nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, November 11, 2016

KISAH BENAR, SEDEKAH RM1.00 MENJADI RM200...

Kisah ini berlaku kepada teman Abang yang mempunyai teman di universiti tempatan.
.
Kisahnya bermula pada satu Jumaat. Seperti biasa teman kepada teman Abang ini ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan dia tergerak ingin menderma ke tabung masjid. Dibukanya dompet. Di dalamnya hanya ada dua not kertas RM1.00. Dengan redha, pemuda itu mengambil sekeping not RM1 di dalam dompet lalu dimasukkan ke tabung masjid dan meninggalkan sekeping not RM1 di dalam dompetnya. Sekali lagi dia redha.
.
Petang hari yang sama, pemuda itu dan rakan-rakan yang lain membuat tugasan di dalam kelas.
.
Sedang masing-masing khusyuk membuat tugasan, mereka didatangi oleh seorang pakcik yang tidak dikenali. Dari meja ke meja pak cik itu pergi untuk meminta bantuan. Pakcik itu ingin meminjam motosikal tetapi tiada seorang pun yang ingin membantu.
.
Sampai sahaja pakcik itu di meja pemuda tersebut, pemuda itu terus memberi kunci motosikalnya tanpa berfikir panjang kerana pada masa itu fokusnya hanya ingin menyiapkan tugasan.
.
Selang beberapa jam...
.
Pakcik itu pulang. Pakcik itu berjumpa pemuda tersebut untuk memulangkan kunci. Selepas mengucapkan terima kasih, pakcik itu mengeluarkan bungkusan plastik putih dari poketnya. Bungkusan itu berisi berkeping-keping not wang kertas Ringgit Malaysia lalu diberkan RM200 kepada pemuda tersebut.
.
Pemuda itu tersentak lalu menolak pemberian pakcik tersebut kerana beliau ikhlas memberi pinjam motosikalnya. Lalu pakcik itu berkata,"Ambillah nak, pakcik ingat selama ni pakcik dah baik, rupanya ada lagi orang yang lebih baik daripada pakcik."
.
Pakcik itu pun berlalu...
.
Dalam perjalanan pulang ke rumah. Pemuda itu terfikir. Dari mana datangnya pakcik tu? Bukannya boleh suka-suka orang luar masuk ke kawasan universiti. Tiada tag pelawat pula tu. Kedua, semasa pemuda tersebut memerhatikan pakcik itu beredar, pakcik itu menghala ke hutan belakang universitinya....
.
Hingga sekarang masih belum diketahui jawapannya.
.
Sekarang, pemuda tersebut telah berjaya. Sebelum konvo lagi beliau sudah membuat duit daripada hasil seninya.
.
TAPI beliau tetap seperti dulu. Berpewatakkan sederhana. Tidak membangga diri. Tetap tunduk walaupun berisi. Kerana beliau selalu teringat kata-kata pakcik misteri itu....
.
"PAKCIK INGAT PAKCIK DAH BAIK NAK, RUPANYA ADA ORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADA PAKCIK."
.
Ini bukan kisah rekaan. Harap menjadi pedoman kepada kita yang hidup menumpang di bumi tuhan.

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan