nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, February 19, 2013

Pernah makan sayur bening dan sambal tutuk?


Bismillah...
Selamat tengahari kengkawan semua. Hari ni tergerak plak gua nak bercerita pasal makanan. Yela, dah lama jugak aku tak beborak pasal makan dengan korang kan? Kalau dulu aku ada bercerita tentang kesedapan dan keenakan, Mihun Sayur, ubi goreng cecah sambal kicap, Mee Racun Parit Sulong, nasi goreng petai dan macam2 lagi la. Tak lupa juga aku ada ajar macamana nak buat Durian Crepe dan Burger Bakar. Tapi kali ni aku nak tunjuk makanan lain pulak. Made in Mak Aku. Makanan yang simple tapi jarang sangat orang makan. Korang pernah makanan sayur bening dan sambal tutuk?


gambar: nasi putih berlaukkan sambal tutuk, sayur tempe masak air (bening), telur goreng dan semestinya salah satu makanan feveret aku, petai, sungguh enak dimakan begitu saja. 

Haaaa terkebil-kebil mata korang semua hehe. Okeyla...sebenarnye sayur bening tu sebenarnye bahasa jawa. Bahasa melayunya sayur masak air. Tak kisahlah korang nak masak sayur ape. Kalau mak aku biasanya letak kentang/tempe/sayur kangkung kalau masak bening ni. Cuba korang buat. Mesti masyuk punya...

gambar: nasi putih berlaukkan sayur kangkung masak air (bening), telur goreng, sambal tutuk, dan ikan masin. memang terbaik dari mak aku.

Aku bagitau mak aku, kalau masak sayur bening, tak pedas, kurang keenakannya. Jadi mak aku sertakan sekali sambal tutil. Fughhh memang mantop. Nape sambal tutuk? Yela...sambal ni nak buat kene tumbuk cili dan ikan bilis dengan menggunakan lesung pipit..ehhh silap2..lesung pipit tu kat pipi...lesung batu daa...haaa jangan korang tanya lesung batu tu macamane. Oleh kerana masa menumbuk lesung tu bunyi "tuk...tuk...tuk..." maka dipanggillah sambal tutuk. Ni mak aku yang cerita la hehe...

Kalau ada dua lauk ni pon dah mencukupi bagi aku. Bagai dah lengkap dah hidup ni haha... Kalau korang buat masak lemak pucuk ubi pun sedap kalau ade sambal tutuk. Mesri mantop. Cakap banyak tak gune, selamat mencube hehe :-)

2 comments:

Nadia Johari said...

dah tau dh ape tu smbal tutuk..hhee

Anonymous said...

arhh laponyeeeeeee

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan