nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, September 27, 2013

ikat burung bagi tak terbang

Selamat petang...
Korang dah makan? Sejak akhir-akhir ni aku kurang selera makan la (padahal perot makin ke depan). Aku ingat nak update blog tadi pagi tapi keadaan tidak mengizinkan. Cehh...macam ade orang nak bace blog aku ni. Lain la kalau aku ni retis cam Aaron ke hape kan? Tapi aku nak bagitau korang satu rahsia, masa aku tengah dok menunggu giliran kat bank, ada sorang makcik ni mintak sign. Dia kata rupa aku ni ada iras-iras Mat Yo. Ade ke patot kan? (HAAA, yang ni sah-sah tipu, ampun maaf ye hehe).

AHHH, toksah melalut panjang lebar. Aku tengah marah ni. Pagi tadi baca surat khabar pasal seorang budak umur 12 tahun masuk wad dan zakarnya kena bedah sebab dibuli budak darjah 4. Dia dibuli dengan burungnya diikat dengan ikat getah rambut, sampai bengkak. Bapak rr....amat zalim tu. Kalau dibedah tu harapnya pulih dan berfungsi seperti manusia normal. Boleh naik turun. Kalau lepas bedah ade kesan buruk, memang nahas la yang membuli tu. Takda benda lain ke nak diikat. GRRR...

Sambil baca suratkhabar tu aku siap pegang #$$%$&^ tau menahan sakit. Kami lelaki saling memahami, brotherhood la orang kata. Nasib baik aku punya masih normal dan berfungsi. 

Aku harap persatuan pembuli dapat mengambil serius masalah ini. Jikalau anda seorang lelaki, janganlah diusik bahagian aset tu. Bernilai tau. Seumur hidup tak dapat merasa KEINDAHAN DUNIA. 


Wednesday, September 25, 2013

fertigasi cili: racun kawalan serangga dan racun kulat

Selamat tengahari kengkawan semua...
Dah makan belum? Hari ni bleh tergerak pulak nak post entry banyak-banyak. Kali ni aku nak pst mengenai racun kawalan serangga dan kulat untuk tanaman cili fertigasi. Sebelum aku bercerita panjang lebar, aku nak bagitau, apa jua yang aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin korang ada terjumpa racun yang lebih berkesan dan murah, itu lebih bagus. Sebaiknya, berjumpalah dengan mereka yang lebih memahami mengenai penyakit pokok cili ni, terus terang, aku masih belum mahir, aku pun baru mula bulan 5 tahun lepas. Masih banyak yang perlu aku pelajari.


Brogard
Aku rasa aku tak perlu perkenalkan lebih lanjut kot pasal racun Brogard ni. Racun ini merupakan racun organik, bukan bahan kimia. Racun ni memang dah popular di kawasan aku. Ramai juga yang pakai racun ni cuma tak tahan nak membeli nya la kan. Tapi pada aku, walaupun mahal iaitu RM200 sebotol, kita tetap menang membeli kerana ia berkesan. Kalau pokok masih kecil, semburan hendaklah 3 hari sekali. Bila dah besar, boleh lah jarakkan sedikit sehingga seminggu sekali. Waktu yang sesuai meracun adalah lewat senja dan awal pagi. Aku pernah juga meracun pada waktu malam kerana kesibukan kerja pada siang hari. Aku guna 50ml untuk satu tong 20 liter.


Monceren dan Nativo
Monceren dan Nativo ini pula merupakan racun kulat. Aku tak kerap guna racun ni. Kalau guna pun aku akan selangkan dengan Brogard. Serangan kulat boleh kita nampak di batang pokok tu. Kadang berbulu kan. Sembur je. Tapi aku guna ke dua dua racun ni masa pokok dah besar. Jangan overdose. OH lupe, campurkan Moncerene (2 sudu, sudu disediakan) dan Nativo (3 gram) ke dalam tong racun 20 liter.


GA
Gibralic Acid kot nama dia. Masa korang menyembur Nativo dan muncerene ni, letak sekali 5ml GA ni. Jangan guna berlebihan kang rosak buah tu. Kawan aku guna terlebih GA sampai pecah-pecah buahnya akibat terlalu besar. Dipaksa besar kot. Bila guna GA ni, bunga akan bertambah banyak. Sembur la sekurang-kurang nya 2 minggu sekali.

PERINGATAN.
Apa yang aku buat ni atas pengalaman aku sendiri. Sebaiknya korang pergilah berguru, belajar dengan mereka yang sudah bertahun dalam pertanian. Belajarlah dari mereka yang berpengalaman. Aku pun banyak belajar dari pengalaman. Sebab pada aku, bila dah alami sendiri, kita akan ingat. Aku tak pandai nak teori-teori ni. Mohon maaf kalau info ini tidak cukup bagus. Sekadar berkongsi.

Selamat berkebun.

kisah isteri mat yo dan pengawal

Selamat pagi sekalim lagi kengkawan semua...
Pagi tadi tengah aku borak-borak dengan makcik penjual ikan berhadapan dengan tempat aku bekerja, aku terpandang muka depan akhbar Metro mengenai isteri Mat Yo. Aku baca kejap kisah nya, agak mendukacitakan tapi aku terus malas nak amek port. Tetiba kawan aku yang bekerja di bank mesej suruh tengok video tu.

Bila aku tengok video yang dimaksudkan, alangkah sedihnya hati aku ni. Aku tak berani nak menyebelahi mana-mana pihak sebab kita ni manusia. Kita tak tahu sebenarnya apa yang terjadi. Tapi pada aku perkara ni boleh diselesaikan dengan cara elok, dengan syarat, masing-masing dapat mengawal perasaan marah dalam diri. Bila kita marah, kita dah hilang pertimbangan dan kita akan berkata perkara yang bukan-bukan. 

Sepatutnya Mat Yo ajaklah pakcik tu beredar sebentar dari situ. Bincang baik-baik. Saling bermaafan antara pakcik pengawal tu dengan Mat Yo (bagi pihak diri dan isteri). Dan terus beredar atau alihkan kereta. Pakcik tu cuma menjalankan tugas. Kalau takda pengawal keselamatan, boleh jadi sesak tempat tu dan berkemungkinan berlaku kecurian.

Aku takmau ulas panjang, takut jadi fitnah. Diri aku ni dah sedia ada banyak kejahatan, takkan lah nak tambah lagi kan. Moga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini.

gambar hiasan bukan berniat apa-apa: kalau bersepatu, aku berselipar, kita tetap sama...

harga Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy Gear

Selamat pagi kengkawan semua...
Harap hari ni semua sihat-sihat sahaje kan. Tengok jam kat tangan dah pukul berapa sekarang? haihh takkan baru nak bangun hehe. Hari ni Samsung Galaxy Gear dan Samsung Galaxy Note 3 dah mula berada di pasaran. Aku ni bukanlah seorang yang terlalu nak update bab-bab gadget ni tapi agak cool kot kalau kita boleh contact orang dengan menggunakan jam tangan hehe. 

Tapi harga nya agak mahal lah pada aku. Yela , teknologi dah canggih, takkan lah nak dapat dengan harga murah kan? huhu. Aku tengok kat suratkhabar, harga Samsung Galaxy Note 3 ni RM2399 dan Samsung Galaxy Gear RM999...pergghhhh...Dah boleh angkat sebijik motor tu brader hehe. Tapi kalau korang ni ahli Maxis One Club, korang boleh memiliki dengan harga agak rendah tapi kena kontrak la kan. 


Pendapat aku, kalau korang jenis yang suka berinternet, boleh la beli ke dua-dua gadget ni dengan kontrak, tak kiralah dengan Maxis ke, Digi ke. Tapi kalau korang ni macam aku, takda facebook dan laman sosial yang lain (kecuali Blogger), korang beli je cash. Itupun kalau korang ada duit lebih. Bukan aku tak bagi beli, itu duit korang dan itu hak korang untuk membeli.

Selamat bergadget....

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan