Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.
Thanks to all readers for all your comment towards my blog. Maybe my blog is not special like others but I don’t care, this is my blog but I accept all those critics and comments.
Thanks also to my sweetheart that always support me no matter I'm happy or sad. My SWEETHEARTSare always with me. It’s true, we must have our pillar of strength, my father, and mother is my pillar of strength, also my sweethearts. I am always happy when I’m around them. I love my sweetheart. LOVE THEM SO MUCH!!!
Hehehehe, what do you all thinking about right now huh????huhu...they are my little sweethearts that always with me. Make me happy and cheerful. Love them with all my heart. On weekdays, after back from Chinese kindergarten, they'll accompany me at office, both of them are my 'anak sedare'. They'll shake and kiss my hand and cheek. Then they take their toys and play with them at the office with me. Although they are only 6 (umairah) and 5 (reza) years old, they can talk fluently like us. It’s so amazing huh! Maybe it is because they always talk to the older people around them. HUHUHU..I remember, one day, I put a big mug at Reza's head and he said,"pakai topi keledar, anda mampu mengubahnya". HAHAHA...memang kuang asam this little boy. Always make me laugh. Tak sangka this little boy can throw out a thought like that.
Haaa...watch carefully at this picture, do you see my 'anak sedare' face? He got that scars when he fall down from stairs. The amazing thing was he not cries at all. Huhuhu...what a strong boy huh!!
What you think about this big size boy. Hehehe, this is my lil' bro. When I came back from work, he'll come to me and hug me, what a monster..hahaha...7 years old but already 48 kg!! HUHU...Yg plg best, when I 'baring'.He’ll hug me..huhu...like maroon 5 song , harder to breath...hahaha...after that he'll lie down on me..ughhh...really heavy laaa. He loves to play my PSP. Huhuu...bile tak bg. mula la majuk,huhuuhu....Last week, ada prtandingan mrentas desa, semua bagitau die tak payah ikut lari but he don't care. He try to join it...Lastly, tak smpai separuh jalan dah semput, takpe2, atleast you had try your best bro! I'm so proud of U.
Hahaha...they all are my little sweetheart, its fun to have children around us, they'll make us happy and release our tension. So take care of your little brothers, sisters, and your children. They are our future generation that can change our world to a better world.
Salam ziarah pada rakan2 pembaca, terima kasih kepada yang sentiasa menziarah dan membaca isi kandungan blog saya yang tidak seberapa ini. Mungkin anda hairan dengan tajuk post kali ni. Saya telah ditegur oleh seorang teman yang memberitahu bahawa my blog is boring, tapi dia tak memberitahu saya apa yang membuatkan blog ini really boring.
I'm not angy at all, I really apprciate the comments.
I made this blog with reasons;
1. Wanna share my life and my experience with u guys. 2. Wanna make u all happy. 3. Make this blog as motivation for me and frenz. 4. because I LOVE IT, i love to write and share opinion. 5. more....
I will spend my time reading books when I'm not busy, saya niat dalam hati saya bila saya membaca, saya nak sebarkan pada semua rakan2, that's why i make this blog.
So, to make sure that all of U not boring when u come to my site, please...please...give me your opinion about this blog??how do i change this blog to a blog that can make my reader smile, happy and gain infomation from it.
Khamis lepas sedang saya membaca ruangan ekonomi dan saya tertarik dengan sebuah artikel berkenaan tabiat menabung di kalangan rakyat Malaysia. Saya betul2 terkejut dengan hasil kaji selidik Citibank Bhd. Hanya 2 daripada 3 rakyat Malaysia yang menabung ataupun 39% daripada rakyat Malaysia yang menabung. Cuba anda darabkan kan 22 juta dgn 39%...maka hasilnya hanya 8 juta lebih sahaja yang menabung. Di mana 14 juta lagi?
Mesti ada di antara kita yang terkejut bukan? Cuba kita tanya diri kita, cek balik, nama kita tersenarai di bahagian mana?
Kenapa malas menabung?
Ke mana duit kita?
Berbaloikah perbelanjaan kita?
Apakah persediaan kita untuk masa depan?
PTPTN sudah diberi tetapi tidak cukup?
Macamana nak bayar PTPTN nanti?
Berapa banyak hutang yang kita ada?
Pernahkah kita semua terfikir semua ini? Ini adalah antara soalan2 yang kerap bermain di fikiran kita.(tidak semua)...Ada yang beri alasan, macamana nak menabung? Duit cukup2 makan jer....lain la kalau dah kerja, banyak duit, boleh menabung...bila dah kerja...Nak menabung macamana, bayar duit kereta, rumah, bayar kad kredit, macam2 lagi, semua perlukan duit.
Ada pula yang bercakap, alaaaa...orang kaya boleh la kalau nak menabung, diorang banyak duit, kita orang sederhana mane la ade duit, kais pagi makan pagi jer...
haa..tengok, sama sahaja kan? Tidak kira yang belum bekerja ataupun sudah bekerja, mempunyai alasan untuk tidak menabung. Pernah dengar ade orang kaya tiba2 muflis? Haa...orang2 kaya yang bijaksana adalah orang yang pandai menjaga wang nya seperti Azizi Ali,Irfan Khairi, Robert T.Kiyosaki dan Donald Trump. Saya bukan hendak membangga diri ataupun mengajar, saya yakin ramai antara kita mempunyai tabiat menabung tetapi masih ramai lagi yang belum mempunyai kesedaran untuk menabung.
Langkah2 mengelakkan wang kita mengalir macam air :-)
Mula dari awal sekadar berkongsi, dulu semasa kecik, saya dengan adik2 memang pantang nampak duit syiling, bila ayah balik sahaja dari kerja dan ada duit syiling, kami berebut nak amek duit syiling. Kami mmg seronok menabung, biaselah, kami pun bukannya keluarga senang. Percaya atau tidak, saya masih mengamalkan tabiat menabung duit syiling, its fun!!try it
Guna apa yang ada Selagi barang2 yang kita ada sekarang boleh diguna dan belum rosak, kita gunalah, guna sehingga betul2 tak boleh digunakan lagi. Anda hendak tahu? Saya masih pakai lagi baju saya yang saya dapat semasa ke kursus tahun 2005, sudah 4 tahun!! Adik saya yang perempuan berumur 16 tahun, memakai baju dan seluar saya semasa saya di darjah dua(1996 )!!
Beli apa yang perlu Ini pun penting, kita senarai dulu apa yang perlu. Keperluan dan keinginan jangan dicampurkan, keinginan boleh dipenuhi, tetapi hangan selalu. Seperti contoh, kita teringin nak makan makanan mahal dan sedap, boleh...tapi jangan selalu. (megi pun sedap kan?hehehe) Anda inginkan kereta mewah seperti BMW, ape tunggu lagi, mulalah menabung!!!
Simpanan tetap Simpan duit di dalam bank dan jangan keluarkan. Tunggulah sehingga 10 atau 20 tahun, haaa...mesti anda terkejut denganhasilnya.
Future plan Rancang masa depan, biar kita bersusah sekarang, tetapi hasilnya lumayan kelak. Ingat, kita hidup banyak cabaran. Contoh sekarang, ramai yang di buang kerja, dahulu kita tidak terfikir pun. Kalau kita menabung, sekurang2 nya kita dapat mengurangkan bebanan kita, betul??
Ini adalah antara langkah2 yang dapat saya beri, ada banyak lagi langkah2 untuk mengelakkan wang kita daripada mengalir macam air. Ingatlah, biar kita hidup bersederhana, kaya macamana pun kita, jaga wang kita, jangan membazir, kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.
Buat masa ini saya sudah membuat akaun pelaburan jangka masa panjang, saya buat ini semua kerana sekarang saya sudah bekerja, duduk pun di rumah ayah dan mak. Kerja pun dengan ayah. Duit gaji saya pun saya tak gunakan sangat, sekadar memenuhi keperluan harian. Saya pun belum ada anak bini. Pelaburan saya ni saya akan gunakan untuk membiaya pelajaran anak2 saya kelak. Sediakan payung sebelum hujan kawan2. Sehari RM 2 pun sudah mencukupi.
rm 2 x 30 hari x 12 bulan x 10 tahun = ????? pernah terfikir??
Saya minta maap andai ada salah silap dalam artikel ini, sekadar menyuarakan pandangan dan pendapat. :-)
salah silap harap maafkan.
Berita harian, khamis, 19 februari 2009
Rakyat Malaysia malas menabung
Hasil kaji selidik Citibank kesedaran perancangan kewangan membimbangkan
RAKYAT Malaysia didapati belum bersedia dari segi kewangan apabila berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung.
Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung.
Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
Pernah kita terfikir?Kita sibuk menjaga kain orang lain sedangkan kain sendiri terselak?Kenapa macam tu?
Baru2 ini kawan saya ada memberitahu, dia kasihan melihat temannya dikutuk, dihina kerana sifat semula jadinya(tidak perlulah saya beritahu apakah sikapnya).
Apa yang membuatkan saya pelik, orang yang suka mengata dan mengutuk tu, mulia sangat ke? Sempurna sangat ke? Saya pun sedar yang saya pun bukannya orang yang sempurna. Maksudnya kita mungkin sempurna dari segi fizikal dan mental, tapi kita tak sedar, setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan. Mungkin mereka mengutuk, mencaci dengan beranggapan supaya orang tu berubah, tetapi adakah mereka tidak sedar perbuatan mereka itu memakan hati dan menganiaya rakan sendiri?
Jaga tepi kain orang tu pada saya boleh, maksud saya kita ambil tahu siapa jiran dan rakan kita, kita membantu mereka bila mereka susah. Itulah yang sepatutnya dilakukan. Bertanggungjawab terhadap jiran dan rakan, bukan kawan makan kawan.
Kita sering mendengar kata2 sakti ni:
"rakan@kawan yang sejati & jujur adalah mereka yang sentiasa bersama kita tak kira kita sedang gembira atau pun duka, tak kira susah senang, tetap bersama"
Untuk yang suka mencaci dan mengutuk;
Lihat diri sendiri dulu Sebelum mengata orang lain, lihat diri kita sendiri macam mana. Jika sendiri pun tidak terurus, jangan sesekali mengata yang bukan2 pada orang lain.
Tegur hikmah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar kita berhikmah bila menasihati seseorang. Kalau kita rasa seseorang tu melakukan sesuatu yang kurang enak dipandang mata, apa salahnya kita tegur secara berhikmah, tidak perlu nak mengutuk, memaki, takde faedah.
Tiap orang ada kelebihan dan kekurangan Kita kena faham yang di dunia ni ada macam2 ragam & karenah manusia, kalau semua manusia mempunyai perangai yang sama, maka takde corak kat dunia ni.
Untuk yang di maki, dikutuk dsb;
Sabar Ini penting, kalau tidak sabar, maka akan berlaku perkara di luar jangkaan, seperti pergaduhan dan bunuh diri. Its better for us to stay cool and calm coz we all already know that our prophet always patient and calm when he face obstacle.
Doa The most imprtant thing is doa. Ini senjata kita. Tiada tempat yang paling baik untuk mengadu melainkan mengadu pada DIA. Kita minta agar dikuatkan semangat, diberikan kesabaran yang tinggi.
Think positive Anggap segala kritikan itu panduan untuk kita mengubah diri kita menjadi yang lebih baik. Mungkin mereka mengkritik secara kasar, kita hadapi dengan tenang dan berubah sedikit demi sedikit menjadi yang lebih baik. Ingat, tiada sesiapa yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya.
Sedang saya menaip post kali ini, teringat saya, dahulu saya pernah ditegur rakan kerana gurauan saya yang kadangkala menyinggung perasaan, terima kasih kerana menegur, maafkan salah silap saya.
Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan! **Jutawan kerja > 70 seminggu.
Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, merekalah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja <40 style="font-weight: bold;">
**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!
**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers.
Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati.
Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
**Jutawan banyak memberi.
Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk anda!
**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan.
Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.
Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire" edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.
Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi "Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.
Hari ini seperti biasa saya akan membaca berita harian bahagaian ekonomi untuk melihat harga minyak sawit. Alhamdulillah, harga minyak sawit semakin kukuh dan meningkat dari semasa ke semasa. Lalu aku membuat sedikit kira2 untuk menentukan harga belian harian dan aku naikkan harga sawit jepada 300 se tan, semoga ini dapat meringankan beban penduduk kampung.
Tetapi ada perkara yang lebih merisaukan, keadaan cuaca yang tak menentu, menyebabkan pengeluaran kelapa sawit berkurangan. Sudah beberapa hari hujan tidak singgah di kampung saya dan sememangnya bukan sahaja di kampung saya, malah tempat lain juga begitu. Saya sempat berborak dengan orang2 kampung di kawasan lain di sekitar Batu Pahat dan Muar, nampaknya mereka juga risau keadaan cuaca sekarang. Ada sesetengah kebun mereka terbakar dek kerana cuaca sekarang yang teramat panas.
Mungkin ini ujian dari DIA. Kita sama2lah berdoa agar pintu rezeki tidak tertutup. aminnn....
Kelmarin, saya berborak bersama pelanggan sawit saya, seorang pakcik berumu 50-an. Dia bercerita mengenai anaknya. "Y, aku sanggup berhutang sane sini untuk anak aku. Biar diorang senang nak belajar. Nanti masing2 dah kahwin, lega aku. "...aku tanye lagi," ala pakcik, nanti bila diorang dah besar, diorang tolong pakcik, pakcik jangan la risau. Anak2 tu kan aset pakcik, nanti diorang berjaya, pakcik gak yang senang, kan?"...tiba2 pakcik tu cakap dengan spontan, "Aku tak harapkan duit diorang pun Y, asalkan diorang senang, aku pun senang. Diorang taknak bagi pape pon takpe, kalau bg ye aku amek, kalau tak bg ye dah, asalkan diorang hidup senang, aku pun senang..".....
ya tuhan, terkedu aku dengar perkataan yang terluah dari mulut pakcik tu.
orang tua2 ada berkata,
1 ibu, boleh menjaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga 1 ibu
Mak ayah, jaga kita supaya kita senang, tak bersusah payah seperti mereka, tapi kita kenalah membalas jasa mereka walaupun memang takkan terbalas oleh kita
Salam hari rabu kepada rakan-rakan. :-) 14 Februari...hampir menjelma, mesti ada di antara kita yang sedang merancang untuk pergi kemana2 drngan pasangan kekasih. Yelah, hari itu merupakan hari kekasih bg mereka. Mesti semua dh tahu kan sejarah 14 februari ni??? Hmm....adakah kita nak memperingati seorg kristian bernama valentine???tp tak dinafikan, negara2 arab pun terpengaruh dengan budaya ini.
Oleh itu, jika benar2 hendak meraikan hari kekasih, apa kata kita jadikan hari2 kita, setiap hari adalah hari kekasih. Lagi best!! sebab kalau yang dah berkahwin, akan sentiasa happy, bayangkanlah, bangun sahaja dari tidur, "selamat pagi sayang, selamat hari kekasih :-)"... Kalau taknak pun, apa kata kita jadikan tarikh lahir kita, tarikh kita berkenalan, tarikh perkahwinan sebagai hari kekasih....itu lagi indah bukan???
Terpulanglah pada setiap individu, apa yang baik, kita ikut, yang tak elok, jangan diikut. Saya hanya insan biasa......
Apa2 pun..kepada pasangan yang bercouple, cepat2 la kawen :-) yang dah berkahwin tu, erat2 kan lagi hubungan, jangan bercerai berai, ada problem, selesaikan segera, jgn disimpan di dalam hati nanti merana diri :-)
petikan dr mymetro rabu, 11/02/2009
Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope.
Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.
Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun.
Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan.
semalam 7/2/2009....hari menyedihkan buat keluarga sebelah ayahku,tengahari semalam, aku sedang sibuk melayan customer, tiba2 ayah aku datang dan menyuruh semua ahli keluargaku, atuk nenek, dan pakcik makcik bersiap utk ke KL..ayah tak beritahu ape sebabnye. Ayah berjumpa ku, die menyuruhku jage ofis dia, yang lain semua akan gerak ke KL kerana....sepupu ku mohd izy, terlantar di wad. Aku terkejut. Bila semua dah gerak, tinggal aku bersama ayahku. Kami akan berangkat setelah ofis tutup.
Ayah memberitahuku, sepupuku izy...telah kembali ke rahmatullah......YA ALLAH.....baru 2 minggu lepas aku menemuinya, aku melawat dia di KL, kerana dia memperkenalkn aku dengan hobi baru, drift car control, kami bermain bersama2...ya tuhan, tetapi air mataku tak mengalir, aku bertahan. Untuk pengetahuan rakan2, beberapa hari lepas, aku mimpi.....
aku berada di tanah kubur, ramai org dtg ke rumah, salah seorg dari keluargaku meninggal tetapi aku tak dpt lihat dengan mukanya, bila aku bangun dari tidur...aku tersedu2, seperti menangis, mimpi tu masih segar dlm ingatan aku, tapi entahlah...mungkin itu hanya mainan tidur ataupun petanda, aku pun tak tahu.
malam tadi..aku tutup ofis pukul 8 kerana ramai orang yang hantar sawit hari semalam, nasib baik pekerja2 ku faham keadaanku. aku pun tak berapa sehat tp aku gagahkan diri untuk ke KL. pkl 9 aku bertolak, smpai di sana pkl 11, arwah dikebumikan pkl 10...ya tuhan...tak dapat aku tatap wajahnya buat kali terakhir. Makcik ku sugul, kosong, dahulu, arwah suaminya meninggal kerana kemalangan, kini, anak keduanya pula. Bila dia turun dari van(baru balik dr tanah perkuburan), aku memeluknya, tak semena2 air mata ku yg selama ni aku tahan, akhirnya jatuh, begitu juga dengan makcik ku. ya tuhan....
aku pulang pkl 1.30 pg kerana hari ni aku buka ofis, sekali lagi aku kesorangan, sekarang, aku sedang menaip, untuk meminta belas ihsan rakan2..menghadiahkan ak-fatihah ke atas sepupu ku, izy bin md tap. Semoga rohnya di tempatkn di kalangan orang2 yang soleh. Semoga isterinya tabah menghadapi dugaan, begitu juga anaknya yang berusia baru beberapa bulan.
Izy, aku sayangkan kau, maafkan salah silapku, kau banyak membantu ku, teringat aku, kau sakat aku, kita bergurau2, aku sayang kau izy, kau anak yang baik, jika rakan2 hendak tahu, dia seorang anak yang sangat baik, setelah bekerja, dia membantu ibunya membuat kuih, pada hari sebelum kejadian, die seperti biasa, tidak cukup tidur. semasa pulang dari tempat kerja pukul 7...mungkin dia mengelak sesuatu, motornya tidak rosak teruk, tetapi izy.....hati, buah pinggang, pundi kencing, pecah.....nenek ku beritahu padaku....muka arwah ada sedikit lebam di mata...tetapi mukanya bersih sangat2............ya tuhan ...tabahkan hatiku...tempatkan Izy dikalangan orang2 yang soleh...dia seorg anak yang baik....
harap pembaca tidak tersalah erti dengan artikel kali ini...aku tak boleh selalu menangis, sebab itu aku luahkan isi hatiku...di blog ini....terime kasih kerana sudi membaca..........
kali ni saya ingin membawa diri kita semua termasuk saya yang kerdil dan tidak mempunyai ilmu yang begitu banyak ini untuk same2 kenang dan ingat kembali. Ada tak antara kita yang pernah mengatakan sesuatu tetapi tidak lakukan seperti yang diperkatakan.??? Secara jujurnya, saya pernah.
Jika anda masih tidak faham, saya beri anda contoh paling mudah, kita beritahu pada mak ayah yang kita akan belajar bersungguh2 tetapi sebenarnya kita tidak, bila tiba di tempat pengajian, kita hanya tahu bermain, duit yang diberi mak ayah dibazirkan begitu sahaja. Contoh yang lain pula, kita beritahu pada diri kita, "esok pagi aku nak solat tahajud,solat hajat, aku akan bangun pagi!!"...tetapi..bila jam loceng berbunyi, kita matikan jam itu dan tidur kembali. Contoh ke 3, ibu berkata,"along, tolong siramkan pokok bunga kat luar rumah kita tu", si anak pula berkata,"kejap ye mak, ade cerita best kat tv ni".....akhirnya sampai ke petang pokok tidak disiram. Haa, ada lagi contoh, kita beriya2 membuat jadual waktu belajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, wahhh...siap di highlight lagi tu, pastu tampal kat depan meja belajar, jeng..jeng...jeng....bila tiba waktunya, "aduh, waktu ni subjek matematik ke yang kena belajar??...alaa...dahla aku penat nih...hurm...takpelah..tangguh lain hari je la...tido lagi best.."
huhu...contoh2 yang saya berikan di atas ada di antaranya dari pengalaman saya sendiri, bukan semua ye..hehehe..
Ayah saya berpesan kepada saya, kalau nak jadi orang yang berjaya, jangan bercakap saja. Nak berjaya kene cakap lepas tu buat. Kebanyakan orang yang gagal, mereka gagal kerana hanya tahu bercakap tapi taktau nak buat kerja. Hmm...btul juga kata2 ayah saya.
Lebih2 lagi pemimpin, tidak kiralah pemimpin apa, waktu pilihanraya menabur janji itu ini untuk menarik perhatian pengundi, tetapi apabila telah dipilih, satu janji puin tidak tertunai.
Pemimpin pada diri sendiri pun kena begitu, bila kita cakap pada diri kita yang kita nak jadi orang yang berjaya, takkanlah kita nak duduk rumah goyang kaki, tido, makan, tido, lepak2 di warung??? Sampai ke tua pun takkan berjaya... Nak berjaya, kena ada usaha. Tetapi kawan2, bila kita nak nak capai kejayaan itu, mmg bukanya mudah, saya pun sedang berusaha memperbaiki diri.
Apa-apa pun, sama-samalah kita termasuk diri saya ni ubah diri. Kalau dulunya kita hanya bercakap tanpa berbuat apa2, sekarang ini kita bercakap, dan kita buat. I mean kalau kita berazam nak jadi orang yang berjaya, perlakuan kita hendaklah seiring dengan azam kita.
tiada yang boleh mengubah diri kita selain diri kita sendiri yang mengubahnya. :-)
Maaf dipohon kepada rakan2 kerana telah terlalu lama saya tidak mengupdate blog yg tidak seberapa ini. Minggu lepas saya berada di rumah saudara untuk beberapa hari...kemudian setelah pulang ke rumah, saya menguruskan kebun2 milik ayah saya. Ayah membawa 2 pekerja indonesianya meracun, saya pula bersama 2 org lagi pergi membaja. Pekerjaan membaja pokok sawit ni mmglah mudah kerana saya menggunakan baja tabur tetapi bilangan kebun yg agak banyak membuatkan saya benar2 letih dan tiada mood untuk online..maaf yer kawan2....
Seronok bekerja dengan pekerja indonesia ni, banyak pengalaman yang mereka kongsikan dengan saya.
Ketika sedang membawa lori ke kebun ayah, kami berborak dan salah seorang daripada pekerja indonesia ini memberitahu bahawa di Malaysia ini senang, banyak mesin, nak bersihkan kebun pun senang. Di indonesia kebanyakanya menggunakan cangkul dan kapak untuk membersihkan kebun2. Mungkin kata2 itu terkeluar kerana dalam perjalanan ke kebun ayahku, kelihatan kebun2 yang semak tidak terjaga. Mereka memberitahu jika diberikan kepada mereka, insyaALLAH mereka akan kerjakan sehabis baik.
Walaupun saya yang mengupah mereka, tetapi saya tetap turun padang membantu mereka membaja kebun. Saya lebih suka bekerja kampung kerana inilah darah saya. Walaupun penat, saya merasa sangat tenang kerana dapat menghirup udara kebun yang menghijau yang tidak terdapat di kebanyakan bandar2 besar yang kononya membangun tetapi tidak mementingkan sistem ekologi kita. Ya tuhan...nikmatnya.
Dalam masa 3 hari, 15 kebun berjaya dibaja. Alhamdulillah, walaupun kawasan setiap kebun agak luas, kami berjaya menyiapkan tugas kami. pekerja indonesia ku memberitahu, kita kena siapkan kerja sehabis baik kerana tujuan mereka ke Malaysia adalah untuk berkerja, mencari rezeki yang berkat dan halal.
Baru aku faham mengapa ramai majikan mengambil pekerja indonesia untuk bekerja bersama mereka. Mereka tidak memilih gaji dan pekerjaan, apa yang penting rezeki yang halal dan dapat menampung hidup mereka dan keluarga mereka di seberang sana...
Tidak kiralah siapa kita...indonesia...malaysia...myanmar...thailand...apa jua...lakukanlah sesuatu itu dengan ikhlas....
Hire the best people, and don’t trust them! (Buku Think Big, ms 154)
Donald Trump menceritakan pengalaman dirinya dan juga kenalan ahli perniagaannya yang melakukan kesilapan mendapatkan peguam terbaik, accountant terbaik, pekerja terbaik dan mempercayai mereka. Apa yang terjadi adalah, mereka menikam dari belakang.