Pages

Friday, January 27, 2012

Yamaha 135 LC Harimau Malaya mengaummm!!!


SALAM...lama menanti kehadiran 135LC Harimau Malaya milik gua? hehe. mesti ramai dok tertanya, gua penah cakap nak standardkan kapcai gua kat entry ni: gambar terakhir Yamaha 135 LC Transformers sebelum distandardkan semula tapi kali ni gua muncul dengan 135 LC Harimau Malaya pulak. kenape yer? kenape? hehe. tak tahulah ade yang menantikan kemunculan rimau aku ni ke tk, yang penting gua dah tunaikan janji gua. terime kaseh pasa ZulWorks kerana sudi merealisasikan impian gua. eh? berbalik semula pada kisah kenapa aku buat motor harimau ni, ape pulak janji aku?

gua seram tengok kapal selam depan mata

SALAM...
hari ni gua nak tunjuk kat korang kapal selam SMD AGOUSTA 70 yang diletakkan di Klebang, Melaka. asalnya, masa tu aku saje nak round pantai Klebang. aku ni tak pernah jalan kat Melaka, saje la tengok2. aku masuk je area Pantai Klebang tu, ternampak dari jauh satu bende alah yang besor. perghhh kapal selam rupenye. aku ni dahle jakun. naseb baik kereta Myvi adik aku ni masih stended, takde lowered2 bagai. maka memudahkan aku untuk memotong kenderaan kat depan. mase aku pergi tu, jalanya ya tuhan, hanya kereta yang stended je boleh masuk, jalan terok, kalau kereta yang lowered nak mampus tu masok, memang tak lepas. calar balar la jawapnya. hehe. aku pergi ke kapal selam tu membawa harapan yang tinggi, yerla, mane la tau boleh masuk dalam kapal tu kan? sampai je pintu masuk, kena bayar RM1 sorang, takpe, asalkan dapat masok dalam kapal selam tu.


TAPI.....aku hampa
tak boleh masok dalam perot kapal ni, mungkin nak menjaga kondoso dalaman kapal selam tersebut, maka pengunjung tak dibenarkan masuk. tengok dari luar pon jadi ler. jujur gua cakap, gua tak pernah nampak kapal selam depan mate gua. bila gua tengok kapal selam ni, tak tau kenape, macam seram sejuk je, walaupun keliling gua ramai orang. perghhh. gua tak tau, macam ngeri. tetibe gua terfikir. kalau kapal selam ni punye besor macam ni, kapal pengangkutan yang angkut kapal selam ni ke sini besornya macamane pulak ye? huk3. 

EHEM2...kalau korang nak tengok sendiri depan mate korang, boleh la ke Pantai Klebang Melaka yer, jangan malu, jangan segan, gua tak belanje.



makan-makan: mihun sayur menyengat!!!

SALAM...
selamat hari jumaat pada kengkawan semua. mungkin ade yang pelik kenapa aku dah lama tak online kan? genap seminggu aku tak online, tak update status di facebook dan tak update blog. dan amat menyedihkan kerana aku turut tersingkir dari segmen survivor. takpelah, moge ini menjadi pengajaran kepada blogger lain supaya dapat memberi komitmen pada blog masing2.

OKlah, memandangkan dah lame gua tak post pasal makan, hari ni ape kate korang cuba rase resepi yang aku tak jumpe lagi kat warong lain. namanya mihun sayur. sesuai untuk golongan gemok macam aku. mihun sayur ni kurang minyaknye ye. takde goreng2 punye. lebih enak kalau dimakan pada waktu malam yang sejuk hehe. pekena mihun sayur yang panas...perghhhh memang enak. ape lagi, cuba la buat. hehe

mihun sayur yang cambest!!!

Tuesday, January 17, 2012

gua, manager bank, dan kisah malam pertama

SALAM...
ape khabar korang semua? sehat? tadi pagi gua pergi bank, maklumlah duit dah abes. kenalah korek duit kat bank. gua pergi bank mane ade smart-smart. tiap hari gua pakai baju pagoda dan seluar burok koyak2, itulah pakaian rasmi gua, korang nak kutok? gua pedulik hape? huhu. amboi ganas nye hehehe. 

tengah gua nak keluarkan duit tu, tetibe manager bank dok cuit gua dari belakang, yup, gua tak tipu manager bank, kitorang memang selalu borak2. gua pon ape lagi, terkeluar la perkataan,

"OPOCOT MAK KO!!"

adessss, segan gua, gua ni dahle kuat melatah. last2 manager bank tu dengan selambe je cakap,

"ini bahaye ni, kang malam pertama bini baru pegang sikit, dah melompat. tak setel-setel nanti."

perghhh gua segan jer, dahle cakap depan kakitangan bank tu, diorang pon senyum2 je huhuhu. keluar je dari bank, gua dah terbayang malam pertama gua, harap2 jangan la gua dok melatah malam tu......

berapakah kenaikan kijang emas dalam setahun?

SALAM..
ape khabar kengkawan semua. sehat? apesal aku asyik cakap pasal kijang emas je ye? yerla, kalau aku cakap pasal barang kemas, setiap kedai emas dan setiap syarikat menawarkan harge yang berbeza, jadi aku bagi contoh kijang emas supaya senang untuk kengkawan melihat pergerakan atau pon kenaikan harge emas ni. kalau yang lepas aku ade cerita serba sedikit mengenai kijang emas di sini, kali ni gua nak ajak korang same2 tengok kenaikan kijang emas ni dalam setahun. tapi kalau korang nak beli emas ke perak ke, boleh juge, takde masalah, entry ni cume nak tunjuk contoh je. jangan risau, gua bukan orang MLM, korang beli emas ke ape ke, gua tak untung pape pon.

kat bawah ni merupakan harge kijang emas pada Januari 2011, kijang emas ni ade macam2 saiz, boleh tengok kat sini.

harga kijang emas sepanjang Januari 2011. sumber

OK, dah tengok kan? jom tengok kat bawah ni pulak, senarai harga kijang emas sepanjang Disember 2011,

harga kijang emas sepanjang Disember 2011. sumber

dah tengok harga kijang emas ni awal bulan dan akhir bulan kan? cuba kita kira berapa keuntungan yang kita dapat kalau kita simpan setahun kijang emas ni ye. kita ambil contoh yang 1Oz.

harga 1 Oz pada 3/1/2011 adalah RM4,605.00
harga 1 Oz pada 30/12/2011 adalah RM5,218.00

RM5,218 - RM4,605 = RM613, kenaikan 13% setahun kan?

sikit? jom kita tengok harga emas pada bulan 8 , mase harge tinggi

 harga kijang emas sepanjang Ogos 2011. sumber

harga 1 Oz pada 3/1/2011 adalah RM4,605.00
harga 1 Oz pada 23/08/2011 adalah RM6,010.00

RM6,010 - RM4,605 = RM1,405, kenaikan 30% kan? 
sekali lagi gua bagitau, gua bukan nak paksa korang beli kijang emas ke, beli emas ke, sekadar berkongsi info dan maklumat. mana la tau tetibe terdetik di hati nak beli emas. tujuan aku beli emas? aku nak selamatkan duit aku dari inflasi. dulu aku pegi sekolah bawak seringgit cukop. sekarang?

*kiraan untung yang aku tunjukkan andaikata korang tak jual balik kepada Maybank, kalau korang jual kepada Maybank, mereka akan beli harge buy back, keuntungan adalah dalam 8%. gua sarankan korang jual pada member yang nak beli kijang emas ni. korang jual la ikut harga 'we sell'.  

**gua sarankan bile korang dah beli kijang ni, simpan la dalam 2 atau 3 tahun baru berbaloi. tetapkan matlamat. tak payah gopoh. ade duit baru beli, jangan pakse diri.
***kalau dah simpan emas, jangan lupe zakat, boleh tengok kat sini.

harga kijang emas Bank Negara Malaysia

SALAM..
ape khabar kengkawan semua? sehat belaka? ingat tak aku ade cerita pasal kijang emas ni boleh dibeli di maybank dan boleh semak harge di Maybank? kat sini ade cara lain untuk mengetahui harge terkini kijang emas. korang boleh ke sini untuk melihat harga kijang emas terkini dan juga yang lepas-lepas. yerla, mudah untuk kita nak bandingkan harga kan? mane la tau ade kengkawan nak tahu harge kijang ni kan? 

untuk melihat harga kijang emas,

harga kijang emas januari 2002, sumber: Bank Negara Malaysia

jom berkenalan dengan jejaka hensem dan gadis cute SURVIVOR!!!

SALAM.
lame siot gua tak update blog. sorry la. aku berblog memang ikot mood. kalau takde mood memang la malas nak menaip. kalau tetibe ade idea, aku biarkan ia terbang. rugi betol huhu. Okla, kat sini aku nak bagitau korang yang aku dah berjaye masok rancangan survivor!!! yeay!!! hehe. tapi ni bukan cerita survivor yang kita tengok mase kecik tu. perghhh gua mase tu suke tengok sebab banyak buah-buahan kat pulau tu.


gua telah terpilih oleh bro awie omar untuk join next top blogger. rase dihargai lor. mestila, blog gua ni macam ape je, tetibe dapat masok next top blogger. kat bawah ni merupakan saingan aku, perghhh menggigil wa cakap lu. semua hebat2. jom terjah blog diorang dan jangan lupe klik button follow kat blog diorang. 

EHEM2...terime kaseh pade awie omar. gua salute same lu bro! (bukan ayat membodek nak menang)

sebelom gua cerita pasal pesaing2 gua, meh gua introduce kat korang tuan pengurus survivor ni,


blog nye simple, gua suke. takde binatang mahupon bintang yang terbang sane sini, takde lagu auto play yang boleh buat gua saket jantung. banyak info menarek yang boleh dapat dalam blog ni. sesuai untuk budak sekolah yang nak cari bahan rujukan.tak susah, tinggal copy paste je lepas tu tunjuk kat cikgu. jangan lupe rujukan kat muke surat terakhir tau. tapi gua paling touching bace entry terbaru dia. kenangan bersama arwah ibu, perghhh. ni entry nye, Sentuhan Kecundang. singgah dan jangan lupe follow ya.

pesaing pertama, affendi shofie dari blog http://guaqbest.blogspot.com/
perghhhh mantap, brader ni pandai berphotoshop, jengukla blog dia. entry terbaru dia mengenai layakkah kita,lelaki untuk mendapat bidadari di syurga nanti. sama2 lah kita berusaha untuk menjadi insan yang berguna, thanx atas nasehat bro. singgah dan jangan lupe follow ya.

Thursday, January 12, 2012

kisah benar: 3 bulan takde cuti, kerja siang malam

SALAM...
ape khabar pembace setia blog aku ni, kalau ade la yang setia hehe. korang dah makan belom? aku baru lepas beli siput sedut kat gerai bergerak member hehe. nanti lah aku makan, nak update blog kejap, lama dah tak berupdate kang korang tak singgah blog aku ni. huhu. 

semalam, aku ade urusan di Muar jadi aku ambik kesempatan ke bengkel cat tempat aku hantar kereta mak aku. mak aku sejak sebelum raya tahun lepas dah mintak aku cat kereta die, sebagai anak, aku tunaikan walaupun lambat akibat poket yang kempis hehe. tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal kereta mak aku tapi pasal kehidupan seorang tukang cat kereta.


brader ni siang kerja dengan taukenye, pagi sampai ke petang. balik je kerja, mandi, makan, rehat sekejap, terus pergi kerja lagi. taukenye percaya dekat dia ni, jadi kunci bengkel cat tu diserahkan kepada abang ni. siang dia mengecat kereta customer taukenye, malam pulak die mengecat kereta customer die sendiri. paham kan maksud aku? kire die cari duit tepi la. malam dan hari ahad, die akan menyewa bengkel cat taukenye tu untuk cat kereta pelanggan die sendiri. ini berlarutan setahun dan die bagitau aku die dah 3 bulan tak cuti. siang malam kerja. 

ini kisah benar, 3 BULAN TAK CUTI.

aku tanye la kenape sanggup korbankan masa rehat?

die jawab,

"bulan 6 ni nak kawen, nak belanje kawen lagi, nanti kalau ade anak lagi, kos sara hidup makin tinggi. takpelah, dari duduk rumah tak dapat duit, baik kerja, kawan pon ramai tolong, kerja pon happy"

korang tengok, kita yang kadang dapat cuti pon maseh malas kerja kan? jadi sekarang ni kita tau betapa pentingnya matlamat dan target dalam hidup. tanpa matlamat dan target, kita buat kerja sambil lewa, kurang kesedaran dan berbelanje dengan boros.

jom kita same2 tulis ape target kita tahun ni, bulan ni, hari ni, tahun depan

EHEM2.... gua target nak rehat bile umor gua 39 nanti. maksud gua kerja tetap kerja tapi takde la kerja kuat2 sangat. gua nak melancong.

Tuesday, January 10, 2012

video - lu tolong orang lain, lu dapat ganjaran

SALAM, ingat lagi entry aku semalam pasal 3 langkah nak jadi kaya? di bawah ni ade sebuah video yang pada aku sangat touching kerana tak kira betapa besar atau kecilnye pertolongan kita pada seseorang, insyaAllah, kita akan dapat ganjaran yang setimpal. 

ingat,
nak kaya ilmu, kena kongsi ilmu
nak kaya harta, kena bersedekah
nak kaya hati, kena saling menyayangi dan membantu orang lain

EHEM2...gua bukan pakar motivasi, gua budak biase yang pakai baju buruk yang nak berjaye same2 korang :-)

Monday, January 9, 2012

3 langkah mudah menjadi kaya, ramai yang tak tau

SALAM...
apa khabar kengkawan aku semua, sehat? hehe. terime kaseh kerana masih sudi singgah ke blog biase yang menggunakan bahasa pasar dalam menyampaikan maklumat ataupon cerita yang karot marot. aku bukan tak mau gune bahase skema, aku nak pembace blog aku dapat membace blog aku dengan cara yang santai sambil makan megi kari berseluar boxer.

okeylah, nak dipendekkan cerita, beberapa hari lepas aku ade borak dengan kenalan cina aku. aku panggil die uncle la sebab dah ade anak bini kan. takkan nak panggil abang hehe. tengah borak2 kami berdua bukak cerita tentang macamane nak jadi kaya.

3 langkah menjadi kaya raya

kaya ilmu (yang berfaedah)
kalau nak kaya ilmu, kita kena kongsi ilmu yang ade dengan orang lain. ingatlah, ilmu tu semua datang dari tuhan. ilmu yang ada jangan la lokek. kalau ilmu tu kita kongsikan dengan orang lain, insyaAllah, ilmu kita juga makin bertambah. 

pengalaman aku (bukan nak menunjuk) : ape yang aku tau, aku akan kongsikan dengan rakan2. kadangkala ilmu kita ni lain walaupun dalam bidang yang sama. bila kita bagitau 1 strategi bisnes ataupun ilmu pada rakan, dia pon akan kongsikan 1 strategi pada kita, jadi sudah ade 2 strategi kan? untung tak?
kaya harta
ini mesti ramai yang pelik kalau aku cakap jika kita nak kaya harta, kita kena bersedekah dan jangan kedekut. kita kena bantu mereka yang susah dan jangan sesekali mengharapkan balasan walaupun kadangkala kita ditipu.

pengalaman aku (bukan nak menunjuk) : dalam berniaga, biasalah, ade yang menipu kan? bila orang tu tipu duit kita dan lari, semestinya kita marah kan? aku akui aku akan marah, tapi aku akan redakan kemarahan aku tu dengan berfikir semula. ini adalah satu pengajaran untuk aku, aku kena redha. dan apa yang mengejutkan, dalam bulan tu, alhamdulillah, customer yang menipu dan lari tu diganti dengan customer yang lebih baik. wallahualam, tuhan maha mengetahui.

kaya hati
kaya hati bermaksud kita tenang dan gembira. mudah saje, kita kena menyayangi orang lain. jangan dok bermasam muka. tak guna berlagak, adalah lebih baik kalau kita bertegur sapa kan? sayangilah hidupan di sekeliling kita. saling bantu membantu. bukan dok tangkap cinta dengan awek je, tapi orang tua kita tak hormat, salah tu. ingat, bila kita sayang kat orang/haiwan, orang/haiwan tu akan sayang pada kita.

pengalaman aku (bukan nak menunjuk) : aku sayang kucing, kucing sayang aku. hehe. ala, korang pon mesti banyak pengalaman kan?

EHEM2...aku manusia biasa, sekadar berkongsi apa yang aku fikir. mungkin korang tak suka apa yang aku sampaikan ni sebab takde bukti yang sahih kan? tapi cuba kita same-same buat, mulai hari ni, same2 kongsi ilmu yang berguna, bersedekah, dan sayang antara satu sama lain. apa yang korang rasa?

* maaf kalau entry kali ni agak panjang dan skema :-)

Sunday, January 8, 2012

harga emas dijangka naik, jangan lupa diri, nanti mati

SALAM...
selamat tengahari kengkawan semua. wahhh makan ape tengahari ni? masak lemak pucuk ubi dengan sambal belacan ke? sedap tu. hehe. aku belom makan, balik kerja nanti baru makan. kita dah tahu kan pasal berita, emas bakal naik harga menjelang akhir tahun ni? memang semua dah tahu. kalau belom tahu boleh baca petikan di akhir entry ini okey.

aku bukannya pakar dalam pelaburan emas, sebab aku memang tak melabur emas. aku tak reti nak melabur emas, ape yang aku tahu hanya menyimpan emas. INGAT, jangan simpan je tapi tak reti zakat.

sebenarnya dari dulu lagi makcik2 dah memulakan langkah yang bijak dengan membeli emas. mereka akan menjual emas bila kekurangan wang untuk menyara anak sekolah ataupun melangsungkan perkahwinan anak.

graf emas untuk 5 tahun

TETAPI, diharap pembaca blog aku berhati-hati dengan sesetengah sindiket penipuan emas yang menggunakan pelbagai cara untuk memerangkap mangsa, menyebabkan mangsa menimpa kerugian beribu ringgit. apa yang penting, sebelum membeli emas, kita kena lengkanpan ILMU di dada. jangan sesuka hati 'join' pelaburan yang kononnya memberi pulangan yang lumayan.

INGATAN untuk diri dan rakan-rakan.
penuhkan ilmu di dada mengenai pelaburan yang bakal diambil.
kalau melabur/membeli/menyimpan emas, pastikan dapat emas fizikal. bermaksud emas tu memang korang nampak.
pastikan kita ada duit 'back-up' selama 6 bulan, kalau setahun lebih baik.

PSSSTTT...gua bukan expert tapi gua takmau kawan-kawan gua jatuh ke dalam perangkap samar mereka yang expert menipu. gua sayang korang.

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns (sumber)

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Thursday, January 5, 2012

sibuk bercerita pasal Nur Amalina Che Bakri sampai dapur tak berasap

SALAM...
selamat tengahari korang semua. dah makan? belom? jangan la dok diet2 kang saket, perot masok angin, dah susah kan? laaa tak makan sebab tak sempat masak nasi? nape? laaaa, tengah sibuk dok google pasal Amalina pelajar 17A tu ke? lahaiii..awatlah dok sebok cari pasal hal orang sampai dapor tu tak berasap? tu haaa, anak kejap lagi nak balik sekolah, pergilah jempot anaknye tu. kang kene culik naye je. anaknye pon nak makan, petang nanti nak sambung sekolah agama pulak, baju belom gosok. kain tak basuh lagi? tu kenape coli dengan seluar dalam masih bersepah kat dalam bilik? nanti laki balik nak berehat, nak bareng2, nak bermanje dengan kamu macamane? la hai, ini macamane? ape yang lebih penting? toksahlah sebok pasal hal orang. dah-dah, pergi siapkan ape yang patot, kang terabai rumahtangga.

gambar tiada kaitan dengan cerita ini, sekadar memberitahu, minum air kelapa memang sedap daripada mendengar orang bergosip huhu. slurrrrpppppp ahhhhhh...nikmat

amboi, panjang mukadimah aku, ni kalau buat karangan SPM maunye dapat A1. hehe. aku cukup bangga dengan sikap orang kita yang mengambil berat antara satu sama lain. aku cukup gembira. setiap perlakuan orang, kita tengok. kita komen dan kita sebarkan. kadangkala belom tau sahih ke tak, tetap nak sebarkan. tapi bila jiran kat sebelah rumah ajak bertegur sapa, kita sombong plak. bila jiran keluar bercuti, kita bukan nak tolong jagakan atau tengokkan rumah die, bukan nak ambil tahu, yelar, kot-kot ade pencuri dok tertonggeng2 nak mencuri, kita ingat tu tuan rumah.

jom, kita same-same. aku pon nak try ubah. asyik dok cakap pasal hal orang je. kita pon marah kan kalau orang ngata belakang kita?kan? gua penah kena. mase tu gua bawak moto laju sebab rase nak berak tak tahan. last2 malam tu, ayah aku cakap kawan dia ngadu kat ayah aku yang aku bawak motor laju. alahai...padahal gua tau yang anak kawan ayah aku tu lagi la terok perangainya. tapi gua sabar je. gua cakap la gua nak tak tahan nak berak. 

ni entry pasal gua nak berak: 3 sebab kenapa mat motor bawak laju2



eh? lupa plak aku, sekarang aku dah tak dapat bezakan mane satu orang kampong, mane satu orang bandar, same je seksi dan seksanya :-)

PSSSTTT...kerana mulut, orang lain binasa, bahaye

ape azam korang? azam tu sape?

SALAM...
selamat pagi kengkawan. dah sarapan? hari ni aku makn nasi lemak + telor + ayam...perghh mane la aku tak gemok kan? nak buat camne. adik aku ngan mak aku yang dok beli makanan ni kat aku. kang tak makan membazer plak kan. hehe. yang penting jaga kesihatan. jangan lupe senam, kuarkan peluh. pada yang sudah berkahwin, lagi bagus, ade pasangan, boleh bersenam bersame2.

setiap tahun orang akan dok berazam, pasang impian. tak kira tahun baru Islam ke, tahun baru cina ka, orang tetap akan berazam, dengan harapan azam itu tercapai. azam tahun yang sudah dah tercapai belom? belom? macamane belom tercapai? dah semak balik? 

gua bukannya pakar motivasi, jadi gua tak pandai nak cakap lebih2. tahun 2011, gua berazam untuk kukuhkan ekonomi diri, jadi gua banyakkan menyimpan dari mengeluarkan duit gua kepada perkara yang kurang berfaedah. pada gua azam tu kurang lengkap tanpa spesifikkan ape yang gua nak. tahun ni, gua menyimpan hasrat untuk kumpulkan setengah kilo. pada yang kenal gua mesti tau ape yang gua nak kumpol :-)

gua tak mau cakap banyak, mulai hari ni, spesifikkan ape impian dan azam korang. mungkin dalam jangka masa panjang. 2 atau 3 tahun. mungkin dalam tahun ni. pastikan ianya spesifik.

contoh:
tahun ni korang sebagai salesman kereta nak jual 900 buah kereta setahun. banyakkan? tulis, berapa sebulan atau sehari korang wajib jual untuk capai angka tu. korang nak capai azam tu untuk sape? keluarga. jadikan anak dan bini sebagai pemangkin semangat korang.

kebiasaan orang cakap, "tahun ni aku nak jadi lebih berjaya". berjaya yang macamane? berjaya beli kereta? beli rumah? kahwin? 

PSSSTTT...dahlah, takmau cakap banyak, nanti korang kate aku memandai. dah, jom sama2 kita dok tulis ape yang kita nak capai tahun ni. 

Wednesday, January 4, 2012

aku benci kepala paip air automatik

SALAM...
selamat malam kengkawan semua? sehat? aku baru je lepas main ping pong. lepas solat Isyak tadi, gua dok tibai main sampai le pukol 11 lebih ni. bagi keluar peloh jantan la katekan. gua lelaki sejati okey. minuman kegemaran gua ali cafe suam hehe. korang buat ape malam-malam ni? ni mak aku dengan adik2 aku dok layan cerite hindustan, dil to pagal hai kat tv3. huhu. cerite zaman aku kecik dulu. entah pasal ape pon aku tak hingat. dulu aku minat la kuch2 ho ta hai, huhu. tapi filem hindustan sekarang dahsyat. sari diorang dah menampakkan perot dan peha gebu putih halus diorang. cissss


eh, aku nak cerita pasal ape ni? apasal melalut pasal filem hindustan? hampeh. gua nak cerita pengalaman gua guna toilet kat Mahkota Parade Melaka. seumur hidup aku, baru tu la sekali aku jejakkan kaki ke sane. tak beli pape pon padahal, cume round2 tegok ape yang ada, tak mampu nak beli. baik aku beli emas hehe. kijang emas ke, ok gak kan?

kat sane, sempat gak la gua try memanah. hebat gak gua ni. semua kena dalam bulatan. keh3. jadi jangan memain dengan gua. haha. (ayat eksen padahal tak hebat mane). lepas berpeluh2 memanah, gua pergilah makan kat food court atas tu. macam biase la, lepas makan, gua akan ke toilet untuk buat ape yang patot. dah selesai semua, gua nak basoh tangan, tapi gua kaget kejap. macamane gua nak basoh tangan. kepala paip ade tapi tempat nak bukak takde. lorrrrhhh. gua dok belek, dok pusing, tak boleh. hampeh. takkan gua nak tanye makcik cleaner. gua pun try la tadah tangan kat bawah muncung paip tu, FUUUUYYYYOOOOOO dalam hati gua, otomatik siotttttt. gua terlebih jakun maka gua main2 la dengan paip tu, gua hulur, gua tarik tangan gua. hahah. memang jakun gua, kelihatan beberapa orang mamat memerhatikan gua dengan senyuman yang semacam, hampeh!

PSSSTTT...gua jakun, gua peduli ape. kat rumah gua takde kepala paip otomatik. haha. malu bertanya sesat jalan. 

Tuesday, January 3, 2012

kisah si Kijang Emas yang berkilauan

SALAM...
kabare kengkawan semua. nampaknya entry pertama untuk tahun baru 2012 untuk blog aku ni adalah mengenai Kijang Emas. kijang yang aku maksudkan di sini bukanlah kijang yang dok berlari-lari di kandang. yang disembelih untuk di makan dagingnya. kijang ni sangat special. sangat cun kerana ia berwarna emas. ya! emas.

Malaysia merupakan negara ke 12 yang mengeluarkan syiling emasnya sendiri yang dibuat oleh Royal Mint of Malaysia. Kijang Emas ni telah dirasmikan oleh dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Julai 2001. kalau korang nak tahu, Kijang Emas ni macam orang jugak, ade bapak, ade mak dan ade anak. 1 set lengkap. bila dah ade mak bapak anak semua maka saiz, harga, berat semua lain.

gambar kat atas ni menunjukkan saiz bapak, mak, dan anak kijang emas beserta berat masing-masing. (sumber)

amacam? teruja tak tengok keluarga kijang ni? harga kijang emas ni mengikut harga pasaran emas dunia dan akan sentiasa update dari semase ke semase. yang menariknya, Maybank akan membeli semua kijang emas dari customer yang telah memiliki kijang emas ni. jadi takde masalah la korang nak beli dan jual kijang emas ni. mase murah beli, mase mahal, jual. tapi kadang mase murah, stok memang susah la kan.

kat atas ni adalah contoh harga kijang emas pada hari aku menaip entry ini. (sumber)

kalau korang berhajat untuk memiliki kijang emas ini, korang boleh la ke cawangan Maybank yang terpilih. bukan semua cawangan Maybank ade bela kijang ni ye. dan bukan senang nak memburu kijang ni sebab kadangkala susah nak dapat stok. gua dah berape kali dah tanye Maybank Muar, tak pernahnye ade huhu. 
OK lah, takmau cakap banyak, kalau nak tahu harge semase kijang emas, boleh ke sini
kalau nak tahu cawangan Maybank yang ada kijang emas ni boleh ke sini

PSSSTTT...pada yang takde kawasan luas nak ternak kijang tu, boleh la memburu Kijang Emas ni yer. tak payah kawasan luas2. cuma kena letak kat tempat yang selamat la kan. emas 999 tu hehe.