Pages

Wednesday, November 30, 2011

budak kecil yang suke rembat duit ayahnya

SALAM...

kisah Ummairah, budak darjah 2 yang aku panggil Mai, anak pakcik aku. tengah aku dok keje, Mai masuk pejabat bawak sebungkus duit syiling.

"eh? banyak duit syiling, sape punye ni Mai?"

"Mai punyela, Mai nak tukar duit syiling ni, ade RM40. Mai nak belikan cokelat untuk cikgu"


"mane Mai dapat duit banyak2 ni? haaa tak baik mencuri tau" (sambil gua buat muka yang tak bape nak garang sebab rambut gua belah tepi)

"duit ni Mai ambik dari ayah, ayah kadang2 bawak balik duit syiling, letak atas meja, Mai amek la masukkan dalam tabung"

bagus budak ni, kecik-kecik dah pandai rembat duit syiling ayahnya, macam aku dulu-dulu. pantang aku dengar ayah aku letak syiling atas meja, aku terus lari ambik duit tu masok tabung. 

PSSSTTT...sebelom adik-adik rembat duit syiling ayah tu, bagitau la dulu, kang tak memasal kena hukum masuk dalam mesin basuh kang. pada mak bapak, ajarlah anak menabung, sekurang-kurang nya mereka tahu menghargai duit walaupon seposen dua.

makan-makan: sarapan double special - keladi dan ubi goreng

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua. dah sarapan? belom? pegi la sarapan ye. pada mereka yang duduk di bandar, aku paham, jalan memang sesak dan kadangkala perlu keluar seawal pagi dan tak sempat nak sarapan. ape lagi, bekal roti dan air kosong je la kan? yang ade kesempatan, terus ke drive thru mekdi mahupon kepsi kan? hehe. bagi aku yang bekerja di kampung dan duduk dengan mak ayah, bangun2 je dah ade sarapan. tapi kekadang tak sempat gak nak makan. bekal ke tempat kerja je la huhu.

untuk pengetahuan kawan2, makanan yang aku makan ni takde la special mane. tapi pada aku, ini lah makanan special aku yang tak dapat ditandingi oleh burger daging/ayam special yang di jual di tepi jalan mahupon dalam kepsi dan mekdi yang akan dikenakan cukai sebelom kita dapat menjamah. jemput sarapan kengkawan...bismillah

gambar: keladi goreng, ubi goreng dan sambal kicap from my mom. terime kaseh mak

PSSSTTT...ape pon yang kita makan, bersyukurlah.. ade insan lain yang kurang bernaseb baik, makan sisa-sisa makanan yang dibuang orang. SYUKUR

Tuesday, November 29, 2011

aku dan 3 biji telur masin...sungguh enak dimakan begitu saja

 
SALAM...
selamat tengahari kengkawan semua. dah makan? hehe. korang tau tak kat atas tu telur ape? tak tahu? tu la die telur masin. antara telur feveret aku (selain http://telordibasuh.blogspot.com/) hehe.sape yang boleh makan telur masin ni camtu je memang boleh jadi geng aku hehe. tapi jangan la amalkan selalu. kang kena penyakit pape kang aku yang korang persalahkan.

korang tau tak camne telur masin ni dibuat? yerla, main makan je kan (macam aku) tapi tak tau camne pembuatannya. jom kite tengok macamane nak buat telur masin ni,

cara membuat telur masin

Bahan asas yang diperlukan adalah 100 biji telur (Sebaiknya telur itek), sebanyak 3 kilogram Garam, 25 Kilogram arang kayu atau sekam dan Gas Masak atau 5 kg minyak tanah (jika gunakan kaedah tradisional). Peralatan lain adalah Dapur Gas/Alat Masak, Kuali, Tong Plastik, Rak telur, pengacau dan kelengkapan lain. Telur segar dipilih yang bersaiz besar dan kemudian dicuci sehingga bersih. 
 
Pada masa yang sama sediakan bahan pembalut telur yaang dibuat dari arang atau habuk sekam padi digaul dengan garam dan sedikit air dengan kadar 1 Arang/ Sekam dengan 1 bahagian Garam dan gaul sehingga ianya sebati. Salutkan setiap butir telur tadi setebal lebih kurang 2 mm dengan adunan dengan rata, susun dalam rak telur dan simpan ditempat teduh berudara untuk selama 10-14 hari sehingga sebati dan masukkan kedalam raga atau bekas plastik yang sesuai dalam ruang terbuka dan ada udara . 
 
Telur Masin yang sedia untuk dijual dalam bentuk telur bersalut hitam. Semasa lawatan saya di Indonesia mendapati  telur ini akan direbus dahulu atau direbus dengan larutan daun teh untuk menutupi ruang rongga pada kulit telur sebelum dijual dipasar. sumber: http://animhosnan.blogspot.com/

OKLAH, aku nak pergi angkat sawet ni, korang kalau makan tu ingat-ingatla aku yer. daaaa

Thursday, November 24, 2011

kisah benar: bukti bahayanya petir

SALAM...
berderau gak darah aku pagi ni bila dapat komen dari seorang 'anonynmous'. sungguh aku tak kesah bila ditegur, tapi tak boleh ke tegur secara berhemah? kalau tegur secara kasar, sape yang nak ikot? terime kaseh kepada si anon yang 'berani' memberi komen tanpa meletakkan link or nama. 

agak sedih hari ini kerana Malaysia kalah 2-0 melawan Syria dalam perlawanan malam tadi. tidak mengapa, aku rasa mungkin tenaga pemain kita masih lagi belum penuh selepas perlawanan akhir melawan Indonesia yang lepas. apa-apa pon aku tetap berbangga dengan Harimau Muda kita yang bersungguh-sungguh untuk negara. cuba kalau kita, kompom 20 minit main dah pancit hehe.

korang perasan tak bulan ni, ribut taufan, banjir kilat melanda beberapa kawasan di Malaysia? aku bersyukur tempat aku tidak banjir, tetapi tetap dengan langkah berjaga-jaga. jika hujan lebat dan guruh berdentum, aku cepat-cepat matikan suis dan cabut plug. sekarang baru aku terfikir mengapa tiap kali hujan je Astro tiada siaran. dia menyuruh kita menutup TV dan cabut plug tu. kenapa?

kisah benar 1: kawan aku Ahboon, tauke bengkel Parit Yusof. mase hujan lebat dan guruh berdentum, dia tutup suis TV LCD 42 inci nya tapi tak cabut plug. bila kilat sabung menyabung, habis TV nya rosak. dalamnya terbakar. kalau di baiki kena 5 ribu lebih. terpakselah beli TV baru

kisah benar 2: aku dan Hassim tengah makan kat warong mase Malaysia lawan Indonesia, masa tu perlawanan dalam kumpulan A. mase tu baru separuh mase pertama. tetibe, GEDEGANG!!!! depan mate aku, 2 petir menyambar menyebabkan beberapa buah rumah disitu terputus bekalan elektrik. bile dah reda semua, bukak la TV tu, tak hidup, TV dalam rumah pon tak hidup. aduh

kisah benar 3: aku datang ke kedai letrik kat Parit Yusof, saje nak tengok barang ape yang ade. aku tengok pekerja kat situ yang juga kawan aku, Pawang, tengah membaiki TV. aku tengok kat situ ade 4 TV, aku tanyela semua tu TV second hand ke ape? dia cakap semua tu TV yang baru ambil nak dibaiki sebab terkena petir. dekat dalam lori tu ade banyak lagi, nak dibuang katenye, sebab dah takleh betulkan.

kisah benar 4: sila tengok gambar di bawah ini. gambar ini diambil dihadapan rumah kawan aku, Adib. pokok kelapa ini telah di panah petir. cuba kalau kita yang lemah ini dipanah petir? 


PSSSTTT... lepas ni hati-hati tau. entry ni bukan entry mengarut. ini entry bila alam mengamuk...

Tuesday, November 22, 2011

video - Sepakan Penalti Malaysia 4-3 Indonesia Final Sea Games 26th 2011

SALAM...
syukur Malaysia telah menjadi juara malam tadi, terime kaseh kepada skuad Harimau Muda Malaysia kerana tidak menghampakan harapan kami warga Malaysia yang berada di seluruh dunia. tahniah dan terima kasih juga kepada atlet Malaysia yang berjaya mendapat pingat dalam sukan SEA kali ini. pada yang tidak dapat, cuba lagi, usaha lagi.

di bawah ini merupakan detik-detik yang amat mencemaskan, dan mendebarkan. jom tengok sepakan penalti yang melayakkan Malaysia menjadi juara. tahniah dan terime kasih skuad Harimau!!!!


Monday, November 21, 2011

keputusan Malaysia vs Indonesia |SEA game Indonesia 2011

SALAM...

SEPARUH MASA PERTAMA menunjukkan mata seri 1 sama di kedua-dua belah pihak. 3 minit pertama Indonesia mendapat mata pertama hasil sepakan 'corner'. aku dan adik-adik aku dok jerit-jerit sebab kitorang tengok Indonesia banyak menyerang. geram. Malaysia susah nak sampai ke petak penalti pihak lawan. 
sumber gambar: zikri husaini

aku pon pergilah mandi sebab tak tahan badan dah berbau sebab baru balik kerja. sambil mandi, aku nyanyikan lagu Harimau Malaysia heeheh. shhhh mane boleh mandi sambil nyanyi keh4. setelah selesai apa yang patut, aku pun bentang sejadah. belom sempat angkat takbir, adik aku si D ketok pintu menjerit,"abang Y, Malaysia menang!!". huuhu bukan menang la, Malaysia dapat menjaringkan gol. hasil tandukan mantap pemain muda kita, kita telah dapat menyamakan mata. tapi yang takleh blah, dah nak habis separuh masa pertama, Indonesia sempat mengintai peluang yang ada untuk menjaringkan gol. fuhhh bahaye betol. OK separuh  masa pertama dah tamat. aku nak solat.

SEPARUH MASA KEDUA, aku tengok Malaysia hampir untuk mendapatkan gol. tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi kita. aku tak tahu nak ulas apa setakat ini, hati tengah berdebar menanti Harimau Muda menjaringkan gol. aku puji bahagian pertahanan dan penjaga gol kita kerana tidak memberi peluang kepada Indonesia untuk menjaringkan gol kedua. SEPARUH MASA KEDUA TELAH TAMAT dan mata terikat satu sama.

minit ke 93 membuat aku cuak kerana Indonesia berjaya menjaringkan gol, nasib baik...offside. fuhhh lega. 

MASA TAMBAHAN masih lagi satu sama. memang cukop sengit. berderau darah aku, tiap kali Indonesia berada di petak kita. aku respek dengan kapten dan seluruh team harimau muda kita kerana bersungguh-sungguh mempertahankan gawang gol kita.

SEPAKAN PENALTI..................paling mendebarkan tatkala kapten kita, Badrul nak menyepak........dan GOLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

TAHNIAH HARIMAU MALAYSIA!!!!!


SOKONGLAH SECARA BERKHEMAH, TIDAK PERLU MENCARUT ENTAH APE2...

keputusan perlawanan final Malaysia vs Indonesia. ramalan anda??

SALAM...
aku sememangnya tak pandai bermain bola sepak. tapi aku tetap sokong negara aku main. malam ni, pastikan aksi terbaik dipamerkan. aku berdoa Harimau Malaya menang 2-0 menentang Indonesia. kalau Malaysia menang, aku akan airbrush moto aku dengan tema Harimau Malaya!!! GO GO SKUAD HARIMAU...HARUMKAN NAMA TANAH AIRMU!!!

sumber gambar: zikri husaini

sumber gambar: penulis senja

makan-makan: kelebihan sayur kobis

SALAM...
pagi-pagi tadi bangun jer dari tidur, terbace mesej dari member, dia tanya kat aku kebaikan kobis bunga. aku dengan selambe je jawab, senang nak berak kot. sebab? sebab tiap kali aku makan sayur-sayur, dengan mudahnya tahi aku keluar. bahasa halusnya, melawas. keh3. apa-apa pun, jaga pemakanan kita yer. aku tak layak nak nasehat orang mengenai pemakanan sebab aku ni bedal je ape yang sedap. mee racun, sup gearbox, keladi goreng, pisang goreng. hehe. ape2 pon jage pemakanan dan banyakkan berjalan kaki. hehe. entry yang lepas pon aku ada bagitau mengenai khasiat petai, khasiat durian dan khasiat air kelapa. antara makanan dan minuman feveret aku hehe.

PSSSTTT... pagi tadi aku terjumpa seorang akak, pastu akak tu cakap,"wahh, makin besar perot ko Y, bontot pon tonggek". dalam hati aku berkata,"ni asli kak, bukan bedah2, cocok2"

di bawah ini adalah artikel dari blog anizyn mengenai khasiat sayur kobis.  

Antara manfaat kesihatan kubis termasuk membantu rawatan sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

Sayuran ini juga banyak manfaatnya di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bayangkan, secawan kubis hanya mengandungi 15 kalori.

Kubis kaya dengan serat yang membantu untuk mengekalkan air, justeru, ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan.

Kubis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.

Vitamin A membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.

Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin C di dalam kubis lebih tinggi daripada oren. Vitamin C, salah satu antioksidan terbaik, mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan.

Sains moden menunjukkan kubis memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam.

Ekstrak kubis terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala kubis merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.

Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Kehadiran vitamin C dan sulfur itu juga membuatkan kubis baik sebagai bahan untuk menyah toksin daripada tubuh.

Ini kerana ia membantu untuk membersihkan darah dan menyingkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya.

Sunday, November 20, 2011

Tips penjagaan kad kredit : mencegah fraud kad kredit

SALAM...
ade tak pembaca blog aku yang menggunakan kad kredit? belum? teringin untuk menggunakan kad kredit? boleh, tapi kena kawal nafsu membeli tu, jangan dok beli je sampai lupa diri. hehe. kat bawah ni adalah cara macamane nak jaga kad kredit korang yang aku ambil dari fomca.org.my. semoga bermanfaat untuk korang yer :-)

PSSSTTT...kalau nak tahu macamane nak langsaikan hutang PTPTN dalam mase 4 tahun, boleh la ke entry aku yang ini:  7 strategi bebas hutang PTPTN dalam masa 4 tahun!!!


Gejala fraud kad kredit adalah satu ancaman kepada pelanggan dalam menggunakan kad kredit. Fraud kad kredit boleh mengakibatkan anda dan pengeluar kad kredit mengalami kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasa mengambil sikap berwaspada terhadap komplot fraud dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi anda daripada kemungkinan berlakunya fraud sedemikian. Walau bagaimanapun, anda juga harus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa fraud.

Jaga kad kredit anda
  1. Tandatangani kad kredit anda sebaik sahaja ianya diterima
  2. Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit supaya, jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan serta-merta
  3. Usah pinjamkan kad anda kepada sesiapa saja
  4. Jangan memberikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau internet
  5. Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang lain
  6. Simpanlah nombor telefon pengeluar kad kredit anda supaya anda dapat menghubunginya dengan serta-merta untuk melaporkan sebarang kehilangan / kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaran atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga
  7. Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru
Semak urus niaga kad kredit anda
  1. Sila teliti semua butir-butir pada urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga yang dibuat
  2. Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata kad kredit anda sebaik sahaja ianya diterima
  3. Beritahu pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran berhubung dengan kad kredit atau PIN anda dan diikuti oleh laporan bertulis
  4. Musnahkan semua slip-slip urus niaga anda sebelum anda membuangnya

biar gambar bercerita: bila tiga jantan bertemu satu betina...

apa akan jadi kalau aku lepaskan si jantan ni hehehe

makan-makan: mee racun Parit Sulong pedassss gilerrr

SALAM...
selamat pagi kengkawan yang dok datang blog aku ni. aku tau mesti ramai yang dok datang sini dan pelik. yerla, dulu bukan maen rajen update kan? sekarang seminggu sekali pun susah. nak buat macamane, sekarang tengah sibuk dengan kerja dan sedang ade projek. hehe. projek ape? nanti la. tungguuu...hehe


korang pun tahu kan aku ni suke makan, jadi kalau ade tempat makan yang best kat kawasan korang tu, bagitau la. insyaallah aku akan serbu, itupun kalau aku sempat r kan hehe. entry kali ni aku nak memperkenalkan korang dengan 1 lagi hidangan yang mantap dari Parit Sulong, Mee Racunnnn. hehe. kalau yang lepas aku dah pekena Mee Racun tulang dekat Batu Pahat, kali ni dekat je, kat Parit Sulong. warong depan 7 eleven. tak tahu? warong gearbox 1Malaysia yang kaler kuning tu tahu? haaa, kat depan die la huhu. 

warong nye kecik je, tapi mantap beb. kalau kurang pedas, korang mintak la pedas lagi. hehe. kawan aku si Hib sampai berair mata bile makan. kalau korang nak datang Parit Sulong, makan mee racun tu, bagitau la aku, aku takde hal lah kalau korang nak belanje hehehe.

PSSSTTT...bace bismillah sebelom makan :-)

Thursday, November 17, 2011

motosikal Honda NSR 150 meredah banjir

the power of Honda...
agak2 honda petak aku boleh buat macam ni tak? hehe
terime kaseh amirudin khakim untuk video ini,

Wednesday, November 16, 2011

Parameter Pelaburan Emas

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

adik aku dapat RM100, aku nak jugak...

SALAM...
semalam tengah aku kerja, mak aku suruh aku pergi ke sekolah adik aku. aku tanyalah kenapa? rupa-rupanya kerajaan dah memperuntukkan setiap pelajar sekolah rendah akan mendapat elaun sebanyak RM100. alhamdulillah...syukur. walaupun ada yang memandang RM100 untuk setiap pelajar ni macam sedikit, pada aku, RM100 tu cukup besar nilainya. yuran sekolah tahun hadapan tak silap dalam 130 lebih. jadi kita dapat jimatkan sebanyak RM100 duit kita kan? cuba kalau keluarga tu ada 7 orang anak di sekolah rendah? RM700 dapat dijimatkan. terima kasih kepada pihak kerajaan atas elaun yang diberikan.

eh sedare, aku bukan nak berpolitik, ucap terima kasih pada kerajaan pon kira politik ka? kalau kau tolong orang kemudian orang tu terus blah tanpe ucap terime kaseh, lu tak rase pape ke?

 duit ni dia cakap nak masuk tabung, yuran sekolah biar abangnya yang bayar. adeh. abang sape lagi, aku sorang la abang dia. hampeh tol. terkena aku. takpelah, biar budak gemok ni belajar simpan duit ye





Lambat bertindak, baru nak berkalau-kalau...

SALAM...
selamat petang kepada kengkawan semua. agak lama aku tak mengupdate. mintak maaf. terima atas kesudian anda yang masih berkunjung ke blog aku ni. kalau korang semua perasan, kalau perasan lah kan. harga emas dahu dan sekarang berapa? 

OK, tak payah jawab, aku akan ceritakan pengalaman aku. pada pertengahan tahun 2011, dalam bulan Mei atau Jun kalau tak silap. aku dan member aku, Hib, pergi ke Wetex Parade, Muar untuk survey harga barang kemas. entah kenapa masa tu terdetik nak tengok harga emas, mungkin masa tu tengah takde keje kot huhu. kitorang pon masuk ke sebuah kedai emas dan bertanyakan mengenai harga. masa tu hargenya kalau tak sila dalam lingkungan RM155 se gram. bila aku dan Hib dengar jer harge tu, kitorang terus terdiam. OK. mahal lah harga ni. tunggu harganya turun lah. tunggu punya tunggu, korang nak tahu berapa harga emas sekarang? tengok gambar di bawah yang aku ambil daripada web Federal of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia (FGJAM).


dah tengok? betapa menyesalnya kami berdua di masa sekarang. kalau lah masa dapat diundurkan kembali ke belakang kan? haaaa tengok, masa sekarang lah nak berkalau-kalau. sepatutnya bila dah tahu emas akan naik tiap-tiap tahun, bila ada duit jer, terus beli. APA? nak pinjam bank untuk beli emas, kemudian pajak emas tu? ooooppppppssss, sebelum buat apa2. apalah kiranya kita sama-sama baca dahulu kisah di bawah ini untuk mengelakkan diri dari ditipu oleh mereka yang mengambil kesempatan di atas kenaikan harga emas ini.

kisah benar mereka yang telah ditipu kerana emas

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain. baca sambungannya di sini

kisah benar: ditipu kerana EMAS. wajib baca

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.


Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.
Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Tuesday, November 15, 2011

disebalik lagu Chammak Challo Shah Rukh Khan dan Akon

SALAM...
salam sehat dan maju jaya (pergh dah macam ayat motivasi pulak aku). korang dah dengar lagu chammak challo yang keluar kat radio? ye, dj radio tu cakap shah rukh khan feat akon, tapi aku tengok dalam pembikinan lagu ni, Akon je yang nyanyi. ya! Akon yang nyanyi, bukan orang hindi. cuba kalau korang? lagu kuch kuch hota hai pun tak lepas lagi...hehe. apa yang aku nak cakap kat sini, kalau kita nak sesuatu tu, kita boleh dapat, asalkan kita ada usaha yang kuat. dan hasilnya, korang tengok lagu ni, top kan? dan yang menyanyikan lagu ini, Akon.

adik aku si Anne tengok video ni lalu berkata," laaaa....bukan shah rukh khan ke yang nyanyi...."

Saturday, November 12, 2011

biar gambar bercerita - timbang telur anda di sini

sama-samalah kita menimbang telur...

sumber gambar

korang pernah ke beli telur kemudian timbang?

Thursday, November 10, 2011

jangan letak laptop di atas katil kerana...

SALAM...
selamat tengahari kengkawan semua. dah makan? kalau belom, pergi la makan, tak payah nak diet2. hehe. wah2.. mentang-mentang hari ni takde kelas, tengahari buta baru bangun yer. eh? siap laptop terbukak lagi kat atas katil tu, rajennye korang buat assigment, sampai tertido depan laptop. buat assigment ke berwebcam/berskype sampai tertido? hehe. tapi bahaya laptop tu dibiar lama-lama atas katil. panas laptop tu nanti. 

kat bawah ni ada kisah rumah terbakar disebabkan laptop. tapi aku tak pasti akan kebenarannya. tapi, aku pernah cuba buat. aku ni rajen tengok harga-harga emas dan perak. so aku online la kat atas katil. cukup sejam, aku pegang bawah laptop tu, perghhh panas gila. aku ingat nak teruskan eksperimen tu tapi kang jahanam laptop aku tu camne aku nak online huhu. kalau korang nak tahu akan kebenarannya cerita di bawah ni, korang cuba buat. tapi pastikan korang ada laptop spare. hehe

PSSTT....apa salahnya belikan kipas untuk laptop korang tu kan?



LAPTOP USERS: BE AWARE!

A couple lost their 25 year old son in a fire at home on June 4th. The son who had graduated with MBA from the University of Wisconsin-Madison two weeks earlier had come home for a while. He had lunch with his dad at home and decided to go back to clean up his hostel room. His father told him to wait, to meet his mother, before he went back for a few days. He decided to take a nap while waiting for his mom to come back home from work. Some time later their neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house.

Unfortunately, the 25 years old died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by the laptop resting on the bed. When the laptop was on the bed cooling fan did not get the air to cool the computer and that is what caused the fire. He did not even wake up to get out of the bed because he died of breathing in carbon monoxide.

