Selamat tengahari kengkawan semua...
Aku rasa sekarang ni ada antara kawan-kawan yang baru keluar pejabat sedang menuju ke warong ataupun restoran berdekatan untuk mengalas perut yang sedang lapar tu kan? Itu bagi yang kerja pejabat la kan, bagi yang kerja kebun macam aku ni, dah tengahari ni balik la rumah kejap, makan masakan ibu. Kalau dah kahwin nanti makan pulak masakan bini hehe. Agak-agak gelojoh, makan masakan ibu dan bini sekaligus hehe. Lepas tu jadi gemok macam aku.
Minggu lepas, mase tu gerimis. Aku ke Hong Leong bank Batu Pahat untuk membayar pinjaman lori aku, nak beli cash mane la mampu kan. Lepas setel bayar kat kaunter tu aku terus berlari gagah ke kereta aku yang aku parking kat depan sebuah restoran. Restoran tu agak mewah la jugak kan. Masa kat dalam kereta tu aku belek-belek la resit bank. Aku belek sekali spender aku basah ke tak, oh lupa, tak pakai rupanya.
Tengah aku nak masukkan gear R, aku terpandang seorang makcik membawa payung dan bekas makanan menuju ke restoran tersebut. Sampai kat depan restoran tu dia berhenti. Makcik tu agak basah sedikit. Dia sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba keluar seorang pemuda berusia 20-an menuju ke makcik itu, menyalam dan menciumnya lalu mencapai bekas makanan itu. Mereka berdua tersenyum dan bergelak ketawa, aku tak dengar apa yang mereka borakkan kerana aku berada dalam kereta yang masa tu sedang mendendangkan lagu Hanya Aku dari kumpulan HyperAct. Lebih kurang 30 saat mereka berpisah, pemuda bersalam dengan ibunya sekali lagi lalu masuk ke dalam restoran semula. Ibu itu membuka payung dan berlalu dari situ.
Mungkin ini kisah biasa tapi pada aku ia cukup bermakna. Si ibu yang menyayangi anak sepenuh hati, tidak mendera anak hingga mati, tidak membiarkan anak kelaparan. Si anak yang menghormati ibu, membuat ibu gembira. Dan tahniah kepada pengurus restoran yang kelihatan mahal itu kerana mengizinkan si anak membawa masuk bekal si ibu. Kebiasaannya restoran seperti itu tidak membenarkan makanan luar di bawa masuk...
Terima kepada ibu ku juga yang telah masak untuk kami semua.
gambar: masakan ibu yang menjadi feveretku. walaupun simple, ia tetap SUPERBB
2 comments:
ini namanya kasih seorang ibu tiada tandingannya..
masakkan ibu tetap yg paling sedap buat sy..
Terharu..huhuuuuu
Post a Comment