nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, May 31, 2011

pakai tudung ni ketinggalan zaman,orang kampung!!dongeng?kebenaran?

ini merupakan kisah benar yang dialami kawan aku dengan seorang lelaki.....   
boy: u, why u wearing hijab? i think u'll look prettier with ur hair..
girl: erm, wat do u mean? u want me to take off my hijab?
boy: yup, becoz u look like kampung girl with ur hijab la...i want u to be more sexy...just wear top n short skirt, simple and up to date rite...can u do it for me?
girl: ???
apekejadahnye lelaki ni suruh perempuan ni pakai seksi2? dah gersang sangat ke ape?? pakai hijab is kampung girl??wah3,manes betul ayat kau wahai brader. tapi mungkin betul kot,orang kampung kaya dengan kesopanan dan kesusilaan,dan kebanyakan yang duduk bandar pon asal dari kampung. lain la kalau orang kampung tu memang tak ngaku duduk kampung,memang nak kena langgar ngan honda petak aku.
skirt pendek??wahhh betul2 tinggi taste lu brader. nape nak skirt pendek??senang tangan ko nak merayap ke ape?? perempuan tu dah elok2 pakai tudung,lu suruh bukak huhu...
macam ni lah,aku pun bukan budak baik,pada kengkawan laki aku kat luar sana,kalau korang betul2 sayang kat pasangan korang,korang sanggup ke.............
  • biarkan lelaki lain dok tengok lurah dendam awek/bini korang??
  • korang sanggup ke diorang tenung buah dada awek/bini korang? 
  • sanggup biarkan laki lain dok standby bawah eskalator sebab nak skodeng spender warna ape yang awek/bini korang pakai?? (kalau pakai skirt)
cukop la tu je. jujur aku cakap,laki ni memang suke tengok bende2 yang 'indah'. tapi laki yang betul takkan benarkan awek/bini diorang tontonkan 'keindahan' awek/bini diorang kat laki lain.....betul tak?dan lelaki ni takkan terlalu bernafsu kalau perempuan tu tak tunjukkan 'keindahan' diorang. harap maklum.
pada aku la kan....awek yang pakai tudung dan baju kurung ni lagi la seksi....kan??sebabnye??semua tertutup,pada aku tu lebuh seksi...seksi itu subjektif.....

selamat pengantin baru salih yaacob dan emi

selamat pengantin baru buat pasangan merpati sejoli kita salih yaacob dan cik emi,semoge ikatan perkahwinan yang terjalin kekal ke akhir hayat. aku memang tabik kat abang salih sebab dapat menjaga ke tiga2 isterinya,dan kini tambah lagi sorang,maka telah cukuplah kuota yang diberikan kepada kita sebagai umat islam. 

macamane agaknye abang salih dapat menjaga ke empat2 isterinya??bukan ape,aku tengok kat fesbuk bebudak mude sekarang,hari ni kat status tulis,"oh indahnye hari ni dapat keluar dengan my hubby.terima kaseh sayang..muah2!!i love you"(cissss,tak sanggup gua nak tulis lagi),esok pulak dah tulis status,"aku benci kau,hubungan kite berakhir di sini,jangan cari aku lagi"....erkkk???kejadahnye???pelik sungguh aku. baru berkapel perang bagai nak gile. kalau dah kahwin nanti??

aku rase lepas ni mesti ramai lelaki yang dok terfikir nak kahwin 4 macam abang salih kita ni kan?? ingatan untuk diri ini,kukuhkan ekonomi siri dulu,ukur kemampuan diri dan penuhkan diri dengan ilmu agama dulu. pada aku,sorang pon dah cukop kot. paham-paham la dengan karenah perempuan ni kan dan jangan lupa,kalau anda beristeri 4,maka anda akan berdepan dengan 4 mak mertua hehehe

wanita berjubah kaki kebas

bukan aku nak salahkan kaum wanita,tapi sekadar ingin berkongsi supaya lebih berhati hati dengan mereka yang kita nampak baik di luaran. tak semestinya yang berjubah (tak kira lelaki ataupun perempuan) tu baik. yang penting,berhati hatilah, teringat aku pengalaman rakan sekampung ku yang berdepan dengan kejadian sama di kawasan R&R di highway. kalau nak bace boleh ke sini.

satu je ingatan aku untok si pencuri ni,korang takkan terlepas punya.sepandai2 babi melintas jalan,akhirnya eksiden dilanggar lori balak juga.sekian. 

Monday, May 30, 2011

honda petak C70 "katak hijau" meredah kebun,ko boleh?

salam semua,amacam korang semua,sehat? ade yang dah pergi putrajaya semalam sempena perhimpunan belia kan?amacam?besh tak? aku teringin nak pergi sane,yerla...dengar cam besh jer sebab banyak aktiviti yang di buat. aku teringin nak bawak honda petak aku ni ke putrajaya on the road tapi memandang sibuk dengan kerja,so terpaksa lupekan la hasrat ni nhuhu. ahad pon keje lor. kumpol duit nak kawen :-P (lame lagi la ngek hahahah).

untok melepaskan gian aku ni maka entry kali ni aku saje je nak tayang motor honda petak aku ni. asalnye moto tu macam ni,so sekarang dah di kemaskan lagi maka terhasillah macam ni. motor ni pon pernah mendapat tempat ke 3 dalam Perhimpunan Skuter Kebangsaan kategori Klasik Asia ubah suai awal tahun hari tu. aku tak dapat nak join autoshow pon takpelah,aku buat tayang kat kebun sawet pun jadi lah hehehe. jom tengok motor burok aku ni,kalau ade cadangan dan komen,bagitau je lah yer :-)




proton inspira polis di raja Malaysia

baru-baru ini Proton Holding telah menyumbangkan 10 buah Proton Inspira 1.8l manual kepada Polis di Raja ,Malaysia(PDRM). 



sumber: bom321.com/

chevrolet camaro bumblebee limo

kepada peminat2 transformers dah tentunye mengenali si bumblebee kan??daripada sebuah kereta sport chevrolet camaro,bertukar menjadi sebuah robot yang melindungi tuanya,si sam. tapi kali ni kereta camaro yang sporty itu telah bertukar menjadi sebuah kenderaan limo. sebuah syarikat di california telah menjadikan bumblebee ini seperti sebuah pub yang mengandungi lampu laser,sound system yang menggegar jantung dan aku tak pasti sama ada ade tiang atau tidak. jangan tanye aku kenapa perlu letak tiang.
 rekaan dalaman camaro limo yang sesuai untok kipas susah mati bumblebee

 kalau korang segan,korang boleh pakai topeng bumblebee yang telah disediakan
 bontot bumblebee
errrk...ntah kelihatan agak pelik kereta ni.....

jadi,ape pendapat korang mengenai kereta ni. lebih elok kekalkan bentuk sporty ataupon lebih suke bentuk limo macam ni???aku ni tak mampu nak bikin kereta macam ni...so dapat bikin moto jadi camni pon okla :-),sayang kamu my 135LC transformers :-)


sumber: fastcar

perwatakan melalui payudara

sekadar berkongsi.taktaulah betul ke tak.aku ni mane la nak tengok payudara orang perempuan ni. kan diorang pakai tudung. susahla nak tengok. kesimpulannya kalau korang takmau dada korang ditengok dan ditenung,pakai lah tudung yer. pade lelaki jangan tanye aku macamane nak sorokkan dada korang sebab aku rase lelaki takde bentuk dada seperi yang dinyatakan kat bawah ni uhuk3. dan aku harap jangan la yakin 100% perkara yang dinyatakan di bawah ni. sebabnya??fikir2lah sendiri......:-)


Payudara besar dan bulat seperti tembikai
• wanita tersebut memiliki sifat keibuan
• Ingin selalu dipuji
• Inginkan dimanja
• Tapi perempuan jenis ini tidak suka melakukan hubungan seksual secara kerap

Payudara yang tertonjol seperti buah lemon
• seorang yang sangat-sangat ceria dan selalu memeriahkan suasana
• suka ketawa bersendirian
• inginkan kehidupan yang seimbang

Payudara pejal dan bujur seperti nenas
• seorang yang pintar
• lebih memikirkan kerjaya
• romantik dalam percintaan
• seorang yang setia pada yang Satu

Payudara pejal dan lembut seperti limau gedang
• prestasi seks yang kurang memuaskan
• sering terperuk dirumah
• lebih suka memanjakan kekasih dan kemesraan
• jarang naik angin
• berkeyakinan tinggi

Payudara kecil seperti buah ceri
• seorang yang lucu dan cerdik
• menghiburkan kekasihnya
• agak ghairah

Payudara seperti buah pear
• kerap menduakan suami
• agak curang

sumber: melvister.com

tandas super WEIRD!! part 2

pade mereka yang menggemarkan tandas yang unik,aku rase tandas2 seperti di dalam gambar ini boleh dijadikan contoh untok korang. kalau korang nak jadikan tandas rumah korang macam ni pon aku rase molek la hehehe. nanti bile tetamu nak tumpang tandas,silap2 tak jadi nak kencing. hehehe. jadi,korang ade tak mengidam nak buat tandas macam ni untok rumah korang???

aku rase kalau tandas macam ni,budak kecik paling suke hehehe. dinding tandas ni akan berubah warna bila terkena air kencing yang panas tu hehehhe. tak caye.....cubelah....

perghhhhh tak leh blah muke perempuan tu.uhuk3

ni tandas kat butik ke ape huhuhuhu...

sumber: mr oddee

hebat gadis sekarang

seorang gadis telah mengeluarkan kata kata kesat terhadap anggota polis yang menahannya kerana tidak memakai topi keledar dengan ayat,"polis bodoh". sekarang gadis ini didakwa dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM1000.00 . alahai gadis......bukankah gadis melayu itu sopan santun dan molek perangainya. 


jauhi "skim cepat kaya"

salam semua. baru baru ni kita digemparkan dengan 1 kumpulan yang bermuka baik ala2 ustaz yang menjadikan ustaz dan ustazah sebagai mangsa penipuan mereka. sekarang,macam nilah. entry yang lepas2 aku ada cakap pasal ni. tak semestinya orang yang bermuka baik dan ayat manis tu kita boleh percaya. sebaliknya,orang2 macam ni lah yang kita kena lebih berhati2 supaya tidak tertipu, lastly,aku tak mau cakap banyak sebab nanti orang cakap aku ni bajet bagus,berhati2 dengan perniagaan dan pelaburan yang menjajikan pulangan yang teramat lumayan dan dalam jangka masa yang singkat. pepatah melayu ada mengatakan,"sikit2 lama2 jadi bukit". rujuklah kepada kawan2 yang arif mengenai pelaburan dan mereka yang arif tentang perniagaan. jangan bertindak melulu ok. peringatan ini untuk diri sendiri juga. 





janda garang,suka marah suami,rindu bekas lelaki

setiap mereka yang berpasangan,pasti akan berlaku salah faham. begitu juga dalam rumahtangga,akan berlaku ketegangan sekali sekala akibat terdapat salah faham. di harap berita yang dipaparkan dalam harian metro ini dapat memberi pengajaran kepada wanita wanita di luar sana yang berwatakan garang dan suke memarahi pasangan anda. seelok eloknya jika berlaku salah faham,bawaklah berbincang. jangan bertindak tergesa-gesa dan melulu. kelak merana diri. aku nak cakap lebih tak pandai sebab aku pun belum berkahwin. semoge rumahtangga yang korang bina berkekalan hingga akhir hayat..aminnnn

bahaya arak: maut dilanggar kereta api

salam. mula2 babi dalam kopi. pastu makanan kat kafe2 mahal tu pun haram. sekarang ni ade pulak bir halal. makin aku pelik. tak pernah lagi aku dengor bir halal. aduhai. aku pon tak pernah minom air bir halal tu huhuhu. setahu aku kalau dah name bir tu,memang airnye haram. tapi ni ade pulak bir halal macam2. kalau yang lepas aku ade cerita pasal bahaya arak di malam pertama perkahwinan,kali ni bahaya arak di landasan kereta api. 


aku amek dari surat khabar metro hari ni. dah macam2 berita keluar pasal bahaya arak ni,sama ada kita perasan atau tak. banyak lagi air yang sedap diminom,yang telah disahkan halal oleh jabatan kemajuan islam malaysia (JAKIM),jadi kita pilih je la makanan atau minuman yang telah disahkan halal.arak tu dah memang confirm haram. jadi toklah lah minum yer. kawan2 aku pon ramai gak yang nakal2 dan gengster,tapi diorang tak minum pun arak. diorang minum air teh o ais limau,jus oren,carrot susu dan lain2(banyak sangat nak bagi contoh huhu)

ape2 pun jauhilah makanan dan minuman yang haram. sekian

Sunday, May 29, 2011

kisah artis: aku kembar faizal ismail hotfm??

korang kenal tak faizal ismail penyampai radio hot fm tu? korang kompom kenal die kan? yang menjadi kemusykilan aku selama ni...ramai yang dok cakap aku ni ade mirip faizal ismail. sampaikan pada suatu hari:

makhlok A: bang,kejap bang kejap!!! (sambil berlari lari anak)
aku: (buat2 muke pelik) yer...ko ni nape kok lari dah macam nampak hantu kak limah ni.
makhlok A: bang,mintak sain bang,sain kat kertas ni haaa,boleh bang..
aku: dah ko ni nape tebiat tetibe mintak sain aku. ko kenal ke aku ni??
makhlok A: mane nye tak kenal,abang kan faizal ismail,penyampai radio hot fm tu kan?
aku: hok aloh,ko ni ape tebiat,bukan la,ko tengok IC aku ni ha...kan...bukan faizal ismail haiya..
makhlok A: alaaaa,penat saye lari,abang ni terok la (berlalu pergi sambil buat muke kecewa hagemaru)
aku: ape salah aku........

haaaaa...korang tengok tu,tak ke gile aku jadinya,siap ade yang nak mintak sain. ade lagi satu situasi....

makhlok B: brader2!!pekabo brader!!
aku: yer,baik (dalam hati dok tanye sape la mamat ni)
makhlok B: brader ni bukan faizal ismail penyampai hot fm tu kan??
aku: hok alah....memang la bukan...napenye??
makhlok B: dah agak dah...mesti bukan...muke hampir same,tapi perot brader lagi buncit dari die.....
aku: (dalam hati: ape lah naseb....kena pergi gym la nampaknye...)

haaaa...korang tengok..betape ramainya yang dok sebok tanye aku ni faizal ismail ke....haishhhh sekarang korang tengok gambor kat bawah ni. korang pon boleh beza mane aku ngan faizal ismail kan??korang tengok la..mane de same kan???pelik aku....


makan-makan: sayur tempe,petai,sardin dan telur goreng

salam. korang semua dah makan tengahari ahad ni??ape???mekdi???kepsi??stabak??kopibin??ikea??pizza??
wah3...semua makan hebat2 belaka. mahal2 belaka tu. tapi mintakk maap nak kata lah. semua tu memang tempat makan yang sedap2. tapi tempat tu tak dapat tandingi makanan special yang mak aku bekalkan untok aku hari ni. ape dia??haaa...aku tau kalau korang tengok mesti meleleh air liur punye lah hehehe. ni dia!!!!!!

keh3....ape macam??korang ade ke???keh3......bismillah.....meh sini aku suapkan..nak??

Simple Answer to "I don`t think God exists"

aku tau aku bukannya baik tapi tak salahkan berkongsi benda yang baik.....








untuk paparan lebih menarik,korang boleh la ke sini,

senarai syarikat yang mendapat sijil halal

sekarang ni dah heboh makanan kat sane tak halal,kat situ tak halal,sini tak halal. perghhhh bahaye kan? agak2 nye lah kan,ape yang kita makan selama ni halal ke tak?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


di bawah ini adelah senarai syarikat yang telah mendapatkan sijil halal ,kalau ada kesempatan,boleh la korang semak yer.

1. ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]
2. APLUS FOOD & BEVERAGE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]
3. BERJAYA ROASTERS (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]
4. BGR RESTAURANT SDN BHD (BANGI GOLF RESORT RESTAURANT)
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]
5. BIOMED TECHNOLOGY SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]
6. BIOSIS COSMECEUTICALS SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]
7. BIOTRAL SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]
8. CENTRAL REVIEW (M) SDN BHD (CITITEL EXPRESS HOTEL KL)

bersambung di sini, http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=maklumat_persijilan

Saturday, May 28, 2011

kamu lelaki macho atau gay??

aku dapat gambar ni pon dari internet. tapi tak lau la betul ke tak.huhu cube korang tengok jari memaseng keh3. tapi elok jangan terlalu percaya,kang hilang pertimbangan diri,susah korang kang huhuhu

siapa nak kahwin dengan aku?cepat pinang aku!!

perghhh ayat yang agak gempak dan bakal kena penerajang di situ hahaha. bukan ape,yerla sekarang dah mula cuti sekolah maka bermulalah juga musim orang kahwin kan. aku memang mintak maaf banyak2 la.aku bukan tak mau datang umah kawan2 yang kahwin,kalau aku datang,sape nak jage opis ni huhuhu. anyway tadi ade mase sikit,aku cabut lari ke rumah kawan aku si faizah binti ahmad,23 yang melangsungkan perkahwinan hari ni. aku boleh datang sebab sebelah opis je rumahnye. alahai,kawan2 perempuan yang sebaye aku semua dah kahwin. nak tengok tak gambar die? meh sini.

