"Buat apa kau belajar tinggi-tinggi, Tuhan tak pandang semua tu,baik kau belajar agama,Itu yang ko kena soal di kubur nanti.."
salam.korang pernah dengar ayat di atas? sedap kan ayat tu? aku ternampak ayat ni mase singgah blog seseorang. alamak...aku lupe blog sape.aku pun tak pasti same ade ni ayat bergurau atau mengejek. cube kalau korang tengah menduduki peperiksaan subjek yang kritikal pastu ade kawan yang cakap macam ni,rase nak bagi selipar pon ade kan? jangan...sabar...ini dugaan. kalau itu fahaman dia...terpulang....
ilmu,satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. tanpa ilmu,kita akan hidup terkial2 tanpa arah. pada aku,setiap mase,tak kira di mana jua, kita sebenanrya sedang belajar. walaupun kita dah abes belajar dalam bidang master,ijazah,diploma,dan telah memasuki alam pekerjaan. tak semestinya masok kerja dah tahu semua,mesrti ade buat kesilapan dan mase tu,kite belajar dari pengalaman.contoh,nelayan yang berhempas pulas mencari rezeki di lautan. mereka belajar sendiri di mana lubuk ikan, arah angin, cara betul menangkap ikan,mereka belajar dari pengalaman.
memanglah aku ni lepasan SPM, takde diploma mahupon degree. tapi aku pernah lalui zaman matrikulasi dan degree kerana aku berhenti pon sebab nak bantu family. aku pernah lihat,lecturer yang mengajar bidang yang lain,tapi di luar kerja,dia amat dekat dengan tuhan. aku pun ade kawan yang sentiasa menjaga solat walaupon belajar subjek fikik,kimia. aku pernah terdengar kisah,seorang pengkaji yang mengkaji tentang kejadian alam,masuk Islam kerana tertarik dengan keindahan Islam. dan ape yang terkandung dalam Al-Quran,semuanya benar,sama dengan ape yang die kaji. maaf kalau aku tersilap.
kalau takde ilmu,boleh ke kita lakukan semua yang kita buat sekarang ini?
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi
11 comments:
memang pernah.ok fine x payah belajar.pergi mampus.memanglah ilmu akhirat tu yg ditanya di kubur.habis tu di dunia bukan tuhan kata kita ni khalifah ke.cm ner nak tadbir dunia kalau ilmu pon tak de..tak faham otg yg fikir mcm ni.otak sempit.
hadith nabi s.a.w "tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china"
kene balance kedua-duanye..baru la betul...
salam kenal dr papa mifz yer..:)
tak setuju dengan org camni..dah memang sah2 Islam suruh kita menuntut ilmu..apa yg kita belajar ni pun dtgnya dari Allah supaya kita berfikir akan kebesaran Nya.
ilmu duniawi dn ukhrawi sme2 pnting :)
jemput singgah ANASAURUS :)
ilmu
Kena balance dua-dua la kan. Sedangkan ada pepatah y mengatakan tuntunlah ilmu hingga ke negeri China.
menaikkan semangat aku utk masuk U la !
thanx budak kg..haha
ilmu dunia dan akhirat sama pentingnya...
Ayat pertama yg Jibrail sampaikan pada Rasullah bukankah 'bacalah..' yang merujuk kepada ilmu.
Bagi saya tak sekolah tinggi tak apa tapi carilah ilmu sebab ilmu ada dimana-mana. Tapi yang jelas orang yang anggap 'tiada gunanya belajar tinggi-tinggi ni' lansung bukan manusia membaca.Kalau dia membaca dia tak kan sanggup keluarkan ayat begitu.
Bacalah walaupun surat khabar setiap hari.Bukan budak U saja yg boleh baca buku tebal-tebal tapi sesiapa saja pun boleh.
(tertanya-tanya siapakah blogger yg melontar ayat 'tak sekolah' tu?)
aku rase nk masuk UIA
sebab nk ilmu dunia akhirat
eventhough dress code dy buat aku pitam 30 saat T_T
hope gilaaa aku dapat tahan kat UIA tu
Post a Comment