Selamat tengahari kengkawan semua,
Semalam gua berkesempatan untuk test ride Kawasaki 150 Dtracker yang pakcik gua baru beli kelmarin. Dia beli pun bukan suka-suka. Dulu dia pakai motor Yamaha 135 LC. Tetapi memandangkan kerjanya di kebun dan di kawasan bukit-bukau, agak tak sesuai kalau menaiki motor kapcai ini jadi dia mengambil keputusan untuk men trade in moto LC tu ke motor Kawasaki ni.
gambar: gua dan kawasaki 150 dtracker
Gua pulak tengok motor ni beso kecik beso kecik je. Gua pun geram r kan. Gua pun tak pernah test ride motor offroad ni. Jadi semalam lepas balik kerja, gua pun cakap kat pakcik gua yang gua nak pinjam motornya. Gua dengan penuh bersemangat pakai glove dan helmet fullface yang dah lama terperap dalam kotak, 3 tahun ade kot. Sebab gua memang dah lama tak ride jauh2. Gua ingat nak try lalu jalan ke Air Hitam Kluang. Gua nak lalu bandar Batu Pahat yang jam tu. Pastu lalu jalan depan UTHM yang sesuai untuk gua test berapa boleh pergi motor ni.
Dengan lafaz bismillah, gua pun mulakan perjalanan.
Mula-mula memang ok. Pickup memang mantap. Tapi senyum gua tak sampai 10 minit. Sebab gua rasa motor ni macam tak pergi. Dari kampung gua nak sampaikan pekan Parit Yusof, gua rasakan agak lama. Gua dah pulas habis, tapi meter 100 km/j je. Bila gua tengok lagi sekali meter, paling top pun 130 km/j. HUHU. Gua sebenarnya konpius masa tu. Mungkin motor ni dah laju tapi gua pakai helmet fullface, sebab tu rasa tak laju. Atau mungkin meternye berat. Gua memang cuba menyedapkan hati gua kerana harga motor ni dekat 10 ribu kot.
Gua pun buang perasaan gundah gulana gua dan terus memecut. Kebetulan jalan memang sesak sepanjang perjalanan gua ke Air Hitam Kluang. Gua memang tabik kat motor ni kerana dapat menukar hati tisu gua ni ke hati batu macam Azroy. Dengan pickupnya yang mantap, tak perlu gua nak menukar gear bila nak memotong. Keadaan handle nya yang tinggi juga membuat gua tak perlu risau akan side mirror kereta. Gua pun tak heran kalau mase tengah memotong, keadaan tidak rata, gua redah je. Sebab suspension moto ni memang sesuai untuk offroad kan. Jadi ape de hal setakat lobang dan jalan yang tidak rata.
Kalau jalan sesak, tidak rata, gua memang tabik dengan motor ni. Kalau jalan tegak, lengang, gua mula bosan. Gua asyik nak tukar gear 6 je padahal gearnya cuma ada lima. Motor ni agak mengerang kalau kita pulas habis. Lagi satu, gua dapat rasa bontot gua makin lama, makin kebas. Mungkin seat motor ini kurang luas ataupun bontot gua terlebih gebu...mungkin..
gambar: gua dan kawasaki 150 dtracker
Apa yang boleh gua simpulkan, pada sesiapa yang ingin membeli motor ini, fikir dahulu. Korang nak beli suka-suka atau ingin bawak ke tempat kerja. Ke kebun kah. Kalau kebanyakan laluan korang adalah jalan offroad. Dipersilakan membeli motor ini. Tetapi kalau highway, boleh kalau nak beli, tapi....pergh...mengerang beb. Harga pun agak mahal la kan. Kena fikir sebaik mungkin sebelum membelinya.
Sejujurnya gua bukan pakar dalam bidang permotoran. Gua cuma bagitau apa yang gua rasa. Kalau ada review yang lagi bagus, korang baca review tu okey. Maaf kalau korang tak berpuas hati dengan review ini. Sekadar berkongsi pengalaman...
Yang penting, tunggang dengan cermat, ingat tanggungjawab yang kita pikul...
3 comments:
Bro, satu sebab gearbox dia memang untuk pick up bukan untuk laju. dua, diameter roda kecik. Kalau offroad, baik amek KLX150 sebab suspension @ fork depan lagi lasak. Dtracker main dalam bandar sedaplah. LC135 gak yang best! thehehehe :P
Meh join abam ride offroad / motard.. dulu pakai klx skrg guna mle xtmr.. paling jauh dh sampai pantai timur... utk makluman bro irwan, offroad / motard ni mmg tak laju mana pun.. klx boleh capai limit 120km/j dan skrg yg kawan guna xtmr setakat ni sama juga 120km/j tp ada shabat yg upgrade ramuan ble dpt 140km/j.. kepada yg minat pd kelajuan memang tak sesuai jentera ni.. sebab jentera ni sesuai ride santai @ offroad @ trail...
Setuju dengan bro Norman. Saya pakai DTM200. usik sikit2 dapat la cecah 150kmj. Tapi saya berani bawak 130-140 dengan motor tu sebab reka bentuk buat motor tu goyang kalau bawak laju.
Post a Comment