assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
Bilakah kali terakhir anda mempelajari cara bersolat dengan betul? Saya pasti kebanyakan kita akan menjawab semasa tadika atau sekolah rendah. Ketika itu, mungkin kita hanya mengikut bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh ustaz ustazah tanpa melihat dalil-dalil secara terperinci. Dan sesudah berapa lama kita meninggalkan zaman itu, maka mungkin solat kita mulai tersasar daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya kita menyemak semula solat kita dan mulai mempelajari solat berdasarkan dalil-dalil itu sendiri secara terperinci. Marilah kita memastikan solat kita benar-benar menyamai baginda sebagaimana sabdanya: "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat"
Bilakah kali terakhir anda mempelajari cara bersolat dengan betul? Saya pasti kebanyakan kita akan menjawab semasa tadika atau sekolah rendah. Ketika itu, mungkin kita hanya mengikut bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh ustaz ustazah tanpa melihat dalil-dalil secara terperinci. Dan sesudah berapa lama kita meninggalkan zaman itu, maka mungkin solat kita mulai tersasar daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya kita menyemak semula solat kita dan mulai mempelajari solat berdasarkan dalil-dalil itu sendiri secara terperinci. Marilah kita memastikan solat kita benar-benar menyamai baginda sebagaimana sabdanya: "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat"
1. Menghadap Sutrah (Pembatas)
Dari  Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila  salah  seorang dari kamu mengerjakan solat, hendaklah ia letakkan  sesuatu  dihadapannya. Jika ia tidak menemukan sesuatu hendaklah ia  menancapkan  tongkat. Jika ia tidak membaca tongkat hendaklah ia menarik  garis  kemudian apapun yang lewat dihadapannya tidak akan merosakkan   solatnya". (HR Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan  Ibnul Madini)
2. Merapatkan saf
Dari Nu'man bin Basyir, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Rapatkanlah saf-saf kalian, atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian saling berselisih (berpecah belah)." (HR Muslim)
3. Angkat takbir setentang dengan bahu atau telinga
 Dari   Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW mengangkat kedua tangan beliau   setentang bahu apabila membuka solat. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari   Malik bin Al-Huwairits bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau   mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)
4. Sedekap di dada
 Dari   Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi, ia berkata: "Kaum muslimin diperintahkan   untuk meletakkan tangan kanan mereka di atas tulang hasta sebelah kiri   mereka dalam solat"
Dari  Waails, berkata: "Aku melihat  Rasulullah sallallahua'laihiwassalam  apabila berdiri dalam solat  meletakkan tangan kanan beliau di atas  tangan kiri beliau" (Hr Abu Daud  dan An-Nasa'i)
Dari  Waail bin Hujr, ia berkata: "Aku  mengerjakan solat bersama Rasulullah,  beliau meletakkan tangan kanan di  atas tangan kiri dan meletakkannya di  atas dada" (HR Ibnu Khuzaimah di  dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)
5. Rukuk dengan sempurna
 a. Meratakan tulang belakang ketika rukuk
Dari   Wabishah, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan   solat. Apabila rukuk, beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah   diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah". (HR Ibnu  Majah  dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)
b. Tangan diletakkan di lutut, jari jemari direnggangkan
Dari   Abu Humeid, ia bercerita tentang sifat solat Rasulullah SAW: "Apabila   beliau rukuk, beliau meletakkan kedua telapak tangan dengan kukuh pada   kedua lutut beliau dengan merenggangkan jari jemari beliau". (HR Abu   Daud)c. tidak mendoangakkan atau menundukkan kepala
"Rasulullah SAW tidak mendongakkan kepalanya dan tidak pula menundukkannya."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)
6.Sujud dengan sempurna
a. Posisi sujud dengan tujuh anggota iaitu dahi (termasuk hidung, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki
Dari   Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan   tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke  hidung  beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki"   (Muttafaqun 'alaih)
b. Hidung di cecahkan ke tempat sujud
Dari   Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan   tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke  hidung  beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki"   (Muttafaqun 'alaih)
c.  Telapak tangan di ratakan  ke lantai dengan membentangkan kedua telapak  tanganya, tidak  menggenggam jari jemarinya dan tidak pula  merenggangkannya.
At   tirmidzi berkata: 'Cara seperti inilah yang dipilih oleh para ahli   ilmu" - Kitab Al-Mumti', Nailul Authar dan lain2 (sila rujuk buku   Sifatus Solah bil dalil wa ta'lil oleh Syaikh Muhammad bin Salih bin   Sulaiman Al-Khazim)
d. Siku dinaikkan
"Baginda   mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkan dari rusuknya   sampai warna putih kedua ketiak baginda terlihat orang di belakangnya"   (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik, dari  Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua  lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana  anjing menghamparkan kaki depannya)."(Hadis diriwayatkan oleh jama'ah  kecuali An-Nasa’i)
e. Kedudukan kaki semasa sujud hendaklah dirapatkan, diteggakkan dan jari jemari di hadap ke arah kiblat
Syaikh   Muhammad Bin Utsaimin berkata: "Adapun kedua telapak kaki keduanya   harus dirapatkan, dasarnya adalah hadis 'Aisyah, ia berkata: "Ketika aku  kehilangan Rasulullah, tanganku meraih kedua telapak kaki beliau  sewaktu beliau sedang sujud" Kemudian  Syaikh Muhammad Bin Utsaimin  menjelaskan: "Satu tangan tentu tidak  boleh meraih kedua telapak kaki  kecuali bila keduanya dirapatkan."  (Al-Mumti')
Di   riwayatkan oleh Abu Humeid radiallahuan tentang sifat solat Nabi,:   "Apabila sujud beliau idak membentangkannya dan tidak pula   menggenggamnya, dan beliau menghadapkan hujung-hujung jari kaki beliau   ke arah kiblat". (HR Bukhari)
7. Duduk antara dua sujud
a. Menegakkan kaki
Dari   Abdullah bin Umar, ia berkata: "Termasuk sunnah dalam solat ialah   menegakkan kaki kanan dan menghadapkan jari jemarinya ke arah kiblah   lalu duduk di atas kaki kiri". (HR An-Nasa'i dan Abu Dawud dan   disahihkan oleh Al-Albaani)
b. Meletakkan kedua tangan di atas paha dan hujung-hujung jari tepat di atas lutut.
Hendaklah   ia meletakkan tangannya di atas paha dengan hujung-hujung jari tangan   pada lututnya. Atau meletakkan tangan kanan di atas lutut kanannya seta   tangan kiri di atas lutut kirinya, seolah-olah menggenggamnya. (Lihat   Sisat Solat Nabi. Hlm. 40)
8. Duduk tasyahhud
a. Isyarat tasyahud dengan ibu jari dan jari tengah membentuk bulatan. Jari telunjuk di naikkan dan dibengkokkan sedikit
"Nabi   SAW meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan   mengembang, tetapi baginda menggenggam semua jari tangan kanannya dengan   mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke   telunjuknya" (HR Muslim)
9. salam dlm solat sabda nabi "Dihalalkan setelah mengakhirinya (solat) dengan mengucapkan salam." [riwayat al-Hakim & az-Zahabi]
sumber:
buku Sifat Solat Nabi, http://www.docstoc.com/docs/3856248/Sifat-Solat-(Sembahyang)-Nabi
http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/mencontohi-solat-rasulullah.html
buku Sifat Solat Nabi, http://www.docstoc.com/docs/3856248/Sifat-Solat-(Sembahyang)-Nabi
http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/mencontohi-solat-rasulullah.html
terima kasih Aizudin!!!

1 comment:
saye suke entry ini
-wak-
Post a Comment