Selamat pagi kengkawan semua..
Maaflah sebab lama tak update blog ni. Kawan-kawan semua dah sarapan? Hari ni aku makan lempeng cecah sambal tapi aku makan separuh je. Dah beberapa hari ni memang aku agak kurang berselera untuk makan. Macam-macam masalah yang timbul dalam perniagaanku. Sampai seminggu aku terperap dalam bilik. Balik kerja je aku terus terperap kat dalam bilik. Aku rasa macam tak mampu nak hadapi dugaan ni semua. Belom bersedia nak hadapi dugaan yang berat-berat. Otak aku macam dah buntu nak fikir jalan penyelesaian.
Hari selasa yang lepas aku mengambil kesempatan melawat bakal abang ipar aku kat hospital. Aku pergi ke bilik rehat/bilik pelawat untuk berjumpa tunang aku dan bakal mak mertua aku. Masa tu aku terlihat 4 kanak-kanak kecil. Tak kelihatan pula ibu bapanya. Oh, bapanya mandi, ibunya? Masuk dalam wad kerana penyakit strok dan buah pinggang bernanah. Astaghfirullah....
Aku tersentak. Tersedar. Terkesima. Terkejut.
gambar: Cik Pija bersama 3 daripada 4 anak yang comel, tabah, dan memahami...
Aku tengok bapa kepada kanak-kanak berumur 6 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan 1 tahun (masih merangkak) ini masih muda. Umur di awal 30-an barangkali. Bekerja sebagai bomba. Ambil cuti tanpa gaji menjaga isteri di hospital. Yang aku kagum, anak-anaknya seolah-olah memahami dugaan yang dihadapi ibu bapa mereka. Langsung tidak merengek. Tak menangis. Bila bapa muda ini suruh mereka tidur, mereka baring di sekeliling bapanya.
Bertambah terkejut lagi aku apabila mengetahui ibu mereka yang sedang sakit itu sedang mengandung. Doktor pun takut untuk memberi ubat kerana takut memberi kesan negatif pada anak di dalam kandungan.
Bila aku fikir semula, walaupun aku hampir buntu dan pening memikirkan masalah perniagaanku, aku masih ada keluarga. Aku juga masih dikurniakan kesihatan. Pada aku, dugaan keluarga ini amat berat. Lebih berat dari dugaan yang aku hadapi. Aku cepat-cepat bangkit walaupun belum pulih sepenuhnya.
Aku harap tuhan permudahkan urusan keluarga itu. Kuatkan hati mereka semua. Semoga anak-anaknya menjadi anak yang baik.
Untuk aku, aku kena usaha, ikhtiar, dan berdoa...jadi lebih kuat.
No comments:
Post a Comment