nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, September 4, 2013

budak kampung dan alumni SBPI Mersing

Selamat tengahari kengkawan semua...
Dah masak belom hari ni? Masak ape hari ni? Kalau pening tak tau nak masak ape, ape kate korang masak sayur bening, sambal tutuk, petai dan telur goreng. Itu pun dah mantap dah bagi kami yang duduk kat kampung ni hehe. Kalau tak tau ape tu bening dan sambal tutuk, boleh tengok kat link ini.

HUHU, kalau dengan aku boraknya pasal makan je kan hehe. OK lah, aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku pada malam 31 Ogos yang lepas. Petang 30 Ogos tu aku agak sibuk dengan kerja, maklumlah, kerja sendiri, kerja kampung plak tu. Aku balik pun dah lambat, dalam pukul 8 malam camtu. Tengah aku mandi tu aku teringat yang cikgu ada call aku seminggu sebelumnya menjemput aku ke majlis pelancaran alumni dan sambutan merdeka sempena ulangtahun ke 10 sekolah SBPI Mersing, atau sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar.
gambar bersama cikgu maon dan cikgu fazidah

Dah lama aku tinggalkan alam persekolahan. Sekarang umur aku 25 tahun, dah 8 tahun aku tinggalkan sekolah tu. Batch aku pulak pada mase tu merupakan batch form 4 pertama dan secara tak langsung kami lah juga batch form 5 pertama. Banyak kenangan yang masih segar dalam ingatan aku. Pada masa itu kemudahan belum berapa nak ada sebab sekolah baru dibina dan baru dibuka. Aku juga amat gembira kerana pada masa itu batch kami boleh dikatakan agak kuat. Tiada yang menghisap rokok dalam tandas mahupun koridor dan tiada kes-kes buli pelajar. Walhal batch aku tu ramai gak kaki pukul tapi kat dalam sekolah diorang ikut peraturan. Tetapi kalau bawak walkman, kaset dan komik tu dah takleh nak kate ape dah. Aku yang tukang cek bilik pon dah malas nak rampas, aku yang tolong sorokkan. 

Mungkin disebabkan diorang dapat menjaga disiplin maka guru-guru semua mendoakan yang terbaik untuk batch kami dan syukur ramai yang score ketika itu dan sekarang kawan-kawan aku ramai yang keluar sebagai doktor, farmasis, arkitek, engineer dan macam-macam lagi kerjaya yang bagus-bagus belaka. Hanya aku yang kecundang di tengah jalan dan sekarang hanya bekerja kebun di kampung. Tapi aku rasa inilah bidang yang sesuai dengan aku. Aku pun hari-hari kerja, sama macam mereka cuma mereka lebih berjaya, aku pula masih bertatih untuk mendaki gunung...mendaki dan terus mendaki...

Setelah selesai mandi selama beberapa minit. Aku terus capai apa yang ada dalam almari untuk aku pakai. Untuk pengetahuan, dalam almari aku tiada baju mahal, hanya baju biasa dan baju free yang selesa untuk aku pakai. Habis solat je aku terus call kawan baik aku si adib dan iwan, mintak diorang temankan aku ke Mersing. Syukur aku sebab mereka sudi temankan aku walaupun mereka bukan bersekolah di situ.

Aku gerak dari rumah pukul 9 malam dan sampai di sana pukul 11 malam. Seperti biasa, aku akan berak dulu bila sampai ke suatu destinasi. Setelah hampir 15 minit berak, aku terus berjumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan di dataran. Malam tu boleh dikatan aku yang paling selamba, dengan baju t-shirt Budak Kampung, seluar kebun dan selipar kerja. Aku pun berjumpa dengan bekas-bekas pelajar yang lain, memang susah aku nak cam diorang kerana semuanya dah besar-besar dan handsome belaka. HAAA...perasan tak aku cakap handsome je, bukan cantik, sebab mata aku ni bukan liar macam korang hehe.

Yang takleh blah, cikgu-cikgu semua tanya aku projek ape, dah jadi tauke besar dan macam-macam lagi. Hyshh, cikgu ni, ingat aku ni engineer ke huhu. Aku cakap la aku kerja kebun je. Mana ada projek besar-besar. Aku pelik betul, macamane la cikgu-cikgu ni masih kekal segak dan cantik walaupun semua sudah berusia. Aku yang baru 25 tahun orang ingat aku dah ada anak satu hehe.

Lepas sambutan kemerdekaan, aku join mesyuarat alumni. Masuk je dalam bilik mesyuarat tu, aku dapat rasakan sesuatu yang semacam. Aku terdetik nak tanya bekas-bekas pelajar ni yang juga junior-junior aku mengenai kerjaya diorang. MasyaAllah, ada yang kerja di Petronas, ada yang belajar di Jordan, di Jerman, dan tak kurang juga universiti tempatan yang setaraf dengan universiti luar negara. Hebat-hebat diorang. Nampakya aku lah yang paling kerdil di dalam bilik tu. Aku sempat berucap sedikit dan saling mengingati, dalam apa jua yang kita buat, jangan lupakan mak ayah dan sumbanglah sesuatu untuk sekolah kerana bila kita mati nanti, ilmu yang kita beri itu tetap berjalan.

Lepas mesyuarat tu, kitorang cari port untuk ngeteh. Kalau nak diikutkan, sesi ngeteh tu takkan habis malam itu tapi memandangkan jam dah pukul 3 pagi, esoknya aku pula kerja dan aku bawak kawan-kawan aku sekali, maka aku ambil keputusan untuk balik malam itu juga. Selamat tinggal Mersing...

Sepanjang perjalanan, kami dikejutkan dengan kabus yang amat tebal hingga susah untuk kami melihat jalan. Aku pula memandu kereta pada kelajuan 50km/j sahaja. Ini tak tipu punya. Memang tebal sangat-sangat. Sampai di bandar Kluang aku berhenti untuk melelapkan mata yang mengantuk. Aku juga berhenti sekali lagi di tol Yong Peng dan akhirnya selamat sampai pada pukul 6:30 pagi. Memang menyeksakan kerana aku balik kerja terus ke Mersing dan Sabtunya pula aku kerja. Tapi seksa tu terubat bila mendengar kisah-kisah sahabat dan junior ku yang berjaya.

Sekian kisah yang tak seberapa dari ku...budak tak habis belajar, tiada sijil, cuma ade sijil SPM, itupun entah mane....tapi aku tidak bersedih kerana aku dapat menjaga orang tua ku di kampung...berbakti selagi mereka masih ada, rezeki juga ada di mana-mana...

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan