nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, March 24, 2013

kisah budak lepasan SPM yang kini berpendapatan bersih RM24000 sebulan.

BISMILLAH...
Apa khabar kawan-kawan semua. Lama aku tak update blog ni kan. Bukan apa, aku malas nak taip benda-benda mengarut dan berunsur fitnah. Takut la menyebar fitnah ni. Dosa dah sedia ada banyak, takkan nak membanyakkan lagi dosa kan? Banyak kisah-kisah menarik kat media sosial sekarang. Dengan PRU nye, dengan pro pembangkang dan pro kerajaan saling bertikam lidah. Hadith-hadith palsu yang tak kurang hebatnya juga tersebar. Ramai yang nak jadi ustaz dalam facebook rupenye kan? Sebab tu lah kita digalakkan menuntut ilmu tak kira masa. Aku? Aku bukan pandai sangat, sebab tu aku lebih suka berdiam diri dari berkata benda-benda mahupun meluahkan kata-kata yang menyebabkan korang sakit hati. Lebih-lebih lagi kata-kata fitnah. Bahaya tu bro.

Memandangkan keputusan SPM dah keluar beberapa hari lepas, hari ni aku nak berkongsi cerita mengenai seorang Hamba Allah yang hanya mempunyai sijil SPM tetapi berkat usaha kerasnya selama bertahun-tahun, kini dia berpendapatan bersih RM20000 lebih sebulan. Aku tak dapat mensahihkan kebenaran cerita ini tetapi contohilah usaha abang ni dalam mencari rezeki. Kalau cerita di bawah ini benar, baguslah. Kalau tidak, tolong beritahu aku.

Bukan mudah kita nak berjaya kawan-kawan. Aku sendiri pun belom berjaya. Tapi aku tetap berusaha untuk berjaya. Berjaya banyak maksud. Carilah maksud itu kat hati kawan-kawan. Jangan hanya fikir berjaya tu mempunyai duit yang banyak. Membahagiakan keluarga, ibu bapa dan orang keliling juga satu kejayaan. 

Baca kisah di bawah ini yang aku ambil dari sini

Saya bertemu abang ali di kampung setelah saya mendapat e-mai dari beliau. Belau ingin berkongsi pengalaman pribadinya dalam perniagaan yang beliau jalankan. Saya sungguh teruja dengan kisah cerita abang ali yang asalnya seorang yang susah danberasal dari kampung dan berkat usahanya kini dia telah Berjaya. Bersamalah kita mendalami cerita seorang sahabat saya ini.


E-mail dari abang ali yang membangkitkan semangat saya boleh dikongsi bersama;

Saudara Baha, SAYA mohon maaf. Tulisan ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk memberiinspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita.Adik-adik abang yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi atau pun sudah memiliki ijazah tetapi masih menganggur mungkin adik-adik termasuk dalam golongan 50,000 graduan tanpa pekerjaan. Di sini abang ingin berkongsi sedikit pengalaman diri abang.

Abang kini berusia 41 tahun, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)gred 3 tahun 1980. Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka meninggal dunia ketika abang berusia 19 tahun dan tidak juga meninggalkan harta kecuali anak-anak yang ramai.Pada waktu itu SPM gred 3 `laku’ juga. Ramai kawan-kawan abang yang mendapat pekerjaan seperti pembantu makmal, posmen dan ada yang memasuki maktab perguruan.

Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon pelbagai jawatan tapi gagal. Waktu dulu jangankan nak dapat surat sokongan wakil rakyat, nak dapatkan surat ketua kampung pun susah. Oleh itu soal pilih kasih ini sudah wujud sejak dulu, bukan hanya sekarang. Oleh kerana abang anak sulung, terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang bermula dengan menjaja ais krim di keliling kampung dan di tempat kenduri kahwin. Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluang Berniaga pakaian di pasar malam. Bermula dengan menggunakan motosikal buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu van baru. Kini abang berjaya menjadipengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain. Di samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil keuntungan kedua-dua perniagaan ini akhirnya abang berjaya membeli tanah seluas 12 hektar (30 ekar) dan ditanam dengan kelapa sawit.

Adik-adik, di sini abang ingin nyatakan pendapatan bulanan abang sekarang. Pendapatan utama abang adalah hasil jualan kelapa 3,000 biji sehari x 20 sen untung setiap biji = RM600 sehari x 30 hari = RM18,000 sebulan. Pendapatan kedua abang adalah hasil kelapa sawit. Dengan harga sekarang abang mampu mencapai pendapatan RM10,000 RM12,000 sebulan. Akhirnya pendapatan yang ketiga hasil jualan pakaian antara RM6,000 RM8,000sebulan.

Jika dicampur semua pendapatan abang, alhamdulillah pada setiap bulan pendapatan bersih abang antara RM24,000 RM28,000 selepas ditolak gaji limaorang pekerja tetap dan pekerja sambilan. Adik-adik, banyak lagi usaha yang abang lakukan, seperti penanaman nanas Eropah, seluas lima ekar keuntungannya antara RM135,000 RM170,000 semusim. Tempohnya hanya 10 hingga 12 bulan.Begitulah adik-beradik abang yang lain, walaupun bersekolah setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan SPM. Mereka juga mempunyai perniagaan sendiri.Purata pendapatan bulanan mereka melebihi RM30,000.

Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiap tahun mereka melancong ke luar negara. Abang dan adik-beradik yang lain mampu tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan isteri kami juga tidak bekerja. Adik-adik abang yang dikasihi, inilah rahsia perniagaan yang tidak Ramai anak-anak Melayu tahu. Oleh itu nasihat abang tak usahlah adik-adik bermati-matian merebut peluang pekerjaan makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta yang hanya menawarkan RM2,000 RM3,000 sebulan.

Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk dapatkan pendapatan RM60,000 – RM70,000 sebulan. Jika di universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak, teori yang banyak, tenaga muda yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta disuapkan.Ciptalah kerja sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlah Peluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan, ternakan,pertanian, pelancongan dan lain-lain.

Nasihat abang, jika adik-adik bimbang untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara perseorangan, buatlah secara kumpulan yang melibatkan empat atau lima orang. Peringkat permulaan buat secara kecilan, tetapijualan hendaklah secara tunai.

Jangan fikirkan soal kelulusan. Jika ada kelulusan bidang elektrik, apa salahnya menceburi bidang pertanian. Ingatlah pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hidup berjaya orang-orang Melayu mesti berniaga. – ABANG ALI, Muar.

Saturday, March 9, 2013

5 senaman khas untuk wanita

Semalam masa aku cek nuffnang aku. dah lame tak cek, saje nak nengok. sekali aku tengok keyword nuffnang, ade yang mencari keyword senaman untuk wanita. Setahu aku dalam blog aku ni takde pulak cerita pasal senaman untuk wanita. Ntah macamane boleh sesat huhu. Ape-ape pon hari ni aku akan berkongsi 5 cara senaman untuk wanita yang aku ambil dari blog terkenal kevinzahri.com. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai penjagaan makanan dan diet, boleh la ke blog beliau. Untuk pengetahuan korang, aku pon dah amalkan sedikit nasihat dari beliau. Sekarang aku tengah amalkan makan sekali segenggam nasi. dan alhamdulillah, bila dah terbiasa makan segenggam nasi setiap kali makan, aku dah tak pandai nak makan 1 pinggan nasi penuh macam dulu. Rasa nak muntah huhu.

Kali ni aku nak petik sikit tips senaman dari blog kevinzahri.com

5 senaman untuk besarkan payudara. 

Ya, korang tak payah nak suntik ape2 dekat aset berharga korang tu. cukuplah dengan senaman. Kalau suntik-suntik dengan bedah-bedah ni kan ke dah jadi tak original. Jadi kalau teringin nak besarkan, boleh ikut senaman yang disyorkan oleh kevinzahri.com ni key. :-)

Tapi ingat:

  • Senaman ini membantu bentuk otot di pada tapak payudara anda, iaitu otot pektoral.
  • Saiz tidaklah membesar sampai ala-ala Pamela Anderson.
  • Pembentukan otot pectoral juga bantu menegangkan payudara dan dengan itu memberi ilusi payudara yang lebih besar.

1. Chest Press

Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym anda.
Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada anda. Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. Lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.
baca selanjutnya di sini
korang jangan bersenam sampai jadi camni plak. seksa aku tengok hehe. sumber gambar

Monday, March 4, 2013

Fertigasi cili: Serangan kulat batang

Bismillah..
Selamat pagi kengkawan semua. Agak lama aku tak bercerita mengenai cabaran dan dugaan aku dalam mengusahakan cili fertigasi ni. Kali ni aku nak bercerita mengenai serangan kulat batang terhadap pokok cili aku selepas raya cina.

Sebelum raya cina, pokok cili aku mmmang lawa2. Daun pun merimbun. Tiba saja cuti raya cina, hujan turun tak berhenti dan aku pon cuti meracun. Bila cuti meracun ni faham2 lah. Serangan serangan serangga dan kulat pon bertambah. Memang betul sangkaan aku. Lepas cuti raya cina,  lebih kurang 5 hari, aku ke kebun. Aku terkejut kerana daun2 pokok cili tak serimbun sebelum cuti raya cina. Bila aku cek dan belek2 tiap pokok..ya tuhan. Amat sedih. Batang pokok cili aku macam mereput dan layu.

Aku pon berjumpa mereka yang pakar dan mereka katakan pokok aku terkena serangan kulat batang. Aku diberikan racun untuk merawat pokok cili yang terkena serangan tu. Tetapi aku disyorkan untuk membuang saja pokok2 cili aku tu dan tanam yang baru. Aku bukan tak mau ikot nasehat tu. Tapi aku nak cuba merawat pokok2 cili aku ni.

Setelah seminggu. Alhamdulillah. .pokok sudah mula kelihatan segar. Sudah mula berbunga. Tapi aku belom boleh gembira sangat. Aku nak tengok perkembanganya dua tiga minggu. Harap2 terus pulih. Sekian cerita aku. ..

Sunday, March 3, 2013

Nissan Bluebird 510 si burung biru bakal berkicau kembali

Bismillah...
Nantikan kemunculan semula Nissan Bluebird 510 si burung biru setelah berabad lamanya tidak beraksi di jalan raya. Dulu bikin kereta ni sebab nak main drift, tapi memandangkan semua dah penat, nak tumpu kumpul cari duit pulak, maka kereta ni akan di solek, di bikin ala-ala sedap jalan gitu. Dah takde nak main kat litar ke ape ke. Ape-ape pon, nantikan, di jalan berdekatan anda...

PSSSTTT...oleh kerana ramai yang berhutang dan tidak mahu bayar, gua mampu pakai kereta buruk jer...tak apelah, yang tak mau bayar hutang tu mungkin dah pakai kereta besor kan? Semoga tuhan memberi rezeki yang melimpah ruah pada kalian.




popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan