nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, March 27, 2009

terbaru!!!: karya ramlee awang murshid-MIKHAIL

MIKHAIL
KINI DI PASARAN!

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

CLICK DI SINI



Tuesday, March 24, 2009

mereka hebat!! aku bagaimana??

salam to all friends. hope all of U stay happy & in good condition :-)

Sedang aku duduk di serambi rumah, aku terfikir, mengapa aku tak macam orang lain yang mempunyai x-factor, ingatan yang tajam, yang pandai berdebat, yang alim, yang pandai berkata-kata...dan macam2 lagi yang aku fikirkan. Aku sebenarnya terkilan dengan diri sendiri. Kenapa aku tak macam diorang? Aku teringin menjadi seperti orang2 yang hebat ini. Kadang2 aku jadi tension, kenapa aku takleh jadi yang terbaik. Sejak sekolah aku nak jadi yang terbaik, tapi aku tak dapat score gak time SPM. Dan sedang prestasi aku meningkat naik di UITM, bapaku meminta ku berhenti belajar dan membantunya di kampung. Takpelah...hidup ni banyak dugaan, aku redha....

Akhirnya persoalan aku terjawab. Setelah selesai membaca sebuah karya Azizi Ali, aku tahu yang, aku kene jadi diri aku sendiri. Semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kadangkala apa yang kita rasa kekurangan inilah sebenarnya kelebihan pada diri kita yang sebenarnya kita tidak sedar. Dan kekurangan kita ini akan kadangkala dibantu dengan kelebihan orang lain. Jika kita pandai merekacipta tetapi tidak pandai memasarkan, org yang tidak pandai merekacipta tetapi bijak dalam pemasaran, akan membantu kita. Sebab itulah kita dilatih mempunyai sikap tolong menolong, bekerjasama kerana kita semua sebenarnya saling memerlukan.MySpace

Walaupu aku kerap dengar ungkapan 'be yourself' tetapi jujur aku katakan, memang susah aku nak aplikasikan ungkapan tu dalam hidup aku. Memang aku hidup dengan cara aku...sentiasa be a simple person but the problem is...aku sentiasa ingin jadi seperti kawan-kawan aku. Yang hebat, pandai memimpin sebuah organisasi, petah bicara, ilmuan dan macam lagi kelebihan yang aku nmpak pada diri diorang yang takde pada diri aku.MySpace

Kadangkala terdetik dalam hatiku, kenapa aku tak sehebat diorang?
Mungkin aku takkan jadi sehebat mereka, tetapi aku akan cuba ubah diriku menjadi yang lebih baik.

aku tetap aku


Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ada berpesan, jika ada masalah, jangan terlalu memikirkan masalah itu tetapi, cari langkah2 untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sunday, March 22, 2009

TIP-TIP PILIHAN: Kerja Susah vs Kerja Mudah

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan
tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?

Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan
perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka
melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.

Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup
melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan
promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network
yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi
yang produktif perniagaan baru setiap bulan.

Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan
perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak
menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya
menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun
yang lepas (tidak ubah).

Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi
mereka lakukan juga.

Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.

Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang
sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian... lakukannya juga!

source: irfankhairi

Friday, March 20, 2009

my life: my cute babiess!!

Salam to all friends!! Hurm..majority of my friends told me that they are tension with their student life. Some of them wanna quit from their study. For me, wherever U go, there must be a problems. Problems occur everywhere. When there's problem, U must think wisely and find way to solve it. Dr Fadzillah Kamsah said, "Kita kena berfikir secara betul, seperti contoh, bila bangun pagi, kita rase perut kita sakit, kita jangan mengeluh, sebaliknya kita berfikir kenapa perut kita sakit dan kita pergi berjumpa pakar ataupun doktor".

I have my own way to release my tension. U wanna know how?? I'll show U....
hehe..I feel calm with them, they are cute kids. Seronok tengok diorang manja2 dengan mak diorang ni haa.. Nama maknye Doni..yang bebudak kecik ni blom ada nama lagi...nak tolong letakkan nama??

Nak tau tak, Doni pun serentak dapat anak & cucu tau. Nak tau??haaa...yang baru 'bersalin'kan anak kat bawah ni..ni lah anak Doni...namenye Cat...anak-anak Cat ni lah cucu Doni..huhu...dah jadi nenek si Doni ni. Name 2 ekor budak ni pun lom diletakkan lagi...adeh.

huhu...haaa...ni pun memang pelik..agaknye bulan 3 ni bulan 'anak-anak' saya beranak.huhu..nak tau nape??haaa...tengok bawah ni..

Punyalah susah nak amek pic my hamster ni. Dia tak bagi saya take pic anak-anak dia. Akhirnya setelah berusaha keras, dapatlah saya snap pic anak2 die yang sebesar jari kelingking ni haa..huhu

haa...ingat manusia je bleh jadi model??kucing pun boleh tau..huhu..tengoklah...


Haih..seronok bermain dengan diorang ni. kalau tak caya. Bila tension2, cuba main ngan diorang. Tak kesahlah nak usap2 kepala ke. Main kejar2 ke. Mesti best. Bila balik je dari ofis, diorang akan meluru ke motor/kereta saya...kononya nak manje2 padahal nak mintak makan..memang betul-betul kuat makan diorang ni.

Minta maaf kepada pembaca kalau post kali ni boring. ngee~~~

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan