SALAM...
SEPARUH  MASA PERTAMA menunjukkan mata seri 1 sama di kedua-dua belah pihak. 3  minit pertama Indonesia mendapat mata pertama hasil sepakan 'corner'.  aku dan adik-adik aku dok jerit-jerit sebab kitorang tengok Indonesia  banyak menyerang. geram. Malaysia susah nak sampai ke petak penalti  pihak lawan. 
sumber gambar: zikri husaini
aku  pon pergilah mandi sebab tak tahan badan dah berbau sebab baru balik  kerja. sambil mandi, aku nyanyikan lagu Harimau Malaysia heeheh. shhhh  mane boleh mandi sambil nyanyi keh4. setelah selesai apa yang patut, aku  pun bentang sejadah. belom sempat angkat takbir, adik aku si D ketok  pintu menjerit,"abang Y, Malaysia menang!!". huuhu bukan menang la,  Malaysia dapat menjaringkan gol. hasil tandukan mantap pemain muda kita,  kita telah dapat menyamakan mata. tapi yang takleh blah, dah nak habis  separuh masa pertama, Indonesia sempat mengintai peluang yang ada untuk  menjaringkan gol. fuhhh bahaye betol. OK separuh  masa pertama dah  tamat. aku nak solat.
SEPARUH  MASA KEDUA, aku tengok Malaysia hampir untuk mendapatkan gol. tetapi  mungkin nasib tidak menyebelahi kita. aku tak tahu nak ulas apa setakat  ini, hati tengah berdebar menanti Harimau Muda menjaringkan gol. aku  puji bahagian pertahanan dan penjaga gol kita kerana tidak memberi  peluang kepada Indonesia untuk menjaringkan gol kedua. SEPARUH MASA  KEDUA TELAH TAMAT dan mata terikat satu sama.
minit ke 93 membuat aku cuak kerana Indonesia berjaya menjaringkan gol, nasib baik...offside. fuhhh lega.  
MASA  TAMBAHAN masih lagi satu sama. memang cukop sengit. berderau darah aku,  tiap kali Indonesia berada di petak kita. aku respek dengan kapten dan  seluruh team harimau muda kita kerana bersungguh-sungguh mempertahankan  gawang gol kita.
SEPAKAN  PENALTI..................paling mendebarkan tatkala kapten kita, Badrul  nak menyepak........dan GOLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
TAHNIAH HARIMAU MALAYSIA!!!!!
SOKONGLAH SECARA BERKHEMAH, TIDAK PERLU MENCARUT ENTAH APE2...

No comments:
Post a Comment