Tanggal 18 Ogos 2015.
Masa tu Abang sedang mencari idea, mencari jalan bagaimana ingin menambahkan pendapatan berikutan keadaan ekonomi yang tidak stabil. Sejujurnya Abang tidak mempunyai modal yang banyak pada masa itu.
Tiba-tiba Abang teringat, ayah Abang mempunyai mesin tebu tetapi sudah lama tidak digunakan. Ayah Abang juga merupakan seorang pekebun dan beliau juga ada menanam pokok tebu.
Abang dapat idea! Abang nak jual air tebu. Tetapi Abang inginkan kelainan. Abang ingin botolkan air tebu abang.
Abang beritahu ayah, Abang ingin membeli stok tebu beliau. Tetapi Abang ingin bayar secara ansur kerana Abang tidak mempunyai modal yang banyak. Jadi ayah setuju supaya Abang membayar stok penghantaran pertama tebu, apabila penghantaran stok ke 3 sampai. Jadi mudah untuk Abang rolling. Perlu diingatkan, harga yang ayah beri pada Abang, sama dengan harga ayah jual kepada pelanggannya, bukan harga anak beranak. Tidak mengapa, Abang tetap teruskan niat Abang.
Jadi, pada 25 Ogos 2016, dengan bantuan rakan-rakan, Abang mulakan proses air tebu. Abang buat eksperimen sendiri, menguji ketahanan air tebu. Sehinggalah Abang dapati yang air tebu ini tidak tahan lama pada suhu biasa. Menjadi masalah untuk Abang.
Tetapi setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. Kita sambung di post akan datang.
Terima kasih atas kesudian kalian untuk membaca post ini.
Terima kasih atas sokongan kalian.
No comments:
Post a Comment