haaaa amacam...cun tak hehehe.biaselah.kawan2 aku semua cun cun. yang jadi pengapit tu pun kawan aku,namanya mazwana,dah lame aku tak jumpe dia. dah besar panjang si mazwana tu,korang nak ngurat?mane boleh. dia dah ade pakwe...kot...huhuhu...ape2 pon aku doakan supaya faizah ni berbahagia hingga akhir hayat,bile nak timang anak??keh3...

setiap majlis kahwin mesti ade kompangan kan? haaaa...yang tu aku belom masok kan kan youtube lagi. aku ambik gambor je dulu. haaaa...nah,meh tengok bawah ni. sila abaikan saudara muaz yang poyo tu. beliau merupakan setiausehe team budakkampung dan merangkap ketua kumpulan menangkap hantu di dalam team kami.

korang ade pengalaman besh untuk diceritakan pasal kenduri kahwin kat tempat korang. kongsila :-)

sempena hari belia: cara menunggang basikal dengan betul

sempena hari belia negara yang berlangsung kat putrajaya hari ni,aku nak tunjuk cara2 menunggang basikal dengan betul kat korang semua. yerla,belia2 sekarang ni kena la maju sikit,bawak basikal tu kena la ade stail baru awek2 tengok. keh3. anggaplah yang kat dalam video tu aku yer. muke pon ade iras2 aku kot hehhe. wahai belia berbasikal,aku cabar korang buat macam ni ok!!!hehehe. BELIA BENCI DADA DADAH!!!!

siapa siti saleha dalam nora elena??awek aku ker?

malam tadi dengan ringan bontotnye aku merajinkan diri untok mengemas bilik aku yang dah bersuku abad tak berkemas. maklomlah,orang bujang. maka malam tadi dengan rasminya aku mengumumkan bahawasanya bilik aku dah berkemas dan berbau wangi.hehehe. sambil2 kemas bilik tu aku ber mesej lah dengan sorang member. cam biaselah tanye tengah buat ape kan. entah macamane aku cakaplah sekarang kat tv takde cerite besh,maka kawan aku pon jawab,ade,cerita nora elena. dalam hati aku,cerite ape tu?

hari ni aku google kat tenet pasal cerita ni dan aku ternampak seorang awek cun. grrrrr..cun siotttt.eh??adik sam bunkface??eh??umur 19?betul ke? mude lagi rupenye.tapi dah cun macamni. nanti dah besor ntah macamane cun nye huhu. gadis2 yang baca blog aku ni tak jeles ke hehe. korang nak tengok ke gambar nye?aku letak la sikit je,selebihnye korang cari lah kat google yer. ga,bar ni pon aku amek kat http://beautifulnara.com/.


kungfu panda 2 dalam 3D dan perut aku yang panda

dua hari lepas aku dengan ringan bontot telah pergi menonton wayang secara berbayar. nak dapat percuma agak susah la sebab nuffnang tak pernah jemput tengok wayang free. keh3. ahhh ape de hal. dah dapat BE,nak tiket wayang pulak keh3. berbalik pada cerita aku nak tengok wayang,mase tu aku tengah konpius,nak tengok nur kasih ke kungfu panda??erkkk bile fikir balik,aku ni bukannye hati taman so aku pilih la kungfu panda 3D. 

ape yang boleh aku cakap,memang besh. gelak terbahak2 aku. dahle perot panda tu buncit,jadi pendekar pulak, hahaha,so pade yang memang hati kartun cam aku boleh la pergi tengok yer. tapi entah nape malam tu aku rase macam cerita tu agak lama padahal 1 jam setengah jer. mungkin sebab ade babak yang cakap2 dan menyentuh perasaan kot.


episod kali ni pada aku lebih matang. sebab panda ni iaitu Po sedang mencari siapa dirinya yang sebenar.....pade yang nak tengok,aku syorkan tengok yang 3D untok yang lebih mementingkan kepuasan lah. ok,itu je.daaaa :-)

korang perasan tak panda tu (Po),perotnye lebih kurang aku...keh3...agak2 same tak lalalalala. eh,korang tau kan perodua ade buat contest.hadiah??ipad 2 beb!!!nak join?jom ke sini

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan