kali ni aku saje nak try update blog gune henpon. huhu. saje je nak update. yerla. siang tadi tak sempat nak update. ni pon dok bareng kat atas katil. keh3. tengah nak pejamkan mate, tetibe teringat soalan seorang member. "kenape sekarang ramai orang dok wat blog yer? diorang nak popular ke ape? ke nak cari untong semata2? sebab kebanyakan blog aku nampak diorang dok copy paste jer. baek tak payah berblog, kan?". amboihhh panjang kan soklan member aku ni. huhu.
member aku ni takde blog tapi die suke bace blog orang. macam ni lah. pade aku la kan. kalau orang laen tak tau lah. pada aku, blog ni salah satu cara aku berkawan. kenal orang kat luar sane. memang tak dinafikan blog ni salah satu cara mencari sumber kewangan. kan ke bagus tu kan? terutamanya kepada mereka yang maseh lagi student. tapi ingat. ade seorang blogger bagitaw aku. kalau kita menulis dengan ikhlas. niat yang baik. maka keuntungan tu datang tanpe kita sedari. tak caye? cubelah.
pasal copy paste pulak. ni pon kite jangan temberang. mesti ade yang buat kan?termasok juge dengan aku. tapi jangan pulak lupe bagitau dari mane sumber maklumat tu. jangan dok kabor kat orang yang tu entry original korang. kan ke tak elok macam tu. silap2 orang tu terbace. kecik hati die kan? kalau dah copy tu. jangan la bulat2. tambah sedikit idea dan ayat kreatif mahupon karut marut korang. biar pembace lebih berminat nak bace.
cehh. aku ni cakap je lebih. padahal blog aku pon dok merapu meraban entah pape kan? aku pon maseh mentah. so diharapkan pade mereka yang baru dalam dunia blog. selamat datang. same2 la kite menegur kalau ade silap salah. begitu juge dengan blogger lame. bantulah kami yang maseh terkontang kanting ini.
entry akan datang mungkin aku akan cerite pasal berblog untok popular. yeke popular? tunggu je lar ye. hehe
sekian. dari atas katil bercadar bunge2 mekar. keh3
5 comments:
niat asal berblog nak isi masa lapang dengan share with many peoples about our experience in life atau pasal anything happens around us.
popular tu akan dtg,kalau kita berjaya dalam blog.tp itu semua perlukan niat dan azam yang betul..
kalau sy berblog sbb suke2..nk abdikan memori indah pahit manis semua kat belog..:)
mOon berblOg sbb suka2,nk tambah kenalan...x pk pOng nk cari untung...dh kaya kan...huhuhu...apatah lagi nak cari popularity...nak glam masOk Akademi fantasia la...
yup...kite semua same...bile ade mase lapang baru berblog dan berkongsi cerita huhu
Setuju.. aku tak kenal pun blogger lain, malah ko pun aku tak kenal.. tapi bole berbual, berkawan.. seyes blog nih bagus sebenarnya.. disamping boleh luahkan perasaan, dapat gak member.. ^^
Post a Comment