dari irwan miswan
Friday, January 25, 2013
Membentuk burung biar dari kecik
PSSSTTT...same gak macam burung tu. Kalau mase kecik tak dibentuk/dipotong, dah besar nanti liat. Menyusahkan tok mudim je kan.
Post kali ni aku saje nak tunjukkan gambar koleksi tabung duit syiling aku. Ade lagi 1 tabung aku simpan tapi malas nak kuarkan. Dah terselit2. Mungkin belom banyak lagi simpanan syiling ni tapi aku saje nak kasi tunjuk. Nak bagi semangat kat budak2 yang bace blog aku ni supaya lawan aku dalam menabung ni. Sape la budak2 yang bace blog aku ni. Mesti mak bapak diorang tak bagi baca punye hehe.
Soalan cepu emas untuk korang. Dah bape tabung yang penuh?
PSSSTTT...jangan tanya nape ade tisu dalam bilik. normal la kan? tiap bilik korang mesti ade tisu. buat lap kot2 hidung tiba-tiba berdarah...
Biar putus..... Tapi jangan putus asa
Bismillah..
Maaf aku tak sempat mengupdate blog beberapa hari lepas. Agak sibuk dengan kerja full time dan part time. Aku agak pening memikirkan tanaman cili fertigasi ku yang banyak rosak akibat dijangkiti kulat da virus. Daun menjadi kuning dan terbakar.
Alhamdulillah. setelah menyembur racun tertentu, masalah itu dapat diatasi. Tetapi ade pokok yang tak dapat diselamatkan akibat aku terlewat meracun. Hujan yang tidak menentu membantutkan hasrat untuk meracun. Bila dihitung semula, setakat hari ni, pokok yang aku tanam tinggal 350 pokok. Bayangkan daripada 500 pokok...
Aku tetap bersabar sebab ini semua dugaan Dia. Malah aku bercadang untuk menanam 1000 pokok selepas ini. Moga2 hasilnya memberangsangkan.
Mungkin ada yang tertanya kenapa aku tak nak berhenti je tanam cili. Buat projek lain. Kalau korang nak tau..antara sebabnya...aku nak bagi peluang pekerjaan pada budak2 sekolah dan budak2 yang dah malas nak sekolah. Daripada diorang dok merayau naik motor wikang sane sini..baik diorang tolong aku kat kebun.
Gambar yang aku post ni gambar cili yang dipetik oleh budak2 sekolah dari pukul 3:30 ptg smpai 6:30 petang...dapatlah 4 kilo lebih. Pada sebelah paginye, mak dengan adik2 aku dah petik 3 kilo nak bagi sedare mara.
Alhamdulillah...rezeki dari tuhan
Monday, January 21, 2013
Tabung Bank Pertanian Malaysia gua pecah!!!
Malam tu memang gua tak kemane2. Malas nak kuar umah. Memandangkan dah sebulan gua tak ngemas bilik. Gua amek peluang ni untuk Mengemas bilik gua. Tetibe tabung kelapa Bank Pertanian Malaysia (yang juga tabung gua yang paling lama ada dalam simpanan gua) pecah. Uhuk3.. Sedih betul ak.
Pada sesape yang taktau ape tu Bank Pertanian Malaysia, sekarang memang dah takde dah bank tu. Bukan takde, namenye dah ganti pada Agrobank. Aku taktau plak sekarang diorang offer tabung ape.
Aku dapat tabung kelapa ni pun mase aku sekolah rendah dulu kot. Bank Pertanian akan datang ke sekolah untuk memudahkan budak2 sekolah ni menyimpan duit. Aku memang suka simpan duit. Pantang kalau nampak bapak aku letak duit syiling atas meja. Memang aku sebat huhu.
Semailah sikap menabung dari kecik. Nanti dah besar. Nak masuk Universiti dah tak payah nak pinjam PTPTN. Kan?.
Proton Exora Bold tak best? betul ke?
Sunday, January 20, 2013
Jarum peniti dalam kain pelikat??
Mesej khidmat masyarakat ini ditujukan khas kepada kaum lelaki yang suka memakai kain pelikat. Yang tak suka pakai takpe. Tapi kalau anda lelaki, baek anda pakai kerana ini melambangkan kegagahan dan kejantanan seorang lelaki hehe.gurau je. Kebiasaanya lelaki akan memakai kain pelikat mase solat dan mase nak tido. Kenape mase nak tido? Toksah tanye aku. Korang pun tau sebabnya. Perempuan pon pakai kain pelikat kot. Mase nak mandi la kan......yeke?
Ape2 pon berhati2 semasa memakai kain pelikat kerana ade pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengatur strategi untuk 'melumpuhkan kejantanan' kaum lelaki dengan meletakkan jarum peniti di dalam kain pelikat. Bayangkan kalau anda nak pakai kain..tetibe terdapat jarum peniti..dan jarum peniti itu terkena 'aset' anda...perghh aku takmau bayangkan. Aku belum kawen wooo.
Ape2 pon berhati2 semase memakai ape jua pakaian. Tak kiralah baju ke...kasut ke...seluar ke...coli ke...boxer ke...kalau terdapat benda asing macam peniti tu..buang lah ye...mase nak sarung tu bace bismillah...akhir kata selamat memakai baju dengan selamat..ingatlah orang yang tersayang :-)
PSSSTTT...gambar yang aku ambil ni adalah gambar jarum peniti kat dalam kain pelikat yang digubah untuk hantaran. Jenuh gak nak bukak satu2...:-(
Kalau dah minat, kerja susah pon takpe
Bismillah...
Korang pernah terfikir tak kenape orang sanggup tanam nenas. Dah le daunye berduri semuam. Nak menjagenye pon bukan senang. Bila rumput dah tumbuh..fughhh kene cabut tu. Pastu nak tunggu petik bukannye sebulan dua. Makan tahun. Berbekalkan soalan ni lah aku pergi jumpe pak gunawan yang mengusahakan beberapa ekar kebun nenas.
Menurut pak gunawan ni, memang nenas ni leceh. Kalau penjagaannya diabaikan, hasilnya memang tidak memuaskan. Beliau juga mempunyai kebun sawit. Bila harga sawit tak menentu sepertimana sekarang, RM320 satu tan, tanaman nenaslah yang menjadi 'back up' kewangan keluarga pak gunawan. Menurutnya, duduk di kampung memang senang, kos murah, tak macam bandar. Tapi kalau tak rajin, memang tak dapat ape lah.
Pak gunawan memilih tanaman nenas kerana pesan daripada orang tua nya yang mahukan die meneruskan legasi menanam nenas walaupun sudah ada tanaman sawit. Menurut pak gunawan juga, kalau minat tu takde..memang susahlah nak menjaga tanaman nenas ni.
Begitulah antara perbualan aku dengan salah seorang petani kampung yang mencari rezeki dengan berbakti pada tanah. Di sini, dapatlah kite semua tahu:
1# tak kire di mana kita duduk dan tinggal. Kalau kita tak rajen, kita takkan mendapat apa2.
2# minat itu penting dalam melakukan sesuatu kerja untuk memastikan kerja yang kita buat tu dapat dilakukan dengan ikhlas dan gembira.
3# jangan berputus asa dengan dugaan yang mendatang. Hujan lebat tak berhenti, kebun banjir, serangan binatang, dan macam2 lagi.
4# nak berjaya, perlukan pengorbanan.
Sekian dulu ngomelan aku pagi ni. Kalau ada tersalah cakap aku mintak maap. Eh...lupe nak bagitau..lepas aku dok borak dengan pak gunawan, die bagi sebiji nenas madu besor punye kat akum buat air nenas dapat la 1 jug hehe. Jangan mara. Tak rugi rupenye kalau bertanye ni kan :-)
Thursday, January 17, 2013
kisah 3 budak bodoh yang menyentuh perasaan
Tuesday, January 15, 2013
Fertigasi cili: Tak payah buat? Leceh dan membazir?
Monday, January 14, 2013
fertigasi cili: dari 500 pokok tinggal 400 pokok cili
Thursday, January 10, 2013
Persaingan rumput dan pokok tebu
Semalam aku dah ke kebun seawal 7 pagi sebab nak meracun rumput yang tumbuh dengan segar di kawasan tanaman tebu aku. Musim hujan ni menghalang aku untuk meracun rumput2 ni. Dan musim hujan ni lah pokok2 rumput tumbuh segar. Semalam pagi cuaca cerah jadi aku ambil kesempatan untuk meracun rumput. Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tapi aku rasa rumput tu boleh mati sebab tindakbalas racun biasenye ambil masa 4 jam.
Tapi jangan silap pulak, setiap tanaman lain penggunaan racunnya. Contoh nya tebu. Kalau nak meracun rumput di kawasan tanaman tebu, jangan gunakan racun yang kuat, kang bukan rumput je mati, dengan tebu2 nya sekali mati. Tanyalah pada mereka yang dah biasa berkebun. Tak rugi bertanya.
Rumput2 ni kenalah kita racun untuk mengelakkan persaingan antara rumput dan tanaman utama kita. Kalau tak diracun, diorang akan bersaing untuk mendapatkan baja, cahaya dan air. Bila persaingan ni berlaku, tanaman utama kita seperti tebu ni tak dapat tumbuh/hidup dengan sihat. Ala..aku cerite panjang lebar pon buat ape. Kan korang belajar sains mase darjah 6. Mesti ada cakap pasal persaingan ni kan.
Bukan itu saja, kalau rumput ni dah tumbuh dengan segarnya kat kebun korang, agak2 mata korang segar ke nak tengok kebun korang yang semak tu. Jadi tak kiralah berapa luas pun kebun kita, sama2 lah kita jaga. Berbakti pada tanah. Insyaallah takde ruginya
Wednesday, January 9, 2013
Gua nak buat lesung pipit boleh?
Pelik betul budak2 muda zaman sekarang. Mungkin disebabkan budaya Kpop yang berkembang ni membuatkan diorang tak kesah berhabis duit untuk membuat pembedahan dibahagian tertentu untuk menjadi lebih hensem dan sempurna kononnya.
Adakah muka mereka terlalu tak sempurna sampai memerlukan pembedahan? Adakah orang sekeliling akan mengutuk kalau mereka ini tidak melakukan pembedahan? Adakah muka kamu sangat tak sempurna sehingga dibuang keluarga? Kalau jawapan semue ni tidak...jadi kenapa perlu melakukan pembedahan mengubah ciptaan Dia?
Adakah pembedahan sebegini dijamin keselamatannya sehingga kamu tua nanti? Adakah kecantikan pembedahan ini bertahan sehingga usia tua? Adakah anda semakin dikasihi keluarga disebabkan rupa paras plastik anda?
Macam trend nak besarkan payudara/tetek. Buat ape nak bedah2 masukkan silikon? Kalau jadi besor pun bukan asli tapi plastik. Silap2 suami pegang pun tak rasa ape. Pulak tu tak boleh pegang/ramas kuat2 takot pecah. Kang pecah dah nyusahkan orang lain. Besar ke kecik ke tak penting. Yang penting dalam hati tu. Lelaki ni memang matanya gatal sikit. Nak tengok yang beso2 je tapi hakikatnya lelaki lebih suka yang sederhana. Yang asli.
Aku tak berhak nak halang. Itu hak mereka. Tubuh badan mereka. Tapi ingatlah. Setiap ciptaan tuhan tu ade hikmahnya. Kpop ni musim je. Dan mungkin musim kpop ni bertahan setahun dua. Adakah lepas ni kalau musim budaya lain..kita pon nak ubah muka macam budaya baru tu jugak?
Cik Pija bagitau aku yang dia pon tak minat lelaki yang camtu. Ubah ciptaan yang dah sempurna. Kalau makin hensem bukan boleh buat kerja berat atau kasar. Cik Pija pon terime je muka aku yang berjerawat dan berpanau ni. Sebab dia kata nanti dah kawen, dia nak sapukan ubat sebelom masuk tidor.
Tuesday, January 8, 2013
Sedapnye kalau dapat pau lembut
Tengah2 sakit ni teringin pulak aku nak makan pau. Korang suka makan pau inti ape?. Dulu aku biase beli pau ayam..pau daging...pau kacang...pau kentang...ehh..macam semua je aku tibai makan. Huhu. Yang penting pau tu mestilah putih..gebu..dan lembut..baru sedap nak makan. Lagi2 kalau masih panas. Nyum3. Kalau sejuk dah kurang sedap nak makan. Ade sesape nak belanje aku makan pau?
Bukti kereta buatan Malaysia terbaik
Gambar ni dah lame, saje je aku nak post kat blog ni. Abaikan muke aku yang poyo mintak penampor tu huhu. Gambar ni aku ambik mase nak beli coco peat untuk fertigasi cili aku. Memandangkan mase tu aku bawak kereta perodua myvi adik aku, aku lenjan la bawak 10 guni coco peat. Huhu. Memang lepas ni aku dah tak mau bawak bende alah ni naik kereta. Habis berhabuk 1 kereta adik aku. Lepas aku hantar coco peat tu kat kebun, aku terus g antar carwash. Sampai tukang basuh tu pelik. Bahagian dalam lebih kotor dari luar.
Ini baru sikit. Korang belom nampak lagi kan perodua kancil, proton saga, proton gen2 bawak sawit?. Kadang diorang ni takde gerabak maka kereta lah yang menjadi mangsa. Jangan terkejut pulak kalau aku cakap kereta yang bawak sawit ni lagi bersih dari kereta yang biasa kita bawak g jalan2 huhu.
Ape2 pon. Jangan perlekehkan barangan buatan negara kita. Kalau ade yang tak sedap mata memandang. Hantar surat kat pihak berkenaan. Sampai sekarang aku masih tak berpuas hati dengan proton preve. Bahagian depan aku suke. Cantik. Tapi bahagian bontotnye...haihhh. Sadis.
Monday, January 7, 2013
Black feat malique-teman pengganti patut menang AJL27?
Aku rasa bukan aku je dapat rasakan lagu teman pengganti ni boleh menang. Tapi ramai kot yang meramalkan lagu ni akan juara. Mana taknya, mase duk kat warong..semue dok sebut name black bakal juara. Tapi apekan daya...lagu yuna terukir dibintang lebih memikat hati juri. Tahniah yuna.
Yang paling best...persembahan otai rock kita. Korang memang legend. Lagu2 korang selalu dinyanyikan oleh anak2 muda tatkala mereka berkaraoke. Maap bukan aku takmau menyanyikan lagu abg2 otai semua.. Memandangkan suare aku ni serak2 maka lagu nada rendah je la mampu aku nyanyi kat dalam jamban.
Lepas ni...aku harap mereka yang buat persembahan AJL..tak perlulah prop yang berbagai..yang kadangkala semak mata aku memandang. Sampai lagu yang dinyanyikan pon aku tak dengar. Yang adira..nape la hang dok monyok je..dah le kamera ni kerap tertumpu kat kamu. Fikir baik je la..mungkin senggugut atau ade masalah kan.
Sekadar pandangan dari aku. Teringin gak jadi penyanyi tapi Cik Pija tak bagi..takot ramai peminat. Huhu. Pelik2...aku nyanyi pon ke laut. muke pon dah Macam ikan keli huhu...
Sarapan hari ini, panadol lauk strepsil dan air asam jawa
Orang kata kalau kita sakit ni, dosa kita terhapus. Ntah la ye. Yang penting sama2 lah berdoa untuk kesihatan diri. Bila dah sakit ni baru la rasa nikmatnya kesihatan. Ni nak buat kerja pun tak selesa. Nak cuti sayang pulak huhu. Apa2 pun jagelah diri dan kesihatan kawan2 semua ye
Sunday, January 6, 2013
Fertigasi cili: cabaran angin kuat
Masa awal pembabitan aku dalam projek fertigasi ni, antara cabaran yang aku tak dapat nak elak adalah angin yang kuat. Dahla aku tak guna rumah pelindung hujan. Bila angin bertiup kuat, habis banyak pokok yang tumbang. Kesilapan ni berlaku apabila aku kurang letak pancang kat pokok cili aku ni. Kalau korang nak buat fertigasi ape jua pokok, pastikan pancang kayu/buluh korang mencukupi dan kuat la ye. Tu je pesan aku untuk kali ni. Nak lebih ilmu, tanya mereka yang lebih pakar.
Tahun 2013 tahun kekayaan?
Tadi aku terbace satu artikel mengenai tahun 2013 ni merupakan tahun yang bakal membawa kekayaan untuk setiap orang. Termenung aku sekejap. Aku tau aku sekolah pun tak habis. Tapi ape kait tahun dengan kekayaan?.
Cerita 1:
Helmi merupakan seorang graduan universiti. Tahun 2012 dia berazam ingin mencari kerja yang sesuai dengan ijazah yang dimiliki. Maka dia telah menghantar resume pada beberapa syarikat terkemuka. Dia tidak mahu bermula dari bawah. Mahu terus di atas kerana menurutnya ape guna dia belajar bertahun kalau kene mula kerja dari bawah. Dia hanya menunggu panggilan kerja daripada syarikat2 yang tersebut.Sehingga akhir tahun 2012. Dia masih mengganggur.
Cerita 2:
Iman, kawan helmi. Sama jurusan dengan Helmi. Telah menghantar resume kepada beberapa syarikat. Dia tidak kisah apa jua kerja yang diberi. Pada mula kerjayanya, dia bermula dari bawah dengan gaji yang rendah. Lama kelamaan, pengurus syarikat nampak akan kebolehanya dan menaikkan pangkat Iman.
Cerita 3:
Deraman, kawan Iman dan Helmi yang tidak menyambung pelajaran akibat kelemahan dia dalam akademik. Tapi Deraman tidak berputus asa. Awal tahun 2012 dia menggunakan semua duit hasil kerja-kerja kamoung yang dilakukanya untuk membuka warong burger. Berkat kesungguhan dan kreativitinya maka burger Deraman telah mendapat sambutan hangat.
Cerita di atas memang tak best sebab aku reka sendiri. Apa-apa pun, kesenangan dan kemewahan tu...kita yang cari. Duit bukan boleh datang bergolek. Semoge kita sama2 berjaya di tahun baru ini. Amin
Dah lama aku tak muntah. Perit rupanya.
Selamat pagi kengkawan semua. Harap sehat2. Pagi tadi mase gua mandi nak bersiap g kerja, tekak gua rase semacam. Gua muntah. Da berkurun gua tak muntah. Perit rupanya muntah ni. Tapi gua muntah air. Mungkin biase2 je. Ni kat tempat keje gua telan dua biji panadol. Lepas ni ok la kot.
Teringat aku. Dulu ade orang bagitau. Lepas muntah ni biasenye suara jadi sedap. Tapi taktaula kan huhu...adoiiii..
Saturday, January 5, 2013
Minum air jarang banyak-banyak sampai terkencing
Selamat tengahari kengkawan semua. Harap hari ni korang lebih sihat dan bertenaga kerana hari baru membawa cabaran yang baru. Sekarang ni masih kat pejabat. Cuaca kejap mendung kejap panas. Pelik aku tempat korang pulak macamane? Masih hujan lebat?
Korang mesti tertanya apa tu air jarangkan?. Hehe bukan korang je, kadang kalau kat warong2 bandar, aku order air jarang, mula la waiter tu buat muka jakun dan pelik. Kalau kain jarang atau baju jarang tu biase la kite dengar kan?. Air jarang tu same la dengan sky juice mahupon air kosong dik oiii. Hehe
Ada orang bagitau aku, salah satu cara nak kurus adalah dengan minum air jarang. Sebab kadang-kadang kita rasa lapar tu bukan nak makan, tapi badan kita kekurangan air. Ohhh tapi aku selalu minom air jarang tapi badan tetap beso gaban gak huhu.
Air jarang pun ada macam2 jenis. Dan aku lebih suka minom air jarang spritzer sebab sedap. Kadang aku minom yang jename ntah pape...sekali minom rasa air kelapa yang dah lame....weeeeerrrkkk nak muntah ko tau. Sekarang ni pulak muncul produk air jarang yang boleh mengubati penyakit. Kononnya air tu dah di baca dengan ayat al-quran dan ditapis menggunakan bla bla bla ape lagi ntaha ayat peniage2 ni. Korang percaye ke dengan ayat diorang tu? Silap2 kita hanya terbeli air jarang biase dengan harge yang mahal nak mam#%##.
Itu rerpulang. Mungkin betul dan mungkin tidak. Ape yang penting minomlah air jarang atau air kosong dengan kuantiti yang banyak. Dan yang paling penting sekali..bacalah bismillah sebelom minom air ataupun dalam ape jua perbuatan. Moge kita dijauhkan dari bala yang tak terduga.
PSSSTTT...teringat aku mase zaman sekolah menengah dulu. Semua bawak botol air. Kawan aku si Syazwan Wanching tu bawak air jarang 1 botol besar macam botol minyak masak murni tu. Apa lagi..memang jadi tumpuan kitorang la. Asal ngantok je, pegi jumpe die mintak air hehe. Dan mungkin berkat dia bawakkan air untuk kitorang tu, sekarang dia dah kawen. Alahai...rejeki2..moga bahagia ke akhir hayat. Dah kawen ni kena la ko minom air banyak2 syazwan oi. Bagi tambah tenage hehe
Friday, January 4, 2013
Fertigasi cili: kesan hujan berpanjangan terhadap tanaman
Seperti yang kita sedia maklum. Sekarang ni musim hujan lebat yang berpanjangan. Kebetulan pokok cili gua baru nak membesar jadi banyak pokok aku yang rosak dan ada juga yang berpenyakit. Dari 500 pokok yang aku tanam, setakat ni dah 20 pokok yang rosak aku dah buang sebab takot berjangkit. Bukan aku saja yang kena tempias nye. Kawan2 aku yang baru tanam pada musim tengkujuh ni pon menerima nasib yang sama. Banyak pokok yang mati. Yang dijangkiti penyakit.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, pada musim hujan yang berterusan ni lah banyak penyakit/bakteria yang merebak. Pokok juga menjadi lemas akibat takungan air yang banyak pada tanah.
Jangan kita menyalahkan hujan yang turun. Ini semua kuasa DIA. Aku yakin DIA takkan turunkan dugaan yang tak dapat ditanggung hambaNYA. Masih ingat berita banjir di Pahang? Banyak binatang ternakan terutamanya lembu yang mati. Jadi sebagai petani dan hambaNYA..sama2 lah kita berdoa agar dijauhkan dari bala bencana yang lebih dasyat. Aminn...
Kesan kenaikan ASB pada CIMB
Pagi tadi aku baru post pasal kenaikan ASB sebanyak 8.9% tahun ni. Petang ni aku pegi bank sekali tengok orang beratur sampai ke pintu. Aku yang ada nombor CIMB Club ni pun menunggu 8 orang sebelum giliran aku. Fuhh penantian itu satu penyiksaan.