nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, March 24, 2011

aku jadi malas blogwalking bila....

SALAM...
pertamanya aku nak mintak maaf lah kalau tajuk kat atas tu kurang menyenangkan. sebenarnya aku pon blogger baru gak dan banyak gak kekurangan kat blog aku. aku sebenarnya suka datang ke blog kawan2,tak kira la sape2. aku suke baca luahan hati  korang,informasi yang korang bagi. aku suka. TAPI.....dalam masa yang sama,aku rasa malas nak berblogwalking.maaflah kalau kata2 aku ni kasar. aku ulang,entry korang besh2 tapi ada masalah lain yang buat aku kurang gemor. nak tau? hurmmmm ni dia..

aku merayu...huhu..tolong lah. jangan la korang dok pasang lagu kat blog korang. korang nak tau,penah aku terkejut berok kat dalam opis ni sebab tetibe ade lagu kat blog korang.mase tu pulak volume tengah maksimum. perghh. naseb baik aku takde kencing manes. kalau ade,memang pengsan aku kt opis....sian la kat aku...huhuhuhu

lagi satu,tolong la remove bende alah yang dok terbang2 warna warni kat blog tu. berat la sayang. betul. banyak sangat benda2 gerak kat dalam blog tu. pening aku. maaflah. memang la cantik. tapi benda2 tu semua akan buat blog sayang2 semua berat.

bayangkan aku nyanyi lagu ni ye

rupa2 nya masalah ni turut di alami oleh seorang blogger, http://www.darxniq.com/. boleh la singgah ke blog beliau. banyak ilmu2 bermanfaat yang korang akan dapat. sebelum tu,aku mohon maaf sangat2,yerla,aku tau lepas ni mesti ade yang benci aku. blog aku pon maseh banyak kekurangan. so harap kita saling mengingati yer.

berikut adalah luahan dari hati beliau, 

jangan letak pic banyak kat main page blog (melembabkan loading blog)..tp klu nk letak jgak..lantak korang la kan..blog korang..bukan blog aku..hahahha..  

minimakan jumlah post..plg maksima 4 post 1 page...klu perasan blogger2 lame hnya letak 2 post jer 1 page.. nak jugak letak post bnyak2??..haaaa..pakai la system read more. 

klu nak pasang lagu?..bleh jer..pastikan lagu tuh boleh "pause" atau leh "adjust" sound supaya tidak menggangu ketenteraman manusia sejagat 

bahagian komen klu boleh sila pilih version popup..sbb senang untuk pembaca yang pakai line tenet selaju 10 kuasa tenuk boleh komen.. 

sila buang word verification..adoii..letih kot nk taip...klu 5 blog wat cam tuh...aku rase lima2 nnti kena tekan pangkah..sbb orang fedup asyik nk letak verification word..  

buang widget yang x perlu lam blog...yang berkelip2  la..dah la sume tuh pakai plugin flash..kdg2 aku bukak blog sape2 yang bnyak widget..smpai crash flash player aku...laptop pon jadi hang..  

letak widget follower diatas sekali..supaya senang orang nk follow...nih letak plg bawah...sape nk perasan...aku pon x perasan..pastu ada la yang mngadu...awak x pollow sy la...sy sket follower la...menyampah aku dengar..  

chat box sila la pilih shoutmix atau yang seangkatan..sbb xyah nk buh bnyak2 kali name ngn link..korang ingt rakyat malaysia nih rajin ker nk isi benda yang same tiap2 hari??

    18sx: kisah malam pertama dara & teruna (kononnya)

     sumber gambar:google

    SALAM..
    kisah kali ini mengenai seorang jejaka bernama ali dan seorang perempuan bernama ana...aku sarankan korang baca sampai habis sebab ada hikmah disebaliknya....bermulalah kisah......

