dari irwan miswan
Monday, December 29, 2008
thanx to my dad!!love you dad....perjuanganku direstui
semalam....detik yang amat gembira buatku....aku memberikan sepucuk surat yang aku tulis kepada ayahku..dalam surat itu terkandung segala isi hatiku...aku mohon maap kerana tidak memberitahunya yang aku tidak berhenti tapi menangguh pengajianku.......selang beberapa jam...ayahku berjumpaku dan menyatakan,die merestui aku belajar....kami berpelukan....masing2 mengeluarkan air mata....
bermula pertengahan 2009 aku akan mula sibuk kerana isnin hingga ahad aku akan membantu ayahku menguruskan perniagaanya dan pada sabtu dan ahad pula,aku akan belajar di shah alam...mengambil pendidikan jarak jauh...tp belum pasti di shah alam atau di tempat lain......apa yang penting ayahku dah merestui aku....
plan aku untuk 2009 belum ku temui....apa yang aku boleh katakan...sempena awal muharram ni dan untuk thn 2009 juga...aku akan berusaha jadikan diri aku...yang terbaik....drpd 2008....apa yang penting sekarang,aku ingin bahagiakan family aku.....
aku sentiasa pegang kata-kata dr seorg pakar motivasi terkemuka,
"kalau kita tidak hebat,macamana kita nak jadikan orang2 disekeliling kita menjadi hebat??"
kata-kata ayah juga sentiasa aku pegang,
"hidup jangan berlagak dan bermegah-megah"
ayah...terima kasih....kerana merestui ku
terima kasih tuhan...kerana makbulkan doaku
pintaku kini...KAU berilah aku kekuatan untuk berbakti pada orang tua ku
aminnn
Friday, December 26, 2008
pelanggan adalah raja!!!
tetapi yg amat menyedihkan....ada segelintir peniaga yg menjalankan perniagaan sambil lewa.....ada yg tidak mnjaga hati pelanggan...produk tak berkualiti...dan macam2 lagi....
aku pun bukannya sepandai donald trump, tetapi jika nak berniaga....kita kene bayangkan kita ni pelanggan dan cube kita fikir...jika kita pelanggan,ape yg kita mahukan dr produk dan peniaga itu sendiri.....teruskan bacaan anda....jika terdapat kesalahan & kesilapan harap dimaafkan.....sekadar ingatan pada diri aku dan kawan2 yg ingin berniaga....
high quality
jika kita pelanggan,kita mahukan brg dan perkhidmatan yg berkualiti bukan???
ada sesetengah peniaga jual brg dgn harga yg murah....
xsemestinya brg yg murah, xberkualiti
xsemestinya brg yg mahal berkualiti
jadi sebagai pengguna...ape yg penting adalah kualiti dan harga yang berpatutan....contoh plg sng soket elektrik....sy penah tertipu...sy beli yg ada sirim...tp xsmpai sebulan hancur...harganya agak mahal.....sy beli lg di kedai yg lain...yg ada cop sirim dan berjenama....gune di tempat yg sama dan tahan......
peniaga cina kedai ni memberitahu...kalau soket tu berat n ade sirim...itulah yg selamat digunakan dan biasenye yg ade jenama n jaminan 1 or 2 taun....harganya pown lebih kurang dgn yg sebelum ni sy beli...
kita dpt lihat kan....kita dapat lihat peniaga ini melayan kita dengan baik...dia menawarkan produk yg berkualiti....mmg ramai pelanggan yg dtg ke kedai ini....
perkhidmatan yg baik
jangan lupe geng....perkhidmatan yg hendak kita berikan kepada customer,mestilah perkhidmatan yg terbaik...customer akan lebih berpuas hati dan akan menghebahkan pada kawan2 mereka yg laen bahawa perkhidmatan kita mmg first class....
sebagai contoh......zaman sekrg mmg tak dinafikan 'kepantasan' merupakan suatu perkara yg penting....sebab tu jika kita lihat dahulunya.....bank tiada mesin atm...mesin cash deposit pon takde...tp sekarang,utk memberikan perkhidmatan yg terbaik,mereka memperkenalkan mesin cash deposit dan atm untuk memudahkan lagi pelanggan berurusan dgn mereka...
seperti saya...saya menggunakan cimb clicks utk urusan pembayaran bil.......
jadi fikirlah apa perkhidmatan yg anda hendak berikan pada pelanggan anda dan berikan yg terbaik kerana pelanggan adalah raja.
harga yang lebih rendah
ini pun penting....ada sesetangah peniaga menjual sesuatau barangan terlalu mahal kerana inginkan keuntungan yang lebih cepat....percayalah...anda silap!!!...anda akan gagal jika ingin mengaut keuntungan dengan cara ini....jika kita pengguna..kita semestinya memilih barangan yang sama kualitinya yang harganya lebih murah...ingat...biar sedikit keuntungan yang kita dapat dari sesebuah barangan tetapi keuntungan yang kita perolehi adalah berpanjangan kerana pelanggan akan tertarik membeli barangan kita yang lebih murah...
maaf andai tips yang diberikan hanya sedikit tetapi biarlah sedikit tetapi diaplikasikan....semoge kita sama-sama berjaya.....
Thursday, December 25, 2008
Email SPAM menggunakan nama “Irfan Khairi”
salam pada kawan2...aku tergerak untuk mengambil post dr irfan khairi sebab baru sahaja semalam aku mendapat emel spam ni.....harap2 kawan2 aku yg lain kat luar sana tak tertipu dengan email spam yg menggunakan nama irfan khairi......kalau ade antara kamu yang nak membaca tips2 dari saudara irfan khairi...sila klik di sini.
Posted by Irfan Khairi under Perniagaan Internet , Bincang-bincangSejak kebelakangan ini berlaku penyebaran email SPAM di Internet menggunakan nama saya sebagai penghantar email mempromosikan skim membina jaringan networks sambil mendapat pendapatan.
Harapnya, anda TIDAK MEMPERCAYAI email sedemikian oleh kerana saya tidak pernah pun melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan anda mencari network atau downline melalui Internet.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.rahsiainternet.com/penting.htm untuk kes-kes yang sering berlaku yang menggunakan nama saya.
Sering kali juga saya mengambil tindakan undang-undang untuk menangani isu ini dan pemilik perniagaan akan dikenakan tindakan.
Contoh email spam yang menggunakan nama saya:
====================
From: irfan khairi
Sent: Tuesday, December 23, 2008 8:52:29 PM
Subject: ((BARU)) RM50 JE.SETIAP HARI DAPAT RM300 - RM1000
Salam
Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf atas kehadiran email ini.Hanya sekadar untuk berkongsi sahaja.
Sekiranya anda tidak ingin menerima email ini lagi sila sekat email irfan121212@gmail.com
Setiap hari saya mengutip purata RM300 - RM1000 sehari terus ke Akaun Maybank saya.
sila lihat bukti bayaran terkini 22/12/08 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
saya baru je join pada 6/12/2008 dah dapat RM17,700.00 (lihat id mentor dalam xxxxx)
klik disini untuk lihat bukti
klik sini utk daftar
Tertekan dengan masalah kewangan yang membelengu diri, saya nekad untuk mencuba menyertai xxxxx melalui emel yang dihantar oleh seorang kenalan memandangkan risikonya amat rendah (iatu modal Cuma RM50)
Pada hari pertama saya Join saya dapat SMS dari upline yang menyatakan dia telah menyusun downline dibawah ID saya dan saya menyemak akaun maybank saya. Alhamdulillah, hari pertama sahaja saya dah balik modal!!!!
Kini saya tidak lagi teragak - agak nak berbelanja takut bajet lari, hutang JPA masa saya belajar dulu pun dah dapat saya settlekan.
Bila dah macam ni, Barulah saya Terfikir Mengapa Irfan Khairi sukakan perniagaan Internet…
Ia betul2 Menjadi dan Memang Internet Sungguh berkuasa!
So, kepada Anda yang berminat untuk menyertai kami di xxxxx untuk cari duit lebih, sila aktifkan akaun anda segera melalui laman web berikut:
Selepas anda membuat pendaftaran dan mengaktifkan ID anda, secara automatik saya akan dapat tahu anda berada dibawah group saya melalui e-mail yang dihantar oleh Admin
xxxxx.
DALAM RANGKAIAN SAYA,
(ANDA DIBERI PILIHAN)
PLAN A - JADI NETWORKER YANG AKTIF SEPERTI SAYA
ANDA AKAN MENJANA SEHINGGA RM51,900 BAGI SATU AKAUN
PLAN B - ‘SLEEPING PARTNERS’
JOINT DAN DUDUK DIAM-DIAM, TAPI MASIH BOLEH DAPAT INCOME..BIAR SAYA YANG CARIKAN DOWNLINES UNTUK ANDA.
SETIAP HARI SAYA MENERIMA PURATA 6 – 10 PENYERTAAN BARU UNTUK DISUSUN DAN DIATUR. IA BERGANTUNG SECEPAT MANA ANDA BERTINDAK UNTUK MENDAFTAR DAN SAYA AKAN SUSUNKAN DIBAWAH ID ANDA UNTUK SEGERA ANDA BALIK MODAL DAN BINA NETWORK ANDA.
(Nota: Sesiapa yang menyertai group kami juga akan diberikan cara bagaimana untuk mendapatkan BERIBU - RIBU e-mail list bagi mempromosikan ID anda melalui Yahoo Groups)
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!!
KELEBIHAN
1. New babies. Biz ini TIDAK akan menjadi TEPU!!!! (klik FAQ web untuk detail)
2. Spilover (Limpahan keluar). Dengan formula (SLEEPING PARTNERS) ini, tanpa menaja tapi masih boleh dapat income.
SETIAP HARI, BERPULUH - PULUH orang di SELURUH NEGARA join ekoleksi.com. ( cuba lihat disebelah kiri web xxxxx bhgn ‘Latest Member’ tiap- tiap jam ada sahaja penyertaan baru yang masuk.). Jangan tunggu ramai orang dah masuk baru nak aktifkan ID, kerana bila network dah jd besar dan berkembang ID anda akan terkebawah!!!
“Dunia bisnes internet, baik yang berupa penjualan produk ataupun perkhidmatan adalah suatu yang baru dalam budaya bisnes kebanyakan bangsa didunia. Masyarakat di negara kita juga kurang faham, menjadi takut dan bimbang untuk berurusan bisnes melalui internet. Kita tidak perlu menunggu orang lain untuk merintis jalan melaksanakan bisnes internet. Anda perlu mengambil inisiatif, melangkah terus menguasai dan memahaminya dan keyakinan serta tindakan positif, anda akan berjaya kelak. Dunia adalah pasaran. Pasaran dunia memberi dimensi baru dalam bisnes internet.”
Robert Kiyosaki: “orang terkaya di dunia membina network, tapi orang lain hanya mencari kerja.”
====================
Semoga anda tidak percaya email-email sebegini dan pesan-pesanan kepada kenalan anda yang terima email sebegini.
Actually saya pun percaya, pembaca-pembaca tip Satu Minit, semuanya tahu kalau email macam tu bukan dari saya
Selalu yang tertipu dengan benda-benda camni adalah orang yang takde latar belakang Internet dan juga tidak kenal saya. Mereka yang mudah tertipu juga yang sering percaya buat duit ni senang!
Jadi golongan yang mudah tertipu sebegini pastinya bukan pembaca Tip Satu Minit kan?
Wednesday, December 24, 2008
ramai akan diberhentikan kerja??
kepada geng2 yg belum membaca surat khabar pada hari ni....saya tertarik dan terkejut dgn berita ini....lebih 4 ribu akan diberhentikn kerja....tetapi sy tak pasti yang akan diberhentikan adalah warga malaysia ataupun pekerja asing....
apa-apa pun disini dapat kita dapat lihat betapa penangan kegawatan ekonomi kepada manusia sejagat....beberapa hari lepas saya terbaca...beratus warga amerika diberhentikan kerja keranan kegawatan ekonomi....rakan-rakan ku yg masih belajar ataupun sudah bekerja....kita ambillah pengajarn dari situasi sekarang ini...mungkin di mase hadapan lg hebat ujian yg akan kita tempuhi,jadi kita sama-samalah rancang masa depan kita...apa yang kita ada hari ini jangan disia-sia kan....simpan duit yang ada untuk masa hadapan...jangan dibazirkan duit yang kita ada ketika kita mengecapi kesenangan....
kita sediakan plan B supaya di masa depan kita tidak terkejut dgn apa yang berlaku...andai ada diantara kita yang menjadi guru contohnya, pagi ke tengahari kita jd cikgu,ptg kita berkebun....malam pula kita buat kelas tusyen....
seperti kawan saya...siang dia bekerja sebagai akauntan bank...malam pula berniaga menjual pakaian 'bundle'...kita pelbagaikan bidang yang kita ceburi(kalau kita mampu)....apa yang penting kita minat kerana bila kita minat...kita tidak akan merasa jemu atau penat.....malah kita lebih semangat dalam melakukanya.....
coretan saya pada kali ni bukanlah niat utk mengajar,tapi sekadar coretan pendapat saya untuk dikongsikan dgn kawan2 semua...jika ada salah silap...maap dipinta kerana saya hanya insan biasa.....
Mahu henti 4,749 pekerja
Oleh Faizatul Farlin Farush Khanmymetro 23/12/2008
KUALA LUMPUR: Sehingga semalam, 102 majikan kebanyakannya dari industri elektronik sudah memaklumkan kepada Kementerian Sumber Manusia, hasrat mereka untuk memberhentikan 4,749 pekerja secara berperingkat mulai Januari hingga Mac depan, berikutan masalah ekonomi global ketika ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam (gambar), berkata daripada jumlah berkenaan, Januari mencatatkan pemberhentian pekerja paling tinggi iaitu seramai 3,111 pekerja, diikuti 1,523 (Februari) dan 115 (Mac).
Beliau berkata, majikan yang berhasrat memberhentikan pekerja dikehendaki membayar faedah penamatan kerja kepada pekerja terbabit tidak kurang daripada yang sudah ditetapkan mengikut Akta Kerja 1955.
“Majikan perlu membayar 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja sudah bekerja kurang dua tahun atau 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja berkhidmat antara dua hingga lina tahun dan 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja sudah berkhidmat lebih lima tahun.
“Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kementerian akan sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana majikan yang gagal,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.