assalamualaikum dan selamat hari raya dari kami geng budak kampung yang  segak lagi bergaya walaupun bangun pagi jarang-jarang gosok gigi heh!.  agak lama jugak blog budak kampung ni bersawang tak ber update.  almaklumlah, bulan puasa yang lepas, geng-geng budak kampung menumpukan  masa beribadat (opo yo??abes motor sape kat celah2 semak di bulan puase  hari tu keh4). semoga puasa kita dan amalan kita diterima tuhan. aminn
 gambar: yamaha X1R Iwan Boll
raya tahun ini, tatkala orang ramai sibuk dengan peti ais baru, meja   baru, kerusi baru dan bini baru, geng-geng budak kampung pulak sibuk nak   pasang body baru untuk jentera berkuda masing-masing. oleh kerana geng   kami ni ramai yang bawak motor Yamaha 135LC, maka masing-masing sibuk  ke  Johor Bahru dan juga Kuala Lumpur untuk mendapatkan body set X1R ni. 
 gambar:  Yamaha 135 LC convert to Yamaha X1R
walaupun harga body set siap wayar semua mencecah hampir dua ribu, namun   demi memenuhi minat masing-masing, maka terpaksalah pecahkan tabung   kelapa bank pertanian malaysia tu huhu. walaupun masing-masing penat   dengan kerja ditambah lagi dengan cuaca panas di bulan puasa, itu semua   tak mematahkan semangat geng budak kampung untuk meng 'convert' yamaha   135 LC diorang ke yamaha X1R. 
  dari kiri: X1R Apeng, Iwan Bol, Pie Lucah dan Ap
aku dah cuba google mengenai motosikal  X1R yang menjadi kegilaan remaja  ni, tapi tak banyak maklumat yang aku  dapat. aku pun pelik, kenapa motor  ni tak masuk ke pasaran Malaysia.  aku rasa kalau motor ni masuk pasaran  Malaysia, motor Yamaha 135 LC tu  orang trade in kot huhu. motor X1R ni  kalau korang tengok, lebih kurang  sama dengan 135 LC cuma kelainan yang  ketara terletak pada dada  hadapan dan juga handle. aku nak ulas panjang  lebar pun tak bape nak  pandai. ape kate korang tengok je gambar yang aku  sediakan tu dan  bandingkan sendiri. 
kalau korang nak tanye pasal X1R ni boleh la ke facebook iwan bol OK!! 
WALAU GANAS MANA PUN MUKA, EJOZ DAN JENTERA,
KITE TETAP RIDER YANG HORMAT ORANG TUA,
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. 




5 comments:
bape rm nak convert body x1r
Boleh tahu tk kat mne nk dpt body part die.nk cnvert gaklah.smart lelehh
Bro klu nk salin complete modal brp bro klu ade yg nk jual ke ape tlg bgtw yea bro..area jb permas..0167845745 balan..thanks bro...
Bro klu nk salin complete modal brp bro klu ade yg nk jual ke ape tlg bgtw yea bro..area jb permas..0167845745 balan..thanks bro...
Cover set x1r area jb...pm
(0108833042)
Post a Comment