pada aku ia lebih sedap daripada makan di kepsi, mekdi, ikea dan tempat2 yang lain. hehe. bukan aku nak cakap tempat tu tak sedap. memang la sedap. tapi tekak aku ni tekak kampong, so aku lebih suke ubi goreng dan sambal kicap ni. hehe.
di mana jua kita berada, ape jua yang kita makan, jangan lupa bersyukut kerana di luar sana masih ramai yang kebuluran.sekian
- Posted using BlogPress from my iPhone
ape kabo korang semua. dah nak buke ni kan? hehe. sementara menunggu waktu berbuka puasa, aku nak post entry mengenai juadah berbuka puasa aku semalam. hehe. nak tau ape die? ni haaaa.... ubi goreng cecah sambal kicap.
nampak simple je kan? tapi inilah makanan kami sekeluarga yang pada aku ia lebih sedap daripada makan di kepsi, mekdi, ikea dan tempat2 yang lain. hehe. bukan aku nak cakap tempat tu tak sedap. memang la sedap. tapi tekak aku ni tekak kampong, so aku lebih suke ubi goreng dan sambal kicap ni. hehe.
di mana jua kita berada, ape jua yang kita makan, jangan lupa bersyukut kerana di luar sana masih ramai yang kebuluran.sekian
- Posted using BlogPress from my iPhone
Proton Exora 1.6 Turbo dengan transmisi CVT
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
musim-musim perayaan ni kompem korang akan nampak nombor-nombor plat kenderaan baru kan? biaselah..setahun sekali hehe. korang masih mencari- cari kereta yang sesuai dengan korang? yang sesuai dengan ketebalan poket? korang dah berkahwin dan ada anak tapi inginkan kepuasan/kelajuan dalam pemanduan? hehehe. wah2, dah macam iklan ape pulak aku ni kan? bukan ape, entry kali ni nak bercerita mengenai kerta yang bakal berada di pasaran tak lama lagi, Proton Exora turbo. aku dah pernah bawak proton exora dan pada aku kereta tu selesa dan luas. berbaloi la kira nya. so, pada korang, korang nak tunggu keluaran exora turbo ni ke? hehehe.
Berita tentang Proton Exora dengan enjin turbo bukan lagi perkara luar biasa, apatah lagi Proton telah mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut seawal tahun 2009 lagi. Pada awal 2010, Proton mengesahkan bahawa proses pembangunan enjin turbo untuk MPV terlaris mereka, Exora telah pun selesai. Exora turbo akan dilancarkan pada 2011 hanya selepas Proton Waja baru dilancarkan secara rasmi dan pengenalan Proton Persona berwajah baru pada akhir tahun 2010. Rancangan tersebut rasanya masih mengikut jadual seperti yang dirancangkan.
peluang keemasan: rebut sejuta kerja kosong!!!
peluang baik untuk mereka yang belum bekerja! jangan terlalu memilih, nanti tak kahwin :-P
PUTRAJAYA - Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
sumber gambar: google
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.
"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
sumber: kosmo online
senarai kawasan speed trap (had laju) di jalan utama semenanjung Malaysia
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
korang dah bersedia nak balik kampung? korang balik naik bas ke memandu sendiri? haaaaa...korang kena hati-hati OK!. kang tengah korang syok-syok memecut balik kampung, nanti habis cuti raya tetiba dapat surat saman pulak. dah melayang duit korang. dah le duit habis kena 'paw' dengan sedare mara, ni nak kena bayar saman pulak. alahai.....
sumber gambar: google
aku memang duduk kat kampung dan bekerja kat kampung so takde masalah la kan. tujuan dibuat speed trap ni bukanlah untuk menyaman korang semata-mata. tapi untuk menyedarkan korang. jangan bawak laju-laju kat jalan raya tu. mana la tau kerana kesilapan sikit, nahas yang menimpa kan? apa yang penting, bawaklah ikot had laju yang ditetapkan, walau betapa besar pon cc motor dan kereta korang. apa yang penting, keselamatan diri. OK!
ROCK N' RIDE N' SELAMAT HARI RAYA NOHHHHHH!!!!!!! TUNGGANG ELOK2 JANGAN TUNGGANG LANGGANG. INGAT MAK BAPAK NOHHH!!!!!!
Senarai kawasan perangkap had laju (speed trap) di jalan utama semenanjung Malaysia.
(PERHATIAN: fakta ini mingkin benar mungkin tidak, ape yang penting tunggang dengan CERMAT OK!!)
Plus arah utara (dari kuala lumpur)
01. Km 197.1, km 198.8 & km 204.3 selepas exit kemunting
02. Km 208 & km 214.8 sebelum exit kemunting
03. Km 271 berdekatan exit ipoh selatan
04. Km 274.4 berdekatan exit ipoh utara
05. Km 286.9 berdekatan exit simpang pulai
06. Km 296 berdekatan gopeng
07. Km 352.6 selepas exit sungkai
08. Km 373 berdekatan exit slim river
09. Km 241.9 berdekatan exit kuala kangsar
10. Km 308.6 selepas exit gopeng
11. Km 252 masa turun bukit selepas terowong menora
12. Km tidak pasti tapi betul2 di r&r gurun
13. 2 Km after tol juru (90km/j)
14. 5 camera di atas jambatan pulau pinang
Plus arah selatan
01. Km 289 sebelum exit nilai selatan
02. Ada 3 camera antara km 255 - km 249 (persimpangan seremban - senawang)
03. Km 253 selepas exit senawang
04. Km 213.9 selepas exit alor gajah
05. betul2 di exit jasin
06. Km tidak pasti tapi selepas hentian tangkak
07. Km juga tidak pasti tapi jambatan pertama selepas exit yong peng utara
08. Km 97.3 selepas air hitam
09. Betul2 di exit sedenak
01. Km 197.1, km 198.8 & km 204.3 selepas exit kemunting
02. Km 208 & km 214.8 sebelum exit kemunting
03. Km 271 berdekatan exit ipoh selatan
04. Km 274.4 berdekatan exit ipoh utara
05. Km 286.9 berdekatan exit simpang pulai
06. Km 296 berdekatan gopeng
07. Km 352.6 selepas exit sungkai
08. Km 373 berdekatan exit slim river
09. Km 241.9 berdekatan exit kuala kangsar
10. Km 308.6 selepas exit gopeng
11. Km 252 masa turun bukit selepas terowong menora
12. Km tidak pasti tapi betul2 di r&r gurun
13. 2 Km after tol juru (90km/j)
14. 5 camera di atas jambatan pulau pinang
Plus arah selatan
01. Km 289 sebelum exit nilai selatan
02. Ada 3 camera antara km 255 - km 249 (persimpangan seremban - senawang)
03. Km 253 selepas exit senawang
04. Km 213.9 selepas exit alor gajah
05. betul2 di exit jasin
06. Km tidak pasti tapi selepas hentian tangkak
07. Km juga tidak pasti tapi jambatan pertama selepas exit yong peng utara
08. Km 97.3 selepas air hitam
09. Betul2 di exit sedenak
|video| bagaimana nak mencuri dengan kereta BMW??
kita sedia maklum yang kereta BMW ni memang menjadi kegilaan dan idaman remaja sekarang. begitu juga dengan aku. sapa yang tak tertawan dengan bentuk badannya yang mantap dan lampu yang garang? tak salah kalau aku katakan yang pada aku, kereta BMW ini melambangkan si pemakainya. kita tidak sedar yang kereta BMW ini juga dapat membantu pencuri barang-barang berharga. nak tahu? jom tengok video kat bawah ni.
GRRRRRR....aku teringin memiliki kereta macam ni,tapi aku rasa aku tak mau lah. jalan kampung ni berlopak2. sayang. tunggu mereka dan mereka mereka menurap kembali jalan-jalan yang rosak ni dulu baru fikir nak beli kereta ape huhuhu
terime kasih telordibasuh!!!
lihat anak bulan Syawal 29 Ogos 2011
KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. - BERNAMA
sumber: berita harian online
kenangan bersama mamee monster!!!
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
korang pernah makan mamee? kalau sebut je mamee, mesti korang akan ingat pek kuning dan raksasa biru tu kan? heheh. aku pun sama. aku membesar pon dengan mamee tu huhu.
sumber gambar: mamee
aku ingat lagi masa kat sekolah agama. aku siap letak kuah sambal lagi. lepas tu aku hancurkan mamee tu. sedap wooo. dalam mamee tu pon dah siap perencah kan, tu pon sedap. keh3...sampai sekarang, mamee monster ni tetap glamer, lagi2 bila ade mainan kat dalam tu huhuhu.
korang pulak macamane? masih makan mamee monster ni lagi?
sumber gambar: mamee
kat bawah ni adalah kisah mengenai mamee monster yag aku dapat di sini
Created in 1972, Mamee Monster has evolved from being a localized brand of snack to an international icon today. With presence over 80 countries, this humble noodle snack has gained global recognition from several countries including Australia. The most recognizable feature about this snack is definitely the ‘square-ish’ noodle cake look and the lovable and cheeky face of the mascot, Mamee Monster. For more than three decades Mamee Monster snack has wowed kids and adults alike from their quaint hometown in Melaka, Malaysia to the school canteens in Down Under. So, come on everybody…get into the Monster groove and do the Monster Shuffle! Crunch It, Shake It, Munch It!...baca kisah selanjutnya di sini
Tuesday, August 23, 2011
khas untuk korang yang letak link blog aku dalam bloglist
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh....
selamat petang kengkawan semua. dah pukul 4 setengah dah ni, ade yang dah pergi bazaar ramadhan ke? alahai, awal lagi, buat ape pergi awal-awal, pergi lambat-lambat lagi besh, boleh dapat air/kuih-kuih percuma. hahha ini lah strategi aku bila ke bazar ramadhan. mase dah nak buka tu mesti orang dah sibuk mengemas. mase tu lah korang dapat promosi beli 1 percuma dua keh3.
petang ni tergerak hati aku nak panggil mereka yang letak link blog aku kat dalam senarai bloglist. aku bukan apa, ade sesetengah dari kawan-kawan semua yang menyumbang kepada traffic dalam blog aku, jadi aku nak berlaku adil dekat kawan-kawan semua. aku harap sesiapa yang letak blog aku dalam senarai bloglist korang, tolong bagitau aku kat ruangan komen entry ini yer. aku akan letak blog korang dalam bloglist aku. bak kate orang win-win situation. aku memang tak sempat nak check sape yang letak link blog aku, so jangan la main tipu2 huhu.
MUDAH JER!!!
KORANG YANG LETAK LINK BLOG AKU DALAM BLOGLIST TU TOLONG BAGITAU KAT RUANGAN KOMEN DI BAWAH
AKU AKAN LETAK LINK BLOG KORANG DALAM BLOGLIST AKU
INSYAALLAH KITA SAMA-SAMA BERKONGSI TRAFFIC YE.
SELAMAT BERPUASA!!!!!!!
TERIME KASEH!!!
fakta: kenapa orang tua ada uban?
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.selamat berpuasa kepada yang berpuasa, yang tak puasa tu pepandai korang la ganti nanti yer. hehe.korang pernah terfikir tak kenapa orang yang dah berumur ni ada uban. tak tahu ape tu uban? uban adalah rambut yang berwarna putih. pemerhatian aku, bukan orang tua jer yang ada uban, kawan aku yang berumur 20-an pon dah ada uban. haaaa...mesti korang nak tahu kan? kalau nak tahu, boleh baca kisah kat bawah ni.
pssstttttt....kalau dah beruban tu banyak-banyakkanlah amalan yer. :-)
sumber gambar:google
terime kaseh Laily Qaisyirah!!
Suatu hari, seorang kanak-kanak berumur 6 tahun terkejut melihat ada beberapa uban di celah rambut maknya. Dalam kehairanan kanak-kanak tadi bertanya..
Anak: Mak, kenapa ada uban atas kepala mak?
Mak: Memanglah camtu..setiap kali anak-anak melukakan hati ibunya, sehelai rambut mak akan jadi putih. Kalau sehelai rambut mak putih, maknanya kamu banyak melawan cakap mak....
Anak: Kalau macam tu, mak lagi lah banyak melawan cakap nenek.
penutup: aku pernah nampak seorang pakcik berumur 50 tahun tapi rambut,misai semua putih....erkkkk....takkan anak-anak nye semua melawan cakap die hehehe. SELAMAT BERPUASA PENUH!!
|video| lagu gadis dan bunga oleh artis KPOP Malaysia MAX 24:7
aku lebih suka versi asal lagu gadis dan bunga oleh Rahimah Rahim
aku pelik, perlukah geng ramai-ramai macam tu.
suara mereka sedap ke?
takpelah, mereka nak mencuba rezeki dalam arena KPOP Malaysia. biarlah. mereka berani. teruskan usaha anda!!! aku tak mau kritik lebih-lebih sebab suara aku pun memang tak sedap plus aku tak pandai nak joget cam diorang.
versi mereka yang KPOP
versi original yang buat kawan aku sempot mase nyanyi hahahaha
aku pelik, perlukah geng ramai-ramai macam tu.
suara mereka sedap ke?
takpelah, mereka nak mencuba rezeki dalam arena KPOP Malaysia. biarlah. mereka berani. teruskan usaha anda!!! aku tak mau kritik lebih-lebih sebab suara aku pun memang tak sedap plus aku tak pandai nak joget cam diorang.
sumber gambar: google
versi mereka yang KPOP
versi original yang buat kawan aku sempot mase nyanyi hahahaha
Monday, August 22, 2011
makna di sebalik kata-kata perempuan
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
korang ade awek?
ke korang dah kawen?
agak2 la kan, sampai ke waktu ni, korang paham tak kata-kata seorang perempuan? perempuan ni walaupun kadang-kadang guna ayat simple, tapi maksud yang tersirat tu amat mendalam. wahhhhh macam bersastera pulak. tapi betul la kan? kaum lelaki mesti pernah menghadapi situasi macam ni? tak pernah? betul nih? haaaa kalau belum pernah baik jaga2. perempuan ni hatinye lembut so kata-kata yang diorang luahkan tu pun banyak yang tersirat. :-)
pada yang perempuan, jangan mara nohhhhhhh :-)
sumber gambar: google
1. Kalau perempuan tanya:
Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi:
Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
kalau aku, aku jawab: awak lagi lawa sebab pakai tudung :-)
2. Kalau perempuan tanya:
You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi:
Jom pi makan. Lapar ni!
kalau aku, aku jawab: saye dah makan, tapi ni lapar balik hehe :-)
3. Kalau perempuan kata:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi:
Belikanlah untuk I.
kalau aku, aku jawab: kita tunggu ada diskaun la yer baru beli hehe :-)
4. Kalau perempuan kata:
Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi:
Tolong picit kepala.
kalau aku, aku jawab: kejap saya belikan panadol :-)
5. Kalau perempuan kata:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi:
Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
kalau aku, aku jawab: takpe, nanti dah siap semua abang tolong urotkan yer :-)
6. Kalau perempuan kata:
Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi:
I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
kalau aku, aku jawab: OK,bagus jugak tu,takde hal :-)
7. Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi:
Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
kalau aku, aku jawab: jangan la macam tu, setiap manusia ade kelebihan,ade kekurangan :-)
8. Kalau perempuan tanya:
You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi:
Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
kalau aku, aku jawab: saya selalu teringat kat mak ayah saya, tu je :-)
9. Kalau perempuan kata:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi:
Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
kalau aku, aku jawab: errrrrr.... :-)
10. Kalau perempuan kata:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg `dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi:
Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
kalau aku, aku jawab: dah ade awak sorang pon dah cukop dah. tak larat saye keh4 :-)
sumber: eelobor.com
diubahsuai oleh: irwanmiswan
cara mudah nak selak baju dan kain wanita
jangan baca tajuk sahaja, tengok video ni dulu.
dah tengok? amacam? nak cube tak? sesuai untuk lelaki dan wanita yang malas nak lipat baju termasuk aku hahaha
pisau chrome 95 dolar??what??
amacam? berani beli? huhu. kalau beli korang sanggup ke guna?
kalau teingin nak beli tu boleh ke sini ,http://www.citizen-citizen.com/Date of Design
2002
Size
159 mm L
Material
Zinc, chrome
Edition
Unlimited
Chery Eastar Naza Ria VIP style!!
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
korang dah bace entry aku yang lepas pasal kereta Chery Eastar vs Proton exora? kalau belom, boleh ke sini. entry kali ni pulak pasal kereta Chery milik encik Sham dari Batu Pahat yang telah menerima sentuhan VIP.
perkasa biasa yang akan dilakukan oleh anak muda mahupun anak tua terhadap kereta adalah menukar rim supaya nampak lebih garang dan stylo. begitu juga dengan encik sham, beliau telah menukar rim asal kepada rim aloy 17"
untuk maklumat lanjut mengenai kereta encik sham ini, korang boleh lah ke sini. mane la tau kan, nak raye ni korang nak bagi wajah baru kat kereta korang. :-)
|video| jujur dengan pasangan sebelum dan selepas kahwin
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
kejujuran merupakan aspek penting dalam sesuatu hubungan. tanpa kejujuran, rosaklah perhubungan itu. terima pasangan kita seadanya. apa yang penting mereka dapat menjaga kita dan kedua ibu bapa kita dengan baik. mereka hormat pada orang tua,hormat kepada pasangan dan menjaga keaiban pasangan. perghhh ayat gua dah macam profesor ape pulak kan? ahhhh malas cakap banyak. korang tengok video ni baru korang paham hehe.
terima kasih hanisahishak!
Sunday, August 21, 2011
wajib tonton: ayah pekak,ayah bisu,maafkan ayah,tapi ayah sayang kamu
video ini betul-betul buat aku tacing. kisah anak yang tak boleh terima bapaknya pekak dan bisu. anak ini seolah-olah merasakan dia takde tempat mengadu.
kawan-kawan....ayah...mak..sentiasa menyayangi kita. mereka lah yang lebih memahami kita. tiada yang sempurna di dunia ini. walau siapa pon mereka, mereka tetap menyayangi anak-anak mereka........ohhh mataku masuk habuk lagi....
terima kasih blogserius!
kerana telefon bimbit, gadis maut dipanah petir
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh,
sedih aku membaca berita di bawah, takziah kepada keluarga allahyarhamah.
TANAH MERAH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin. Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan. Ibu tunggal terbabit akhirnya mendapati anaknya meninggal dunia dalam keadaan terlentang di sebuah bangsal 50 meter dari rumah dengan telefon bimbit masih di sisinya.
Menceritakan kejadian itu, Rosnah berkata, sebelum kejadian, dia menegur anaknya kerana bergayut dengan telefon sepanjang hari. “Saya tegur dia (arwah anak), dengan siapa dia bergayut kerana sepanjang hari dilihat tidak renggang dengan telefon bimbit. “Mungkin bosan dengan teguran saya, dia kemudian keluar rumah dan sangkaan saya ketika itu mungkin dia ke rumah rakan. berita penuh di sini
semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita,
Jangan menggunakan telefon rumah mahupun telefon bimbit sewaktu hujan lebat dan petir berdentum.
Jangan pandang remeh teguran mak ayah. mereka lebih faham dan lebih tahu mengenai kehidupan. mungkin mereka tak sekolah setinggi menara gading, tetapi pengalaman mereka lebih hebat berbanding kita anak-anak yang masih mentah.
semoga tuhan menjauhkan kita dari bencana/dugaan yang tak tertampung oleh diri kita
penting!!!semua blog di Malaysia perlu didaftarkan
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
ape macam blogger-blogger sekalian bila bace tajuk ni? mesti terkejut kan? aku pon terkejut. blog aku ni dahle banyak mencarut. boleh ke daftar? aduhhhh pening kepala aku ni haaa
sebelum 31 Ogos 2011 , semua blog di Malaysia perlu didaftarkan. Ini bertujuan memastikan blog-blog yang ada di dalam malaysia ini berinfomasi dan mempunyai kandungan yang tidak bertentangan dengan undang undang. alamak! kalau tak berinformasi tak boleh daftar ke?
ape macam blogger-blogger sekalian bila bace tajuk ni? mesti terkejut kan? aku pon terkejut. blog aku ni dahle banyak mencarut. boleh ke daftar? aduhhhh pening kepala aku ni haaa
sebelum 31 Ogos 2011 , semua blog di Malaysia perlu didaftarkan. Ini bertujuan memastikan blog-blog yang ada di dalam malaysia ini berinfomasi dan mempunyai kandungan yang tidak bertentangan dengan undang undang. alamak! kalau tak berinformasi tak boleh daftar ke?
habis tu, kalau tak daftar, jadi blogger haram ke aku? aduhhhh!!! dah rasa macam pendatang asing tanpa izin la pulak. Blog-blog yang didaftarkan akan diberi sijil sah seperti sijil HALAL JAKIM untuk diletakkan di dalam blog. setiap pembaca akan melihat dahulu sijil itu sebelum membaca blog tersebut, jika tiada, hendaklah membuat laporan kepada pihak berkuasa. perghhh makin seram aku di buatnya....
Setiap blogger perlu melampirkan maklumat peribadi diri sendiri semasa mendaftar secara online. Anda perlu men'scan' ic anda, surat beranak anda , surat beranak kedua ibu bapa anda , bil elektrik anda dan juga perlu membuat surat secara bertulis , 'Mengapa anda nak berblog ! ' .ok2...aku akan scan apa yang patot, tapi kena buat karangan kenapa aku berblog???aduh...kenapa aku berblog ae? suka-suka? nak cari nama? nak glamer?? ahhhhhh ntahhh
Anda akan diberi masa 1 minggu untuk mendaftarkan bagi menentukan samada anda layak berblogging atau tidak, jika gagal berbuat demikian, secara automatik blog anda akan di sekat. blog aku akan di sekat? aku tak boleh berblog? maknanya kalau entry aku ni teruk, aku akan hilang blog aku??oh tidak!!!
tujuan pendaftaran ini dibuat:
Ramai blogger skang ni makin mengarut
Cerita pasal politik yang belum tentu kepastiannya
Tidak disertakan dengan sumber dari mana sesuatu info itu diterima
Banyak blogger bercerita pasal artis yang kita belum tahu kebenaranya
Ramai blogger skang ni makin mengarut
Cerita pasal politik yang belum tentu kepastiannya
Tidak disertakan dengan sumber dari mana sesuatu info itu diterima
Banyak blogger bercerita pasal artis yang kita belum tahu kebenaranya
Baiklah , untuk daftarkan blog korang sila ke laman web rasmi iaitu di http://www.akutipujer.gov.my
Ok..sekian untuk berita jam 6 petang...jumpa lagi ..salam....Gurau senda entri lama tetapi dikemaskini mengikut keadaan semasa .. Selamat berpuasa .. Sabar eh..
idea asal: benashaari.com
diubah semula oleh: irwanmiswan@budakkampung39.blogspot
penutup kata: mungkin entry ini sekadar gurauan, tapi andaikata suatu hari nanti perkara ini benar-benar terjadi, adakah para blogger di Malaysia sudah bersedia? ini bukan bermakna blog aku mantap, blog aku lagi la banyak kelemahan. aku, irwan miswan akan cuba perbaiki kelemahan diri ini dari semasa ke semasa. teguran membina amat dialu-alukan.
idea asal: benashaari.com
diubah semula oleh: irwanmiswan@budakkampung39.blogspot
penutup kata: mungkin entry ini sekadar gurauan, tapi andaikata suatu hari nanti perkara ini benar-benar terjadi, adakah para blogger di Malaysia sudah bersedia? ini bukan bermakna blog aku mantap, blog aku lagi la banyak kelemahan. aku, irwan miswan akan cuba perbaiki kelemahan diri ini dari semasa ke semasa. teguran membina amat dialu-alukan.
dibelasah pelanggan kerana lambat menyediakan juadah berbuka puasa
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
terkejut jugak bila bace berita macam ni,
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah restoran di Taman Mulia, di sini, cedera di muka dan badan selepas dibelasah seorang pelanggan yang berang kerana makanan dan minuman dipesannya untuk berbuka puasa lambat dihidangkan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek berusia 30-an dikatakan mengamuk apabila pesanan makanan dibuatnya belum dihidangkan sedangkan hampir masuk waktu berbuka. baca kisah selanjutnya di sini
sebagai insan yang lemah, aku akui kita takkan terlepas daripada perasaan marah. bila sesuatu terjadi, kita akan cepat melenting tanpa memikirkan akibat perbuatan kita itu. lebih-lebih lagi di bulan puasa, cuaca panas terik, tuhan benar-benar menguji hambaNYA. macam ni lah, aku bukan pakar sangat bab-bab agama. untuk mereka yang kurang penyabar. jangan berbuka puasa di luar rumah (maksud aku kat warong). kan kita tahu orang lain pun nak berbuka puasa. ikut giliran la kan. lambat pesan,lambat dapat. senang macam ni, makan je kat rumah, suruh bini masak. takpun pergi bazar ramadhan, beli juadah, bungkus, bawak balik rumah. takde yang kena pukul, takde sapa nak report polis,kan?
teringat aku kisah Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah dahulu. walaupun ramai yang mencaci, baginda tetap bersabar. semoga kita menjadi umat yang bersabar....aminnnn
aku pegang kau punya,kau pegang aku punya
ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
kuramas kau punya… kau ramas ku punya
kugoncang kau punya… kau goncang ku punya
kuramas kau punya… kau ramas ku punya
kugoncang kau punya… kau goncang ku punya
kemudian kita goyang bersama..
itulah tanda kita bersalam mesra,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
itulah tanda kita bersalam mesra,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN...
nak ucapan SMS raya? jom ke ar-rifke.com
Saturday, August 20, 2011
filem box office yang kita tak sedari,wajib tonton
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
adakah ada antara kita yang sudah berkahwin?
sudah ada anak?
adakah kita memuji anak kita, walaupun mereka tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan?
adakah kita memberi galakkan dan dorongan kepada anak-anak dalam bidang yang mereka minat?
sibuk dengan kerja sampai tak ambil tahu hal anak2?
seringkali kita dengar,yang muda perlulah menghormati yang tua. ini bukan bermaksud yag tua tak perlu mendengar luahan mahupun pendapat mereka yag muda. jangan sisihkan anak muda bangsa.
adakah kita seorang cikgu?
bagaimana kita menjaga anak murid kita?
perlukah kita mengutuk anak murid sendiri?
pernahkah kita memberi galakkan kepada anak murid kita? ataupun hanya memikirkan prestasi sekolah?
mereka yang masih muda,masih mentah. mereka tidak tahu apa-apa. mereka hanya menyalin semula atau mengikut sahaja gerak geri mereka yang dewasa. filem AKU TAK BODOH ini sesuai untuk semua golongan dan aku harap pengarah-pengarah kreatif kita dapat menghasilkan filem berkualiti seperti ini. demi mencorak masyarakat, keluarga yang bahagia.
sumber gambar: google
Bugatti Veyron vs Nissan GT-R
mungkin ade antara kita yang bakal memiliki salah satu daripada kenderaan ini. siapa tahu?
sumber gambar:google
Friday, August 19, 2011
Chery Eastar dan Proton Exora,mana pilihan anda?
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
macamane puasa hari ni. dah solat jumaat belom tadi? alhamdulillah kalau rakan-rakan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. hari raya kian hampir, mesti ramai yang dok tercari-cari kenderaan yang sesuai dengan keluarga masing-asing. bagi yang berkeluarga besar,dah tentunya MPV menjadi pilihan. di jalan raya sekarang,apa yang menarik perhatian aku adalah kereta Chery Eastar keluaran negara China. oleh kerana aku telah diracuni dengan pendapat bahawa kenderaan dan barangan dari negara China ni kurang bermutu maka aku beranggapan kenderaan ini takkan laku di Malaysia. tapi sangkaan aku meleset. sekarang ini aku tengok kenderaan ini semakin diterima masyarakat Malaysia.
Maxis HotTicket: dengan RM15,anda dapat berbual selama 50 minit dan 150 SMS.dapatkan di sini!HOT!!!
Maxis HotTicket: dengan RM15,anda dapat berbual selama 50 minit dan 150 SMS.dapatkan di sini!HOT!!!
sumber gambar: google
aku pernah nampak dua biji kereta Chery Eastar ini di bengkel cat kereta member aku. aku ni memang lemah sikit bab kereta. aku ingat kereta ape ni. nampak mewah. lebih-lebih lagi setelah di fiber dan di cat putih. memang nampak garang. aku sangkakan kereta keluaran Toyota. sekali aku tengok betul-betul,alangkah terkejutnya aku. kereta Chery Eastar rupanya.
video proton exora
pada mereka yang dah memandu kereta Chery Eastar uini,apa salahnya korang kongsi sedikit pengalaman korang dengan pembaca yang lain. kenapa sanggup membeli kenderaan ini padahal harga nya lebih kurang Proton Exora?
di bawah ini adalah maklumat mengenai Cherry Eastar yang aku dapat dari arenakereta.com
Chery Eastar yang dijual ketika ini dilancarkan pada bulan Mei 2010 dan menggunakan enjin ACTECO 2.0 liter, 4 silinder, 16 injap DOHC. Varian sebelumnya menggunakan enjin 4G64 2.4 liter dari Mitsubishi. Enjin terbaru ACTECO dibina sendiri oleh Chery dengan kerjasama syarikat AVL dari Austria. Kuasa yang dihasilkan sebanyak 134hp@5,750rpm dan tork maksimum sebanyak 180Nm@4,400Nm. Ianya dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Tayar dan rim roda yang digunakan bersaiz 205/55R16, cukup sesuai dengan rekabentuknya yang sporty dan bergraviti rendah.
