nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Saturday, February 20, 2016

Kisah sebenar kemalangan arwah Amirul Akmal bin Tusiran

Salam. 
Buat masa ini, macam2 versi cerita mengenai kemalangan yang berlaku terhadap adik ipar saya, Akmal Tusiran. Di harap jangan cepat sebarkan berita. Sebelum saya menjelaskan apa2, saya meminta agar pihak berkenaan, perseorangan mahupun blog, tolong padam gambar tangan saudara Amir yang putus itu. Tolong. Tolong. Tolong. Abang merayu. Tolong jaga hati keluarga arwah. 

Kisah sebenar arwah Amirul Akmal Tusiran. 
================================
Lebih kurang pukul 10 pagi, arwah dalam perjalanan pulang dari Parit Yusof setelah membeli barang belanja untuk berniaga di warung. 

Sampai sahaja di selekoh Kg. Parit Masjid, Amir tidak dapat mengawal motornya lalu terlanggar bucu kanan gerabak dihadapannya lalu masuk ke laluan bertentangan. 

Pemandu lori yang datang dari arah bertentangan pula, bila ternampak Amir seperti hilang kawalan masuk ke laluan beliau, pemandu tersebut dengan segera paut stereng ke sebelah kiri hingga masuk ke tanah merah. Tetapi nasib tidak menyebelahi arwah. Arwah melanggar tepi badan lori tersebut. 

Pemandu lori terus turun dari lori dan melihat arwah yang terbaring di jalan. Pemandu lori memanggil pemandu gerabak tersebut supaya membantu. Tetapi pemandu gerabak melarikan diri dan sehingga sekarang belum dijumpai walaupun telah dicari oleh semua warga kampung. 

Itu sahaja penjelasan dari Abang. Diharap semua faham dan tidak mereka-reka cerita. Padam gambar yang tak sepatutnya. Tolong hormati keluarga arwah. Abang merayu. 

Terima kasih. 

Amir, malam ini ramai yang menghormati pemergianmu. Mereka sanggup menunggu jasadmu dari tengahari sampai ke malam. 

Kau tiada taraf pendidikan yang tinggi. Kau selalu bagitau kau bukannya pandai, tetapi disebabkan kau rajin bantu orang, kau peramah, dengan sesiapa sahaja pun, kau buat Abang terkejut malam ini dik. 

Semoga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman adik Amir...

Oh ya, Amir, malam ini Abang tidur pakai baju Amir. Boleh ye Amir...

1 comment:

Unknown said...

Alfatihah...pelajar yang baik...anak yang baik..dijemput dihari jumaat..bertuah awk mir...cikgu teringat snyuman awk...moge rohmu dicucuri rahmat

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan