Bismillah...
Selamat pagi kengkawan semua. Harap sihat semuanya. Lama aku tak menulis kan. Kejap jer dah tahun baru. Kita ni makin tua kan? Rindu pulak aku mase zaman sekolah dulu. Untuk pengetahuan korang, atas sebab-sebab tertentu, aku dah tak aktif facebook, atau mungkin aku terus buang akaun facebook aku tu. Tengoklah macamane nanti, kalau hati aku terbukak nak aktif balik. Lagipun bukan penting sangat facebook aku tu.
Seperti biasa, tahun baru ni semua orang akan membuat azam baru. Ade yang nak jadi kaya. Ada yang nak beli motor. Ada yang nak kahwin. Ada yang nak naik pangkat. Ada yang bagitau mahukan tahun baru ni leboh baik daripada tahun lepas.
gambar: kucing ni pon tengah dok pikir azam tahun baru dia.
OK, semua impian dan azam tu tak salah. Tapi yang penting, kita perlu spesifikkan azam kita. Kita mahu tahun baru ni lebih baik, lebih baik dari segi apa? kewangan? kesihatan? kehidupan rumahtangga? Apa langkah-langkah yang kita perlu ambil untuk capai azam kita tu?
Contoh nya, tahun 2013 ni Ali nak beli kereta. Ali juga ada sebuah rumah kosong milik keluarga yang sudah lama tak dihuni, lebih kurang 2 tahun. Jadi Ali sewakan rumah ni kepada pelajar universiti dengan sewa RM400 sebulan. Dengan duit sewa tu Ali membayar ansuran kereta tiap-tiap bulan. Jadi kat sini si Ali ni dapat membeli kereta secara percuma.
Berdasarkan kisah di atas ni, ade beberapa perkara penting yang kita dapat lihat. Pada tahun baru, Ali menjadi lebih bijak dan matang berfikir untuk merealisasikan impiannya. Jadi jom kita sama-sama menjadi lebih bijak dan matang untuk merealisasikan impian kita di tahun baru ini.
Aku nak mohon maaf kepada kawan-kawan kalau banyak salah silap sepanjang aku berblogging. Kadang-kadang ape yang aku coretkan kat sini, adalah nasihat untuk diri aku sendiri.
Akhir kata, salah silap aku mintak maaf. Sila beri teguran membina.
1 comment:
Comel la kucing tu.nak boleh
Post a Comment