The reason I am writing this to all of you is that I have seen many of us using the laptop while in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. The risk is real. Let us make it a rule not to use the laptop on bed with blankets and pillows around. Please educate as many people as you can.

"Please pass to everyone you know, you might save one's life" - sumber

biar gambar bercerita - kampung wireless

agak-agak macamana kampung ni boleh dinamakan 'wireless'? mungkinkah kat sekitar kampung tu dapat main internet freE? wahhhh, lepas ni agak-agak nama kampung apa pula yer? kampung broadband? walau apa pun nama kampung tu, kampung tetap indah tanpa traffic jam, malam boleh tengok bintang, tanpa pencemaran cahaya, oh indahnya kampung.....


Wednesday, November 9, 2011

7 strategi bebas hutang PTPTN dalam masa 4 tahun!!!

SALAM...
salam sejahtera diucapkan kepada semua kawan-kawan. baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kerajaan tidak akan lagi memberi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tapi belum lagi disahkan. cuba bayangkan, kalau betul la PTPTN ini akan dimansuhkan, bagaimana nasib anak-anak kita nanti (walaupun sekarang aku belum berkahwin). sebenarnya perkara ini tidak menjadi masalah, JIKA, kita menyimpan dari sekarang. bukan menyimpan untuk kegunaan esok, lusa, bulan depan, tetapi untuk masa depan kita nanti. 


perkara ini ada diperkatakan oleh saudara Azizi Ali dalam bukunya, Jutawan dari Planet Jupiter. kita mula menyimpan sekarang untuk persaraan kita, untuk pendidikan anak-anak kita, untuk percutian dan lain-lain lagi, semuanya bermula dengan menyimpan dari sekarang, YA, dari sekarang!, walaupun kita belum pun berkahwin.

andaikata kita ingin menggunakan PTPTN, maka hendaklah berhati-hati, guna wang tu betul-betul untuk pengajian dan bukan untuk enjoy. ya, jangan sekali-kali. bila kita dah bekerja, baru kita rasa peritnya nak tolak pinjaman PTPTN tu. walaupun aku tak pernah mengambil PTPTN, tapi aku rasa, aku tahu bagaimana seksanya nak membayar hutang. 

di bawah ini adalah satu kisah benar encik zulkifli yang mungkin akan membuka mata kita, tentang bagaimana kita dapat menyelesaikan hutang dan pinjaman dalam masa 4 tahun sahaja. YA, 4 tahun, ingatlah, alangkah indah jika hidup tidak mempunyai hutang.....

"Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni."

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.

telemovie Parit Jawa

Telemovie oleh Current Pictures. Directed by Tunku Mona Riza. dilakonkan oleh Zahiril Azim, Eman Manan, Namron, Tuminah Sidek, Safura

aku bangga aku anak jawa hehe

terima kasih Yazid Torpedo untuk video ini

Tuesday, November 8, 2011

buku - Jutawan dari Planet Jupiter oleh Azizi Ali

assalamualaikum wa rohmatulloh...
kabare kengkawan semua? korang dah cari buku yang aku ulas beberapa hari lepas? buku 'rancang wang dari sekarang' oleh Pakdi? kalau belum, cepatlah cari buku tu. pada aku, tak salah kalau kita beli buku mengenai cara merancang kewangan ni. ada yang bertanya, perlu ke baca buku berkaitan kewangan? kan duit kita, kita yang tentukan macamane nak uruskan. buat ape membazir membeli buku macam ni?

OK cukup, kalau tak mahu beli terpulang, pada aku ini merupakan ilmu yang perlu kita ada. giliran aku pula bertanya, korang sanggup membeli buku yang tebal2 dan dah tentunya korang takkan guna 100% kandungan buku tu dalam kehidupan harian. YA! ini realiti. tak percaya. tanya, mereka yang keluar dari universiti, yang baru bergelar graduan. berapa peratus kandungan buku tu yang mereka gunakan dalam dunia realiti? mungkin 10%? JANGAN SALAH FAHAM, aku tak kisah jika kamu bercita-cita tinggi ingin belajar hingga ke luar negara, silakan, dan aku doakan korang berjaya. cuma aku nak tanya, zaman universiti korang, zaman persekolahan korang, ada tak diajar cara menguruskan wang?

aku bukan emosi, sekadar bertanya, tak salah bukan? 


dalam buku Azizi Ali, Jutawan dari Planet Jupiter banyak input2 yang pada aku memang sesuai untuk semua orang. seperti dalam buku Pakdi, dalam buku ini juga menyuruh kita membayar upah untuk diri sendiri, sekurang-kurang nya 10% daripada gaji untuk simpanan kita, selebihnya, baru digunakan untuk lain-lain lagi keperluan. 

dalam buku ini juga menyuruh kita bersikap 'low profile', tak perlu bermegah dengan harta yang kita ada. beli barang yang kita perlu sahaja dan bukan membeli mengikut nafsu. lihat masayarakat sekeliling kita, baru berniaga sikit, dah sibuk pakai kereta besar, masih lagi nak cakap buku ini tak penting untuk kita? silakan...

sedar tak sedar, kita sentiasa dibelenggu hutang dan ade yang cakap, kalau kita tak berhutang, kita tak boleh hidup? betulkah? member aku, Aizudin Batman bagitau aku, dia ada seorang kawan yang gajinya cuma RM1500 tapi boleh sara anak bini dan boleh menjaga kebajikan pekerja (anak buah) di bawah jagaannya. itulah kepentingannya pengurusan wang yang bijak. 

aku tak mau tulis banyak2, aku tau aku akan buat korang bosan, sebab aku tak pandai buat ayat manis. jadi pada akhir penulisan ini, aku nak bagitau 1 lagi tips yang mungkin korang takkan percaya, dan aku pun tak percaya pada mulanya, 'kalau kita beli kereta, pastikan kita boleh langsaikan hutang kereta itu dalam masa 2 - 3 tahun, kalau tak boleh, maka kereta itu bukan untuk kita'. nak tahu lebih lanjut, dapatkan buku Jutawan dari Planet Jupiter di sini 

dan jangan korang risau, aku tak dapat apa-apa komisyen pun kalau korang beli buku ni walaupun ia ada program affliate. kawan aku, Hakim Fanani telah meminjam buku Pakdi daripada aku setelah aku syorkan buku ini di blog aku. aku tak dapat apa-apa komisyen pun, cuma nak kita sama-sama berkongsi ilmu dan berubah. korang yang beli, korang yang untung, kan?

PSSSTTT......kalau tak percaya tak ape, sekarang ni cuba korang simpan RM200 setiap bulan. tahun ni umur korang 23, bila korang nak bersara nanti, agak2 dah berapa duit tu ye?

Monday, November 7, 2011

kek hari jadi Secret Recipe untuk adik-adik ku

Salam...
aku sememangnya seorang yang berjimat cermat. tak caye? nak bukti? tengok la kat bawah. hahaha. korang jangan pulak ingat adik aku ni lahir lahir pada tarikh yang sama tapi tahun berbeza. haha. kalau la kelahiran ni boleh di adjust2. keh3. oleh kerana aku ni seorang abang yang amat kedekut, maka aku belikan kek Secret Recipe yang berperisa coklat+pisang (aku lupa namanya), lepas tu letak tiga-tiga nama adik aku. keh3. aku main order je, 

"brader hensem, saye nak beli kek coklat perisa pisang ade? nak satu"

"ade, nah, dah siap, ni resit"

dengan terbeliak mata, "2 kilogram ka ini kek? harge RM ehem3!!!??" 

(aku ubah sikit dialog di atas)

korang nampak je kek coklat + pisang ni simple takde hias2, tapi jangan pandang luaran jer, sekali makan, perghhhh sedap. jangan pandang luaran je hehe. so lepas ni cuba la rasa...aku setahun sekali je kot beli kek kat Secret Recipe ni. harga nye takleh tahan huhu.

brader yang jaga kek tu cakap, kalau letak kat dalam kereta, kena hadapkan aircond, kek ni kalau cair tak sedap, tapi malam2 ni abang beli ok kot, cuaca tak panas. kerana menurutkan kata brader tu, aku letak kat seat depan, aku bukak aircond paling kuat, hadapkan kat kek tu. sudahnya, sampai kecut aku menahan kencing, grrrrrrr.

anyway, selamat hari lahir adik2 aku (untuk tahun ni). semoga jadi anak yang baik...dan adik2 yang baik.....teringat lagi aku tatkala itu........

ayah ku berkata,"Y nak adik?"

"nak..."

"mintak kat mak...."

"mak...nak adik..."

setiap kali ayah aku tanya, aku akan jawab nak, lepas tu mesti lahir adik-adik aku ni. 

PSSSTTT......naseb baik la ayah aku tak tanya tiap-tiap tahun kan? keh3

Sekitar hari raya haji

assalamualaikum wa rohmatulloh...
cepat benar masa berlalu kan? aku ingat lagi raya haji tahun lepas, lepas setel membahagikan daging2 lembu, aku ngan member aku, Adib, dok pusing-pusing kampung dengan honda petak burok aku. huhu. dan memang dah jadi tugas aku tiap kali nak sembelih lembu, aku sememangnya orang penting dalam urusan menyembelih lembu. nak tahu tugas aku? tugas aku adalah duduk atas lembu tu masa nak di sembelih. ingat senang ke? walaupun berat aku ni dah 80 lebih (ok, aku akui aku gemok), aku tetap nak terpelanting mase nak disembelih lembu tu. mase menyembelih lembu, takbir bergema, lembu meronta kesakitan, darah memancut. 

kenape muke aku serius?? aku akui aku tak pandai nak posing amek gambar. bongok!!

tahun ni, 3 ekor lembu telah dikorbankan di kampung aku. tahun depan belum tahu. daging-daging diagihkan kepada yang memerlukan. aku berharap aku mempunyai wang yang cukup bila tiba raya haji tahun hadapan. aku nak korbankan seekor lembu, niat di hati nak bagi anak-anak yatim dan orang miskin. bukan apa, tiap kali lepas mandi, aku dok depan cermin, tengok badan aku yang semakin sehat, perot semakin kedepan. apakah nasib mereka yang takde mak ayah, yang miskin, makan tak cukup. doa-doakanlah ye kawan-kawan..moga niat aku tercapai....


Saturday, November 5, 2011

mereka dan "on the way"


Assalamualaikum....
selamat pagi semua? dah sarapan? esok raya haji kan? berapa ekor lembu dan kambing yang bakal dikorbankan di kampung korang? 
korang pernah tak mengalami situasi macam ni,

pukul 2.30 petang

"malam ni kita jumpa kat tempat biasa pukul 7:30 malam tau, jangan lupa"

"ok bro, takde hal"

pukul 7.35 malam hari yang sama

taip mesej, "kat mane bro?"

mesej di balas, "kejap2, ondeway ni"

pukul 8.00 malam hari yang sama

taip mesej, "kat mane bro? dah pukul 8 malam ni"

mesej dibalas, "kejap2, sabar2, ondeway la ni"

pukul 9.10 malam, hari yang sama
taip mesej, "kamu di mana kawan, lama aku tunggu ni"

mesej di balas, "ala, jap la, sabar, jalan jam ni. tunggu jap. ondeway ni" - sambil mengambil tuala baru nak mandi.

terus call, "sedare, rumah kau tu belakang taman aku je, kite nak jumpe pon kat warong depan rumah aku ni haaa, kejadahnya ade traffic jam kat taman kita ni. kalau tak dapat datang, cakap je, takde la aku jadi batu sorang2 kat sini. aku nak balik tolong mak aku buat ketupat, salam."

sekian cerita rekaan aku, dan aku pasti, ia berlaku di dunia nyata...
jangan korbankan masa orang lain begitu sahaja......

Friday, November 4, 2011

makan-makan: mee racun Batu Pahat menyengat!!!

assalamualaikum..
agak lama aku tak mengupdate blog aku ni. nak buat macamane diri ini agak sibuk dengan tugas yang lebih penting, mencari sesuap nasi untuk keluarga hehe. beberapa hari yang lepas, iaitu bulan lepas, setelah pergi ke bank (untuk membayar hutang), aku dan kengkawan aku, Hib Gemok, Bol sengal, telah berkesempatan untuk merasa mee racun Batu Pahat yang orang dok kecoh satu Malaysia. orang cakap kalau datang Batu Pahat tak pekena mee racun memang tak sah. (cisss, aku dah berapa kali pergi batu pahat, tak penah nye try makan mee racun ni, ni baru nak rasa) maka malam tu lepas pergi bank, kitorang pun mencari la port mee racun. (mohon maaf kepada cikgu Hakim dan Aizudin Batman sebab tak ajak korang :-P).

korang nak ke pelan pergi tempat mee racun tu? haaaaa meh sini aku bagi, oleh kerana aku tengah rajin nak buat pelan ni, aku buatkan untuk korang yer...



Haaaaaa.... korang paham tak pelan yang aku buat ni? tak paham? grrrrrr buat-buatlah paham, penat aku buat, keh3. dekat warong ni ade dua mee racun, satu mee racun biasa, dan satu lagi mee racun tulang. hehe. nak tau tulang ape??? tulang gearbox laaa...perghhh memang feveret gua. hehe. selalunya port aku makan sup gearbox ni kat Sitam Sup BP, sup gearbox 1Malaysia Parit Sulong , dengan warong Ijan Sungai Balang. 

mee racun tulang: dah makan separuh baru aku teringat nak amek gambor untuk korang hehe. maaf

pendapat aku? hurm, orang kata mee racun ni pedas, tapi jujur aku cakap, kat warung ni, mee racunnya kurang pedas, mungkin aku ni kuat makan pedas kot, takpun disebabkan dah malam, mungkin diorang dah penat. ape2 pun aku dan geng2 berpuas hati dengan hidangan ni. kalau korang ade singgah ke Batu Pahat, datanglah yer. eh lupa pulak. warong ni bukak dari petang ke malam yer. jangan risau, aku tak dapat apa-apa bayaran pun bila promote ni. cuma nak korang rasa makanan yang aku dah makan. hehe. enjoy your meal guys! ceh, nak berspeaking pulak.

pssstttttt, dalam menjamu selera tu, jangan lupa yang kurang berada, hulur-hulurkan bantuan untuk mereka ye....