Pages

Monday, February 25, 2013

halalkan saja spender mu itu

Tengah aku dok beyak kat jamban, aku teringat kisah-kisah kat asrama dulu. Aku ni takde la pandai sangat tapi dapat pulak masuk asrama, pelik kan? Dan pada yang duduk asrama ni mesti baju korang semua penoh dengan nama korang, nak elakkan dicuri. Padahal setiap orang baju berlainan, tetap jugak nak tulis nama, nampak sangat ramai yang panjang tangan. huhu. Sampai sekarang baju-baju aku yang aku pakai masa kat asrama, masih tertulis nama aku. Nampak sangat aku ni kurus kan? hehe

Tapi agak malang sebab bukan semua pakaian kita boleh tulis nama. Terutamanya spender. Sebab kebanyakan spender yang dibeli gelap gelap belaka. Kalau tulis pun tak nampak. Tapi aku tak kesah sangat la sebab sape la yang berhati teramat mulia nak mencurik spender orang lain. Dah ler asrama lelaki. Takkan la ade perempuan nak datang asrama lelaki curik spender kan? Yang aku pernah dengar lelaki ke asrama perempuan g curik spender. Jangan risau, aku tak pernah buat. Takde kerja nak curi2 spender ni. Kalau ye pon nak cuci mate, baik korang pergi pasaraya, macam-macam saiz ada.

Nak dipendekkan cerita, satu hari tu, aku nak angkat pakaian yang aku cuci semalamnya. Tetibe spender aku kurang satu. Yang aku pelik baju aku tak pulak diambik. Spender 3 sepuloh hinggit tu yang dikebas. Memang sah dikebas sebab aku dah cari bawah ampai, memang takde. GRRRR... aku risau gak mane la tau spender aku dikebas untuk tujuan tak baik. Tapi ape kait spender dengan amalan khurafat? Setahu aku bomoh2 tahyul ni mintak gambar la, mintak rambut la..itupun aku tau dari TV. Jangan tengok cerita tahyul2 yer.

Pada mereka yang baru nak masuk asrama, jangan amalkan sikap curik mencurik. Kesian la kat kawan-kawan, macamane diorang nak masok kelas tanpe spender. Apa yang ditakotkan, sikap mencurik tu dibawak sampai ke besar. Begitulah bahayenye kalau mencurik spender.......


Lelaki berbadan separuh mempunyai pasaraya sendiri


Bismillah...
Selamat pagi kengkawan semua. Harap semua sihat. Musim hujan ni jalan agak licin jadi memandulah dengan berhati-hati. Hari ni aku nak kongsi sebuah cerita yang cukup bermotivasi. Seorang lelaki bernama Peng Shuilin berumur 37 tahun yang kehilangan separuh badannya akibat kemalangan dengan sebuah trak. Walaupun kehilangan separuh daripada badannya, dia tetap berusaha untuk hidup. Bukan untuk hidup sahaja, malah untuk hidup berdikari. Mempunyai sebuah pasaraya murah sendiri.

gambar lelaki berbadan separuh. sumber gambar: http://www.islamitusuci.com/

Tidakkah kita tercabar dengan kisah sebegini. Para graduan yang menganggur, jangan mengalah. Selagi tiada kerja tetap, carilah kerja sampingan untuk menampung hidup. Bukan graduan yang menganggur sahaja, malah mereka yang tidak bekerja perlu berusaha berdikari mencari rezeki. Jangan mengharapkan orang yang memberikan duit pada kita. Walaupun aku sudah bekerja, aku tetap rasa tertampar. Kerana apa? Kerana orang yang berbadan separuh ni, yang hampir kehilangan nyawa, boleh bangkit dan membuka pasaraya sendiri, jadi aku yang sihat dan cukup tubuh badan ni perlu melakukan lebih dari itu. 

Kisah ini aku baca di http://www.islamitusuci.com/

Islam Itu Suci - Lelaki Berbadan Separuh Tetapi Masih Hidup
ita sebagai manusia perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika Allah mahu tarik nikmat, bila-bila masa sahaja Dia boleh melakukan perkara itu terhadap hambaNya. Ia terjadi kepada seorang lelaki bernama Peng Shuilin. Dirinya ini telah kehilangan separuh daripada badannya setelah dipotong selepas berlanggar dengan sebuah trak. Tetapi dia tidak pernah berputus asa! Proses pemulihan yang  beliau jalani telah mengagumkan para pakar bedah selepas hampir dua tahun menjalani satu siri pembedahan.

Naib presiden hospital di mana ini lelaki China berusia 37 tahun telah dirawat berkata: “Dia amat mengagumkan dan satu-satunya orang di dunia untuk terus hidup setelah sekian banyak daripada badannya dipotong.” Dia menjalani kehidupan dengan baik sekarang dan telah membuka sebuah pasaraya murah sendiri – yang dipanggil ‘Pasaraya Separuh Manusia Separuh Harga’. Itu luar biasa.

Wednesday, February 20, 2013

Formula membeli kereta: Gaji 10 ribu sebulan tak layak beli BMW, kenapa?

Bismillah...
Alhamdulillah masih hidup lagi aku hari ni. dapatlah aku berkongsi sedikit ilmu yang aku perolehi dari seorang abang di facebook mengenai Formula Membeli Kereta. Beliau telah bertanyakan soalan cepu emas kepada rakan-rakan facebook beliau, soalannya: Boleh atau tidak orang yang bergaji RM10,000 sebulan membeli kereta BMW? Kebanyakan jawapan yang diberikan adalah tidak boleh. Kenapa ye? Sekarang ni pun aku tengok cikgu yang baru mengajar beberapa bulan sudah boleh membeli kereta Toyota Vios? Bukan cikgu sahaja, malah kawan-kawan aku yang baru kerja beberapa bulan sudah memiliki kereta baru sendiri. Aku yang dah 5 tahun bekerja masih belum mampu membeli kereta baru sendiri. Sedih bukan? Sebagai seorang bujang, belum berkeluarga dan hanya bekerja kebun, aku rasa lebih selesa menggunakan motosikal. Kereta tu tunggu dah kahwin kot baru beli.

Sekarang ni macam-macam kes berlaku. Baru beli kereta beberapa bulan tetapi kereta dah kena tarik. Kenapa jadi macam tu? Aku ada terbaca kenyataan akhbar, seorang peniaga yang menaiki BMW, kene halang dengan penarik kereta di tengah-tengah jalan kerana gagal membayar kereta selama 15 bulan...apekah??

Apa tujuan kita membeli kereta sebenarnya? Untuk bermegah-megah? Keperluan keluarga? Kepuasan kerja? Adakah harga kereta itu sesuai dengan poket kita? Penjual kereta mestilah akan berusaha meyakinkan kita bahawa kereta itu sesuai dengan kita. Tapi adakah dia akan tolong membayar kereta itu tatkala kita kesesakan wang? Aku bukan nak menyalahkan penjual kereta, itu kerja mereka. Diorang pun cari rezeki. Yang penting diri kita sendiri ni. 

Mesti ada yang tanya, kalau beli kereta secondhand macamane?
jawapan aku: sama jugak, kena la buat kira-kira, jangan sampai kita makan pasir tiap kali pertengahan bulan.

Kita hidup tak lama, mesti la nak merasa kereta baru..
jawapan aku: kira-kira mesti dibuat. memang hidup hanya sekali. tak tau bile mati. tapi nak ke mati dibebani hutang bertimbun2?

Jom tengok apa tips yang diberi oleh saudara Alwi Adam, Principal Consultant di EZAZ Wealth Management.


Survey semalam ( Gaji 10k, pakai BMW) nampaknya majoriti yang berpengetahuan tidak setuju.

Jadi apakah guideline kemampuan beli kereta bagi seseorang individu?

Apa yang saya tahu ialah dari perspektif perancangan kewangan ialah;

1) Nilai kereta yang anda sepatutnya beli dengan pembiayaan ialah, bayaran bulanan mesti tidak melebihi 15% daripada gaji bulanan anda. Dan pembiayaan itu mesti tidak melebihi 5 tahun.

Harga termurah BMW 3 series dalam lingkungan RM250,000.
Pembiayaan 5 tahun = RM 4791/bulan.

RM4791/10000 = 47%. Jadi ia lebih daripada 15%.

Kesimpulan, TIDAK LAYAK.

2) Harga kereta TIDAK melebihi Gaji TAHUNAN.

Gaji bulanan RM 10,000 x 12 bulan = RM 120, 000.

Harga BMW = RM250,000.

Kesimpulan, TIDAK LAYAK.

Jika gaji anda RM10k, anda hanya layak menggunakan kereta dengan downpayment RM1500 (dengan pembiayaan 5 tahun). Nilai kereta anda mungkin sekitar RM80, 000.

Jika anda ingin menggunakan formula kedua, nilai kereta anda maksimum ialah RM120,000.

Kenapa 15%? Kerana anda tidak memerlukan kereta/kenderaan sahaja, kerana portion yang lain adalah untuk tempat tinggal, pelaburan, takaful dan sebagainya.

Oh ya, bila beli kereta, jangan ikut cakap ejen or bank. Sebab maksimum anda boleh pinjam adalah 30%, selama 9-10 tahun.

Sebab tu orang Malaysia, mewah kereta tapi poket kosong.

gambar dari akhbar: kereta BMW yang ditarik kerana tidak dibayar selama 15 bulan.

Tuesday, February 19, 2013

Pernah makan sayur bening dan sambal tutuk?


Bismillah...
Selamat tengahari kengkawan semua. Hari ni tergerak plak gua nak bercerita pasal makanan. Yela, dah lama jugak aku tak beborak pasal makan dengan korang kan? Kalau dulu aku ada bercerita tentang kesedapan dan keenakan, Mihun Sayur, ubi goreng cecah sambal kicap, Mee Racun Parit Sulong, nasi goreng petai dan macam2 lagi la. Tak lupa juga aku ada ajar macamana nak buat Durian Crepe dan Burger Bakar. Tapi kali ni aku nak tunjuk makanan lain pulak. Made in Mak Aku. Makanan yang simple tapi jarang sangat orang makan. Korang pernah makanan sayur bening dan sambal tutuk?


gambar: nasi putih berlaukkan sambal tutuk, sayur tempe masak air (bening), telur goreng dan semestinya salah satu makanan feveret aku, petai, sungguh enak dimakan begitu saja. 

Haaaa terkebil-kebil mata korang semua hehe. Okeyla...sebenarnye sayur bening tu sebenarnye bahasa jawa. Bahasa melayunya sayur masak air. Tak kisahlah korang nak masak sayur ape. Kalau mak aku biasanya letak kentang/tempe/sayur kangkung kalau masak bening ni. Cuba korang buat. Mesti masyuk punya...

gambar: nasi putih berlaukkan sayur kangkung masak air (bening), telur goreng, sambal tutuk, dan ikan masin. memang terbaik dari mak aku.

Aku bagitau mak aku, kalau masak sayur bening, tak pedas, kurang keenakannya. Jadi mak aku sertakan sekali sambal tutil. Fughhh memang mantop. Nape sambal tutuk? Yela...sambal ni nak buat kene tumbuk cili dan ikan bilis dengan menggunakan lesung pipit..ehhh silap2..lesung pipit tu kat pipi...lesung batu daa...haaa jangan korang tanya lesung batu tu macamane. Oleh kerana masa menumbuk lesung tu bunyi "tuk...tuk...tuk..." maka dipanggillah sambal tutuk. Ni mak aku yang cerita la hehe...

Kalau ada dua lauk ni pon dah mencukupi bagi aku. Bagai dah lengkap dah hidup ni haha... Kalau korang buat masak lemak pucuk ubi pun sedap kalau ade sambal tutuk. Mesri mantop. Cakap banyak tak gune, selamat mencube hehe :-)

Monday, February 18, 2013

Dividen KWSP 2012 6.15%, syukur la

Bismillah...
Berita baek kepada pencarum KWSP pada tahun ini kerana dividen yang diberikan meningkat kepada 6.15% berbanding tahun 2011 iaitu 6 peratus.
Pada aku, KWSP merupakan salah satu mekanisme pelaburan yang bagus. Duit yang terkumpul dalam KWSP ni akan membantu kita di hari tua kelak. Jadi, majikan hendaklah membuat caruman KWSP kepada setiap pekerjanya. Untuk tahun 2013 ni, kadar caruman KWSP bagi pekerja adalah 11% manakala majikan pula 13% daripada gaji pekerja. Tetapi, kalau pekerja mahukan potongan yang lebih, maksudnya ingin memotong 15% dari gajinya untuk mencarum dalam KWSP pon boleh.
Bagi pekerja yang majikannya tidak membuat KWSP untuknya, janganlah terlalu suka. Aku tak pasti kena saman ke tak. Tapi sebagai pekerja, kita kenalah mencarum dalam KWSP ni sebagai persediaan hari tua kelak. Kalau nak harapkan kita simpan sendiri, macam susah je kan?
Tahniah kepada pekerja2 semua, semoga kita sama2 bekerja dengan penuh semangat, mencari rezeki untuk keluarga.

Sunday, February 17, 2013

Kisah Benar syiling 50 sen


Bismillah,
Selamat Beristirahat di hari minggu kepada kengkawan semua. Hari ni aku ingin berkongsi kisah benar mengenai duit 50 sen. YA! 50 sen yang kadangkala kita rasa tak berharga. Kenapa? Kalau 50 sen tu berharga, sudah tentu kita banyakkan bersedekah. Kan? Lagipun sekarang, pernahkah kita membeli minuman di sekolah dengan harge 50 sen? nasi lemak sambal telur 50 sen? Pau kaya 50 sen? Mamee sambal mungkin dapat kot? Kisah ini diceritakan sendiri oleh Cikgu Azrul di laman facebooknya dan ia telah menjadi motivasi kepada insan yang sentiasa lupa dengan nikmat dunia. Terima kasih kepada Cikgu Azrul atas perkongsian ini. Semoga cikgu dapat berkongsi lebih banyak lagi kisah-kisah teladan untuk tatapan kita bersama. Bermulalah kisah...

sumber gambar: facebook cikgu azrul

Kringggg.. 
Terima kasih cikgu!!!
semua pelajar beredar ke kantin tetapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat. "Awak tak rehat ke Alif?" Ujar saya kepada pelajar ini. "Tak cikgu." Jawab alif ringkas.

"Kenapa alif tak rehat?"

Jawab alif, "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la saya cikgu kalau beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi, saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya pergi kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu." Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya. 

Saya tanya lg, "kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?" 

"Owh...hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin, cikgu." Jawab alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh! macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengah pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat? 

"Pencetus Inspirasi Usahawan"
Al Syifa Business Centre
Taman Universiti, Skudai.

Wednesday, February 13, 2013

pesan atok: bile kahwin, rezeki bertambah

Bismillah...
Cuti Tahun Baru Cina ni sempat aku berziarah ke rumah sepupu aku kat Kuala Lumpur bersama keluarge aku. Nak dipendekkan cerita, malam tu aku dok bersembang dengan atok kesayangan aku. Sembang punya sembang, dia mula berkata...

"Dulu Y, aku ni degil, apaorang tua kata, aku bantah. Mase tu, ade orang2 tua suruh aku kahwin. Diorang kata kalau kahwin ni rezeki bertambah. Kalau hidup bujang, rezeki nye satu je. Kalau berdua, rezeki kita satu, rezeki isteri kita satu, dah dua rezeki. Kalau dah ada anak, cucu, makin bertambah rezeki kita. Tapi masa tu aku pun susah, macamane aku nak kahwin. Hidup kat Singapura angkat peluru, gaji berapa jer. Tapi apa yang orang tua-tua kata tu mungkin betul. Lepas aku kahwin, walaupun gaji sama macam masa bujang, aku boleh beli tanah, boleh buat rumah. Semua berjalan lancar."

Itulah antara kata-kata atok aku malam itu. Mungkin betul dan mungkin tidak. tapi banyak contoh-contoh yang berlaku di sekeliling aku. Contohnya kawan aku Danial, masa bujang, semua nya rasa tak cukup. Bila dah kahwin ni, rezeki tu macam senang je dapat. Barang-barang keperluan semua cukup walaupun gaji tak seberapa. Mungkin inilah hikmahnya perkahwinan.

Mungkinkah anda ada pengalaman yang sama. Mungkin anda baru mendirikan rumahtangga dan menghadapi situasi yang sama? Apa-apa pun segala rezeki tu datangnya dari Allah, Dia yang menurunkan rezeki dan kita hendaklah bersyukur. Kalau tak mau bersedekah, kedekut, jangan terkejut kalau tiba-tiba nikmat itu ditarik semula.

Thursday, February 7, 2013

sugar glider gua dah 11 ekor, macamane nak jaga sugar glider ni?

Bismillah...
Nampaknya dah lama gua tak bercerita pasa Sugar Glider gua ni. Dulu gua ade cerita pasal sugar ni kat sini, "sugar glider ku sayang, bila mereka dah jadi gila" bertarikh 9 Disember 2011. Nampaknya sudah setahun lebih aku menjaga sugar glider aku ni. huhu. Tapi kene berterima kasih kat mak aku dan adik-adik ku yang rajin memberi makan. Aku ni kekadang je dok belai dan bagi makan. Selebihnya, mak dan adik-adik aku la yang tolong. Makanan nya pulak, senang je. Aku bagi je makanan anak kucing. Kadang bagi makan timun. Kadang buah epal. Macam2. Alhamdulillah. Diorang sihat je. Takde yang saket2.

gambar: Sugar Glider ku yang masing-masing berebut nak makan.

Cuma aku rancang nak buatkan sangkar besor sikit. Kesian diorang makin sempit tempat tu. Dulu 3 ekor, sekarang amek ko, 11 ekor!!! Hebat korang ni ye. Subur macam yang tuannya hehe. Ehem2...tuannya belom try lagi. Doa-doa lah tuan korang ni panjang umur, sihat, rezeki bertambah, cepat tuan korang ni kawen. hehe. Oleh kerana aku tak dapat membezakan yang mane satu Dolah, Zabedah, Zainab, Man, Jemah, Sameon, Rokiah, Timah, Samad, Seman dan Jeman, maka aku panggil semua sugar glider ni Baby. haaa....senang. Semua Baby, jangan salah panggil pulak ye. Kang mak marah hehe. Jangan pulak korang anggap aku letak nama Baby tu sebab aku suka dengar lagu Justin Bieber tu. Eh? Sape die? Ntah.

Gambar: Sugar Glider yang nyenyak tidur. Macam-macam gaya ada.

Makin melalut aku menaip ni. Tu lah, nak cakap pasal penjagaan sugar glider, aku dok cakap pasal justin bieber buat ape. haaa. Kalau korang tanye macamane aku mandikan sugar glider aku ni, senang je aku jawab. Aku tak pernah mandikan. Kadang aku basuh sangkar diorang guna sabun Glo, aku biar diorang kebasahan kat dalam tu. Mase aku bilas dengan air paip pun diorang kat dalam tu. Habis basah. Mesti korang ingat aku ni kejam kan? Memang aku ni kejam. Tapi yang kejam2 ni lah tempat diorang bermanje. hahaha. Tapi jangan pulak korang buat macam yang aku buat ni. Mungkin sugar glider aku ni jenis tahan lasak. Kang korang punye jenis manja-manja, mati pulak. Dah aku yang kena. huhu

Gambar: Sugar Glider yang nak makan lagi walaupun dah makan. apa aku cakap ni?

Pasal nak jinakkan diorang? Mula-mula memang susah gila. Asal masukkan tangan dalam sangkar je, diorang mula la buat suara yang macam hape ntah. Sakit telinga aku. Korang kena slow-slow belai badan diorang. Urut-urut belakang badan diorang, tapi ingat!! jangan sesekali korang buat cakar rimau pulak kat badan sugar glider tu. Mati kang. Belai je lembut-lembut. Lama-;lama diorang akan jadi manja. Makan pun mintak suap. Kadang aku nak kuarkan tangan dari sangkar pon diorang tak bagi. Mintak disuap lagi. Ade yang pegang tangan aku tak bagi lepas, ada yang bertenggek atas aku. GRRR...ohhh dulu bukan main sombong korang dengan aku ye. Dulu mase belom jinak, asal diorang takot je, diorang akan kencing dan berak kat tangan aku, naseb baik tak bau petai. Kalau bau petai memang aku sangkutkan korang kat pokok petai. hahaha.

Maaflah kalau ayat aku berserabut. Sebenarnya aku tengah tension dengan kerja tapi demi korang, aku menaip jugak. Lepas satu, satu masalah timbul. EH, apa mengeluh pasal masalah kat sini ni hehe. Abaikan, tak elok mengeluh, kang cepat tua hehe. 

Ape-ape pon, kalau ade sebarang pertanyaa pasal sugar glider ni, boleh la hantar kat email aku ka, kat ruangan komen ka, kat facebook ka. Aku berkongsi setakat yang aku tahulah. Sekian. Selamat membela.

Tuesday, February 5, 2013

video test ride Kawasaki Versys

Semalam aku dah tunjukkan perbezaan antara Kawasaki Versys dan ER6N. Hari ni aku nak tunjukkan video mereka yang dah menunggang Versys ni. Jangan tanya aku mengenai suspension mahupon enjin. Aku bukan pakar. Aku cuma minat kat Versys ni. Sesuai kot dengan jiwa aku yang inginkan motor berkuasa tinggi yang tak perlu membongkok. Dan juga sesuai dengan diri ku yang bekerja kebun. Boleh lanyak masuk kebun kan? Tapi akurasa kurang sesuai dengan poket seluar aku yang berhabuk je memanjang. Aku tunggu kengkawan beli, aku nak try bawak pulak, boleh? Video kat bawah ni antara video pilihan aku dan terbaik setakat ini. Kebanyakan video lain cuma banyak cakap dan menunggang macam hape je. Pape pun layan kejap...

Monday, February 4, 2013

Pengalaman menunggang Kawasaki Versys dan ER6N. (Kawasaki Versys vs ER6N)

Bismillah,
Selamat tengahari kengkawan semua. Maaflah lama tidak menghupdate blog. Banyak kerja nak buat di samping mood yang kejap ada dan kejap takda. Kadang masa melabur di jamban, ada idea, keluar jamban, idea hilang. Nampaknya lepas ni aku kenalah bawak pen dan kertas mase melabur huhu. OKLAH, ade ke cerita pasal melabur dalam jamban. Ingat tak dulu aku ade buat entry pasal Yamaha XJ6 600cc? Kali ni, aku nak ceritakan pengalaman aku menunggang motosikal Kawasaki Versys dan ER6N untuk tatapan semua. 

ERMMM...aku dah agak mesti ada yang terbeliak mata dan menggaru kepala yang tak gatal kan? Entah bila masa pulak aku beli motor besor harge sebijik kereta tu. (Bila aku tengok kat internet, harga yang second hand pon dah RM30 ribu lebih)  HEHE. Memang aku tak beli, dan memang aku tak pernah bawak. Aku pernah bawak CBR1000 tu pun pinjam. Dan sememangnya aku kurang minat motor superbike yang memakse aku untuk membongkok. Kurang selesa. Aku sukakan motor yang rileks. Naked bike kalau tak silap. kan? Kalau aku salah, tolong betulkan, aku memang kurang arif bab2 motor ni. 

Nak dipendekkan cerita, aku telah jatuh hati kat Kawasaki Versys ni. Tetapi memandangkan sekarang aku tengah kukuhkan ekonomi diri dan dalam proses mengumpul duit mau kawin, maka aku terpaksa melupakan hasrat aku untuk memiliki motor ini. Aku memang ade angan-angan nak round 1 Malaysia naik motor. Tapi mungkin aku akan ride dengan motor Lagenda aku tu je hehe. 

Aku telah mendapat info dari http://www.tayargolek.com/ mengenai perbezaan Kawasaki Versys dan ER6N ni. Di bawah ini adalah petikan dari entry tayargolek.com dan ia adalah pengalaman penulis tayargolek sendiri. sebarang pertanyaan boleh la ke blog beliau. Aku hanya ingin berkongsi sebab aku yakin, ada antara kengkawan yang ingin memiliki motor besar. Aku ni lesen B full ade tapi motor besar pon takdak huhu. Takpelah, bile dah kukuh ekonomi diri nanti, insyaallah, akan ku angkat sebiji. Tapi sebiji motor ape tu belom tahu lagi la kan. Buat mase ni Versys...Ape-ape pun tengok duit poket dan tengok duit dalam akaun . Ukur baju badan sendiri. Semoge impian kalian tercapai.

Petikan dari blog TAYARGOLEK.COM

gambar dari tayargolek.com: penulis blog tayargolek.com bergaya dengan Versys kesayangannya.

aku share skit pengalaman menunggang Versys compare dgn ER6N sebelum nih. Ini adalah mengikut pengalaman & pendapat peribadi aku tau..
  • Ketinggian – Versys lebih tinggi dgn ER6. Tunggangan dijalanraya lebih selesa dan stabil (boleh nmpak jelas kenderaan dihadapan)
  • Handling – lebih mudah dicontrol lebih2 lagi bile cornering. Tak perlu senget2 montot..pulas jer throttle sure dia ikut. Memang ketara berbanding ER6.
  • Seat – seat lebih lebih lebar & empuk. Sesuai banget utk long distance.(Bakal dicuba kelak)
  • USD fork – sistem suspensi ‘up-side-down) mampu menyerap hentakkan berbanding ER6. Lebih2 lagi bile melalui jalan yg kurang rata. Korang sure tak belh tido malam punye bile dah merasainya :) (racun skit).
  • Handle bar – handle bar yang lebih lebar dan agak tinggi skit berbanding ER6 menjadikan gaya tunggangan lebih selesa dan mudah dikawal selain posisi badan yang lebih menegak. Selain tu..nampak lebih ‘macho’ ler..kahkahkah
  • Besar tapi lebih ringan – ni pendapat aku eh..sizenye nampak lebih besar tapi bila sudah ditunggang, terasa lebih ringan.
  • Speed -  motor ni dicipta bukan utk kelajuan atau ‘tork’ yang tinggi. Tapi stakat ni aku dah cuba sehingga kelajuan 200km/j..boleh pulas lagi cuma aku rasa kurang selesa sebab moto ni tinggi (ni info buat korang yg sibuk tanye pasal speed).
  • Tork – tork agak kurang berbanding ER6..tapi boleh belasah dgn kelajuan yg selesa.
  • RPM – RPM agak rendah berbanding ER6. Kalo speed 145km/j..RPM utk Versys hanye 6500rpm sahaja. So minyak save kot?heheh
  • Tank – 19liter utk Versys. kalo stakat perjalanan 400KM..rasanya skali isi jer dah cukup. 19Liter petrol kira2 RM40.
  • Size tayar – size tayar depan/belakang adalah sama dgn ER6.
  • Panel Meter – Panel meter yang menarik: ODO digital, RPM analog, clock, fuel gauge dan 2 trip set..
  • Touring stylo – lebih bersifat ‘touring’..so orang tak kisah samada ko bawak slow ke atau laju ker..takde kes main cucuk-cucuk angin..hehehe.
Tu serba sedikit perbezaan antara ER6 dgn Versys. Bagi mereka yg bukan ‘kaki meroket’ dan tak kisah dgn kekurang ‘tork’..aku rasa korang memang sesuai dgn motor ni. 
Pengalaman menunggang selama 2 minggu ni..so far aku dah dapat 3 ‘thumb up’ dari orang yang memandu kereta ketika di stesen minyak..dan sorang warga asing “Nice bike huh!!”..selain dpd tu..confident level aku ketika menunggang mula meningkat (selepas fobia dek eksiden yg lalu) disebabkan dgn ‘kestabilan’ ketika dijalan lurus..jalan tidak rata maupun berliku. Tapi yang penting “KNOW YOUR LIMITS OK!!”