Pages

Saturday, October 29, 2011

kucingku sayang, namanya Anjang, kau telah pergi selama-lamanya hari ini....

Assalamualaikum wa rohmatulloh..
pertama sekali, untuk pengetahuan korang, hari ini, 29/10/2011 jam 10:19 pagi, aku menaip kisah kucingku anjang dengan rasa sedih. aku memang berniat nak masukkan kisah dia dalam blog aku hari ni. tapi tak sangka. sangat tak sangka. aku baru dapat panggilan dari ayah aku mengatakan yang...Anjang dah takde. ya tuhan...Anjang dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. tiada kesan kemalangan. mungkin dia mati sakit. badannya elok jer. 


Anjang, ko merupakan kucing buangan orang. kau datang kepada kami. muka kau memang pelik. bermata bulat dan panjang. menjadi kesayangan seluruh ahli keluarga ku. kau tahu aku suka bermain dengan ekor kau. dan kau tak kesah. kau akan menggigit jari-jari ku. walaupun kau dah semakin dewasa, kau tetap ingin bermanja dengan setiap ahli keluarga kami.

Anjang dan motor
aku teringin nak ambil video dan gambar kau Anjang bila kau mengejar motor, dan memanjat atas motor tatkala aku dan adik ku pulang kerja. bila sampai je rumah, kau akan panjat ke tempat duduk belakang, mintak dibawak jalan. kitorang pun bawak kau pusing keliling rumah dan kau pulak berdiri gagah di tempat duduk belakang.....sekarang, kau tiada...


anjang dan kereta 
teringat aku, malam tu, aku baru je parking kereta kat garaj. lepas je aku parking, kau terus memanjat kat cermin kereta depan, terkejut aku. manja nya kau Anjang. kadang-kadang, bila adik aku balik membawa kereta, kau pun buat perkara yang sama. bila adik aku bukak je tingkap kereta, kau terus masuk ke dalam kereta.

Anjang dan dapur
Anjang, kau sangat nakal. walaupun tak bagi kau masuk ke dalam rumah, kau tetap berlari masuk. kau masuk bukan nak senyap. kau bising je. entah ape yang kau panggil. masa mak aku buat kerja kat dapur, kau akan gigit kaki mak aku. sampai geram mak aku dibuatnya. nakalnye kamu anjang.

sungguh banyak kenangan bersama kau Anjang. walaupun kau kucing biasa, pada kami, kau memang luar biasa. hati kami terhibur dengan keletah kau. kini, sapa nak panjat naik atas motor. sape yang nak gesel2 menggigit kaki kami. Anjang.....kami sedih...sedih sangat....aku....tengah menaip kisah kau dengan genangan air mata. tapi...aku tahan...aku harap kita di ketemukan di alam sana. semoga Allah merahmati mu Anjang. ya Allah, aku mohon, kau kurniakan lah kami sekeluarga, kucing seperti Anjang........

aku nak balik ke rumah sekejap, aku tak tahan Anjang.. aku ingin menangis......semahu-mahunya....aku akan menyambung kisah kau......selepas aku puas menangis......biarlah ape orang nak kata....aku betul-betul sedih kehilangan kucing yang aku sayang.......aku tak sanggup menaip pasal kau Anjang..........

biar gambar bercerita - tak kesah anda merokok tapi...

nice word, makan dalam, terime kasih amalina!

Friday, October 28, 2011

gadget - kamera terkecil dunia sebesar jari telunjuk

  

Hammacher Schlemmer, katalog kegemaran semua orang yang terkenal dengan ciptaan aneh, berguna dan alat mahal, telah mencipta kamera terkecil di dunia. walaupun ianya sebuah kamera 2.0 megapixel, pada aku ianya amat mudah untuk dibawa kemana-mana. kamera kecil ini juga dilengkapi dengan kad 2GB SD mikro, kabel USB yang boleh memindahkan gambar ke komputer dan pengecas (30 minit untuk 1 jam cas). sumber

aku rasa kalau dapat beli sebiji pun OK ni. hehehe. kalau anda membeli kamera kecil macam ni, anda diharamkan untuk mengambil gambar orang yang tengah mandi atau pun mengambil gambar mereka yang berskirt pendek. harap maklum. 

video - anda boleh main drum macam ni? anda best!

korang ingat tak dulu aku ada post mengenai seorang budak 6 tahun bernama Jonah yang pandai bermain drum? dia pandai bermain dan memang tersangat pandai. sebabnya? aku ni langsung tak reti pegang stick drum tu. kalau kawan aku si Alok dan Ajib tu mungkin pandai sebab diorang bekas ahli brass band. kat bawah ni merupakan seorang pemain drum jalanan. beliau tak memerlukan set srum beribu ringgit. modal dia cuma baldi terpakai. aku terfikir, agaknya berapa lama dia perlukan untuk jadi terer macam ni hehe.

terima kasih Khakim Fanani untuk video ini!

video - jangan mengagungkan tokoh dengan gambar dan stiker

jangan terlalu mengagungkan tokoh, Islam tak mengajar kita mengagungkan seseorang tokoh. terima kebenarannya dan hormatilah penyampainya. tak perlu diagung-agungkan. -aizudin azrin

jawapan balas permohonan Kedai Rakyat 1Malaysia


assalamualaikum wa rohmatulloh,
pada 15/10/2011 yang lepas (baru hari ni ko nak bagitau?) aku telah menghantarkan surat (email la) kepada www.kedairakyat1malaysia.com.my  mengenai cara-cara memohon membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan berapa banyak modal yang diperlukan. berikut merupakan maklum balas dari pihak KR1M.


Salam Sejahtera En Irwan,

Terlebih dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas surat yang dikirimkan melalui email ini serta sokongan terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia. Untuk makluman encik, pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar utama negara. Dalam konteks ini, MYDIN telah diberi peluang untuk menjalankan operasi perniagaan serta mengendalikan rantaian pembekalan (supply chain).

Berkenaan hasrat encik, program KR1M baru sahaja di umumkan oleh pihak KPDNKK. Justeru ia masih di peringkat perancangan awal lagi. Sebaik sahaja pihak KPDNKK mempunyai informasi yang lengkap & terbaru kami akan mengumumkan di laman web atau Facebook. Untuk pengetahuan encik, model Kedai Rakyat ini memberikan penekanan utama terhadap matlamat Tanggungjawab Sosial Korporat. Ia juga tidak berlandaskan keuntungan, sebaliknya menyediakan barangan pada harga yang rendah kepada rakyat.

Walau bagaimanapun, sila layari laman web atau Facebook kami untuk perkembangan baru.

Sekian, Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya.

Lawati laman web 

video Kedai Rakyat 1Malaysia

video - gila! mengambil selekoh hingga cecah kepala!

selalunya kalau orang bawak motor ni akan berlumba-lumba nak buat willy (tayar depan terangkat)  paling lama, buat wikang (tayar belakang terangkat) dan tak kurang juga yang buat lap (selekoh) sampai cecah lutut. selagi tak cecah maka belum dikira otai la tu (yeke?). tapi video yang aku nak tunjuk kali ni lagi power. brader ni dah le bawak motor berkuasa tinggi. mase mengambil selekoh tu dia boleh pulak buat style cecah kepala. tak caye? boleh tengok. tapi jangan tiru aksi ini dimana-mana melainkan hati korang memang keras dan memakai safety yang cukup. OK!

terima kasih Barraque Waharp untuk video ini!



Wednesday, October 26, 2011

biar gambar bercerita - jadilah orang yang bersederhana

gambar ini bukan nak berpolitik, aku tak bagitau aku sokong/undi parti mana, pada aku, walau siapa pun kita, hendaklah kita bersederhana dalam ape jua perkara. ada sesetengah orang, makan di warong biasa pun tak mahu, tak bersih katanya. bukan semua warong papan berlubang2 tu kotor. kita pula macamane? adekah kita tergolong dalam golongan mereka yang suka bersederhana walaupun duit berkepok di tangan?



lelaki kahwin lewat anak kurang bijak?

kebanyakan pakcik2 dan makcik2 yang jumpa aku akan bertanya, 

"anak dah berapa?"
"bini sehat?"
"anak-anak duduk dengan sapa?"

yang tak boleh blah, masa aku tengah jalan2 dengan adik aku (adik kandung tau), ade seorang makcik tua bertanya,

"anak kau ke ni?"

GRRRR, untuk pengetahuan pakcik makcik dan mereka yang membaca blog aku ni, umur aku baru 23 tahun. masih bujang OK. aku tak tahu macamane nak mengembalikan seri di muka ni huhu.apa-apakan aku akan usaha untuk berkahwin seawal mungkin, mungkin 25 atau 27 sebab bila dah tua nanti senang, anak dah besar. takdela dah tua nanti nak kena ulang alik amek anak kat sekolah kan? hehe. lagi satu, betul ke lelaki yang berkahwin lewat ni berisiko untuk mendapat anak yang kurang bijak? semuanya di tangan DIA.

terime kaseh ayub untuk gambar ini,

video - Counter Strike di dunia realiti

aku benci giler main counter strike. sebab bile aku nak mule tembak jer, aku akan ditembah dulu. tahi. tapi sejak kebelakangan ni team budakkampung boleh dikatakan setiap hari dok melepak di cybercafe kat kampung aku yang dimiliki oleh prebet lapok mindef. sampai pagi diorang lepak sane. sebabnye? ketagih dengan game ni. grrr. aku penah tengok budak darjah 4 main game ni dengan muka bersahaja. aku pula. korang akan nampak muke aku ni macam muka menahan kencing tatkala main. huhu. apa akan jadi jika counterstrike ni ade di dunia realiti?

biar gambar bercerita - ape standard dating naik motor...

memanglah tak manis kalau lelaki membonceng perempuan yang belum ada ikatan (nikah), tapi apa yang perempuan ni cakap memang buat honda petak dan 135 LC Transformers ku kecik hati. sabar wahai sayang. aku harap pasangan aku nanti tetap bersamaku tak kira aku susah atau senang.


biar ku membawa diri..PRENGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!