Menariknya berkenaan enjin ACTECO 2.0 liter ini ialah jaminan yang ditawarkan kepadanya. Untuk lebih ketenangan fikiran, pemilik Eastar boleh menarik nafas lega kerana mendapat 5 tahun waranti atau 200,000 km, yang mana lebih awal. Waranti untuk sebuah Eastar pula ialah 3 tahun atau 100,000 km yang mana lebih awal. Harga sebuah Chery Eastar bermula RM81,988.00 (harga atas jalan, kusyen balutan fabrik) dan RM83,988.00 (harga atas jalan, kusyen balutan kulit).
video Chery Eastar
Harussani: Azan saja guna pembesar suara
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga berkata pengurusan masjid atau surau tidak perlu menggunakan pembesar suara selain untuk tujuan azan, tetapi menegaskan pihak berkuasa tidak perlu mewujudkan garis panduan yang baru. Kata beliau, hanya untuk tujuan azan yang perlu menggunakan pembesar suara manakala bacaan-bacaan lain tidak perlu.
“Hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara, yang lain tidak perlu. Bacaan lain hanya gunakan (pembesar suara) dalam masjid sahaja.
“Tak usahlah nak ganggu orang lain, lagipun tak disuruhkan dalam Islam gunakan pembesar suara selain azan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Tambah Harussani, peraturan supaya pembesar suara digunakan hanya untuk azan juga tidak perlu kerana ia garis panduan sudah sedia ada.
“Saya ingat ia (peraturan) sudah ada, cuma kita tidak laksanakan.
“Apa-apa pun bagi saya, hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara. Yang lain tidak perlu,” katanya.
di bawah adalah petikan dari berita harian 15/8/2011
Larangan guna pembesar suara untuk bacaan al-Quran bukan fatwa tapi nasihat
GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini, berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.
Katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
Katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
baca selanjutnya di sini: bharian.com.my
senarai harga barang kawalan hari raya 2011
assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
selamat pagi kengkawan semua. alhamdulillah kita berjaya menempuhi bulan puasa ini sehingga hari ke 19. semoge kita sama-sama dapat menyempurnakan ibadah puasa ini dengan sempurna. aminnn. aku yakin ramai yang dok buat kuih, kek dan tak lupa juga mereka yang memasak untuk bagi kat jiran sebelah rumah. musim perayaan ini kita akan lihat peniaga mula mengambil kesempatan sesuka hati menaikkan harga barangan. kita pulak jangan tertipu. dan jangan pulak kita ni dok membazir beli barangan yang kurang perlu.
kat bawah ni adalah senarai harga barang kawalan sempena perayaan tahun 2011 ini. aku amik dari blog illustrasiku.com yang memang sarat dengan informasi. terima kasih.
1. Ayam hidup
2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)-RM6.35/kg(borong)/ RM7.20/kg(runcit)
3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)-RM7.20/kg(borong)/ RM8.05/kg(runcit)
4. Daging lembu tempatan -RM16/kg(borong)/ RM20/kg(runcit)
5. Daging kerbau tempatan -RM17/kg(borong)/ RM21/kg(runcit)
6. Daging kerbau import (India) -RM12/kg
7. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji) -35 sen/biji
8. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) -34 sen/biji
9. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) -33 sen/biji
10. Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk
kubis Beijing) -RM3.20/kg
kubis Beijing) -RM3.20/kg
11. Cili merah -RM3.20/kg
12. Tomato-RM4/kg
13. Kelapa biji (borong sahaja)-tidak ditetapkan
14. Kelapa parut (runcit sahaja)-RM4/kg
15. Santan (runcit sahaja )-RM3.20/kg
16. Kacang tanah import-RM6.50/kg
17. Bawang merah kecil (India)-RM4.50/kg
18. Ikan kembung (8 hingga 11 ekor sekilogram)-RM9 hingga RM11/kg
19. Bawang besar import adalah RM3 sekilogram
20. Bawang putih import (China) RM6 setiap kg
Ismail Sabri berkata peniaga tidak boleh menjual barangan terkawal itu melebihi harga maksimum, dan mereka disyaratkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barang berkenaan.
“Jika peniaga gagal mematuhi peraturan-peraturan, iaitu menaikkan harga melebihi harga maksimum dan tidak mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu, tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2011,” katanya.
Beliau berakta 1,000 pegawai pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan menjalankan pemantauan di seluruh negara.
“Jumlah ini tidak cukup untuk memantau secara keseluruhan jadi kita minta pengguna membuat aduan kepada kita jika ada peniaga menaikkan harga,” katanya. – BERNAMA