selamat tengahari diucapkan kepada pembaca setia blog yang banyak mengarut ni. korang semua dah makan tengahari? pergi kerja naik ape hari ni? motor? baik-baik, kat tempat aku dah mendung ni. jangan lupa bawak baju hujan, kang basah kuyup kena hujan demam pulak. motosikal, ya! kenderaan yang menjadi kegemaran mereka yang tidak suka menempuh kesesakan jalan raya. tetapi tahu kah kita, siapa yang mencipta motosikal? bila aku cari di laman web, banyak sumber dan banyak juga perdebatan mengenai siapakah mereka yang mencipta motosikal. apa-apa pun jom tengok sejarah macamane terciptanya motosikal yang kita naiki hari ini.
enjin berkuasa wap
Dalam tahun 1867 seorang Amerika bernama Sylvester Howard Roper telah  mencipta sebuah kenderaan dua roda yang dipancu engine wap 2 selinder.  Kerana ia enjin berkuasa wap bermakna ada dandang dan juga bahan api  (kayu atau arang batu), roda tenaga yang besar dan lain lain lagi.  Sesiapa yang pernah bekerja di kawasan yang ada dandang akan tahu betapa  panas sekitarnya dan cuba bayangkan dandang ada atas motosikal. Roper  tidak memanggil kenderaan yang dicipta sebagai motosikal. Malah dia  tidak memberi sebarang nama pada ciptaan tersebut. Malah persamaan  ciptaan Roper dengan motosikal hari ini adalah roda. Satu di depan dan  satu di belakang. Kerana ia tidak menggunakan enjin sebagaimana kita  tahu hari ini maka ramai yang tidak mengiktiraf Roper sebagai pencipta  motosikal.
 Otto Cycle
18 tahun selepas ciptaan Roper pada tahun 1885 di negara Jerman,  seorang yang bernama Gottlieb Daimler telah mencipta sebuah kenderaan  dua roda yang di pancu enjin ciptaan seorang lagi dari Jerman iaitu  Nicolaus Otto. Otto di kenali sebagai pencipta enjin ‘Otto Cycle’ atau  apa yang kita kenali sekarang sebagai enjin 4 lejang. Tapi harus  dinyatakan bahawa bahan api yang diguna Daimler bukan petrol seperti  sekarang ini tetapi bahan api berbentuk gas. Untuk mengimbang kenderaan  yang dicipta, Daimler menambah dua lagi roda iaitu di kiri dan kanan  supaya kenderaan tidak terbalik. Disebabkan ini, ramai pula yang  menyangkal motosikal itu ciptaan Daimler. Tambah pula Daimler menumpu  usaha dalam memajukan kereta selepas ciptaan pertamanya.
Tetapi ramai yang akan mengatakan bahawa kenderaan dua roda bukan  baru semasa Roper atau Daimler mencipta kenderaan mereka. Kenderaan dua  roda telah ada sejak tahun 1800 lagi. Ia itu apa yang dikenali sebagai  kuda kayu.
Kenderaan in mempunyai 2 roda (satu depan dan satu belakang) dan  pemandu duduk atas kenderaan ini seperti mana kita sekarang menunggang  basikal atau motosikal. Bezanya cuma ia tidak ada enjin.
 kuda kayu
Untuk bergerak pemandu akan mengunakan kaki mereka menolak kenderaan  tersebut. ‘Kuasa bagi bergerak dan juga untuk berhenti. Adakah ini  moyang kepada motosikal kita hari ini? Ilustrusi menunjukan bagaimana  kaki diguna untuk mengerakkan kenderaan.
Engkol dan pedal ditambah kemudian. Malah rantai yang masih digunakan   pada basikal dan motosikal hari ini, telah digunakan  se-awal tahun  1869.
Pada awal abad ke-20 banyak pembuat basikal telah memberi pilihan  kepada pelanggan mereka dengan menyediakan enjin sebagai ganti pedal.  Enjin yang diguna dirujuk sebagai motor dan maka terciptakah perkataan  motosikal kerana untuk menyebut basikal berenjin (motorized bicycle) terlalu panjang.
Walaupun ciptaan-ciptaan awal terlalu rumit dan tidak praktikal tapi  harus diingat bahawa ciptaan tersebut telah membuka minda manusia untuk  mencipta sehingga apa yang kita ada hari ini. Roper dan Daimler juga  harus diberi pengiktirafan atas ciptaan mereka.



2 comments:
kalau takda motor.. macam mana agaknya??? cuba bayangkan...ekkkk
ni musti penggemar giler2 motosikal..
Post a Comment