earning nuffnang dan churp-churp aku hilang?? tidak!!!

assalamualaikum wa rohmatulloh...
ape perasaan korang bila korang tengok pendapatan korang dalam nuffnang dan churp-churp berkurang? mesti geram dan menyumpah-nyumpah kan? mana taknya, bukan senang nak dapat earning kat nuffnang ni. ingat taip camtu camni dah boleh dapat earning? no..no..no...tidak sama sekali. kalau betul la nak tambah pendapatan dalam blog ni senang, kenapa (kalau korang perasan) blogger tu asyik ubah tempat letak iklan, tukar pengiklan, letak tapak iklan untuk disewa? ini memang membuktikan yang menjana pendapatan melalui blog ini bukannya semudah A, B C........(korang habiskan sampai Z). bila korang tengok pendapatan blog korang tetibe hilang, ape perasaan korang?

hehe..sebenarnya pendapatan aku tu bukan hilang secara tiba-tiba. korang tahukan yang sekarang ni nuffnang tengah mengadakan kempen mengutip derma untuk anak-anak yatim Rumah Aman? maka hari Jumaat yang lepas (gila lambat update blog aku ni), aku pun tengoklah earning nuffnang aku. aku tengok ade RM250 lebih kurang so aku pun dermalah RM50. churp-churp aku pulak baru RM46 lebih kurang, jadi aku dermalah RM40. bukan ape, aku ni malas nak keluarkan earning aku yang tak seberapa tu jadi aku dermalah sedikit. amalan dahla sikit, ape salahnya kita menyumbang kepada yang memerlukan. 


perhatian!!! aku bukan berniat untuk berlagak sebab pada aku, sumbangan aku ni teramat kecil berbanding kesusahan dan kesunyian yang ditanggung mereka. mungkin mereka dibekalkan dengan pelbagai kemudahan. tapi, dapatkah mereka ini merasa belaian kasih sayang ibu bapa?

kalau korang rasa korang nak menderma, boleh ke sini dan korang boleh menderma dalam jumlah RM1, RM5 dan RM10. tiada paksaan.dan aku tak dapat pape komisen untuk promote. kalau korang nak menderma kepada anak-anak yatim kat kawasan korang pun bagus. sekian

Tuesday, October 25, 2011

buku - Rancang wang dari sekarang oleh Pakdi

salam kepada semua kengkawan, maaflah semenjak dua menjak ni aku dah jarang men'update' blog. lagi pun blog simple macam aku ni mane la ade pembace kan. hehe. anyway entry kali ni aku nak mengulas buku yang aku baru selesai baca (padahal dah setel baca sabtu lepas). buku bertajuk 'rancang wang dari sekarang' oleh suzardi bin maulan atau a.k.a pakdi. beliau merupakan Islamic Financial Planner dan kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai cara menguruskan wang, korang boleh ke blog beliau di sini, http://www.pakdi.net/.


"eleh...ape barang beli buku ni, skema la ko ni. semua orang tau la macamane nak jaga duit sendiri. ade duit simpan. senang je la"

hehehe itu merupakan salah seorang daripada mereka yang merasakan diri mereka sudah hebat dan tahu macamane nak menguruskan wang.m tapi aku tengok, orang seperti ini tetap boros. dapat gaji, terus enjoy. tak caye? cuba tengok kat wall facebook rakan-rakan kita, berapa ramai yang dok merungut tak cukup duit bila sampai je hujung bulan? 

cuba tengok status mereka pada awal bulan, bukan main enjoy sane sini, hari ni tangkap gambar kat sarang buaya, esok dekat sunway lagoon, tulat kat langkawi. hehe. tak salah kalau nak melancong ke, nak memenuhi keinginan diri, tapi betul ke dengan cara kita tu? cuba bayangkan kalau berterusan macam tu? ade tak saving untuk diri? tauke tebu pun lingkup tau huhu..

dalam buku ini, pakdi menerangkan cara menyimpan wang dengan betul. ya, dengan betul, kerana jika tiada saving, apa kita akan buat kalau esok kita diberhentikan kerja? tu belom kira hutang kad kredit, awek suruh masuk meminang, hutang kereta? haaaa, di sinilah korang akan rasa tensen sampai nak terjun bangunan kan? sabar, jangan begitu....
jadi, dari sekarang, mulakan langkah yang betul dalam menguruskan kewangan. biasa orang akan buat, dapat gaji, bayar itu ini, beli belanja rumah, beli apa yang diinginkan, baki duit, baru korang simpan kan. betul? itu salah. ape kate korang dapatkan buku ini di sini, jangan risau, aku tak dapat ape2 komisen pon. aku cuma nak membantu sesame kita untuk menguruskan duit yang ada dengan betul.

sekian dari aku, budak lepasan SPM.
dapatkan buku 'rancang wang dari sekarang' di sini,

Monday, October 24, 2011

video - kenapa NATO serang Libya?

aku tak mahu cakap panjang lebar, kang korang ingat aku nak promote ape pulak. ape yang penting, simpanlah emas, perak walaupun sedikit. matawang fiat semakin susut nilai. sebab tu korang masok jamban, dulu 20 sen, sekarang 30 sen. tapi jamban maintain huduh. tak setuju? takpe.

video - kemalangan maut Marco Simoncelli di Sepang 2011 MotoGP

menurut kawan aku, wak laseng, wak enal dan hasni, kemalangan ini merupakan sejarah kerana selama ini, tiada kemalangan maut di Litar Sepang dan ini juga merupakan kemalangan maut pertama sejak Moto GP dianjurkan. aku harap ini dapat menjadi pengajaran kepada penunggang moto berkuasa tinggi. di Moto GP, mereka telah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang tinggi tetapi tetap berlaku musibah. inikan pula mereka yang hanya memakai singlet, selipar jepun, tak pakai helmet ketika menunggang motor. semua ketentuan tuhan.

Sunday, October 23, 2011

hidup kita umpama facebook

aku masih belum ade mood untuk menaip, tengah membaca buku, jadi aku hanya dapat kongsikan apa yang menarik yang aku jumpa dalam facebook dan kawasan sekeliling aku hehe.

betul tak hidup ni umpama facebook??
sumber: aizuddin dot com

video - cara mudah mengajak wanita bersenam

rakyat Malaysia ramai yang kene obesiti. ini adalah amat merbahaya. jadi, kita hendaklah mencari jalan macamane nak memupuk semangat bersukan di kalangan masyarakat kita. perghhh ayat dah macam menteri berucap. di bawah ini merupakan video untuk mengajak kaum perempuan bersenam dan agak2 ade tak cara macam ni untuk galakkan lelaki bersenam? huhu

Thursday, October 20, 2011

kebenaran di sebalik wang kertas kita

bagaimana keadaan kita sekarang?
duit semakin banyak dicetak, nilai matawang semakin jatuh,
simpanlah 1 dinar buat permulaan, tunggu 2 bulan, jual balik 1 dinar tu...

Wednesday, October 19, 2011

apabila facebook lama ditinggalkan...

satu hari tu, korang memang yang sempat nak bukak komputer. keesokannya korang bukak komputer dan macam biasa nak tengok perkembangan facebook korang. ade tak notification. pada yang memang popular, dan kaki mencapub (cari publisiti) toksah kata lah, tu belom cerita yang dok tayang buah tembikai mahupun mandarin. mungkin di bawah ini merupakan keadaan facebook korang yang lama tak dijengah.


sumber gambar: kojaruddin

PSTTTTT....aku punye facebook pun tak ramai kawan so memang notification aku tu macam kat atas ni lah, kesian kan aku? huhu

biar gambar bercerita - tandas yang unik

pergh, bila pintu ini ditutup, kebarangkalian untuk orang sekodeng kita yang tengah berak adalah 80%, itupon kalau ade yang sanggup nak skodeng la huhu.

sumber: anak-anak negeri sembilan

video- kejutan harijadi yang buat air mataku bergenang

tadi aku tengok facebook kawan aku, cik Ayu dan ternampak satu video yang lebih touching dari video orang melamar kahwin secara besar-besaran. maknye tanye,

"kamu nak pergi mana dengan semua barang-barang ni?
"disneyland"
"ok, jom, hari ni"
"waaaa....waaaaaaa......"

serius gua touching, agak-agak boleh tak gua buat seprise kat anak gua nanti? (walaupun gua belom kahwin dah berangan nak anak 10)

budak dilanggar kenderaan sebanyak 2 kali dan dibiarkan, meninggal dunia

terima kasih kepada Khakim Fanani kerana memberikan maklumat mengenai perkembangan terbaru kisah seorang budak di negara China yang telah dilanggar sebanyak 2 kali dan tidak ada seorang pon yang membantu. selepas 7 minit berlalu, akhirnya seorang mak cik pengutip sampah menolong budak ini yang dah lemah tak bermaya. boleh tengok video seram itu di sini. adakah memang menjadi tradisi ataupun peraturan di negara itu yang tidak akan campur urusan mereka yang kemalangan? bagaimana kalau kejadian seperti ini berlaku ke atas kita atau ahli keluarga kita?


aku harap, korang bacalah petikan di bawah ini berulang kali. aku sangat geram dengan kenyataan orang yang melanggar budak kecik ini.

Both drivers were arrested, and the driver of the white van was said to be being held by police. Yangcheng Evening News quoted the man who first struck Yue Yue as saying, "If it was you who hit someone, you'd run too. You can see the little girl, looking around when she walked. If she walked properly, how could I hit her?" - berita penuh di sini

Angry Bird kini di Nokia 3310!!

aku tau ramai antara kita yang suka main angry bird, hyshhh aku paling tak suka. ntah pape ntah keh3. padahal hari-hari sebelom tido aku dok lastik burung tu untuk memusnahkan babi-babi yang ada hehe. dan aku rasa korang juga gemar akan Nokia 3310. kenapa? kerana keypadnya yang besh! lebih-lebih lagi untuk bermain 'snake'. keypad yang cun memainkan peranan penting untuk mendapatkan mata yang tinggi hehe. teringat aku dulu time belajar dok lawan snake gune Nokia tiga tiga seposen ni. dan kawan aku si Yassar tu paling terer huhu.

gambar ni aku ambil dari Fizz Xsesz, kebenaran? belum diketahui huhu.

PSSSTTT....ade sesapa yang nak tolak nokia 3310??


biar gambar bercerita - walaupun di mana kuberada

sumber: Informasi Dot My
via tok ndak : ni masa roadblock... tgh panas terik..... tengah2 kereta baris panjang.... terlihat ada seorg hmba Allah sujud pada Yang Maha Esa.... terharu, sebak, sedih..... tak kira di mana, sujudlah sebagai tanda kita masih hamba padaNya.... 

bagaimana pula dengan kita yang cukup serba serbi?

biar gambar bercerita - bila binatang melepaskan rindu

sungguh syahdu, romantik. agak-agak, kalau orang yang dah kahwin 10 tahun boleh tak seromantik ini?huhu
terime kaseh PenyuXP!

PSSSSTTTT.....ape yang korang nampak?

biar gambar bercerita - roti iblis

bahaya roti zaman sekarang ni kan.....
terime kaseh Joriah Johan!

Tuesday, October 18, 2011

biar gambar bercerita - tak sengaja atau disengajakan?

tetibe aku rasa ngilu entah mengapa huhuhu

sumber gambar: nor azman ibrahim

budak ini dilenyek dan dibiarkan

aku sebenarnya dah tengok video ni petang semalam (17/10/2011) tapi aku tak sanggup nak post dalam blog ni sebab teramat kejam. takde sorang pon yang bantu kanak-kanak ni. masa aku tengok video ni, aku terbaca salah satu komen pengunjung, lebih kurang macam ni lah ayat dia,"kalau sesiapa menolong, ditakuti, mereka yang akan dipersalahkan dan akan dikenakan hukuman". macam tu ke? kan ke ade CCTV. aku harap di negara kita tak jadi macam ni, tolonglah berhati-hati dan jadilah pemandu yang bertanggungjawab. sekian

Sunday, October 16, 2011

kisah benar - perniagaan yang menguntungkan

sekarang banyak produk yang pelik-pelik keluar di pasaran. pernah tak kita terfikir, adekah benar produk tu memberikan kesan kepada kita ataupun ia hanya sebagai menambah keyakinan kepada kita untuk rasa sihat? aku bukan nak promote barang ke ape ke? tapi di bawah ini ada 1 perniagaan yang memang kompem boleh menguntungkan korang sehingga mampu membeli kereta Nissan GTR ini.


kalau nak tahu apekah perniagaan yang dijalankan sila klik untuk berita penuh.

biar gambar bercerita - jam mickey mouse ku

amacam? jeles tak dengan mickey aku ni? jam beli kat pasar malam hehehe

mata selalu menipu - don't judge too quickly


sebagai manusia biasa, kita selalu tersalah faham dengan apa yang orang sekeliling kita lakukan. bila kita nampak, kita terus menghukum mereka tanpa memeriksa dan bertanya terlebih dahulu. video di bawah ni sangat kreatif terutamanya part 2:27 kerana hanya orang dewasa sahaja boleh tengok hehe

kucingku sayang, namanya Kitty


assalamualaikum wa rohmatulloh...
kalau sebelom ni korang dah tengok kucing aku yang bernama Garfield dan Jerry, kali ni korang tengok pulak kucing aku lagi sekor, namanya Kitty. nama die ni memang dah ade sejak ayah aku beli. korang tengok mata die, tergoda tak? ehehe

dulu 'cinta muka buku', sekarang 'putus di twitter'

salam pagi jumaat kepada mereka yang baru bangun tidur. hehe. apelah, orang dah pergi keje tapi hang dok membuta lagi. sape kat sini tak tau lagu cinta muka buku yang dinyanyikan gadis cun najwa latiff tu? kalau tak tahu memang korang bakal kena sepak dengan kipas-susah-mati beliau, azrijohan.com hahaha. pagi2, aku sampai tempat kerja, member-member sekerja dok nyanyi ulang2 rangkap, "kita berkenalan hanya dalam laman muka buku, kau suruh lalalalalalala...." hahaha tergelak aku, itu je yang diorang hapal. cis. hebat gile penangan lagu ni, kan?

dan sekarang, ada lagu balasan untuk lagu cinta muka buku tu. keh3. tajuknya 'putus di twitter' yang penyanyi nye bukan aku hehe, di nyanyikan oleh encikmimpi. ape lagi, cekedautttttt!!!

p/s: agak-agak la kan, lepas ni keluar lagu tajuk ape pulak, "rujuk di skype" kot keh3

salam sayang...

Thursday, October 13, 2011

Narayanan Krishnan - Hero kepada orang miskin dan tidak berumah

assalamualaikum wa rohmatulloh...
tersentuh hati aku apabila terbaca kisah seorang lelaki bernama Narayanan Krishnan, yang merupakan seorang tukang masak di Taj Group of Hotels Bangalore. dia sanggup melepaskan kerjayanya yang sememangnya stabil kerana ingin membantu mereka yang tidak berumah, yang tidur di tepi jalan, yang tidak pernah merasa kasih sayang. dia sanggup memasak untuk 400 orang yang susah setiap hari. atas usaha kerasnya membela nasi orang yang susah, beliau telah dianugerahkan Top 10 CNN Heroes: Everyday People Changing the World. dia juga telah menubuhkan Aksya Trust untuk membantu mereka yang kesusahan, tidak berumah dan berpenyakit mental. 

Narayanan Krishnan berkata, "I saw a very old man, literally eating his own human waste out of hunger. I went to the nearby hotel and asked them what was available. They had idli, which I bought and gave to the old man. Believe me, I had never seen a person eating so fast, ever. As he ate the food, his eyes were filled with tears. Those were the tears of happiness.” - sumber

soalan aku, pernahkah seumur hidup kita, semasa makan, kamu menangis, menangis kesyukuran, kegembiraan? 

kita di sini bagaimana? apakah sumbangan kita kepada orang di sekeliling kita setiap hari? berapa banyakkah wang yang da kita peruntukkan untuk makan pakai kita? berapa banyakkah barangan berjenama yang telah kita beli? berapa besarkah rmah dan kereta kita? berapa banyakkah wang yang kita telah sediakan untuk membantu orang yang lebih memerlukan?kalau masih belum ada, sama-samalah kita berubah. peruntukkan duit kita sedikit untuk mereka yang memerlukan. hidup ini sementara, mereka juga ingin merasa makanan yang kita makan, mereka juga ingin rasa dibelai dimanja, ingin rasa disayangi.

bilakah giliran kita untuk menjadi seorang HERO kepada masyarakat?



dia, rokok dan Volkswagen Golf GT itu...

Sepasang kekasih yang baru sahaja membeli belah di BP Mall Batu pahat mencari tempat makan. si dara ingin makan di tempat yang ada aircond kerana tak tahan dengan cuaca yang panas (walaupun memakai skirt menampakkan pehanya yang putih gebu). si teruna pula mencari tempat yang terbuka seperti warong biasa kerana menjadi tabiatnya merokok selepas makan. ibarat nasi lemak dan sambal petai, tak dapat dipisahkan (ape kait). akhirnya si dara mengalah dan mengikut kehendak si teruna kerana si teruna telah berhabis duit membelikan barang-barang untuk si dara.
 sedang menunggu makanan yang dipesan tiba...
"you tau tak yang rokok ni boleh buat you cepat mati?"
"mane ade, jodoh, ajal, maut, semua tuhan yang tentukan"
"hurm, berapa banyak duit yang you habis satu hari untuk membeli rokok?"
"satu hari dua kotak Dunhill, RM20"
" tu baru sehari, seminggu dah RM140, setahun ada 365 hari, ha RM7300 setahun, bile sayang mula hisap rokok?"
"(pandai matematik awek aku ni) dari awal tahun 2001, kenapa?" 
"sekarang dah 2011, dah 10 tahun, you dah habiskan lebih kurang RM73,000 untuk rokok sahaja!!!"
"kenapa marah ni sayang, I guna duit kerja I la beli rokok tu"
"memanglah! tapi kalau you tak merokok, duit tu dah boleh buat deposit beli kereta kan? beli Volkswagen Golf GT ke, kan lagi elok. takdelah sekarang kita pergi jalan2 naik kereta buruk you tu je"
"(sampai hati betul kate kereta Proton Saga  Race aku tu buruk, sebab kereta tu lah dulu dia tergila-gila kat aku) ayang, ayang hisap rokok tak?
"mestilah tak, ape la awak ni!!"
"habis tu mana Volkswagen Golf GT ayang? "
"GRRRRRRRRRR......"
Kesimpulan: tak payah hisap rokok, kahwin je senang, hari-hari boleh hisap..........................tet! 
sumber asal: facebook
diubahsuai sesuke hati: irwanmiswan
satu hari nanti, aku pasti akan mendapatkan mu......

Proton Saga 1992 talaan R3 yang COOL!!!


assalamualaikum wa rohmatulloh...
bila ternampak jer kereta kebanggaan Malaysia, Proton Saga ini, aku akan teringat kata-kata kawan aku yang juga seorang cikgu, Khakim Fanani, "dulu bapak aku naik Proton Saga lama eksiden (kemalangan). kereta kereta keluaran negara luar (yang popular pada masa sekarang langgar dari belakang), tapi kereta bapak aku tu cuma modal ketuk bonet jer, yang sondol tu rosak teruk"

teringat juga aku kisah kawan aku yang kemalangan langgar babi. seorang namanya Ahlok, seorang lagi namanya Sadam. Ahlok naik kereta Proton Gen-2, dia nak kerumah aku, tetibe terlanggar babi yang dok selambe melintas jalan tak toleh kanan kiri, sampai terpelanting, mati babi tu. kereta Gen-2 tu, kena towing. Sadam pulak, nak ke pekan Parit Sulong, naik kereta Proton Saga lama. pun sama, terlanggar babi. yang pelik, cuma bumper depan je bengkok. modal ketok dan spray sendiri je. 

apa kesimpulan cerita di atas? Proton Saga lama amat GAGAH.hehe

di bawah ini ada kisah lagi menarik, mengenai kereta seorang peserta program my Proton Makeover. Proton Saga lamanya telah menjadi lebih gagah hasil tangan Proton R3. sumber: arenakereta.com

Setelah sabar menunggu dalam penuh debaran, akhirnya saudara Fadly Hisham Roplay telah menerima semula Proton Saga 1992 miliknya, tetapi kali ini kereta kesayangannya itu telah berwajah baru hasil sentuhan divisyen permotoran Proton R3. Majlis penyerahan Saga 1992 R3 itu telah berlangsung untuk meraikan pemenang pertama program “My Proton Makover” yang diadakan melalui pertandingan Very Important Proton (VIP).

Wednesday, October 12, 2011

video - adakah anda seorang sahaja ada masalah?

jawablah soalan aku di atas, kadang-kadang manusia macam aku ni lalai, kadang-kadang kita leka, sentiasa fikir yang kita jer banyak masalah, tanpa memikirkan hal dan masalah mereka yang berada di sekitar kita. kalaulah......cermin mata seperti dalam video ni dapat direlisasikan, aku rasa orang kat dunia ni lebih bertimbang rasa.....


dan lelaki pon takot nak pasang niat nak pasang bini banyak2, takot melayang pinggan dari dapor. hehe. gurau je. hayati video di bawah ini....

bukan tutorial blog - malas nak ping entry?

assalamualaikum wa rohmatulloh..
selamat tengahari kepada pembaca setia blog aku (eh? perasan siot ko ni, macam la ada pembaca setia). heheh peduli ape aku, walupun sehari cuma seorang dua yang membaca blog aku ni pun aku dah cukup bersyukur tahu. huhu. ade beberapa blogger yang tanya macamane aku boleh kekalkan purata sehari 200 lebih UV walaupun aku jarang sangat-sangat menge'ping' entry aku.

mesti ada antara blogger yang cakap, "eleh UV 200 sehari pun nak kecoh"

OK, fine! aku merajuk 3 saat.......OK cukup keh3.

kan aku dah cakap, kalau blog hodoh aku ni dikunjungi 2 3 orang sehari pun aku dah syukur tahu! 

kesan seminggu tidak menge'ping' blog

aku akui, aku memang la teramat jarang menge'ping' entry. nak tahu kenapa? sebab, MALAS. hahaha. aku akui, aku memang malas nak menge'ping'. naseblah, kadang-kadang seminggu sekali baru ping blog aku ni. dan rahsia UV aku boleh maintain sehari 200 lebih adalah.............

biar gambar bercerita - romantik biar bertempat

hati-hati tatkala mahu beromen....tik, lebih-lebih lagi tatkala di tandas, mahupun tangga, maaf, tiada kaitan dengan gambar di bawah


terima kasih muhd faizal kamarul untuk gambar ini

biar gambar bercerita - buah kuini

aku tak pasti ini buah betul atau buah ku ini,

sumber: facebook

Tuesday, October 11, 2011

Yamaha 135 LC GP Edition kini di pasaran

kalau korang memang peminat model Yamaha 135 LC dan juga peminat Moto GP, dan korang belum memiliki motosikal 135 LC ni, haaaa, baik korang dapatkan motor terbaru keluaran Yamaha ini. tak payah korang susah-susah hantar airbrush kat kedai kerana design nye memang dah siap, tinggal start dan jalan sahaja.tak silap aku, harga pasaran dalam tujuh ribu lebih kot. masih mampu dimiliki oleh peminat kapcai kan?

di bawah ini merupakan spesifikasi motor idaman jejaka malaya ini,

untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman web hong leong yamaha

di bawah ini ada beberapa gambar yang aku dapat dari arenakereta.com

iklan dalam akhbar lama Malaysia tahun 70 dan 80-an

di bawah ini merupakan keratan-keratan iklan yang diambil dari akhbar lama, pada tahun 1983. pada zaman ini, bahasa melayu sangat ditekankan. tidak seperti sekarang, sudah dirojak2 termasuklah blog aku. bahasa tunggang langgang, nak buat macamana, aku dikelilingi oleh hiburan dan cerita-cerita Melayu yang bercampur aduk bahasanya. biarlah itu. 

"Menyelongkar isi rumah lalu terjumpa beberapa majalah dan keratan akhbar lama yang disimpan oleh mak ayah aku di bawah timbunan barang-barang lain. Apabila dibelek-belek lantas tertarik dengan cetakan pengiklanan zaman dulu-dulu. Jadi aku kongsikannya di sini, yang mana aku rasa agak menarik, zaman di mana hawa cuaca bahasa Melayu masih cerah dan tidak mendung seperti sekarang. Ini diambil daripada majalah Cahaya Lembaga keluaran 1983. Dipercayai majalah ini ialah lidah rasmi pergerakan Puteri Islam dulu (tapi semua gambar AJK dalam majalah pada tahun 83 ni tak pakai tudung pun)" - sumber


terima kasih Khakim Fanani!

iklan nissan-datsu,"pandang ke timor untuk mendapat layanan yang lebih baik"

Ajinomoto yang masih digunapakai sehingga sekarang....

bank bumiputra? aku lahir macam dah takde jer....

tabung ni aku takde, yang aku ada, tabung kelapa bank pertanian malaysia hehehe

bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar stress

assalamualaikum wa rohmatulloh....
anda stress di tempat kerja? kini ada penyelesaiannya. terutamanya kepada yang sudah berkahwin. akak-akak semua boleh lah mencium ketiak suami akak yer. kerane dengan cara itu, stress akak-akak sekalian akan berkurangan keh3....pada lelaki, aku tak pasti kalau korang cium ketiak isteri korang tu boleh redakan stress atau tak.
p/s: sebelom mencium ketiak suami tu, pastikan mereka mandi dengan bersih terlebih dahulu yer. kalau tak, pengsan nanti.  

 Mungkinkah Bau Ketiak Lelaki Penawar Stress Kepada Wanita??
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala stress
yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini sebenarnya muncul dari Bahagian
Biologi Manusia di Universiti Pensylvania beberapa tahun yang lalu. Kajian
yang
dilakukan di sana membuktikan bahawa keringat lelaki buat kaum wanita
boleh menurunkan stress, membantu relaksasi dan mengatur haid.

Seperti dilaporkan dalam Jurnal Bilogly of Reproduction America sebelum
ini, ekstrak ketiak yang sengaja 'diproses' dari lelaki yang tidak memakai
deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung
wanita boleh 'digoda' dengan bau lawan sejenisnya. Dalam ujikaji yang
dilakukan itu, parfum alami/semulajadi ini kemudian disapukan ke atas
bibir puluhan wanita berumur 25 hingga 45 tahun. Tentunya tanpa memberi
tahu
bahawa itu adalah bibit keringat lelaki dan hanya dihebahkan bahawa
mereka sedang menguji suatu aroma pafrum baru.

Enam jam pertama setelah itu, skala mood wanita yang disapu parfum yang
diperbuat dari bibit keringat lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh
unik. Selain boleh mencerahkan mood, parfum ketiak lelaki ternyata dapat
juga membuat wanita menjadi kurang tegang.stress.sumber

pakaian artis Korea yang patut diikuti

aku tau kat Malaysia ni ramai dok ikot2 styke korea. walaupun tak puteh mane, tak seksi mane, suara tak sedap mane, tetap nak ikut. haaa...kalau nak sangat ikut style diorang tu, cuba lah ikot diorang pakai baju macam ni. bak kate orang kita, "alang-alang menyelok perkasam, biar sampai ke pangkal lengan" kan? heh!

agak-agak korang la kan, selesa ke pakai macam ni? nak tersembul buah dada tu? lagi satu? apakah diorang tak pakai coli?

p/s: pada aku gadis melayu tetap menawan walaupun bertutup. sekian
p/s 2 : aku ade member, Muaz, dia lelaki, dia minat K-Pop tapi dia tetap tak lupa dengan Upin Ipin, siap pergi ujibakat teater Upin Ipin. walaupun tak berjaya, aku tetap bangga dengan dia. ada gak wakil budakkampung kat sana.

motosikal berkuasa tahi akan berada di pasaran tak lama lagi

harga minyak yang semakin naik mungkin menjadi faktor kepada penyelidik dari Jepun untuk menghasilkan sebuah motor yang dijanakan dengan kuasa tahi. yeahhh aku akan beli satu (itu pon kalau harganya murah) kerana aku suka berak. benar! tanyalah kawan2 aku yang kenal aku. tandas rumah kawan aku yang mana belom aku redah? huhu. aku jenis yang susah nak tahan kalau dah rasa nak berak. jadi motosikal ini sesuai untuk aku keh3.

terima kasih blogserius!  

"Ini ialah Toilet Bike Neo yang dibuat oleh pengeluar tandas TOTO dari Jepun. Motosikal roda tiga atau Trike ini dibina bagi mempromosikan produk mangkuk tandas terbaru mereka dan pada masa yang sama ianya inisiatif Toto untuk menghasilkan tandas yang lebih mesra alam. Toto bercadang mengurangkan pengeluaran gas CO2 dari tandas mereka menjelas 2015. Toilet Bike Neo akan melakukan siri jelajah jepun sejauh 1000KM bagi menunjukkan kenderaan yang ada sekarang boleh bergerak menggunakan bahan apa biomas yang dihasilkan oleh tahi manusia" 


Monday, October 10, 2011

kucingku sayang, namanya Jerry

Jerry, ya, ayah aku beli dari mana, aku pun tak tahu. aku letak nama Jerry sebab masa mula-mula dia sampai rumah, aku teringatkan kucing nakal yang dok kejor tikus dalam cerita Tom & Jerry keh3. kucing ni boleh tahan manjanya. tapi aku geram, bulu je tebal tapi dia kurus. suara pulak kecik. hehe. ape2 pon sayang ko jugak Jerry



tukang karut:
Y Miswan

tukang ambik gambor, tukang jaga kucing, tukang kemas tempat kucing:
Anne miswan
Viy miswan
Dee miswan

tukang cium kucing:
Encik Miswan dan Puan Misra