KR1M sumber gambar
assalamualaikum wa rohmatulloh,
pada 15/10/2011 yang lepas (baru hari ni ko nak bagitau?) aku telah menghantarkan surat (email la) kepada www.kedairakyat1malaysia.com.my  mengenai cara-cara memohon membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan berapa banyak modal yang diperlukan. berikut merupakan maklum balas dari pihak KR1M.
Salam Sejahtera En Irwan,
Terlebih  dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas surat yang  dikirimkan melalui email ini serta sokongan terhadap Kedai Rakyat  1Malaysia. Untuk makluman encik, pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia telah  diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri bagi meringankan beban golongan  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar utama negara.  Dalam konteks ini, MYDIN telah diberi peluang untuk menjalankan operasi  perniagaan serta mengendalikan rantaian pembekalan (supply chain).
Berkenaan  hasrat encik, program KR1M baru sahaja di umumkan oleh pihak KPDNKK.  Justeru ia masih di peringkat perancangan awal lagi. Sebaik sahaja pihak  KPDNKK mempunyai informasi yang lengkap & terbaru kami akan  mengumumkan di laman web atau Facebook. Untuk pengetahuan encik, model  Kedai Rakyat ini memberikan penekanan utama terhadap matlamat  Tanggungjawab Sosial Korporat. Ia juga tidak berlandaskan keuntungan,  sebaliknya menyediakan barangan pada harga yang rendah kepada rakyat.
Walau bagaimanapun, sila layari laman web atau Facebook kami untuk perkembangan baru.
Sekian, Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya.
video Kedai Rakyat 1Malaysia

2 comments:
bagus jugak kalau ade kedai 1 malaysia neh kat parit jawa~ :D
fuh,iklan dia mantoppp tu
Post a Comment