salam semua. maaplah lambat update hari  ni. macam biase lah. kalau otak tengah serabut agak sukar nak menaip  bahase yang sopan2 hehe. anyway entry pertama hari ni nak story sikit  pasal konvoi team budak kampung dan team pm johor club mase 1 mei hari  tu. korang jangan salah paham pulak yer,blog aku ni bukan blog rasmi  team budak kampung. team budak kampung tertubuh pun sebab mase tu tengah  autoshow,then ade sorang hambe Allah tu cakap,"wahhh,budak kampung pon  ade motor cantek macam ni yer." maka dengan itu tertubuh la team budak  kampung yang maseh belom official lagi. 
ok  cukup2. nak dipendekkan cerite,bebudak kampung ni dah pening kepale tak  tau nak pergi mane mase hari pekerja tu. takkan nak dok terbongkang  atas katil membela lemak yang memang telah tersedia tepu di perot. so  kitorang dari team budak kampung dan juga team pm johor club telah  bersepakat untuk konvoi ke hutan lipur sungai bantang,bekok,johor.  tujuannye adelah ingin mengeratkan lagi silaturrahim di samping  berkongsi idea mengenai kapcai maseng2. tujuan lain pula adalah untuk  bermandi manda membasahkan rambut yang dah 2 minggu tak basoh.
macam  biase lah. pagi tu dah gerak. ade yang sebelom subuh pun dah  kumpol,semangat punye pasal hehe. sepanjang perjalanan pergi dan pulang  tiada masalah ape2 kerana masing masing bawak amatlah sopan mengalahkan  wak mejo yang membawa basikal. biaselah,kami menyahut seruan  kerajaan,"tunggang,jangan tunggang langgang". hehehe. kalau korang  tengok video tu mestilah tak nampak aku kan?aku bukan takmau bawak  motor,motor aku ni antara motor paling slow,maklumlah,motor honda petak  je. huhu. 
ape2  pon konvoi kali ni memang happening kerana semua enjoy walaupon ade  yang gatal2 kulit sebab air terjun tu,biaselah...kita kat bawah,orang  yang kat atas tu dah macam2 dok buang agaknye kan hehe. semoge lepas ni  team budak kampung dan team pm johor club dapat bergabung lagi dalam  menjayakan aktiviti2 yang berfaedah. teringin aktif macam team mylamoc tapi masih jauh perjalanan kami. 
4 comments:
wargh.. air terjun bekuk...
sangat jeles yew...
balik nak pujuk mak ayah g hujung minggu... hahhaha
wah..gambo jantan rebutan nih..kakkakkak~~
bestnya p kOnvOi...jeles!
dah mcm barisan pelakOn tambahan cite Hikayat MerOng Mahawangsa lak...hehehehe
wuhuuu!! yg nie la aku tunggukan ...
Terrrbbaaaiiikk wok!! jejaka jamban Budak Kampung yg masih ganteng2...
nak no tepon minx kat Y... ehhehe...
Post a Comment