nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, January 22, 2009

genap 21 tahun

alhamdulillah....hidup lagi saya hari ini...dapat juga saya mencecah ke umur 21. terima kasih kepada yang kawan2 yang telah banyak membantu saya selama ini. doakanlah agar saya panjang umur dan dimurahkan rezeki.

saya seperti tidak percaya, saya sudah menjangkau usia yang memerlukan sepenuh kematangan dan memerlukan azam yang kuat untuk meredah segala cabaran di dunia ni. tahap pemikiran perlu berubah, saya pun sudah mempunyai tanggungjawab menyara keluarga dan bulan 7 ini pula saya akan membuat pengajian jarak jauh.

saya seakan tidak percaya, saya sudah meninggalkan alam persekolahan, alam universiti, alam keseronokan. sedar tak sedar, sepanjang 21 tahun menumpang dibumi tuhan ini, banyak dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi. terima kasih kepada rakan2 yang telah banyak membantu. luv u all...

tapi ini semua kenyataan, percaya atau tidak, saya kena menerimanya kerana ini telah ditulis sejak azali lagi. kita akan menjadi semakin tua dan akhirnya tempat kita di alam barzakh sana. semoge tuhan memberkati amalanku pada tahun lepas dan aku berazam, bila aku mencecah umur 22 nanti, aku akan jadi yang lebih baik....aku akan mencapai sesuatu....sesuatu yang aku impikan(maaf coz xdapat berkongsi impian dengan para pembaca, biarlah hati ini dan tuhan sahaja yang tahu)......

sebelum terlupa...pada kawan2,jangan lupa minum air mineral banyak2 k,cuaca tak menentu. cuaca kat tempat saya amat panas so diharapkan kawan2 yang lain dapat menjaga diri yer....
doakan kebahagiaan saya dunia akhirat..:-)

Ibu, anak mati berpelukan

pagi ini,sedang saya membuat kira2 akaun syarikat,saya bukak radio era,tersentuh hati saya apabila haji aznil hj nawawi memutar kan rakaman beliau menghubungi salah seorang pendengar era. ia berkisarkan kemalangan yang berlaku semalam yang bertajuk ibu anak mati berpelukan.

pendengar era ini memberitahu,sebelum kejadian itu berlaku,anak mangsa yg bernama danial telah terjatuh dari van dan badannya tergilis tayar van. danial dirawat di hospital dan dijaga oleh ibunya(mangsa).
dalam perjalanan pulang dari melawat anaknya, ibunya(mangsa) dan anaknya yang lain pula kemalangan. menurut sumber, sebuah kereta menghentam bahagian tangki kereta yang dipandu mangsa menyebabkan kebakaran dan mangsa mati rentung......berpelukan dengan anaknya.

sungguh hebat dugaan yang menimpa keluarga ini. semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas keluarga ini. semoga en kamaruzzaman(suami mangsa) tabah & sabar...saya betul2 tidak dapat menahan sebak.

bayangkan,musibah menimpa,sudah jatuh ditimpa tangga, adakah kita akan tabah??sebagai sebuah masyarakat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, sama2 lah kit menghadiahkan al-fatihah...untuk semua umat Islam didunia, di gaza dan kepada roh allahyarhamah dan anak2.

ingatlah, dalam kita bersuka ria, ada di antara saudara kita yang sedang berduka.......

petikan harian metro, selasa, 20/01/2009

Ibu, anak mati berpelukan

Oleh Abdullah Wahab
abdullah@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Menyayat hati apabila dua beranak yang rentung akibat kemalangan tragis ditemui dalam keadaan berpelukan di Jalan Puncak Alam berhampiran Puncak Perdana di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, kereta yang dipandu wanita berusia 30-an terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang dari melawat anaknya yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Subang (SMC) sebelum gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang setakat ini tidak diketahui identiti memandu kereta Kancil ketika kejadian bersama dua lagi anaknya yang berusia sembilan dan empat tahun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaannya sebelum bertembung dengan sebuah Kelisa yang dinaiki sepasang kekasih.
“Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum meletup lalu terbakar, namun seorang daripada anak mangsa berusia sembilan tahun tercampak keluar dan terselamat,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang menetap di Taman Samudera Permai 200 meter dari lokasi kejadian maut bersama seorang lagi anaknya.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dengan kekuatan tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran dalam masa kurang tiga minit.

“Mayat mangsa yang rentung selamat dikeluarkan anggota penyelamat kira-kira 30 minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat dan pasangan kekasih terbabit turut mengalami kecederaan,” katanya.

Tuesday, January 20, 2009

bersedia untuk bercinta??

ada orang yang gembira kerana cinta
ada yang menangis kerana cinta
ada yang sakit hati kerana cinta
ada yang merana kerana cinta

maksud saya di sini cinta sesama kita yang sememangnya menjadi 'trend'. ada diantara teman2 yang memberitahu saya kerana cemburu, cinta yang mereka bina selama 2,3 tahun akhirnya terputus di tengah2 jalan. saya bukannya seorang yang pakar tentang cinta.

cemburu tu ade baiknya. cemburu itu tande nye sayang. ada antara kita yang terlalu sayang sangat kat pasangan kita smpai perasaan cemburu tu membuak dan akhirnya mendatangkan perasaan marah, prasangka buruk dan macam2 lagi.

oleh itu, sebelum nak bercouple, kita kena ambil tahu beberapa perkara:

kita dah sedia ke?
bukan apa...kang diri sendiri tak terjaga....bilik bersepah,msak tak reti,duit takde, keje takde...dah sibuk nak berkapel...haihhh....(serupa saya gak dulu..huhu...adeh..)
yang penting kita improve diri kite dulu orait...saya ingat lagi kata2 dato' fadzilah kamsah...kalau kita tak berjaya nak bimbing diri sendiri,jangan harap kita nak bimbing orang lain....ayat ini memang berbisa sebab itu saya sedaya upaya mengubah diri menjadi lebih baik....insyaALLAH...harap pembaca dapat doakan.


tau hati budi dia??
h
aa....ni pun penting gak....kita kene tau hati budi seseorang itu dahulu...macamane orangnye.panas baran ke tak,pencuri ke tak...haa...jangan pelik...pernah tak kita tebaca di akhbar, teman lelaki larikan duit makwe?teman lelaki pukul teman wanita sampai parah??teman wanita curang lari kat lelaki laen??mesti pernah kan???so...hati2 yer.....bukn lelaki atau perempuan yang ingin saya persoalkan....cume...kita dalami dan selami dahulu hati budi orang yang kita nak jadikan pasangan kita.

jujur
ini penting,jika ada rase tak puas hati terhadap pasangan,baik luahkan,tak kira pedas ke tak teguran tu kan??daripada pendam je perasaan tak puas hati tu..lagi bahaye...kang bile tak tahan..terus meletup mengalahkan gunung berapi karakatoa..

apa-apa pown...lebih senang kita ikut jer pilihan mak ayah...macam saya...tak perlu susah2...(tapi wat mase ni mak ayah lum carikan la...huhu....)tugas kita sekarang...kita stabilkan ekonomi kite dahulu..tlg mak ayah dahulu baru pikir nak kawen k!!

cinta pada DIA tak pernah sunyi dan kecewa
bila kita terlupa padaNYA, DIA tetap ingat pada kitA
BUKTINYA: cuba kita check,nafas kita masih ada....kerana DIA


maap kalau ade salah silap dalam penulisan ini

Monday, January 19, 2009

Bagaimana hendak tahu passion/minat kita?

salam kawan2...dah lame rasenye saya tak mencoret dalam blog ini...perasan tak,selama ni, saya selalu berkata bahawa kita hendaklah melakukan sesuatu yang kita suke agar kita beroleh kejayaan . (tapi ingat,buat perkara yang baik je tau!!)
saya mendapat email dari Irfan Khairi mengenai bagaimana kita ingin tahu bagaimana kita ingin tahu minat kita. saya berbangga dengan irfan khairi kerana beliau walaupun sudah bergelar jutawan, tetap ingin membimbing kita semua. walaupun ada di antara kita ingin hidup sedehana, kita tetap boleh mengambil iktibar dan ilmu2 daripada mereka yang telah berjaya.

dari IRFAN KHAIRI:

saya menonton talk show Oprah, katanya:

"84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the
people hate their jobs!"

Menakutkan juga angka ni... tapi bila dilihat sekeliling, memang ada
betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka
tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh... menunggu hari Jumaat
untuk cuti :)

Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini,
bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?

So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist... what is
your true passion!

* Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda,
apakah kerja nya?

* Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak
sedar masa berlalu?

* Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak
menerima bayaran?

* Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?

* Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang
terbaik?

* Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda
minat, siapakah dia nya?

* Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan
dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah
anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah
passion anda?

"Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka
yang hate their jobs!"

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan