nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.
Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

gua memajak kijang emas di ar-rahnu bank rakyat

SALAM...
selamat petang kengkawan semua. perghh cuaca agak terik hari ni. korang jangan lupe minom air banyak-banyak. kang kurang air dalam badan tu. pada tengahari yang terik ni gua nak berkongsi sikit pengalaman gua merahnukan kijang emas gua di Bank Rakyat. yup. pada yang pelik dok tanya arrahnu tu ape, korang boleh tapi kat google hehe. gurau je..yerla..gua bagitau serba sedikit pasal pajak gadai ni ye.

sebelum tu, gua nak bagitau dulu tujuan gua memajak kijang emas/barang kemas gua ni. gua takde amalkan kaedah manipulasi ka atau apa2. tujuan utama gua (dan merupakan satu-satunye tujuan gua) merahnukan kijang emas/barang kemas gua adalah untuk digunakan bila sesak sahaja. bila ade duit, terus bayar balik ape yang kita pinjam. senang, mudah. bila tak sesak, jangan rahnukan. bile sesak, rahnukan. bila ade duit je, tak kire sebulan ka dua bulan ka lepas tu, terus tebus.

kat Malaysia ni ade dua jenis pajak gadai. pajak gadai konvensional yang gua panggil pajak gadai swasta (mungkin terma ni salah tapi ni bahase gua, jangan ikot) dan pajak gadai Islam yang biase orang panggil ar-rahnu.

pajak gadai konvensional yang biase kita nampak kat bandar, kat kedai-kedai emas tu kan. gua memang tak pernah tergerak nak pajak gadai kat situ sebab interestnye teramat lah tinggi. kalau tuan-tuan puan-puan pernah memajak gadai barang kemas kat pajak gadai konvensional, boleh kongsi dengan gua. gua ade kawan yang tercekik sebab memajakkan barang kemas kat pajak gadai konvensional. akan gua kongsikan kemudian hari.

gua lebih suka dengan sistem pajak gadai Islam iaitu rahnu kerana tiada interest dan kadar upah simpan tidak terlalu tinggi. kalau nak tahu berapa upah yang dikenakan, korang boleh la ke http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu untuk lebih lanjut. kalau gua terangkan nanti takot korang tak paham.

kat bawah ni gua ceritakan serba sedikit pengalaman gua ber arrahnu Kijang Emas gua Bank Rakyat. perlu diingatkan, Bank Rakyat hanye menerima barang kemas dan Kijang Emas sahaja untuk di rahnukan. jongkong emas tidak diterima. dulu memang la diterime tapi sekarang tidak dan mungkin lepas ni ade pape perubahan itu gua tak tau la. 


haaa dah tengok? gua pajak Kijang Emas ni mase harge emas tinggi dari hari sekarang. sekarang 10 Mei 2012 harge emas jatuh teruk. sesuai pada korang yang nak beli emas. tapi gua tak ambek kesah harge emas naik ke turun. sebab

Tuesday, January 17, 2012

berapakah kenaikan kijang emas dalam setahun?

SALAM..
ape khabar kengkawan semua. sehat? apesal aku asyik cakap pasal kijang emas je ye? yerla, kalau aku cakap pasal barang kemas, setiap kedai emas dan setiap syarikat menawarkan harge yang berbeza, jadi aku bagi contoh kijang emas supaya senang untuk kengkawan melihat pergerakan atau pon kenaikan harge emas ni. kalau yang lepas aku ade cerita serba sedikit mengenai kijang emas di sini, kali ni gua nak ajak korang same2 tengok kenaikan kijang emas ni dalam setahun. tapi kalau korang nak beli emas ke perak ke, boleh juge, takde masalah, entry ni cume nak tunjuk contoh je. jangan risau, gua bukan orang MLM, korang beli emas ke ape ke, gua tak untung pape pon.

kat bawah ni merupakan harge kijang emas pada Januari 2011, kijang emas ni ade macam2 saiz, boleh tengok kat sini.

harga kijang emas sepanjang Januari 2011. sumber

OK, dah tengok kan? jom tengok kat bawah ni pulak, senarai harga kijang emas sepanjang Disember 2011,

harga kijang emas sepanjang Disember 2011. sumber

dah tengok harga kijang emas ni awal bulan dan akhir bulan kan? cuba kita kira berapa keuntungan yang kita dapat kalau kita simpan setahun kijang emas ni ye. kita ambil contoh yang 1Oz.

harga 1 Oz pada 3/1/2011 adalah RM4,605.00
harga 1 Oz pada 30/12/2011 adalah RM5,218.00

RM5,218 - RM4,605 = RM613, kenaikan 13% setahun kan?

sikit? jom kita tengok harga emas pada bulan 8 , mase harge tinggi

 harga kijang emas sepanjang Ogos 2011. sumber

harga 1 Oz pada 3/1/2011 adalah RM4,605.00
harga 1 Oz pada 23/08/2011 adalah RM6,010.00

RM6,010 - RM4,605 = RM1,405, kenaikan 30% kan? 
sekali lagi gua bagitau, gua bukan nak paksa korang beli kijang emas ke, beli emas ke, sekadar berkongsi info dan maklumat. mana la tau tetibe terdetik di hati nak beli emas. tujuan aku beli emas? aku nak selamatkan duit aku dari inflasi. dulu aku pegi sekolah bawak seringgit cukop. sekarang?

*kiraan untung yang aku tunjukkan andaikata korang tak jual balik kepada Maybank, kalau korang jual kepada Maybank, mereka akan beli harge buy back, keuntungan adalah dalam 8%. gua sarankan korang jual pada member yang nak beli kijang emas ni. korang jual la ikut harga 'we sell'.  

**gua sarankan bile korang dah beli kijang ni, simpan la dalam 2 atau 3 tahun baru berbaloi. tetapkan matlamat. tak payah gopoh. ade duit baru beli, jangan pakse diri.
***kalau dah simpan emas, jangan lupe zakat, boleh tengok kat sini.

harga kijang emas Bank Negara Malaysia

SALAM..
ape khabar kengkawan semua? sehat belaka? ingat tak aku ade cerita pasal kijang emas ni boleh dibeli di maybank dan boleh semak harge di Maybank? kat sini ade cara lain untuk mengetahui harge terkini kijang emas. korang boleh ke sini untuk melihat harga kijang emas terkini dan juga yang lepas-lepas. yerla, mudah untuk kita nak bandingkan harga kan? mane la tau ade kengkawan nak tahu harge kijang ni kan? 

untuk melihat harga kijang emas,

harga kijang emas januari 2002, sumber: Bank Negara Malaysia

Sunday, January 8, 2012

harga emas dijangka naik, jangan lupa diri, nanti mati

SALAM...
selamat tengahari kengkawan semua. wahhh makan ape tengahari ni? masak lemak pucuk ubi dengan sambal belacan ke? sedap tu. hehe. aku belom makan, balik kerja nanti baru makan. kita dah tahu kan pasal berita, emas bakal naik harga menjelang akhir tahun ni? memang semua dah tahu. kalau belom tahu boleh baca petikan di akhir entry ini okey.

aku bukannya pakar dalam pelaburan emas, sebab aku memang tak melabur emas. aku tak reti nak melabur emas, ape yang aku tahu hanya menyimpan emas. INGAT, jangan simpan je tapi tak reti zakat.

sebenarnya dari dulu lagi makcik2 dah memulakan langkah yang bijak dengan membeli emas. mereka akan menjual emas bila kekurangan wang untuk menyara anak sekolah ataupun melangsungkan perkahwinan anak.

graf emas untuk 5 tahun

TETAPI, diharap pembaca blog aku berhati-hati dengan sesetengah sindiket penipuan emas yang menggunakan pelbagai cara untuk memerangkap mangsa, menyebabkan mangsa menimpa kerugian beribu ringgit. apa yang penting, sebelum membeli emas, kita kena lengkanpan ILMU di dada. jangan sesuka hati 'join' pelaburan yang kononnya memberi pulangan yang lumayan.

INGATAN untuk diri dan rakan-rakan.
penuhkan ilmu di dada mengenai pelaburan yang bakal diambil.
kalau melabur/membeli/menyimpan emas, pastikan dapat emas fizikal. bermaksud emas tu memang korang nampak.
pastikan kita ada duit 'back-up' selama 6 bulan, kalau setahun lebih baik.

PSSSTTT...gua bukan expert tapi gua takmau kawan-kawan gua jatuh ke dalam perangkap samar mereka yang expert menipu. gua sayang korang.

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns (sumber)

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Tuesday, January 3, 2012

kisah si Kijang Emas yang berkilauan

SALAM...
kabare kengkawan semua. nampaknya entry pertama untuk tahun baru 2012 untuk blog aku ni adalah mengenai Kijang Emas. kijang yang aku maksudkan di sini bukanlah kijang yang dok berlari-lari di kandang. yang disembelih untuk di makan dagingnya. kijang ni sangat special. sangat cun kerana ia berwarna emas. ya! emas.

Malaysia merupakan negara ke 12 yang mengeluarkan syiling emasnya sendiri yang dibuat oleh Royal Mint of Malaysia. Kijang Emas ni telah dirasmikan oleh dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Julai 2001. kalau korang nak tahu, Kijang Emas ni macam orang jugak, ade bapak, ade mak dan ade anak. 1 set lengkap. bila dah ade mak bapak anak semua maka saiz, harga, berat semua lain.

gambar kat atas ni menunjukkan saiz bapak, mak, dan anak kijang emas beserta berat masing-masing. (sumber)

amacam? teruja tak tengok keluarga kijang ni? harga kijang emas ni mengikut harga pasaran emas dunia dan akan sentiasa update dari semase ke semase. yang menariknya, Maybank akan membeli semua kijang emas dari customer yang telah memiliki kijang emas ni. jadi takde masalah la korang nak beli dan jual kijang emas ni. mase murah beli, mase mahal, jual. tapi kadang mase murah, stok memang susah la kan.

kat atas ni adalah contoh harga kijang emas pada hari aku menaip entry ini. (sumber)

kalau korang berhajat untuk memiliki kijang emas ini, korang boleh la ke cawangan Maybank yang terpilih. bukan semua cawangan Maybank ade bela kijang ni ye. dan bukan senang nak memburu kijang ni sebab kadangkala susah nak dapat stok. gua dah berape kali dah tanye Maybank Muar, tak pernahnye ade huhu. 
OK lah, takmau cakap banyak, kalau nak tahu harge semase kijang emas, boleh ke sini
kalau nak tahu cawangan Maybank yang ada kijang emas ni boleh ke sini

PSSSTTT...pada yang takde kawasan luas nak ternak kijang tu, boleh la memburu Kijang Emas ni yer. tak payah kawasan luas2. cuma kena letak kat tempat yang selamat la kan. emas 999 tu hehe.

Friday, December 16, 2011

harga emas jatuh, jangan jual emas yang ada, tetapi beli!!!

SALAM...
minggu ni memang mengejutkan para pembeli emas yang terdahulu kerana minggu ini harga emas memang jatuh. mungkin antara korang yang bermain dengan emas. ada bermacam-macam perasaan yang timbul di hati bila harga emas jatuh, majoriti orang yang menyimpan emas akan berkata begini,

"alamak, macamane ni?? bulan lepas aku beli harge tinggi, ni dah jatuh pulak, kalau minggu depan jatuh lagi, rugi aku, nak jual la macam ni"


TUNGGU DULU!!!!!

jangan jual, ini nasehat aku yang maseh mentah dalam dunia emas ni. masa harga turun ni lah masa korang untuk membeli, bukan menjual balik emas yang korang beli dengan harge yang tinggi. aku bukan agen mahupon dealer mane2 syarikat emas. aku hanyalah orang biasa yang minat pada emas dan nak menyelamatkan simpanan aku daripada susut.

kenapa aku cakap jangan jual? ingat!! apa matlamat korang membeli emas? ingat!!

EMAS DISIMPAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG

baru kita boleh dapat keuntungan. emas bukan boleh dapat untung sebulan dua. paling kurang setahun ataupun dua tahun. dan harga emas berubah setiap bulan. emas takkan sentiasa naik. macam ni lah, aku ni budak baru belajar, so cuba kira, contoh,

bulan lepas korang beli rantai emas 916, 10 gram, RM1800,
sekarang korang beli rantai emas 916, 10 gram, RM1720,

(1800 + 1720) bahagi dua untuk dapatkan purata = RM1760

bermakna korang beli 10 gram rantai tu RM1760 setiap satu.

fikirlah sebelum membuat sesuatu. jangan sampai tertipu, korang boleh baca artikel di bawah ini, contoh macamane mereka yang berangan ingin kaya cepat dengan emas tapi terperangkap dengan penipuan. 

kisah benar: ditipu kerana EMAS. wajib baca

sebelum aku menamatkan entry ni, ingin aku berpesan kepada diri ini dan pada korang yang rajen bebenor datang blog aku. sebelum buat sesuatu, carilah ilmu dahulu. bila dah penuh ilmu, barulah mengorak langkah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Monday, December 12, 2011

zakat emas dan perak

SALAM...
zaman semakin berubah, begitu juga manusia. semakin hari, semakin bertambah bilangan orang yang memiliki emas dan juga perak. kalau dulu, seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar, begitu juga sekarang, maseh boleh dibeli dengan 1 dinar. kalau dulu, pergi sekolah membawa seringgit, dah cukup kenyang, siap ade duit lebih untuk masuk ke tabung, sekarang pulak? tetapi jangan sampai tertipu ketika ingin membeli emas, boleh bace artikel ini (klik sini)

sebagai umat Islam, kita jangan lupa ada tanggungjawab yang penting untuk kita setelah kita memiliki emas dan perak. itulah dia zakat. sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat,

Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
 
Firman Allah..
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
At-Taubah, ayat 103

di bawah ini merupakan zakat emas dan perak bagi negeri Johor. untuk negeri lain, boleh lah korang search sendiri ye. sebab uruf yang ditetapkan adalah berlainan bagi setiap negeri.
 
ZAKAT EMAS DAN PERAK

Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.

Nisab Emas & Perak
Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.

Pengiraan


Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraan
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :
RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00

Emas yang dipakai
Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas

Bagi perak tiada had maksima ditetapka
n
  

Wednesday, November 16, 2011

Parameter Pelaburan Emas

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Lambat bertindak, baru nak berkalau-kalau...

SALAM...
selamat petang kepada kengkawan semua. agak lama aku tak mengupdate. mintak maaf. terima atas kesudian anda yang masih berkunjung ke blog aku ni. kalau korang semua perasan, kalau perasan lah kan. harga emas dahu dan sekarang berapa? 

OK, tak payah jawab, aku akan ceritakan pengalaman aku. pada pertengahan tahun 2011, dalam bulan Mei atau Jun kalau tak silap. aku dan member aku, Hib, pergi ke Wetex Parade, Muar untuk survey harga barang kemas. entah kenapa masa tu terdetik nak tengok harga emas, mungkin masa tu tengah takde keje kot huhu. kitorang pon masuk ke sebuah kedai emas dan bertanyakan mengenai harga. masa tu hargenya kalau tak sila dalam lingkungan RM155 se gram. bila aku dan Hib dengar jer harge tu, kitorang terus terdiam. OK. mahal lah harga ni. tunggu harganya turun lah. tunggu punya tunggu, korang nak tahu berapa harga emas sekarang? tengok gambar di bawah yang aku ambil daripada web Federal of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia (FGJAM).


dah tengok? betapa menyesalnya kami berdua di masa sekarang. kalau lah masa dapat diundurkan kembali ke belakang kan? haaaa tengok, masa sekarang lah nak berkalau-kalau. sepatutnya bila dah tahu emas akan naik tiap-tiap tahun, bila ada duit jer, terus beli. APA? nak pinjam bank untuk beli emas, kemudian pajak emas tu? ooooppppppssss, sebelum buat apa2. apalah kiranya kita sama-sama baca dahulu kisah di bawah ini untuk mengelakkan diri dari ditipu oleh mereka yang mengambil kesempatan di atas kenaikan harga emas ini.

kisah benar mereka yang telah ditipu kerana emas

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain. baca sambungannya di sini

kisah benar: ditipu kerana EMAS. wajib baca

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.


Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.
Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Friday, October 7, 2011

kisah benar di kedai emas. berhati-hati kaum wanita!!!

kejadian ini berlaku dalam sebuah kedai emas yang terkenal di seluruh dunia. Pagi itu, ada seorang perempuan yang cantik. dengan lenggok punngungnya yang menggiurkan lelaki, dia masok ke dalam kedai emas itu. sedang gadis itu menonggeng untuk melihat cincin emas yang cantik di situ, tiba-tiba......"PUT" terkentut. Gadis itu tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling untuk melihat sesiapa ada berdekatan dengannya dan perasan ada promoter kat belakangnya..

gambar hiasan: google
Promoter : Boleh saya bantu?

Perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la yang dia kentut jadi dia pon bertanyakan soalan sambil buat seperti tiada apa yang berlaku..

Perempuan : Berapa harga cincin ini?

Promoter: Kalau tengok cincin ni pun boleh buat puan terkentut, saya pasti puan akan terberak bila tahu harganya. 
kesimpulan: kentut itu sehat, lebih-lebih lagi selepas memakan petai. -irwanmiswan
cerita asal: Faizal , ubahsuai: Aku

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan