nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Saturday, June 29, 2013

Johor Darul Takzim vs Kelantan 2013

Selamat pagi diucapkan kepada kengkawan semua. memandangkan dah lama aku tak update blog, pagi ni aku nak cerita sedikit mengenai perlawanan malam ini, pasukan JDT melawan pasukan Kelantan. Aku bukanlah peminat fanatik bola sepak, main bola sepak pun aku tak berape nak pandai, tetapi apa yang aku nak cerita hari ni, mengenai penyokong kedua-dua pasukan. 

Aku takmau cerita panjang lebar. Aku cuma harapkan peminat fanatik sesebuah pasukan ni, jangan mencemuh atau memaki pasukan lain. Apa yang kita dapat bila kita mengutuk, melontarkan fitnah yang bukan-bukan? Sokonglah pasukan masing-masing secara sihat. Jangan terlalu mengikut emosi dan perasaan. Cukuplah kerana politik, ada sesetengah persaudaraan terputus. Janganlah kerana bola sepak ni, persaudaraan terputus juga.

Pada yang ke stadium, jaga tingkah laku. Ada anak gadis di situ. Jangan ambil kesempatan pula. Pada si gadis, jaga diri baik-baik. Duduk sebelah keluarga. 

Tak kira siapa menang malam ni, jagalah persaudaraan sesama kita. 

Luaskan Kuasamu Johor


Tuesday, June 11, 2013

fertigasi cili: umur 2 bulan 10 hari dalam polibeg

Bismillah...selamat pagi kengkawan semua. macam biasa, aku harap semua kawan-kawan aku sihat-sihat semua. Pada yang sedang mengusahakan tanaman cili ataupun ape jua tanaman, macamane hasil korang? pokok korang pulak macamane? sihat? Aku ada masalah sikit dengan pokok aku. Dah setahun aku ceburi bidang fertigasi ni, tapi tetap ada pokok yang rosak, ada yang kekuningan dan ada juga yang layu walaupun keadaan sabut lembab. Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Walaupun fertigasi cili ni aku buat part time, aku tetap nak usahakan dengan sungguh-sungguh. Aku nak tunjukkan yang aku boleh buat dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Walaupun banyak kali menghadapi kegagalan, aku tak boleh berputus asa. Aku kena terus bangkit dan tidak takut gagal. Aku pun bukan berkelulusan tinggi. Cuma ada sijil SPM sahaja. Tapi entah di mana sijil tu aku letak. 

Di bawah ni merupakan gambar-gambar pokok cili ku yang berumur 2 bulan 10 hari di dalam polibeg. Ini adalah pokok cili di tapak ke dua iaitu di rumah tunang aku, Cik Pija. Di tapak pertama masih dalam proses. Aku buat fertigasi ni part-time jadi masa aku terhad. Ya, aku faham. Ramai lagi yang berjaya dalam bidang ni dan menanam beribu-ribu pokok. Aku letakkan gambar di sini hanya sekadar berkongsi, tiada sedikit pun riak di hati. Minta-minta dijauhkan dari sifat riak itu kerana semua rezeki dan nikmat itu datang dari tuhan. Kita hanyalah menumpang di bumiNYA.

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg


popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan