nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, July 25, 2013

Linkin Park live in Malaysia 19 Ogos 2013 nohhhh

Selamat tengahari kengkawan semua. Dah lame gila aku tak post dalam blog ni. Kali ni aku nak bagitau keterujaan aku tentang kehadiran kumpulan rock yang paling aku minat sejak tingkatan 3 lagi iaitu Linkin Park. Kenapa dari tingkatan 3? Haaa.  Ade sebabnya.

Dulu aku ni tak berapa nak pandai bahasa inggeris. Mase tu kawan aku, (ihsan ke sape aku lupa la plak) yang dok belakang aku dalam kelas tunjukkan aku album Linkin Park. Dia suruh aku dengar la kan. Aku pon dengar la.. mase tu lagu In The End. Terus tangkap kat telinga..turun ke hati. Haha. Aku siap hafal lagu tu. Dan smpai sekarang kalau aku pergi karaoke dengan iwan dan adib. Kitorang sekali sekala nyanyi lagu ni. Iwan jadi chester bennington, aku jadi mike shinoda manakala adib tukang tengok sebab dia tak berapa minat kot rock2 ni huhu. Aku rap pon takde la macam mike shinoda...macam rap jawa inggeris je slang nya haha. Maklumla..anak jawa bila cakap inggeris.


Mase tu PMR..Jadi aku masukkan sikit2 lirik Linkin Park dalam kertas periksa tu. Hasilnya alhamdulillah. Dapat jugak A dalam bahasa inggeris walaupun sebelom tu langsung tak score. Tahun tu jugak kalau tak silap aku Linkin Park ada datang Malaysia buat persembahan. Geram gak mase tu tak dapat pegi huhu.
Aku masih ingat mase tu aku dapat tau Linkin Park ada album baru. Balik dari asrama aku terus cari kedai kaset cari kaset Linkin Park. Mase tu tajuk album nye "meteora" kalau tak silap. Sampai je kat rumah, belom sempat aku tukar baju, aku dah terbaring depan radio pasang kaset linkin park tu.

Tapi sekarang aku dah susah nak hafal lagu2 dia. Setakat dengar2 boleh la. Aku masih minat lagu2 lama diorang dan tak jemu aku ulang kat pejabat kalau tengah stress huhu. Tapi...kali ni...entah dapat pergi ke tak. Sibuk dengan kerja dan macam2 urusan. Kalau aku pergi, aku update, kalau tak...urmmm senyap je la.

Kawan2 kat sini minat Linkin Park?
Pergi konsert diorang?
Lagu apa yang korang paling minat?


PSSSTTT...minat boleh tapi jangan terlalu fanatik. Mereka pon manusia macam kita jugak.

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan