nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, January 4, 2013

Dividen ASB 8.9%, jom belanje aku makan.

Bismillah...
Selamat pagi kengkawan semua. Aku rase segan pulak sebab lambat sangat nak update pasal dividen ASB ni. Sebab aku rasa semua dah tahu yang tahun 2012 yang lepas, kadar dividen ASB naik kepada 8.9% berbanding dividen ASB tahun 2011

Tak sia-sia la makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang sanggup beratur masukkan duit dalam akaun ASB diorang. Kenape aku cakap pakcik makcik jer? sebab jarang aku nampak budak muda masukkan duit dalam akaun ASB. Aku fikir baik jer, mungkin budak-budak muda lebih suka masukkan duit dalam akaun simpanan sebab senang nak cucuk keluar duit diorang bila nak belanje awek-awek nanti.

gambar: buku ASB. sumber

Kalau yang baru kahwin, ataupun bakal berkahwin, ape kate siap-siapkan akaun khas untuk anak yang bakal lahir nanti. Sebulan masukkan RM100 dalam akaun ASB pun takpe. Kalau yang berkemampuan, 1 bulan beli 1 gram emas lagi cantik. Bak kata orang jawa, kalau melabur tu jangan satu tempat jer, don't put ten eggs in one basket. Terpulang kepada setiap individu. Kita pun tak tahu berapa kos hidup kita di masa akan datang kan? Kalau takmau anak-anak kita nanti menanggung hutang PTPTN, boleh la kita yang bakal menjadi bapa mungkin 2 3 tahun lagi ni, menabung untuk masa depan diorang, tak salah kan? 

Tahun ni umur aku dah 25 tahun. Jadi aku dah tak boleh nak terlalu main-main lagi. Korang pon same tau. Ape kate kita tambah 1 lagi azam kita tahun baru ni. 1 bulan kita masukkan RM100 dalam akaun ASB. Simpanan ni jangan usik. Teruskan menyimpan RM100 setiap bulan sehingga anak kita masuk tadika. Lama kan cabaran ni? Tapi kita akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. InsyaAllah.

Setakat sini je lah coretan dari aku. Salah silap aku mintak maaf. Sila beri teguran membina. 

Di bawah ni adalah petikan dari Harian Metro, kalau rajin, bacelah.

Dividen ASB lebih tinggi

KIRA-KIRA 7.82 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima durian runtuh apabila Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, agihan tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Tahun lalu ASNB mengeluarkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit.


Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011.

“Kadar bayaran kali ini adalah tertinggi bagi lima tahun iaitu tujuh sen pada 2008, 7.30 sen (2009) dan 7.50 sen (2010), Peruntukan bagi bayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM712.21 juta berbanding RM600.4 juta tahun lalu,” katanya ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata, sehingga 19 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion di mana pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.8 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar.



“Pendapatan daripada keuntungan jualan saham pula menyumbang sebanyak RM2.68 bilion atau 31.38 peratus dan selebihnya RM1.06 bilion (12.41 peratus) adalah daripada lain-lain pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, setakat ini, untuk 2012, PNB sudah membayar sebanyak RM11.4 bilion kepada pemegang unit bagi semua skim yang ditawarkan.


“Tahun ini jumlah baru pemegang unit adalah seramai 543,000 bagi semua skim dan 472,821 pemegang unit ASB,” katanya.

Untuk tahun depan, katanya, memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22

2 comments:

Anonymous said...

Betul lahh. Kene menabung dari skrang. . Umur la makin banyak.

Nadia Johari said...

nad pun menyimpan gak kat asb..huhu..bgus simapn ni

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan