dari irwan miswan
Tuesday, August 31, 2010
munjung (hantar makanan) rumah ke rumah
Friday, August 27, 2010
kisah gua: bersame honda petak "boleng" sasuke!!!
jom terjah abg ensem kiter ni~~~~~
tersebut lah al kisah.....taib.....hahahaha
ok kisah aku,xdelah kisah sangt sebb aku ni jenis xkisah...bak kata org `ade aku kisah`?hahaha..ok name aku farhan..dberi gelaran `boleng`..name boleng ni datgnye dari kisah zamn kecik2 aku..sebb mase umur aku 6tahun aku xcident dlangar dgn moto...aku di seret sejauh dekat 50 meter..alhmdullah allah masih melindungi aku..aku cume luka2 sahaja..yg xsedapnye muke aku luka teruk,hbs calar balar..jadi bile dah sembuh muka aku berbelang2..jadi ar.nenek aku ni dari keturunan jawas..so d cakp muka aku bolang boleng mksd melayunye berbelang~belang..sampai sekrg name boleng tuh lekt..tapi alhmdllh bila dah besar ni hencm lah pulak..{perasan je aku nih}hahahaaha..(ko punye tak kesah smpai berpuloh2 perkataan ayat ko ye...tak lebih 30 patah la abg ensem hahaha)
tanda-tanda dan kelebihan malam lailatul-qadar
Sebab-Sebab Dinamakan Malam al-Qadar ialah:
* Al-Qadar bermaksud mulia, oleh kerana malam itu sangat mulia maka ia dinamakan al-Qadar.
* Dinamakan al-Qadar kerana pada malam inilah ditentukan qadar apa yang berlaku sepanjang tahun.
* Kerana ibadah pada malam itu sangar besar kadar ganjarannya.
Tanda-Tanda Malam Al-Qadar:
Menurut as-Shaikh u'saimain antara tanda-tandanya ialah:
* Pada malam al-Qadar cuaca lebih terang daripada malam biasa.
* Pada Malam itu jiwa manusia menjadi tenang.
* Pada malam itu dada manusia menjadi lapang.
* Pada malam itu Manusia dapat merasakan keseronokan beribadah berbanding dengan malam-malam lain.
* Angin bertiup dengan nyaman dan tidak ada ribut taufan.
* Matahari terbit pada waktu pagi dalam keadaan tidak bersinar, ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa ia ditutupi oleh sayap para malaikat yang hendak naik kelangit selepas waktu subuh.
* Ramai orang memberi salam pada malam itu.
* setengah pendapat mengatakan tiada bunyi salakan anjing pada malam itu.
Kelebihan Malam Al-Qadar:
* Malam diturunkan al-Quran.
* Malam yang dipenuhi keberkatan.
* Malam ketentuan ajal dan rezki pada tahun itu.
* Kelebihan beribadah pada malam itu lebih daripada 1000 bulan lain.
* turunnya para malaikat dari langit dengan kebaikan,kerahmatan,keberkatan dan keampunan.
* Malam yang dipenuhi keselamatan dan tidak ada keburukan.
* Keampunan bagi mereka yang bangun beribadah.
sumber: http://albesuty.blogspot.com/
Wednesday, August 25, 2010
uniknya ciptaan ilahi
1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi. 2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.
3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.
4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!
Tuesday, August 24, 2010
kenangan bebudak lahir tahun 80-an!!!
RMT....rancangan makanan tambahan hahaha.....adoi2...aku paling takleh blah. ade yang tak dapat RMT pon diorang dok makan gak sebab budak2 yg dapat RMT tak makan...huhu..aku pon dok belasah gak...untong makan free hahaha...tp hasilnye...pewot ku yg besar hehehe
Monday, August 23, 2010
reunion ex-sbpim batch form5 2005 sabak awor mariiiii
Sunday, August 22, 2010
perempuan ni materialistik ke??
pertame sekali aku nk mohon maap atas tajuk yg kurang enak di atas tu. sebenarnye kat dunia ni ade macam2 sifat manusia. tak kire lelaki atau perempuan semua ade kekurangan dan kelebihan masing2. kita ni tak sempurna. Nabi Muhammad insan paling sempurna. Nabi Muhammad s.a.w akhlaknye same dengan akhlak Al- Quran. baginda tidak pernah mengutuk umatnye.
mungkin semua sedia maklum mengenai perbualan seorang DJ radio yang cube menyelesaikan masalah seorang pendengar lelaki A yang memberitahu DJ tersebut bahawa tunangnye minta putus dan sebabnye kerane tunangnye ini ade lelaki lain,lelaki B. bile DJ tu call girl tu.memag btul la die dah ade laki laen. antare sebab pompuan ni carik lelaki laen:
- lelaki A ni cume menjual burger
- cume ade motor
- tak belikan/hadiahkn gelang or beg mahal2
Wednesday, August 18, 2010
RAYA PHOTO CONTEST!!!!
cara2 nak join!!!!!
langkah 1: amek gambar BERTEMAKAN RAYA paling kreatif anda bersame2 MOTOR kesayangan. (1 gambar sahaja,digalakkan ambil gambar individu dan bukan berkumpulan)
langkah 2: isi butiran berikut:-
nama:
jenis kenderaan:
ucapan raya anda:
email:
langkah 3: buat pantun 4 kerat, 1 rangkap sahaja. yang berkaitan raya.
langkah 4: hantar ke email, irwanmiswan@yahoo.com,dengan tajuk raya photo contest.
gambar boleh dihantar bermula sekarang sehingga 27 ogos 2010.
markah akan diambil pada 31 ogos 2010
saye akan letak gambar2 hensem/cantik kengkawan sekalian kat facebook saye, irwan miswan.
peserta yg mendapat banyak "like", pantun paling kreatif, ucapan paling kreatif, dielah pemenang. :-)
sila hantar gambar secepat mungkin, anda hantar awal, awal la gambar anda saye masukkan dalam facebook. :-)
hadiah:
hadiah tempat pertame: topap rm10 (maxis&celcom sahaja)
hadiah tempat kedua: topap rm10 (maxis&celcom sahaja)
hadiah tempat ketiga: topap rm10 (maxis&celcom sahaja)
perhatian:
- 1 orang hanya 1 gambar (jgn bg banyak2 ye)
- 1 orang hanya 1 motor. (bagi ler peluang kat kengkawan laen..huhu)
- walaupon gambar anda tu ade 3,4 org, kalo anda menang, hadiah tetap topap rm10 bagi pemenang bukan 30 yer....so better amek gambo sorang2 ye :-)
- pemenangnye akan saye contact melalui email.
sebarang kemusykilan bleh letak kat comment yer!!
selepas contest ini, gambar2 kengkawan sekalian akan saye letakkan di blog ini :-)
Tuesday, August 17, 2010
tak kenal,takcinta: ROCKOIL MOTORGROUP bukit gambir mari!!!!
salam kengkawan...haaa....kali ni aku nk story mori kt kowang pasal sebuah team moto yg tak asing lg iaitu ROCKOIL MOTORGROUP. aku kenal diorng ni mase mule2 aku join otoshow kat bukit gambir. time tu mmg gerun sebab team diorng ni mmg power2 tp aku respek kt diorg coz walaupon diorng ni mmg dh otai otoshow tp diorng ni friendly, xde r kerek2 mcm2 sesetengah 'budak bru belajar' yg kerek abes huhuhu. (ni ayat ikhlas ye..bukan mau bodek).
moto2 diorng ni sentiase menghiasi majalah Kapcai. moto aku tak penah pon. jeles sungguh aku huhuhu. takpe2 aku kan low profile (hehe ayat sedapkan hati,jiwa dan raga huhuhu)..tp yg wat aku maken jeles, diorng dapat bergambar dengan menteri besar johor, Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman...huhu...jeles aku.....
adoiii...byk sgt ckp nih...jom terjah!!!
ganjaran tarawikh:besh nih!! tp betul ke hadith ni?
malam ramadhan beberape tahun lepas...
di rumah,kedengaran bilal melaungkan azan menandakan waktu isyak. aku mencapai kopiah sambil menguap waahhhh (hish...tutup mulot tu...biawak pon leh masok)..malam ni nk g trawikh naek basikal ke jalan kaki ye???hurmmm ahhh...naek motor ler. cepat sikit hehe.,..smpai sahaje di masjid, aku trnampak sehelai kertas. aku pon membace dengan teliti......
Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.
Malam Keempat:
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Sehinggalah ke malam yang ke-30...
fuhhh...nih yg makin semangat nk berterawikh ni...tp....betul ke fadhilat2 tiap2 malam nih???
aku ni lemah dalam bab2 agama...lalu aku search kat tenet.........bermule lah pencarianku,
Monday, August 16, 2010
kisah waktu sahur: warghhhh malsnye nak bangun sahur!!!!
1 pagi yg dingin.........
mak: Y!!!!! bangonnnn!!!!
adik: abg!!!bangonnnn!!!
(bertalu2 ketokkan pintu bagai mau roboh huhuhu)
aku: ye makkk...Y bangon nih huhuhu...
.
(sambil menggeliat dan wat tarian poco2 lalu aku pon bangun....alhamdulillah...hidup lagi aku hari ni)
malasnye mau bangon sahur....xpayah sahur xleh ke huhu.malam makan banyak2...bgn pagi xpayah sahor.
haaa...elok la camtu!!! kang tros terlajak suboh!!!!!
begitulah lebih kurang situasi yg dihadapi tiap kalo bulan pose hehe. yer la. malas nk bangon sahur. malam makan bebanyak sebagai alasan tak payah bangon sahur huhuhu.
Sunday, August 15, 2010
berita sensasi!!: kebaikan menghisap rokok (ade ke??)
Friday, August 13, 2010
3 tingkat/ 3 tahap puasa
salam kengkawan sekalian.....setelah ak bace artikel dari blog SANGSURYA , terdetik hati aku rase takot. takot kalau2 puase ku tak diterima...kalo kawan2 ade kelapangan...luangkan lah mase membace artikel ini
Ulama’ membagi puasa menjadi tiga tingkat:
Pertama : Puasanya orang umum (`awam)
Kedua : Puasanya orang khusus (khawwas)
Ketiga : Puasanya orang khususnya khusus (khawwas al-khawwas)
Pertama:
Puasanya orang umum (awam). Puasa orang awam ini adalah puasa yang dilakukan hanya dengan tujuan untuk menahan kemauan perut dan kelamin untuk mendatangi nafsu syahwat. Puasa yang dilakukan sekedar mengerti bahwa dirinya saat itu sedang diwajibkan berpuasa namun tidak pernah mengerti, untuk apa puasa itu diwajibkan.
Thursday, August 12, 2010
ramadhan: kelebihan dan fadhilat
moge ramadhan kali ni lebih bermakne....same2 kiter isikan malam kite dengan ibadah2 sunat.....maapkan salah silap aku selame kiter berkenalan kat dunia maya ni :-)
Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah s.w.t sediakan khusus untuk Umat Muhammad s.a.w dan bersamanya Allah s.w.t sediakan lima perkara sebagaimana sabda Rasulullah s.w.t daripada Jabir r.a yang bermaksud: " Telah diberikan kepada umatku lima perkara yang tidak diberikan kepada umat nabi sebelumku." Iaitu:
* Apabila tiba malam pertama di bulan Ramadhan maka Allah s.w.t akan melihat kepada mereka dan sesiapa yang Allah melihat kepadanya maka ia tidak akan diazab selama-lamanya.
* Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada wangian kasturi di sisi Allah s.w.t.
* Sesungguhnya para malaikat sentiasa meminta keampunaan kepadanya siang dan malam.
* Sesungguhnya Allah s.w.t memerintah supaya syurga berhias dan bersiap sedia untuk menerima dan melayan hamba-Nya yang akan berehat di dalamnya daripada keletihan dunia.
* Pada akhir malam di bulan Ramadhan Allah s.w.t akan mengampunkan dosa mereka keseluruhannya.
artikel dari http://albesuty.blogspot.com/
Tuesday, August 10, 2010
rodadua pictures: CARNIVAL AUTOSHOW E22-SENAI~DESARU EXPRESSWAY 2010 part 2
Monday, August 9, 2010
rodaempat pictures: CARNIVAL AUTOSHOW E22-SENAI~DESARU EXPRESSWAY 2010 part 1
Sunday, August 8, 2010
cinta seorang suami (kisah benar) - thanx to muhammad shakir
tersentuh ak bace kisah ni......terime kaseh muhammad shakir sebab sudi berkongsi
bermulalah kisah,
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………
“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.
“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .
kepade perot muncit!!!!
Atasi Perut Buncit:
1 - campurkan 2 camca minyak zaitun ke dalam masakan berminyak.
2 - perah limau kasturi, gaulkan dengan kapur, dan sapukan ke kewasan bermasalah.
3 - rebus 1 camca jintan manis dan halia. jangan lupa untuk diminum.
terime kaseh tak terhingga kepade WAK KHAKIM
ramadhan dtg lagi!!!!
haaa...kowang jgn plak lupe niat pose...ak dh tuliskan untok kowang...maaple...tulisan kurang cantik huhu...almaklumla...dh lame tak tulis jawi....kalo susah nak bace...kowang leh cari kt internet ke k....:-)
ni plak doa berbuke pose. haaaaa...time buke t jgn le kite dok melantak macam2. cukup sekadar mengalas pewot. yerla...bkn ape t kalo penoh sgt pewot tu, kite nk solat trawikh pon ssh kang hehehe
haaaa....pade yg gian sgt nk men mercun, jangan hang dok ngada2 men mercun time org solat sunat trawikh...kang trkejut imam ngan makmum....huhuhu..
Saturday, August 7, 2010
autoshow lagi!!!!! 8/8/2010
R&R LAYANG KM32 ULU TIRAM,
E22 SENAI-DESARU
AHAD
8/8/2010
1O AM - 7 PM
KERETA:
STANDARD BODY
PERODUA
PROTON
OPEN
VIP
EXTREME
MOTOR:
STANDARD MODIFIED
CLASSIC
EXTREME
PRIZE:
1ST - 5TH
CASH + TROPHY
APE2 PERTANYAAN CALL
0167147576
Monday, August 2, 2010
kisah gua: bersame TO'BAN vespa!!
bleh ceritekn sebanyak mungkin pasal diri sedare??(tak lebih 30 patah prkataan hehehehe)
khasiat makanan: petai oh petai!!
ade org minat makan petai...ade yg xsuke sebab nnti mulotnye bau busuk....tu belom kentot lg huhuhu...kalo kentot kt dlm bas pas makan petai lg la sedap hahha...ciss...ape plak cite pasal kentot ni...haaaa....kalo korang nak taw, petai ni terdiri drpada sukrosa,glukosa & fruktosa. kajian mendapati petai ni dpt berikan tenage bile melakuka aktiviti berat selame 90 minit. (wahhh mcm profesor plak ak ni).
bile ak search kat en google,byk sumber ak dpt.....huhu...anyway thnx to fazlisyam.com
Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.