Bismillah...
Nampaknya dah lama gua tak bercerita pasa Sugar Glider gua ni. Dulu gua ade cerita pasal sugar ni kat sini, "
sugar glider ku sayang, bila mereka dah jadi gila" bertarikh 9 Disember 2011. Nampaknya sudah setahun lebih aku menjaga sugar glider aku ni. huhu. Tapi kene berterima kasih kat mak aku dan adik-adik ku yang rajin memberi makan. Aku ni kekadang je dok belai dan bagi makan. Selebihnya, mak dan adik-adik aku la yang tolong. Makanan nya pulak, senang je. Aku bagi je makanan anak kucing. Kadang bagi makan timun. Kadang buah epal. Macam2. Alhamdulillah. Diorang sihat je. Takde yang saket2.
gambar: Sugar Glider ku yang masing-masing berebut nak makan.
Cuma aku rancang nak buatkan sangkar besor sikit. Kesian diorang makin sempit tempat tu. Dulu 3 ekor, sekarang amek ko, 11 ekor!!! Hebat korang ni ye. Subur macam yang tuannya hehe. Ehem2...tuannya belom try lagi. Doa-doa lah tuan korang ni panjang umur, sihat, rezeki bertambah, cepat tuan korang ni kawen. hehe. Oleh kerana aku tak dapat membezakan yang mane satu Dolah, Zabedah, Zainab, Man, Jemah, Sameon, Rokiah, Timah, Samad, Seman dan Jeman, maka aku panggil semua sugar glider ni Baby. haaa....senang. Semua Baby, jangan salah panggil pulak ye. Kang mak marah hehe. Jangan pulak korang anggap aku letak nama Baby tu sebab aku suka dengar lagu Justin Bieber tu. Eh? Sape die? Ntah.
Gambar: Sugar Glider yang nyenyak tidur. Macam-macam gaya ada.
Makin melalut aku menaip ni. Tu lah, nak cakap pasal penjagaan sugar glider, aku dok cakap pasal justin bieber buat ape. haaa. Kalau korang tanye macamane aku mandikan sugar glider aku ni, senang je aku jawab. Aku tak pernah mandikan. Kadang aku basuh sangkar diorang guna sabun Glo, aku biar diorang kebasahan kat dalam tu. Mase aku bilas dengan air paip pun diorang kat dalam tu. Habis basah. Mesti korang ingat aku ni kejam kan? Memang aku ni kejam. Tapi yang kejam2 ni lah tempat diorang bermanje. hahaha. Tapi jangan pulak korang buat macam yang aku buat ni. Mungkin sugar glider aku ni jenis tahan lasak. Kang korang punye jenis manja-manja, mati pulak. Dah aku yang kena. huhu
Gambar: Sugar Glider yang nak makan lagi walaupun dah makan. apa aku cakap ni?
Pasal nak jinakkan diorang? Mula-mula memang susah gila. Asal masukkan tangan dalam sangkar je, diorang mula la buat suara yang macam hape ntah. Sakit telinga aku. Korang kena slow-slow belai badan diorang. Urut-urut belakang badan diorang, tapi ingat!! jangan sesekali korang buat cakar rimau pulak kat badan sugar glider tu. Mati kang. Belai je lembut-lembut. Lama-;lama diorang akan jadi manja. Makan pun mintak suap. Kadang aku nak kuarkan tangan dari sangkar pon diorang tak bagi. Mintak disuap lagi. Ade yang pegang tangan aku tak bagi lepas, ada yang bertenggek atas aku. GRRR...ohhh dulu bukan main sombong korang dengan aku ye. Dulu mase belom jinak, asal diorang takot je, diorang akan kencing dan berak kat tangan aku, naseb baik tak bau petai. Kalau bau petai memang aku sangkutkan korang kat pokok petai. hahaha.
Maaflah kalau ayat aku berserabut. Sebenarnya aku tengah tension dengan kerja tapi demi korang, aku menaip jugak. Lepas satu, satu masalah timbul. EH, apa mengeluh pasal masalah kat sini ni hehe. Abaikan, tak elok mengeluh, kang cepat tua hehe.
Ape-ape pon, kalau ade sebarang pertanyaa pasal sugar glider ni, boleh la hantar kat email aku ka, kat ruangan komen ka, kat facebook ka. Aku berkongsi setakat yang aku tahulah. Sekian. Selamat membela.