    Bangga Ali dapat jadi raja sehari.Sudah lama Ali menyimpan perasaan hendak memperisterikan Ana,seorang gadis setaman nya yang bertudung dan bermata ayu.Di intai-intai dari jauh,memang nampak keanggunan Ana,seorang lulusan Universiti.Ali pun apa kurangnya,sudah berjaya dalam perniagaannya,kini bergelar seorang usahawan muda berjaya.Keluarga mereka berdua sangat-sangat gembira kerana dapatlah disatukan dua buah keluarga yang sudah kenal lama.Akrab tak ubah seperti saudara sendiri.Duduklah Ali dan Ana di atas pelamin dengan muka malu-malu,sambil dikipas oleh pengapit kedua-dua mempelai.

    Majlis tamat,khemah pun sudah diturunkan,saudara mara pun sudah ramai yang beredar pulang.Mungkin akibat penat,Ali pun memohon diri untuk mandi lalu terus masuk ke kamar tidur terlebih dahulu.Bapa Ana hanya tersenyum melihat telatah si Ali,dalam hatinya,"bagus menantu aku ni,dah la hensem,sopan santun pulak tu."

    Ali lalu ke dapur,membisikkan sesuatu kepada isterinya.Mak si Ana hanya tergelak-gelak dalam hati,"sudahlah tu Ana,takyah lah dibasuh pinggan tu lagi.Dah lewat dah ni..kau ni pun,hari ni kau takyah buat kerja rumah la."

    Ali pun masuk ke bilik diikuti Ana."Abang pegi mandi dulu,lepas tu Ana pulak,"kata Ana sedikit menggeletar."Orait!Jangan lari tau.."kata Ali dengan nada mengada-ngada.Ali masuk mandi sementara Ana duduk memerhatikan hantaran2 yang tersusun.

    Ali selesai mandi,Ana bangun pula masuk ke bilik air.Ali dapat mendengar bunyi curahan air dari bilik mandi,membuatkan dirinya sedikit ghairah."Untung aku dapat isteri camni..hihihi.."fikir Ali.Lalu Ali teringat kembali hubungan-hubungan lalu yang telah berkecai.Sudah beberapa kali dia bercinta tapi semua putus begitu saja. Mira,gadis tomboy,Nora,seorang gadis receptionist dan sebelum Ana,dia bercinta dengan seorang pekerja di pejabatnya.Ali masih ingat bagaimana marahnya mereka bila dia ingin memutuskan hubungan,semata-mata kerana Ali masih belum mahu berkahwin.

    "Pedulikkan semua itu...yang penting,aku dah rasa diorang.."fikir Ali.

    "Untung aku dapat Ana ni...betul la cakap member2 aku,nak kawin carik yang baik,pakai tudung."Ana tidak pernah disentuhi langsung oleh Ali,kerana pada dia Ana calon isterinya,jadi perlu dijaga sebaik mungkin.Berbaloi pengorbanan Ali selama hampir setahun menunggu balasannya malam itu,seorang gadis dara sunti.

    Ana keluar dari bilik air dengan memakai robe mandi.Ali terus berimaginasi memikirkan apa yang terkandung di balik robe itu."Abang.." bisik Ana manja."Ye,Ana?"tanya Ali.

    "Tak mau gopoh-gopoh ye...saya takut sakit,"pesan Ana sambil memakai sedikit pewangi mahal yang baru dibelikan Ali.Ali makin ghairah.Di depan matanya seorang dara sunti yang sudah pun halal disentuhinya.Ali terus memeluk Ana dari belakang.Hangat nafas Ali dirasai pada leher Ana.

    Pada beberapa saat itu,sentuhan nafas Ali dirasakan sangat panas pada leher Ana.Sepanas nafas teman lelaki pertamanya,Faizal.Hangat nafas Ali tapi tidak seghairah kehangatan nafas Faizal,lelaki pertama yang menyentuhnya.Dakapan tangan Ali,tidak segagah pelukan Faizal.Ana rasa sedikit kecewa, campur gementar mungkin kerana pada dirinya,Faizal sempurna,memang tercipta untuk dirinya.Tiada lelaki lain yang mampu membuatkan dirinya lupakan Faizal mahupun suaminya sendiri.

    Ali lalu melucutkan baju t shirt yang dipakainya.Ana sedikit tergamam,kaget kerana didepannya ada seorang lelaki bergelar suami yang sudah bersedia menerkam tubuhnya.Tapi,bayangan Faizal tidak mampu hilang.Faizal tidak pernah melukai hatinya,Faizal hilang kerana desakan keluarga Ana,alasan mereka,Faizal kerja merata-rata,semua kerja dibuatnya,jadi ekonomi dan masa depan tidak terjamin.

    Ali mencium Ana membuatkan air mata Ana mula mengalir."Kenapa sayang?" Mahu saja Ana lari,kerana takut dengan igauan masa lalu.Sedih,takut bercampur dengan perasaan bersalah.

    "Takde...Ana takut..tak tau macam mana rasa..,"terpaksa dibohongi Ali."Abang pun..tak tau macam mana ni...,"Ali pun turut sama berbohong.

    "Mari,baring sini sebelah saya.."pinta Ali menarik tangan Ana."Bertuah aku dapat bini macam ni punya suci!"fikir Ali sangat2 gembira.Imbasan Faizal tidak pernah hilang dari igauan Ana walaupun Ali sudah duduk diatasnya;kerana Faizal yang pertama dan yang paling istimewa pada hatinya,dirinya sudah jadi kepunyaan Faizal satu masa dahulu.

    "Ana takut,Ana sedih..,"bisik Ana,makin kuat aliran air mata nya.
    "Takpe..kita try-try dulu eh,kita pun baru nak belajar camne ni,"kata Ali.

    Lalu bermulalah adegan malam pertama Ali dan Ana.Kalau diikutkan jumlah sebenar,malam ke 12 Ana dan malam,siang,senja dan subuh yang keberapa ratus untuk Ali.Yang penting,malam itu,malam pertama mereka.

    Wednesday, March 23, 2011

    |komik|kuasa seorang wanita

    SALAM...
    berbekalkan perot yang maju kedepan,dengan banggenye aku mempersembahkan karya pertama aku keh2. perghh susah gak nak melukis ni kan? 2 jam baru siap..cissss...ape boleh buat...tangan ni dok menggeletar jer.keh3. komik kali ni adalah berdasarkan kisah benar yang menunjukkan kuase seorang perempuan...jom!!!

    tajuk: MOTOR ROSAK (kalau xjelas,klik pade gambar yer...mintak maap)

    malang nasib mu wahai lelaki............



    untung nasibmu wahai wanita.....tak mintak tolong pon ade yang sudi tolong,keh3

    |lelaki aje|minum kopi hitam pada waktu pagi membuatkan sperma lincah

    kita sudah sedia maklum bahawa kopi ni memang menjadi feveret/kesukaan masyarakat sedunia. tak kira la orang tua atau muda,semua gemarkan minum kopi. sebab tu makin banyak produk-produk berasaskan kopi berkembang umpama cendwan tumbuh selepas hujan di pasaran sekarang (cisss...ayat aku macam warta berita pulak). kajian telah dibuat,kebiasaan meminum kopi di waktu pagi membolehkan sperma seseorang lelaki itu aktif/lincah.


    kajian dibuat di University of Sao Paulo, Brasil, mendapati minum kopi pahit di waktu pagi uga bermanfaat untuk kesuburan seseorang lelaki. Hasil penelitian yang telah dimuatkan dalam Journal of the American pada sidang Society for Reproductive Medicine di San Antonio,menyebut bahawa kopi hitam mampu membuat sperma berenang lebih cepat dan meningkatkan kesuburan lelaki.

    tapi ingat,minum kopi secara berlebihan dapat meningkatkan serangan stroke akibat kerosakan  pada dinding pembuluh darah. Pada wanita hamil dapat meningkatkan denyut jantung, menyerang plasenta, masuk ke dalam sirkulasi darah dan yang lebih parah boleh menyebabkan kematian.

    popular post

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    artikel dari blog kawan-kawan